Ugutan Gambar Bogel

Seorang lelaki yang menyamar sebagai ejen agensi model antarabangsa telah memperdaya 10 wanita yang bercita-cita menjadi peragawati untuk memuaskan nafsunya.

Bagaimanapun kegiatan suspek berusia 33 tahun itu terbongkar apabila dia akhirnya ditahan polis di ibu negara semalam setelah memburunya berdasarkan dua laporan mangsa.

Modus operandi suspek ialah mencari wanita-wanita cantik di pusat beli-belah di ibu negara dan menawarkan pekerjaan dengan pendapatan lumayan.

Setiap mangsa akan ditawarkan pendapatan sehingga RM60,000 untuk satu-satu sesi fotografi yang hanya menggunakan telefon bimbit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ku Chin Wah berkata, suspek akan memperdaya mangsa menjadi model dan kemudian mengajak ke hotel untuk sesi fotografi.

Katanya, bagi setiap sesi fotografi biasa mangsa dijanjikan bayaran RM40,000 tetapi jika membenarkan gambar tanpa pakaian bayaran lebih tinggi akan diberi.

"Bagi gambar bogel yang diambil, harga akan mencecah sehingga RM60,000," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar sempena Kempen Pencegahan Jenayah Tahun Baru Cina 2009 di sebuah kompleks membeli belah di sini hari ini.

Chin Wah memberitahu, selepas sesi fotografi dijalankan, suspek kemudian akan memujuk sehingga mangsa bersetuju untuk mengadakan hubungan seks.

Katanya, suspek akan mengambil butiran mangsa seperti nombor telefon, kad pengenalan dan akaun bank untuk tujuan pembayaran.

"Selepas beberapa hari, mangsa akan hubungi suspek untuk menuntut bayaran, sebaliknya mangsa telah diugut.

"Ugutan tersebut termasuk akan menggunakan gambar-gambar bogel semasa sesi fotografi dan ketika melakukan hubungan seks.

"Mangsa yang ketakutan tidak mempunyai cara lain melainkan mengikut kehendak suspek," katanya.

Beliau berkata, ekoran penahanan suspek, polis merampas dua album gambar dan satu cakera padat video (VCD) yang mengandungi rakaman aksi-aksi bogel mangsa.

Katanya, selain itu, polis turut merampas enam telefon bimbit mengandungi gambar-gambar mangsa dipercayai 10 orang.

"Setakat ini kita hanya menerima dua laporan sahaja dan kita berharap mangsa yang lain akan turut tampil untuk membantu siasatan.

"Polis beri jaminan identiti mangsa akan dirahsiakan," katanya lagi.

Katanya, mereka yang pernah diperdaya diminta membuat laporan polis atau menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Ka nak-kanak (D11) Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Polis Lily Choo di talian 012-2059668.

Tambahnya, siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Oleh MOHD. NOOR FIRDAUS MOHD. AZIL



Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular