Punca orgasma wanita terganggu

Orgsama atau kemuncak rangsangan seksual ialah suatu keperluan universal untuk lelaki dan wanita.

Tetapi, perkara ini tidak sama untuk mana-mana wanita. Sebagai perbandingan, orgasma untuk lelaki diibaratkan sebagai permainan bola sepak tanpa skor.

Wanita lebih kepada permainan daripada pencapaian gol.

Jadi orgasma untuk wanita bukan suatu keperluan. Jika ia berlaku, pengalaman ini boleh berlaku lagi dalam situasi yang berbeza.

Jika orgasma yang berlaku itu sebagai satu nikmat, ia akan mendorong wanita ingin menghayatinya lagi pada masa yang lain.

Sebaliknya, jika wanita terbabit tidak dapat mencapai orgasma walaupun telah menikmati rangsangan seksual, dia mungkin akan rasa serba salah.

Selain itu, wanita terbabit juga rasa tertekan sekiranya pencapaian orgasma itu suatu tanda yang ditunggukan pasangan sebagai kejayaan dalam hubungan seksual.

Jadi, tidak hairan jika terdengar sebilangan besar wanita berlakon, seolah-olah telah mencapai orgasma.

Ini dilakukan semata-mata untuk memberi kepuasan kepada pasangannya.

Apabila orgasma gagal berlaku secara berterusan, perkara ini akan merunsingkan wanita dan pasangannya.

Lebih-lebih lagi jika orgasma itu yang dihajati dalam hubungan seksual. Perkara ini dikenali sebagai masalah pencapaian orgasma.

Ia boleh dibahagikan kepada dua situasi iaitu gangguan orgasma prima - wanita itu tidak pernah mencapai orgasma sejak memulakan hubungan seksual.

Kedua, gangguan orgasma sekunder. Ia adalah satu keadaan di mana wanita yang pernah mencapai orgasma dahulu gagal untuk mencapainya dalam aktiviti seksual kemudian.

Atau gagal untuk mencapai orgasma dalam keadaan tertentu sahaja yang dikenali sebagai gagal mencapai orgasma secara situasional.

Kegagalan mencapai orgasma prima agak kerap berlaku kepada wanita muda yang baru sahaja memulakan hubungan seksual.

Dia lebih mengikut kehendak pasangan dari menikmati keghairahannya.

Lama kelamaan dia akan dapat menikmati orgasma. Apabila dia telah mengenali orgasma, dia akan mudah mencapainya.

Kecuali apabila dia mengalami tekanan emosi dan perasaan marah yang menyukarkannya mencapai orgasma. Orgasma sama juga dengan perasaan berahi, boleh dialami oleh minda dan badan.

Wanita gagal untuk mencapai orgasma akibat kurang menghayati perasaan kemesraan, kurang pengetahuan tentang nikmat hubungan seksual dan akibat tekanan perasaan dan ketakutan.

Selain itu, masalah hubungan dengan pasangan, pengalaman pahit yang berlaku dahulu, kurang atau tiada rangsangan, masalah mood, kemurungan dan gangguan kesihatan secara am juga menyumbangkan kepada masalah ini.

Masalah kesihatan yang mengakibatkan perjalanan darah ke klitoris terganggu. Ia juga boleh mengakibatkan wanita itu gagal untuk mencapai rangsangan klitoris dan gagal mencapai orgasma.

Pendek kata ada bermacam-macam sebab kenapa wanita gagal mencapai orgasma.

Perkara ini perlu dikenal pasti dan mendapat rawatan dan bimbingan yang sewajarnya.

Berdiam diri tanpa membuat apa-apa bukan cara yang bijak!

Hilang keinginan terhadap isteri

SEJAK dua tahun lalu, Ameer, 48, melanjutkan pengajian sarjana di salah sebuah universiti di Jepun.

Sebagai seorang pegawai kanan kerajaan, dia membawa keluarganya ke sana. Setelah enam bulan di perantauan, isterinya Ameera, 41, mempunyai kenalan lelaki dikenali sebagai Rafik.

Sekalipun berlainan universiti, Rafik, 25, seorang penuntut ijazah, juga mempunyai hubungan baik dengan Ameer.

Sebagai suami, Ameer sedikit pun tidak menaruh perasaan cemburu dengan kemesraan antara isterinya dengan Rafik. Mungkin, disebabkan faktor usia.

Malah, Rafik juga sentiasa menunjukkan sikap yang baik dan sangat menghormati orang lain.

Tetapi, kata pepatah harapkan pagar, pagar makan padi. Lelaki yang dianggap seperti adik itu rupanya, ada udang di sebalik batu.

Hubungan baik itu rupa-rupanya terbawa-bawa ke tempat tidur. Menurut Ameer, semua ini berdasarkan bukti tompokan air mani yang ditemui pada tempat tidurnya, sepanjang ketiadaannya

Peristiwa tersebut semakin mengecewakan kerana ia berulang lagi, apabila dia terpaksa membuat tugasan luar. Sepanjang ketiadaan Ameer, isterinya melakukan hubungan seks dengan lelaki lain.

Pernah, dalam keadaan marah bercampur geram, Ameer terus melakukan hubungan seks dengan isterinya.

Tidak sampai setengah minit, dia mengalami ejakulasi. Sejak itu Ameer merasakan, kekuatan zakarnya tidak seperti dulu.

Sejak peristiwa itu, hubungan Ameer dan isterinya renggang dan dingin. Perasaan dan keinginan melakukan hubungan seks juga terkubur.

Kalau adapun, ia dilakukan kerana tanggungjawab dan tidak sepenuh hati. Kecurangan isterinya menyebabkan Ameer rasa kesal dan begitu tertekan.

Baru-baru, ini hasil pemeriksaan doktor mendapati dia menghidap kencing manis dan hatinya diselaputi lemak.

Sebelum kes ini terjadi, mereka kerap melakukan seks, tetapi kini tidak lagi. Sekalipun keinginan masih ada tetapi bukan terhadap isterinya.

Dr. Ismail:

Hubungan seksual mustahak dalam perkahwinan. Keperluan penghayatan seksual untuk lelaki dan perempuan berbeza.

Ada kalanya keperluan suami lebih dan ada kalanya keperluan isteri lebih.

Ini boleh menyebabkan tekanan kepada kedua-dua belah pihak, iaitu pihak yang tidak berkemampuan untuk memberi dan pihak yang mempunyai keinginan yang lebih tetapi kurang mendapatnya.

Jadi, tidak hairan jika pihak yang keinginannya tidak dapat dipenuhi oleh pasangan mencari jalan untuk mendapatkan keperluan itu di luar.

Keadaan yang dijelaskan tadi bukan suatu keadaan yang biasa berlaku dalam perkahwinan Islam.

Bagaimanapun nafsu seksual tiada batasan dan sempadan. Paling penting, kesetiaan dan kasih sayang antara pasangan suami dan isteri yang tidak berbelah bahagi.

Apabila bencana kecurangan melanda keluarga, pihak yang mendapati dirinya dipermainkan akan rasa tertekan.

Jika tekanan itu kekal dan berpanjangan individu itu akan rasa kecewa dalam hidupnya.

Dia akan rasa dirinya tidak berguna lagi kepada pasangannya. Jika perkara yang dilakukan pasangannya berkaitan dengan perilaku seksual, dia akan rasa lemah dalam fungsi tersebut.

Lemah syahwat ini mungkin sudah lama berlaku dan sebab itu pasangannya `makan luar' atau kecurangan pasangan yang mencetuskan kelemahan syahwat itu.

Jika individu itu lelaki dan dalam lingkungan usia di ambang 50, dia akan dapati yang fungsi syahwatnya tidak seperti waktu muda.

Ereksi tidak sepadat dahulu dan daya mengekalkan ereksi pendek.

Dia akan mengalami pancutan awal dan tidak dapat memberi nikmat seksual sepenuhnya kepada pasangan.

Jika dia mengalami perubahan kesihatan seperti penyakit kencing manis dan peningkatan kolesterol dan lemak dalam darah, sudah tentu perkara tersebut akan memberatkan masalah ereksi itu.

Banyak lelaki yang berumur dalam lingkungan tersebut, mengalami masalah pencapaian ereksi dan tiada daya tahan.

Mereka masih berpendirian seolah-olah mereka masih handal dan tidak perlu mendapat rawatan.

Mereka yang mengalami lemah syahwat yang ketara akan berjumpa tukang urut atau mencuba ubat `kuat' yang dijual di kaki lima.

Atau melalui kawan dan tidak terfikir yang ubat itu mungkin boleh membawa kesan negatif atau memudaratkan kesihatan mereka.

Kini lemah tenaga batin untuk lelaki ada rawatan moden. Suatu ketika dahulu ada alat pam vakum yang boleh digunakan untuk melancarkan aliran darah ke dalam otot zakar supaya zakar erek dan tegap.

Kini terdapat alat pam lebih canggih. Sebahagian daripada rawatan utama untuk masalah gangguan ereksi atau disfungsi erektil.

Ubat PDE 5 Inhibitor yang dapat membantu melancarkan perjalanan darah ke dalam liang otot zakar ialah suatu kaedah mukjizat untuk kaum lelaki.

Kini terdapat tiga jenis ubat PDE 5 Inhibitor dalam pasaran di Malaysia dan juga di luar negara.

Sildenafil, pil biru berkesan dalam setengah jam dan tahan selama enam hingga lapan jam dalam badan. Tadalafil, pil bujur kekuningan berkesan pantas. Dalam masa lima hingga 15 minit dan kesan kekal selama 36 jam.

Ubat levitra, warna putih dan bulat juga cepat berkesan dan boleh tahan selama 24 jam. Selain ubat oral, terdapat juga ubat suntikan pengembang salur darah Caverjet.

Kaedah lain termasuk pemasangan implan ke dalam liang otot zakar yang kini tidak begitu popular dan pembedahan pemintasan salur darah zakar yang juga jarang dilakukan.

Hubungan keintiman seksual bukan suatu pertarungan antara lelaki dan perempuan. Soal siapa tewas dahulu dan kemudian tidak timbul.

Pasangan, sama-sama menikmati sentuhan dan belaian dan sama-sama mencapai kepuasan, klimaks, keselesaan dan keyakinan diri dan batin.

Tidak boleh lupa juga, jalinan komunikasi antara pasangan perlu terbuka, telus dan mesra. Ini dapat mengeratkan hubungan keintiman seksual.

Isteri syok Mat Bangla

Saya wanita sudah berkahwin dan ada ramai anak. Masalah saya ialah saya kini jatuh hati dengan seorang lelaki warga asing yang berasal dari Bangladesh.

Biarpun tahu saya sudah berkahwin, lelaki itu tetap menyatakan cintanya kepada saya.

Dalam pada itu, saya sebenarnya ada masalah dalam hubungan dengan suami saya iaitu sikapnya yang terlalu cemburu, biarpun saya belum berkenalan dengan lelaki asing itu.

Suami selalu menuduh saya ada hubungan dengan lelaki lain, sedangkan ketika itu saya langsung tidak ada hubungan dengan mana-mana lelaki.

Disebabkan perangainya yang kuat cemburu dan suka menuduh saya yang bukan-bukan itu, saya semakin suka pada lelaki Bangladesh itu.

Tolonglah saya bagaimana untuk mengatasi masalah ini.

INSAN KERISAUAN
Petaling Jaya, Selangor


JAWAPAN


Apa lagi yang perlu Dang Setia katakan? Sudah terang lagi bersuluh perasaan dan apa yang puan lakukan sekarang satu kesalahan?

Kesalahannya pula bukan kecil. Bencikan suami serta menjalin hubungan dengan lelaki lain satu kesalahan serius di sisi Islam dan ia juga boleh menjurus kepada zina.

Jadi, apabila puan minta tolong daripada Dang Setia, pertolongan apa sebenarnya yang puan maksudkan?

Adakah puan mahu Dang Setia tolong merealisasikan hasrat puan untuk meneruskan percintaan dengan lelaki Bangladesh itu?

Atau, puan berasa menyesal dan bersalah, lantas mahu Dang Setia menolong puan untuk merawat perasaan supaya timbul kembali perasaan cinta dan sayang kepada suami?

Untuk tidak menghampakan puan, Dang Setia akan membicarakan mengenai kedua-duanya, namun ia tidak bermakna Dang Setia menyuruh puan melakukannya, sebaliknya sekadar membangkitkan perkara untuk difikirkan dan kemungkinan yang bakal berlaku, mudah-mudahan menjadi pedoman berguna untuk puan.

Jika cinta puan kini sudah tidak lagi pada suami, sebaliknya benar-benar menyintai lelaki warga Bangladesh itu, sebenarnya hanya ada satu jalan penyelesaian untuk puan iaitu mohon suami menceraikan puan dan berkahwinlah dengan lelaki idaman puan.

Ya, bercakap memang mudah, namun untuk puan melaksanakannya Dang Setia tahu ia sangat sukar.

Semestinya banyak perkara yang bermain di fikiran puan dan menghalang puan untuk berbuat demikian.

Antaranya, adakah suami bersedia melepaskan puan? Bagaimana nasib anak? Adakah masa depan puan akan lebih terjamin dengan lelaki Bangladesh itu?

Adakah ibu bapa akan merestui tindakan puan? Apa pandangan masyarakat dan macam-macam lagi.

Justeru, jelas di sini terlalu banyak halangan untuk puan merealisasikan impian meneruskan percintaan dengan lelaki Bangladesh itu.

Jika puan masih mampu berfikir secara waras, puan akan sedar segala-galanya tidak memihak kepada puan.

Maksudnya, jika puan memilih lelaki Bangladesh itu dan mengetepikan suami, Dang Setia percaya jawapan kepada semua persoalan yang disenaraikan di atas menjurus kepada negatif.

Perkembangan minda dan masa depan anak puan pasti terjejas, masa depan puan sendiri pun belum tentu terjamin, ibu bapa puan juga tidak akan merestui tindakan puan dan masyarakat juga akan memandang serong terhadap puan.

Dang Setia bukan bersikap prejudis terhadap lelaki warga asing, khususnya dari Bangladesh, namun seorang teman yang bekerja di kedutaan Malaysia di negara berkenaan pernah memberitahu Dang Setia, sepanjang dia berkhidmat di sana, mereka mengendalikan banyak kes wanita Malaysia yang sengsara selepas berkahwin dengan lelaki Bangladesh dan berpindah ke negara itu.

Kata teman itu, semua wanita terbabit menyesal kerana terlalu taksub dengan ketampanan lelaki Bangladesh yang sebahagiannya persis hero filem Hindustan serta terpedaya dengan mainan kata-kata mereka.

“Sesusah-susah orang di Malaysia, kebanyakan kita masih ada tempat tinggal. Paling terukpun, kita mampu menyewa bilik, tapi di Bangladesh ramai rakyatnya langsung tiada tempat tinggal.

“Mereka cuma hidup dalam rumah diperbuat daripada kotak di tepi jalan atau di bawah jejambat,” kata teman itu.

Peringatan Dang Setia ini supaya puan tidak mengalami nasib serupa, namun jika puan sanggup menghadapi segala kemungkinan rintangan yang Dang Setia jangkakan, teruskanlah niat puan.

Mungkin cinta puan terhadap kekasih puan itu terlalu agung hingga tiada apa yang dapat menghalang.

Jika benar begitu, jangan sekali-kali menyesal atau menyalahkan orang lain jika selepas ini puan berdepan pelbagai kesukaran kerana puan sendiri yang memilih untuk meletakkan diri puan ke dalam lubuk masalah.

Bagaimanapun, jika sanubari puan kini dalam situasi menyesal dan bersalah, lantas mahu mengembalikan perasaan cinta kepada suami, alhamdulillah kerana itulah yang sebaik-baiknya.

Jangan terlalu mengikut kata hati. Berselisih pendapat, bertengkar, cemburu dan salah faham lumrah kehidupan berumah tangga.

Apabila itu berlaku, cepat-cepatlah ambil jalan penyelesaian yang bijak.

Kata orang, cemburu tanda sayang, namun berlebih-lebihan memang boleh membawa mudarat.

Bagaimanapun, meninggalkan suami dan anak untuk pergi kepada lelaki lain bukan caranya untuk mengatasi masalah cemburu.

Sebaliknya, perbincangan atau komunikasi dua hala secara berhemah yang bertujuan mencari kebenaran dan bukan menentukan siapa kalah atau menang adalah pendekatan paling berkesan.

Sekali lagi Dang Setia ulangi, fikirlah dengan akal yang waras dan mohonlah bimbingan Allah dalam membuat tindakan, bukan mengikut nafsu.


Pancutkan Isteri Anda. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Buah Dada Besar - Sangat Besar!



Big boobs? What a fake...Betulkah buah dada yang sebesar ni dalam gambar di atas tu? Ha! Ha! Ha! Sebenarnya hanyalah belon yang mengandungi air semata-mata dan menggunakan teknik photoshop.

LOL! Tertipu kan?? Saya pun terkejut melihat gambar ini dalam satu laman web jokes dan hampir terpedaya juga untuk mempercayai ketulenan gambar ini.

Mana ada perempuan yang sanggup membesarkan buah dada sehingga melampau besar macam nie.


Rahsia Malam Pertama. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Pancutkan Suami. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Petua Seks Hebat, sila klik sini.

Urut Online

Kaedah melanjutkan pelajaran melalui Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) sudah lama diamalkan institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini.

Namun, seorang bomoh canggih didapati mengendalikan kursus rawatan urut batin secara PJJ dari rumahnya pada waktu dipersetujui ‘pelajarnya’ termasuk di kalangan pakar kecantikan dan golongan berminat menjadikan bidang terbabit sebagai perniagaan.

Dia menggunakan kamera web dan set telefon telinga untuk memudahkan pelajar mengikuti kursus itu.

Kursus yang dihebahkan menerusi blog bomoh terbabit disifatkan sebagai ‘kursus istimewa’ kerana membolehkan seseorang peserta mempelajari kemahiran itu dalam sehari dengan bayaran RM280.

Pelajar diberi sijil segera kononnya diiktiraf sebagai pengamal perubatan Islam.

Seorang pakar kecantikan, Zahnita Arwadi, 36, berkata kursus kendalian lelaki berusia 40-an itu menerima sambutan luar biasa, termasuk dari Singapura berikutan kaedah pembelajaran menyeronokkan dan boleh disertai tanpa mengira jantina dan had umur.

Menurutnya, bomoh terbabit mendakwa memiliki ijazah tertentu dan berpengalaman lebih lapan tahun dalam bidang mengurut.

“Individu yang berminat mengikuti kursus itu tidak perlu bersusah payah ke rumahnya di Petaling Jaya, Selangor, sebaliknya hanya melayari Internet.

“Bomoh terbabit memaparkan kaedah urut batin dan gambar grafik bagi membolehkan pelajar mudah memahaminya.

“Demonstrasi menggunakan kamera web dan rakaman video dianggap latihan praktikal manakala nota memuatkan teori kursus akan dipos ke rumah peserta.

“Terdapat beberapa kaedah rawatan urut batin diajar antaranya rawatan mati pucuk, cepat klimaks, lemah zakar dan kurang nafsu,” katanya.

Bomoh itu mendakwa kaedah urut batinnya mampu menguatkan zakar serta melancarkan perjalanan darah di sekitar urat zakar.

Dia berkata, pelajar juga didedahkan kaedah urut persediaan berkahwin bagi mengelakkan ejakulasi awal pada malam pertama selain mampu menambahkan tahap ereksi zakar.

Sebagai tarikan tambahan, bomoh itu menyediakan kursus ulangan percuma jika mereka masih tidak mahir dan diberi sebuah laman web percuma berkaitan urut batin.

Kata Zahnita, terdapat kursus lain ditawarkan bomoh terbabit iaitu khidmat pulih jodoh dan kursus merawat masalah gangguan jin seperti sihir, saka dan histeria.

Beberapa rakannya seolah-olah taksub dengan kaedah pembelajaran secara on-line itu dan sanggup menyertainya berulang kali.

Sementara itu, pembantu bomoh terbabit ketika dihubungi, berkata pelajar kursus itu perlu memasukkan wang dalam akaun bomoh terbabit sebelum sesi pembelajaran dimulakan.

Ketika diminta mengulas mengenai sijil, dia mendakwa pihaknya boleh memberi sijil kursus itu tanpa mendapatkan kelulusan jabatan tertentu.

“Apabila mempelajari kaedah urut batin menerusi on-line, peserta boleh menawarkan khidmat berkenaan kepada orang ramai dan menjana pendapatan lumayan melebihi RM3,000 sebulan.

“Ini mendorong lebih ramai yakin dengan kursus itu, termasuk sepasang suami isteri dari Singapura yang sudah mula mendapat pelanggan,” katanya.



Oleh Mary Victoria Dass

150 wanita cari suami

Hanya kerana mahu merasa keseronokan beristeri lebih, ramai lelaki tempatan dikesan aktif berkahwin secara haram dengan wanita asing di luar negara dengan menjual temberang kononnya masih bujang walaupun usia menjangkau 50 tahun.

Difahamkan kebanyakan lelaki tempatan ini berkahwin dengan wanita warga asing tanpa mendaftarkan perkahwinan bagi mengelakkan penipuan mereka dihidu isteri dan ahli keluarga di Malaysia.

Bagaimanapun penipuan terbabit terbongkar apabila beratus ‘isteri simpanan’ berkenaan didapati sanggup datang ke Malaysia bagi menjejaki suami masing-masing yang pulang ke tanah air.

Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Micheal Chong berkata, gejala tidak sihat ini semakin parah apabila seramai 150 wanita asing datang ke pejabatnya sejak awal tahun ini bagi mendapatkan bantuan menjejaki suami mereka yang juga rakyat Malaysia.


Menurutnya, majoriti wanita asing terbabit mengadu ditinggalkan suami tanpa diberikan nafkah sedangkan ada antara mereka sudah melahirkan zuriat hasil perkongsian hidup sementara itu.

“Kemelut ini yang mencemarkan imej negara bukan hanya membabitkan wanita atau gadis dari tanah besar China, malah turut membabitkan gadis dari Vietnam, Filipina, Thailand dan Indonesia.

“Hasil soal selidik dilakukan, kebanyakan perkahwinan haram ini berlaku ketika lelaki warga Malaysia ini pergi ke negara berkenaan atas urusan perniagaan, mencari pekerjaan sementara atau bercuti,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan lelaki Malaysia ini yang dianggap mempunyai saham tinggi mudah menarik minat gadis warga asing sebelum mengambil keputusan berkahwin.

“Agak melucukan apabila gadis warga asing ini mudah ditipu kononnya lelaki berkenaan masih bujang dan terus bersetuju apabila diajak kahwin.

“Bagaimanapun perkahwinan singkat ini tidak akan kekal lama berikutan lelaki tempatan terbabit yang sudah mempunyai isteri dan anak di tanah air akhirnya akan pulang ke Malaysia,” katanya.

Menurutnya, tindakan lelaki tempatan ini yang cuba membuang ‘isteri gelap’ terbabit dianggap agak zalim kerana bersikap lepas tangan dan tidak mahu mengambil tahu apa yang berlaku.

"Bagaimanapun kebanyakan wanita warga asing ini mempunyai 'hati kering' dan datang ke Malaysia untuk menjejaki suami mereka. Wanita ini tidak teragak-agak mengiklankan gambar wajah suami mereka di surat khabar selain menggunakan khidmat biro aduannya untuk membantu mencari suami mereka.

"Namun kerana bimbang perkara ini boleh mencetuskan huru-hara dan kemelut dalam rumah tangga, saya menasihati lelaki tempatan itu menyelesaikan perkara terbabit, dengan cara paling baik," katanya.

Dalam kes terbaru semalam, seorang wanita warga China mendakwa turut diperdaya selepas berkahwin dengan seorang lelaki tempatan yang sudah berumah tangga.

Dalam kes berkenaan, seorang wanita warga China dikenali sebagai Huang, 41, mendakwa dipermainkan seorang lelaki tempatan selepas menjalin hubungan sejak lima tahun sehingga melahirkan seorang anak lelaki.

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

Nikah terbantut

Seorang warga emas yang sepatutnya bernikah semalam ditahan bersama lapan rakannya kerana terbabit dalam permainan judi belangkas, petang kelmarin.

Warga emas berusia 69 tahun dari Padang Terap, Kuala Nerang, itu, dijangka bernikah dengan pasangannya yang berusia 40-an.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusof, berkata mereka ditahan dalam serbuan di Kampung Kubang Chenor, kira-kira jam 5 petang.

Beliau berkata, sepasukan 10 anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu diketuai Inspektor Saiful Hasnol Saleh Hudin terbabit dalam serbuan itu.

Katanya, lebih 30 orang didapati leka bermain judi belangkas di bawah sebuah khemah dalam belukar.

“Sebaik menyedari kehadiran anggota polis, kumpulan lelaki terbabit bertempiaran lari ke arah belukar.

“Bagaimanapun, sembilan lelaki yang berada di situ gagal meloloskan diri. Mereka ditahan dan dibawa ke balai polis untuk siasatan.

“Kawasan itu dipercayai baru beroperasi sejak sebulan lalu dan turut diawasi tonto selain menjadi tumpuan kalangan peminat judi belangkas,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Antara peralatan dirampas ialah khemah kanvas, sebuah meja lipat, pinggan dan mangkuk serta kertas lukisan belangkas.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas empat kereta dan 15 motosikal yang ditemui di lokasi serbuan.

Sembilan lelaki yang ditahan berusia 20-an hingga 70 tahun dengan kebanyakan dipercayai berasal dari Perlis.

“Kita masih menyiasat siapa menganjurkan perjudian itu serta mencari bukti lain. Siasatan mengikut Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Oleh Zuliaty Zulkiffli

Lelaki boleh lemah 'lebih awal'

Masalah rumah tangga, kurang bersenam, merokok antara faktor utama

Amaran untuk golongan lelaki, khususnya suami pada usia pertengahan - apakah anda cepat marah, lesu dan tidak berminat untuk berasmara?

Jika ya, itu bukanlah perkara biasa kerana anda kemungkinan besar mengalami masalah menopaus lelaki atau andropaus jauh lebih awal, seperti didakwa penyelidik Britain.

Akhbar Daily Mail melaporkan, andropaus merujuk kepada penurunan hormon seks androgen lelaki atau testosteron yang memainkan peranan penting bagi kesihatan dan rasa berahi lelaki.

Antara puncanya termasuk masalah rumah tangga, perubahan status sosial, masalah di tempat kerja, kurang bersenam, kesan jangka panjang pengambilan alkohol, merokok dan usia lanjut.

"Ada lelaki khususnya yang sudah mencecah 50-an, berdepan masalah seperti lemah tenaga batin biarpun badan mereka masih menghasilkan hormon itu pada paras yang sama," kata Pakar Pusat Kesihatan Lelaki London, Dr Malcolm Carruthers.

Penurunan paras testosterone itu menyamai apa yang dirasai wanita yang berdepan menopaus.

"Tanda-tanda lemah itu disebabkan badan sudah mulai menolak kesan testosteron. Berikutan itu, ramai lelaki yang boleh mendapat manfaat jika sanggup menjalani rawatan penggantian hormon," katanya.

Namun, apakah jalan penyelesaiannya? Profesor John McKinlay dari Institut Penyelidik New England berkata, mereka yang mengalami masalah itu perlu meningkatkan kegiatan fizikal dan menjalani diet daripada memilih jalan mudah dengan mengambil pil tertentu.

"Masalahnya, ramai di kalangan kita yang lebih suka mengambil pendekatan mudah iaitu memilih ubat-ubatan bagi menyelesaikan masalah akibat gaya hidup serta proses semula jadi penuaan."

Katanya, paras hormon itu boleh diperiksa dengan ujian sampel darah yang mudah.

Dr Carruthers pula berkata, antara kaedah bagi mengatasinya termasuk mengambil hormon gantian dalam bentuk gel atau krim yang boleh disapu pada bahu atau perut setiap hari.

Bulan lalu, satu kajian penyelidik Amerika Syarikat mendapati seorang bagi setiap lima lelaki berusia lebih 65 tahun boleh berdepan simptom andropaus berkenaan. - Agensi

Tipu 'dara': Mahkamah batal mansuh perkahwinan

DOUAI (Perancis): Sebuah mahkamah Perancis semalam membatalkan keputusan memansuhkan perkahwinan satu pasangan Islam apabila pihak suami mendakwa isterinya bukan seorang dara seperti disangkanya.

Kes tersebut menimbulkan tengkarah besar di Perancis.

Pemerintah Presiden Nicolas Sarkozy meminta mahkamah rayuan di Douai, utara Perancis, mengkaji semula keputusan yang dibuat April lalu itu, yang mencetus protes daripada kumpulan hak asasi, pejuang nasib wanita dan kebanyakan kelas politik di sana.

Pembatalan keputusan itu bermakna perkahwinan yang dijalankan di bawah undang-undang sivil pada Julai 2006 di sebuah bandar kecil Mons-en-Baroeul masih sah walaupun kedua-dua pihak, suami dan isteri, telah meminta mahkamah membebaskan mereka daripada ikatan perkahwinan mereka.

Pasangan itu diberi tempoh dua bulan untuk memutuskan adakah mereka mahu membuat rayuan ke mahkamah lebih tinggi.

'Pembatalan ini amat membimbangkan,' kata peguam suami pasangan itu, Xavier Labbee.

'Kebebasan individu kita diancam dengan seriusnya.'

Si suami, seorang pakar komputer berusia 30-an tahun, yang namanya tidak didedah, telah meminta perkahwinan itu dimansuhkan selepas menyedari isterinya bukan seorang dara pada malam perkahwinan mereka.

Si isteri, seorang jururawat berusia 20an tahun, mengakui pernah mengadakan hubungan seks sebelum berkahwin. / AFP

Tipu 'dara': Mahkamah batal mansuh perkahwinan

DOUAI (Perancis): Sebuah mahkamah Perancis semalam membatalkan keputusan memansuhkan perkahwinan satu pasangan Islam apabila pihak suami mendakwa isterinya bukan seorang dara seperti disangkanya.

Kes tersebut menimbulkan tengkarah besar di Perancis.

Pemerintah Presiden Nicolas Sarkozy meminta mahkamah rayuan di Douai, utara Perancis, mengkaji semula keputusan yang dibuat April lalu itu, yang mencetus protes daripada kumpulan hak asasi, pejuang nasib wanita dan kebanyakan kelas politik di sana.

Pembatalan keputusan itu bermakna perkahwinan yang dijalankan di bawah undang-undang sivil pada Julai 2006 di sebuah bandar kecil Mons-en-Baroeul masih sah walaupun kedua-dua pihak, suami dan isteri, telah meminta mahkamah membebaskan mereka daripada ikatan perkahwinan mereka.

Pasangan itu diberi tempoh dua bulan untuk memutuskan adakah mereka mahu membuat rayuan ke mahkamah lebih tinggi.

'Pembatalan ini amat membimbangkan,' kata peguam suami pasangan itu, Xavier Labbee.

'Kebebasan individu kita diancam dengan seriusnya.'

Si suami, seorang pakar komputer berusia 30-an tahun, yang namanya tidak didedah, telah meminta perkahwinan itu dimansuhkan selepas menyedari isterinya bukan seorang dara pada malam perkahwinan mereka.

Si isteri, seorang jururawat berusia 20an tahun, mengakui pernah mengadakan hubungan seks sebelum berkahwin. / AFP

Sumber:KLPOS

Hangatkan semula kehidupan seks

Ramai yang merungut kehangatan hubungan intim semakin lesu apabila usia meningkat. Adakah anda turut mengalami masalah yang sama?

Sekiranya keadaan ini menjadi masalah yang boleh merenggangkan hubungan mesra suami isteri, adakah anda mengambil langkah yang sewajarnya untuk memperbaikinya sebelum terlambat?

Berjalan sambil berpegang tangan, menonton wayang, makan malam romantik yang diterangi cahaya lilin bukan terhad kepada pasangan muda-mudi.

Tetapi, ia juga patut diamalkan oleh pasangan yang telah lama menjalani kehidupan berumah tangga kerana ia boleh merapatkan kemesraan di antara pasangan.

Isyarat dan bahasa tubuh juga boleh digunakan untuk menyampaikan rahsia tersirat kepada pasangan. Cara sentuhan, ciuman, senyuman boleh menyampaikan maksud yang mendalam untuk meluah dan menambat hati pasangan.

Tip-tip berikut boleh diamalkan untuk membantu anda dalam usaha menyuburkan kemesraan anda dengan pasangan.

1. Pasangan anda tentunya memiliki kelebihan-kelebihan tertentu yang menyenangkan anda. Hargai kelebihan tersebut dengan puji-pujian ikhlas sama ada semasa anda berdua-duaan atau semasa di hadapan rakan-rakan, keluarga atau anak-anak. Elakkan daripada merendah-rendahkan pasangan anda.

2. Sekali sekala pergilah bercuti berdua- duaan ke tempat-tempat menarik dan romantik. Nikmatilah cuti anda seperti semasa anda berbulan madu. Sekiranya anda menggunakan sepenuhnya saat begini tentunya ia akan mengimbau kenangan lalu yang boleh membangkitkan kemesraan. Ambil kesempatan ini untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada pasangan anda.

3. Tampil cergas dan bertenaga apabila berhadapan dengan pasangan. Mandi dengan air suam ditambah dengan beberapa titisan minyak aroma terapi ke dalam tab mandi anda untuk merangsang dan merehatkan minda. Untuk melegakan otot-otot yang kepenatan, anda boleh memasukkan setengah cawan epsom salt (boleh diperoleh di farmasi) ke dalam air mandian.

4. Buatlah urutan untuk pasangan anda dengan terapi aroma dalam suasana yang romantik. Segarkan bilik tidur anda dengan bauan yang bersifat afrodisiak (untuk merangsang keingingan seksual) bagi merangsang emosi seperti vanila, sandalwood, ros dan sebagainya.

5. Jangan malu untuk memberi ciuman dan pelukan mesra yang disertai rasa kasih sayang dan penghargaan walaupun sudah berusia. Ia seharusnya menjadi amalan setiap pasangan suami isteri.

6. Sekali sekala tinggalkan nota ringkas di rumah atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pasangan. Luahan ungkapan bermakna yang ikhlas pasti dapat menyentuh hatinya.

7. Hadiahkan sesuatu yang istimewa, terutamanya pada hari-hari istimewa seperti hari lahir dan hari ulang tahun perkahwinan. Ia tentunya menjadi saat manis yang boleh dikenang.

8. Perbaiki kualiti komunikasi anda. Sekiranya sebelum ini anda kerap bertengkar akibat perkara yang remeh-temeh, ubahlah kepada perbualan yang bermakna, seperti kata-kata perangsang dan tunjukkan yang anda mengambil berat dan menghargainya sebagai pasangan hidup anda.

9. Sediakan ruang untuk berbincang tentang sebarang masalah yang dihadapi. Jangan mementingkan ego masing-masing. Lafaz maaf tentunya membantu meredakan ketegangan. Amalkan sikap hormat-menghormati di antara satu sama lain.

10. Ubahlah penampilan sekiranya perlu. Sekiranya berat badan anda berlebihan, cuba usahakan untuk mendapatkan berat badan yang sepatutnya. Pakailah baju yang disenangi pasangan dan ceriakan penampilan anda supaya tidak bosan dipandang mata.

11. Mengurangkan pengambilan daging membantu mengekalkan kebolehan seksual. Kajian mendapati punca utama bagi lelaki golongan muda yang mengalami masalah gangguan pengaliran darah di arteri adalah pengambilan daging lembu yang berlebihan terutamanya jenis berpanggang dan daging pada bahagian tulang rusuk yang berlemak dan berkolesterol tinggi. Di samping itu, tingkatkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan segar.

12. Jika anda atau pasangan mempunyai masalah kesihatan seksual, jangan cuba berselindung tetapi berbincanglah secara jujur. Masalah-masalah ini boleh diperbaiki dengan pengetahuan yang mencukupi, nasihat dan sokongan daripada pasangan dan juga bantuan diet dan pemakanan tertentu.

Herba-herba seperti Horny goat weed, Ginkgo, Puncture vine, Ginseng, Muira puama, Withania dan Damania mungkin dapat meringankan masalah yang dihadapi.

Horny goat weed telah dibuktikan mempunyai kesan seperti testosteron yang dapat merangsangkan saraf deria dan menggalakkan penghasilan sperma.

Sementara itu, bagi kaum wanita, Horny goat weed membantu mengurangkan kelesuan dan ketidakselesaan seks, terutamanya bagi mereka yang sudah menjangkau usia menopaus.

Ginkgo menggalakkan kesan oksida nitrik bagi merehatkan dinding salur darah supaya aliran darah dapat ditingkatkan. Dengan itu, Ginkgo meningkatkan kebolehan mencapai dan mengekalkan ereksi apabila menerima rangsangan seksual.

Ginseng menggalakkan aliran darah ke tisu-tisu vagina. Pengikatannya pada sel penerima hormon dapat meningkatkan tenaga batin.

Puncture vine memperbaiki masalah disfungsi erektil dengan meningkatkan tenaga batin dan menyeimbangkan hormon untuk kitaran haid yang tetap dan seterusnya meningkatkan kesuburan wanita.

Muira puama pula membantu mengekalkan ketegangan zakar sewaktu aktiviti seks manakala Withania merangsangkan saraf untuk mengatasi masalah disfungsi erektil akibat daripada kelesuan.

Ia turut meningkatkan tenaga dan berfungsi sebagai tonik untuk melawan stres. Damania turut dikenali sebagai tonik perangsang seks dengan meningkatkan kepekaan saraf dan merangsang keinginan seks.

Dilemma isu seksualiti wanita

Seksualiti wanita tidak pernah dibincangkan secara terbuka sebelum ini kerana seks dianggap isu lelaki.

Manakala, wanita hanya memainkan peranan sebagai pemberi khidmat seks atau sex service provider.

Tanggapan ini adalah sesuatu yang kuno. Kini wanita seperti lelaki mempunyai hak dan keperluan dalam hal seksualitinya di mana kaum lelaki perlu prihatin.

Jika lelaki tidak prihatin tentang keperluan batin wanita, keintiman seksual antara mereka tidak membina.

Masalah boleh berlaku kecuali wanita itu mengambil inisiatif sendiri, berusaha mendapat penyelesaian.

Jika tidak, maka wanita itu akan terbelenggu dengan masalah tersebut untuk selama-lamanya.

Masyarakat suatu ketika dulu berpendapat, wanita tidak boleh lebih daripada pasangan lelakinya dan perlu mengikut jejak syahwat pasangan lelakinya.

Jika syahwat pasangan lelaki tidak lagi dapat berfungsi, dia harus terima hakikat itu.

Jadi wanita harus menderita dalam diam. Kini masyarakat terima hakikat yang wanita perlu keselesaan batin dan kelegaan syahwat dan berhak ke atasnya.

Apakah seksualiti wanita?

Seksualiti ialah proses pengenalan diri seseorang individu baik lelaki atau wanita.

Proses ini bermula dari peringkat bayi sehingga ke peringkat dewasa dan lanjut usia.

Seksualiti itu ialah anugerah Tuhan kepada kita sebagai manusia yang berperasaan dan mempunyai kehendak tersendiri.

Jadi seksualiti itu tidak sama pada mana-mana individu dan jantina. Sebahagian daripada proses seksualiti ialah pengenalan tentang kehendak syahwat dan naluri seksual.

Ini termasuklah hubungan kelamin, kesihatan seksual dan tanggungjawab seksual dan bukan sekadar menghindarkan penyakit kelamin sahaja.

Seksualiti manusia berubah dari semasa ke semasa. Ia juga tertakluk kepada pengenalan, pengalaman, pendedahan dan juga mengikut kemampuan kesihatan.

Ini termasuklah amalan gaya hidup yang sihat dan pencegahan daripada penyakit yang boleh mempengaruhi fungsi syahwat dan naluri, seperti penyakit kencing manis, sakit jantung, sakit buah pinggang dan lain-lain.

Begitu juga dengan wanita, mereka mempunyai seksualiti yang tersendiri.

Tidak ada seorang wanita pun yang mempunyai kemampuan seksualiti yang sama dengan wanita yang lain.

Walaupun dari segi asasnya, semua wanita mempunyai perasaan, keperluan dan kehendak batin, syahwat dan naluri.

Malah, bukan semua wanita dapat memenuhi hasrat atau hajatnya.

Sebilangan besar daripada mereka hanya menerima hakikat tersebut tanpa membuat apa-apa.

Jadi, tidak hairan jika kajian tentang seksualiti manusia memberi unjuran yang lebih tinggi kepada wanita yang mengalami masalah disfungsi seksual berbanding lelaki.

Kajian menunjukkan, jika dibandingkan dengan setiap lima kes masalah disfungsi seksual wanita, hanya tiga kes masalah seksual lelaki.

Tetapi yang mendapat lebih perhatian dan keprihatinan ialah kaum lelaki.

Sebetulnya, tindak balas rangsangan seksual wanita lebih kurang sama dengan lelaki.

Apabila wanita itu berhasrat untuk menikmati rangsangan seksual, anggota syahwatnya akan bersedia.

Peningkatan perjalanan darah ke dalam anggota tersebut.

Bibir besar dan kecil akan mengembang dan pembukaan faraj kelihatan renggang.

Keadaan ini menjadi lebih mantap apabila perjalanan darah menjadi lebih lancar dengan peningkatan tekanan darah.

Selain itu, degupan jantung yang meningkat secara langsung mengakibatkan tisu anggota kemaluan mengembang dan selaput mukosa faraj lega dan lembap. Keadaan ini dikenali sebagai fasa rangsangan.

Apabila rangsangan seksual itu sampai ke peringkat kemuncak, wanita akan mencapai klimaks atau kepuasan.

Pada masa yang sama, wanita terbabit mengalami kelegaan rangsangan. Jika dia ingin meneruskan aktiviti tersebut, mengikut kehendak pasangannya dan berdaya meneruskan rangsangan itu dia boleh mencapai kemuncak sekali lagi, atau beberapa kali lagi.

Dalam keadaan kemuncak, pernafasan, tekanan darah dan degupan jantungnya juga dalam keadaan kemuncak. Apabila mencapai klimaks, kesemua tindak balas sistem tersebut menjadi lega.

Dalam keadaan demikian, dia akan kelihatan berpeluh dan ini dikenali sebagai sexual sweat dan mengalami kemerahan kulit muka dan dada yang dikenali sebagai sexual flush.

Wanita terbabit mendapati rangsangan seksualnya mudah berlaku apabila dia menumpukan pada sentuhan.

Sentuhan itu dilakukan sama ada oleh pasangannya atau dilakukannya sendiri pada bahagian tubuh badan yang merangsangkannya.

Bahagian tubuh badan ini dikenali sebagai zon erotik atau erogenous zones.

Sebilangan wanita mampu mencapai ejakulasi ketika dalam kemuncak.

Ini berlaku apabila otot lantai pelvis mencengkam dan mengakibatkan pundi para uretra mencengkam dan mengeluarkan cecair pekat.

Fenomena ini boleh berlaku apabila bahagian langit faraj, iaitu antara dua hingga tiga sentimeter dari pembukaan faraj yang dikenali sebagai G-Spot, mendapat rangsangan yang mencetuskan ejakulasi itu.

Walaupun kebanyakan wanita mampu mencapai klimaks atau orgasma dan sebilangan mereka boleh juga mencapai orgasma berkali-kali, hanya 25 peratus saja daripada mereka yang dapat menikmati orgasma melalui hubungan seks secara penetratif.

Sebilangan besar yang lain memerlukan rangsangan yang lebih atau rangsangan kepada klitoris untuk mencapai orgasma.

Pandangan yang mengatakan bahawa semua wanita dapat menikmati orgasma melalui seks penetratif sebenarnya tidak benar. Ia hanyalah satu atau mitos yang hanya digembar-gemburkan saja.

Gangguan orgasmik atau disfungsi orgasmik berlaku apabila wanita itu jarang atau tidak langsung mencapai klimaks walaupun dia dalam keadaan yang ghairah.

Beberapa kajian yang pernah dijalankan melaporkan 20 peratus daripada masalah disfungsi seksual wanita ialah masalah orgasma atau klimaks.

Ia juga dikenali sebagai dysorgasmia atau anorgasmia, walaupun sebilangan besar daripada wanita mengalami perasaan dingin atau rendah keinginan syahwat (low desire), masalah rangsangan (arousal difficulty) dan kesakitan berkaitan dengan persetubuhan (dyspareunia).

Disfungsi seksual wanita (DSW)

Sememangnya menjadi impian semua wanita yang berpasangan ingin menghayati hubungan silaturahim dengan pasangan masing-masing.

Selain memberi kedamaian minda dan keselesaan tubuh badan, ia juga menyeronokkan jiwa. Ini dapat memberi kepuasan hidup kepada mereka.

Bagaimanapun, terdapat sebilangan wanita yang tidak dapat melakukan hubungan seks dengan pasangan walaupun mereka begitu mesra.

Sebaliknya, mereka lebih selesa dengan cara bukan seksual. Keadaan ini dikenali sebagai sexual aversion. Sekiranya perkara berlaku pada peringkat awal, ia dikenali sebagai sexual aversion primer.

Tetapi, jika berlaku kemudian, dikenali sebagai sexual aversion sekunder.

Mereka akan rasa kurang intim tanpa hubungan seks. Lama-kelamaan hubungan suami isteri menjadi hambar.

Isteri yang mengalami masalah ini akan cuba memberi layanan kepada suami dan akan menurut kehendak suami seketika kerana ingin hamil.

Selepas hamil dan melahirkan anak, dia akan kembali kepada perasaan asalnya tentang hubungan seks dan berharap suami akan kekal dengannya kerana anak.

Selagi masalah yang terpendam ini tidak dapat penyelesaian, rumah tangganya akan mengalami risiko perceraian apabila suaminya tidak dapat terima keadaan tersebut.

Masalah disfungsi seksual yang biasa dialami wanita tertumpu kepada empat perkara iaitu:

* Masalah dingin atau kurang keinginan syahwat (low desire)

* Masalah rangsangan (arousal difficulty)

* Masalah mencapai orgasma (anorgas-mia) atau gagal untuk mencapai kemuncak rangsangan seksual dan

* Kesakitan semasa melakukan hubungan seks (dyspareunia).

Kesan sampingan mengurut zakar

Buat masa ini, Halim Hafizi belum berkira-kira untuk mendirikan rumah tangga. Selain faktor usia yang masih muda, Halim, 24, perlu persediaan dari segi mental, fizikal dan kewangan yang stabil.

Seperti lelaki dewasa yang lain, jurutera di salah sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur ini dilahirkan dengan serba kesempurnaan.

Dengan didikan yang diterima sejak kecil dan faktor persekitaran, menyukarkan Halim untuk berbincang secara terbuka berhubung masalah yang dihadapinya.

Baik ahli keluarga terdekat atau rakan rapatnya, Halim lebih rela memendam rasa daripada mengaibkan diri sendiri.

Dilema yang dihadapinya menyebabkan dia makin hilang punca. Apatah lagi, isu ini membabitkan lambang kelakiannya.

Dia sendiri tidak pasti mengapa dan bagaimana keadaan ini berlaku. Tetapi, yang pasti ia benar-benar membelenggu dirinya. Menurut Halim, sejak di peringkat sekolah rendah, dia yakin dan benar-benar yakin zakarnya normal.

Tetapi, apa yang terjadi pada hari ini menjadi sebaliknya. Zakar Halim telah berubah dan membengkok ke bawah.

Sekalipun tidak pasti mengapa keadaan ini berlaku, Halim mengakui pada zaman remajanya dia selalu menekan zakarnya ke bawah seluar, terutama apabila dalam keadaan ereksi.

Ini mengakibatkan zakarnya, yang pada awalnya berkeadaan normal lama-kelamaan membengkok ke bawah, walaupun zakar tersebut dalam keadaan ereksi.

Apa yang membimbangkan dirinya ialah semasa dia membuang air kecil, air kencing juga tidak akan keluar seandainya Halim cuba menegakkan zakar seperti dalam keadaan normal.

Air kencingnya, seolah-olah tersekat di tengah zakar. Lebih memelikkan Halim, apabila dia membiarkan zakarnya dalam keadaan bengkok, barulah aliran air kencingnya mengalir seperti biasa.

Risau juga Halim, kalau-kalau masalah ini tidak dapat ditangani dan berterusan apabila dia mendirikan rumah tangga nanti.

DR. ISMAIL:

Kebiasaannya semasa ereksi, kedudukan zakar berubah, ia menegang dan menghala ke depan. Jarang kelihatan zakar yang erek berkeadaan lurus. Kebiasaannya ia akan kelihatan melengkung sedikit, sama ada ke kiri atau ke kanan.

Ada kalanya, ia mendongak ke atas dan kadangkala ke bawah. Zakar yang menegang, di mana jika kedudukan lengkung atau kebengkokannya lebih dari 90¼ tidak dapat disalurkan ke dalam faraj.

Walaupun ia cuba diluruskan semasa hendak melakukan hubungan seks, kedudukan tersebut tidak kekal.

Malah, ia menyusahkan lelaki dan pasangannya. Jadi, tidak hairan jika kedudukan zakar yang membengkok cuba diluruskan semasa hendak buang air kecil. Pembengkokan ini mengakibatkan pengeluaran air kencing seolah-olah tersangkut.

Perkara yang sama boleh berlaku ketika ejakulasi, kemungkinan air mani tersekat.

Tidak dinafikan, kedudukan zakar boleh berubah dari semasa ke semasa. Perubahan ini mungkin akibat perbuatan sendiri.

Ini termasuklah seperti sengaja membengkokkan zakar semasa memakai seluar dalam atau tabiat gemar menolak zakar apabila ia mengalami ereksi yang luar biasa.

Apabila otot dan selaput otot zakar tercedera, timbul kekerasan atau plaque. Otot zakar yang ditarik oleh tisu selaput yang keras itu akan mengakibatkan zakar tidak lurus dan bengkok.

Kemunculan plaque boleh berlaku secara spontan dan ini dikenali sebagai Peyronie Disease. Lagi cepat anda berjumpa doktor, lebih segera rawatan diberi. Ini juga dapat mengurangkan proses pengerasan plaque.

Selain Peyronie Disease, terdapat beberapa masalah lain yang boleh dikaitkan dengan kebengkokan zakar.

Jadi jangan teragak-agak berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan. Jangan sesekali mengatasi masalah zakar yang bengkok ini dengan mengurutnya. Malah, ia boleh memudaratkan.

Ada kemungkinan, amalan mengurut zakar yang kononnya dipercayai boleh membesar dan memantapkannya boleh mengakibatkan perkara yang sebaliknya. Kesudahannya, zakar menjadi bengkok.

HISHAM, 44, mengakui sejak kebelakangan ini dia terlalu dingin untuk menunaikan `tanggungjawabnya' sebagai suami.

Eksekutif salah sebuah syarikat kewangan ternama ini, `hilang minat' bukan kerana perasaannya telah beralih arah kepada wanita lain.

Malah, sepanjang membina ikatan bersama Zaleeda sejak 18 tahun yang lalu, isterinya itulah satu-satunya wanita yang bertakhta di hatinya.

Belum ada mana-mana wanita pun mampu menandingi kesempurnaan yang dimiliki isterinya, juga seorang eksekutif di salah sebuah syarikat swasta terkemuka.

Apa yang membimbangkan Hisham, perubahan yang berlaku pada dirinya ini, Zaleeda akan menuduhnya bukan-bukan.

Sedangkan, dia sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku pada dirinya.

Cerita Hisham, dalam tempoh 10 tahun lalu dalam melayari kehidupan berumah tangga, dialah `jaguh' dan menguasai permainan. Tetapi, apa yang berlaku pada hari ini adalah sebaliknya.

Dia perlu `dibantu' untuk dirangsang oleh isteri setiap kali melakukan hubungan seks.

Lebih memelikkan Hisham, dia langsung tidak dapat memperoleh, jauh sekali menghayati keseronokan.

Ereksinya juga tidak begitu baik. Hasilnya, semasa ejakulasi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Atas alasan itu, Hisham terpaksa memilih onani kerana kenikmatan yang dirasai terlalu berbeza.

Pada masa yang sama, dia juga berasa sakit pada bahagian sebelah buah zakar kirinya.

DR. ISMAIL:

Tahap dan kemampuan syahwat serta tenaga batin seorang lelaki menurun apabila umur mereka mencecah 40 tahun.

Jika lelaki itu menghidap penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, sakit jantung (koronari) dan tekanan mental, kelemahan syahwat turun amat ketara.

Lelaki itu boleh mengalami mati pucuk. Begitu juga jika seorang lelaki yang berumur itu mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat.

Ini termasuklah merokok, minum minuman keras, tidak mengawal berat badan dan makanan.

Mereka yang tidak melakukan apa-apa aktiviti fizikal dan terdedah dengan tekanan, kemampuan syahwat menjadi lemah.

Selain itu, hubungan dengan pasangan menjadi kurang mesra, tidak lagi ceria atau menghiburkan. Ini boleh mengganggu keintiman.

Umur yang meningkat membawa perubahan kepada proses penuaan. Sebilangan lelaki mengalami perubahan andropause atau penurunan hormon kelelakian Testosterone.

Dengan kekurangan hormon seks lelaki ini, perasaan lemah berlaku secara menyeluruh.

Ini termasuklah rasa lesu, tidak berdaya dan berupaya, mudah letih dan tidak mudah terangsang.

Selain itu, mereka juga tidak minat kepada hubungan seks kerana tidak seronok dan tidak mudah klimaks lagi. Jika klimaks pun, pancutan tidak sederas dahulu.

Proses tindak balas hubungan seks menjadi lembap walaupun pasangan melakukan pelbagai rangsangan.

Mungkin rangsangan secara sendiri dapat membantu mendapat keselesaan kendiri, tetapi tanpa pasangan tidak lengkap.

Masalah seksual perlu diberi perhatian dan perlu mendapat rawatan yang sewajarnya. Ini kerana hubungan seksual mustahak sebagai penyeri hubungan suami isteri.

Doktor akan menjalankan pemeriksaan kesihatan dan mengkaji tahap hormon testosteron lelaki itu.

Ubat-ubatan yang sewajarnya akan diberi. Jika masalah lelaki itu ada kaitan dengan gangguan pencapaian ereksi, ubat yang dapat membantu meningkatkan perjalanan darah ke dalam zakar akan diberi.

Pendek kata, masalah seksual dan syahwat kini boleh diatasi dengan rawatan moden.

Sebelum ini Ravi pernah terbaca mengenai masalah kebengkokan zakar yang dikenali sebagai penyakit Peyronie.

Tetapi, dia masih kurang jelas kewujudan penyakit tersebut dan kesannya kepada seksualiti seorang lelaki.

Kebetulan, keinginan untuk tahu tentang penyakit ini timbul apabila dia juga mengalami masalah yang serupa.

Ravi, 29, kakitangan kerajaan di bahagian pentadbiran di salah sebuah sektor kerajaan di utara Semenanjung ini menghadapi masalah zakar bengkok ketika ereksi.

Zakarnya, akan bengkok ke kiri.

Keadaan yang terlalu bengkok ini menyukarkan Ravi untuk melakukan hubungan seks dengan pasangannya.

Dia juga mengakui, terlalu cepat mengalami ejakulasi.

Menurut pembacaan Ravi, masalah yang dihadapinya ini dikenali sebagai penyakit Peyronie.

Pernah juga dia terdengar vitamin E dapat membantu mengatasi masalahnya, tetapi sejauh mana kebenarannya tidak diketahui.

DR. ISMAIL:

Penyakit Peyronie ialah sejenis masalah kebengkokan zakar yang berlaku akibat tisu seraput atau keras yang terdapat pada dinding otot zakar.

Ia menyebabkan otot itu tertarik ketika zakar menegang. Lelaki yang menghidap penyakit ini akan terasa sakit semasa ereksi berlaku. Dengan keadaan zakar membengkok yang ketara, hubungan seksual dengan pasangan wanita tidak dapat dilakukan.

Kemunculan tisu seraput ini tidak diketahui. Ia boleh berlaku secara spontan atau akibat kecederaan semasa bersetubuh.

Masalah kebengkokan zakar ini jarang berlaku. Sebab sebenarnya sehingga kini tidak diketahui.

Mengikut sejarah penyakit ini pernah di ketengahkan oleh Fallopius pada 1561.

Tetapi, nama Peyronie diambil sempena nama daripada pakar bedah Raja Louie XV dari Perancis.

Ketika itu, rawatannya ialah dengan direndam dengan air spa dari Barega (yang tidak memberi apa-apa kebaikan).

Rawatan kuno yang pernah diketengahkan untuk penyakit ini ialah iodin, arsenik dan minyak urut yang mengandungi racun Amalgam. Sehingga kini tiada rawatan yang sahih untuk penyakit Peyronie.

Rawatan seperti vitamin E, biasa diberi walaupun tiada apa-apa kebaikan yang diperoleh oleh pesakit.

Pada peringkat awal masalah tersebut, ubat-ubatan seperti Tamoxifen, Colchicine dan suntikan Verapamil pernah diberi.

Ubat-ubatan ini didapati ada kebaikan sama ada mengurangkan sakit atau melembutkan tisu seraput itu. Suntikan Interferon juga pernah diberi. Ia juga ada kebaikan.

Cara perawatan yang mutakhir ialah pembedahan pemulihan. Tisu seraput itu dibuang dan tempat yang terdedah itu dijahit dengan pembuluh darah.

Apa yang mustahak tentang penyakit Peyronie ialah pemeriksaan yang perlu dilakukan oleh pakar.

Pakar bedah dan pakar urologi boleh mengendalikan penyakit tersebut melalui pembedahan.

Rawatan dengan perubatan boleh dicuba mengikut pengalaman doktor yang pernah mengendalikan penyakit tersebut.

Bersama Dr. Mohd. Ismail Mohd Tambi

Memulihkan hubungan suami isteri

Kegagalan mengadakan hubungan seks dengan pasangan bukan sahaja mengecewakan lelaki tetapi turut dialami oleh isteri kerana mereka terasa seolah-olah dipinggirkan apabila suami mengelak untuk mengadakan hubungan asmara.

Situasi ini sering berlaku di kalangan pasangan yang mempunyai suami mengalami masalah disfungsi erektil (ED) atau mati pucuk.

Isteri turut berkongsi reaksi negatif suami terhadap ED seperti rasa resah, malu, bersalah, marah dan murung.

Lebih buruk lagi, sehingga 97 peratus lelaki yang menghidap ED mengaku isteri masing-masing bukanlah orang pertama yang diberitahu mengenai masalah yang dialami. Malah sesetengahnya lebih suka tidak memaklumkan kekurangan tersebut.

Perkara tersebut didedahkan oleh Pengarah Pusat Kesihatan Seksual Australia di Sydney, Dr. Chris McMahon di Kuala Lumpur baru-baru ini.

``Ramai tidak menyedari ED sejenis penyakit yang melibatkan kedua-dua pasangan dan masing-masing mempunyai peranan menangani masalah tersebut.

``ED ditakrifkan sebagai kegagalan konsisten untuk mencapai dan mengekalkan ereksi yang secukupnya untuk mengadakan hubungan seks.

``Kesan daripada kegagalan itu bukan sahaja mempengaruhi emosi pasangan ia turut menjejaskan kerukunan rumahtangga,'' ujarnya.

Satu kajian seks Global Lily yang dijalankan di kalangan 2,164 lelaki di 12 negara dari lima benua mendapati lebih daripada 10 lelaki bersetuju ED menjejaskan sifat kelakian mereka dan nikmat secara keseluruhan.

Kelemahan tersebut mempengaruhi kaum lelaki secara psikologi dan fisiologi menyebabkan kualiti kehidupan mereka merosot secara mendadak.

Katanya hasil penemuan menunjukkan di kalangan lelaki menghidap Ed, 93 peratus berpendapat hubungan seks tidak lagi dilakukan secara semula jadi. Seramai 82 peratus tidak mengadakan hubungan seks sekerap dulu, 78 peratus merasakan bahawa seks tidak menyeronokkan lagi dan 72 peratus berpendapat seks tidak lagi menyeronokkan bagi pasangan mereka.

``Peranan isteri dalam hal ini amat penting bagi mewujudkan komunikasi terbuka dalam rawatan ED. Sering kali rawatan lebih berkesan jika mereka dapat memberi sokongan yang amat berharga dan sangat-sangat diperlukan oleh suami, memberi galakan dan juga keselesaan sepanjang proes rawatan,'' katanya.

Tadalafil, salah satu kaedah yang digunakan bagi merawat ED kini semakin membantu mendapat tempat di kalangan pengguna Malaysia sejak diperkenalkan tiga minggu berada di pasaran.

``Tadalafil ialah sejenis rawatan ED serba maju. Tempoh keberkesanan selama 36 jam, pesakit bebas daripada sekatan rawatan terdahulu, umpamanya keperluan membuat perancangan teliti.

``Situasi ini meringankan tekanan dan desakan yang dihadapi oleh kaum lelaki akibat kebimbangan prestasi sambil mengekalkan keintiman yang amat diingini apabila berasmara,'' katanya.

Sementara itu, Ketua Klinikal Pusat Reproduktif Pakar di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Dr. Ismail Tambi dalam pertemuan yang sama turut bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Katanya keintiman pasangan lebih berjaya jika kedua-duanya memanfaatkan masa bersama dengan mengadakan diskusi untuk menyelesaikan masalah.

``Kejayaan atau sebaliknya hubungan seksual memberi kesan kepada pasangan. Jika hubungan seks negatif, mereka resah dan tidak gembira. Sebaliknya jika berjaya, hubungan bertambah intim dan saling menghargai antara satu dengan yang lain,'' katanya.

Bagaimanapun katanya hubungan seksual juga tidak akan berjaya jika pada asasnya tidak wujud keakraban antara pasangan.

``Apabila pasangan resah kerana tidak dapat menjalin hubungan intim, proses merancang hubungan seks berdasarkan rawatan ED tidak akan mengeratkan hubungan.

``Ini ditambah dengan perancangan teliti sebelum berasmara bukan sesuatu yang biasa dilakukan oleh pesakit ED, khususnya dalam masyarakat Asia di mana naluri keinginannya datang secara semula jadi,'' katanya.

Beliau berkata, faktor usia bukan penghalang kepada pasangan menjalin hubungan intim.

``Ada yang beranggapan orang yang sudah mencecah usia 40-an kehilangan nafsu seks atau mereka tidak dapat melakukan secara fizikal.

``Sebaliknya warga yang lebih tua mahukan dan boleh menikmati kehidupan seks yang aktif dan memuaskan. Tidak ada usia yang terlalu tua untuk hubungan romantik dan berasmara dan pasangan-pasangan wajar mencari kesempatan untuk menyemarakkan semula hubungan intim mereka,'' katanya.

Langkah sebaiknya kata Dr. Ismail, berusahalah untuk kelihatan menarik kepada satu sama lain, menunjukkan kasih sayang dan melakukan perkara-perkara kecil yang menggembirakan pasangan.

Sentuhan katanya memainkan peranan penting jika pasangan segan untuk berpelukan atau berkucup. Mereka juga boleh meminta orang lain menjaga anak-anak supaya boleh keluar untuk temu janji romantik,'' katanya.

Beliau turut menyarankan, jika pasangan menghadapi masalah ED, ia tidak bermakna penamat hubungan.

``Rawatan baru seperti Tadalafil membolehkan ramai pasangan kembali menikmati hubungan intim. Ia merupakan sejenis ubat preskripsi yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan untuk merawat ED.

``Tadalafil berfungsi sebagai perencat terpilih dan berkesan bagi membantu meregangkan sel otot licin dan meningkatkan aliran darah ke zakar. Seperti ubat lain dalam kelasnya, rangsangan seksual diperlukan agar tadalafil dapat berfungsi,'' katanya.

Suami ada masalah ED perlu berterus terang

KEGAGALAN mengadakan hubungan seks dengan pasangan bukan sahaja mengecewakan lelaki tetapi turut dialami oleh isteri kerana mereka terasa seolah-olah dipinggirkan apabila suami mengelak untuk mengadakan hubungan asmara.

Situasi ini sering berlaku di kalangan pasangan yang mempunyai suami mengalami masalah disfungsi erektil (ED) atau mati pucuk.

Isteri turut berkongsi reaksi negatif suami terhadap ED seperti rasa resah, malu, bersalah, marah dan murung.

Kekurangan

Lebih buruk lagi, bilangan lelaki yang menghidap ED dan mengaku terlalu payah berterus-terang dengan isteri masing-masing atau berjumpa doktor kian meningkat.

Malah sesetengahnya lebih suka tidak memaklumkan kekurangan tersebut kepada pasangan mereka.

Perkara tersebut didedahkan oleh pakar kesihatan seks, Dr. Ismail Tambi pada ceramah kesihatan anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) baru-baru ini.

“Ramai tidak menyedari ED sejenis penyakit yang melibatkan kedua-dua pasangan dan masing-masing mempunyai peranan menangani masalah tersebut.

“ED ditakrifkan sebagai kegagalan konsisten untuk mencapai dan mengekalkan ereksi yang secukupnya untuk mengadakan hubungan seks.

“Kesan daripada kegagalan itu bukan sahaja mempengaruhi emosi pasangan, malah ia turut menjejaskan kerukunan rumah tangga,’’ ujarnya.

Kelemahan tersebut mempengaruhi kaum lelaki secara psikologi dan fisiologi menyebabkan kualiti kehidupan mereka merosot secara mendadak.

Dr. Ismail memberitahu, keintiman pasangan lebih berjaya jika kedua-duanya memanfaatkan masa bersama dengan mengadakan diskusi untuk menyelesaikan masalah.

“Kejayaan atau kegagalan hubungan seksual memberi kesan kepada pasangan. Jika hubungan seks

negatif, mereka resah dan tidak gembira. Sebaliknya jika berjaya, hubungan bertambah intim dan saling menghargai antara satu dengan yang lain,’’ jelasnya.

Bagaimanapun, katanya, hubungan seksual juga tidak akan berjaya jika pada asasnya tidak wujud keakraban antara pasangan.

“Apabila pasangan resah kerana tidak dapat menjalin hubungan intim, proses merancang hubungan seks berdasarkan rawatan ED tidak akan mengeratkan hubungan.

“Perancangan teliti sebelum berasmara bukan sesuatu yang biasa dilakukan oleh pesakit ED, khususnya dalam masyarakat Asia di mana naluri keinginannya datang secara semula jadi,’’ katanya.

Beliau berkata, faktor usia bukan penghalang kepada pasangan menjalin hubungan intim.

“Ada yang beranggapan orang yang sudah mencecah usia 40-an kehilangan nafsu seks atau mereka tidak dapat melakukannya secara fizikal.

“Sebaliknya warga yang lebih tua mahukan seks dan boleh menikmati kehidupan seks yang aktif dan memuaskan.

“Tidak ada usia yang terlalu tua untuk hubungan romantik dan berasmara. Pasangan-pasangan wajar mencari kesempatan untuk menyemarakkan semula hubungan intim mereka,” katanya.

Langkah sebaiknya, kata Dr. Ismail, ialah pasangan perlu berusaha untuk kelihatan menarik kepada satu sama lain, menunjukkan kasih sayang dan melakukan perkara-perkara kecil yang menggembirakan pasangan.

Sentuhan, katanya, memainkan peranan penting jika pasangan segan untuk berpelukan atau berkucup.

“Mereka juga boleh meminta orang lain menjaga anak-anak supaya mereka boleh keluar untuk temu janji romantik,’’ katanya.

Beliau turut menyarankan jika pasangan menghadapi masalah ED, ia tidak bermakna penamat kepada hubungan mereka.

Rawatan seperti suntikan ‘intracavernosal’, kaedah vakum, terapi ‘trans urethral’ dan ‘penile prosthesisi’ membolehkan ramai pasangan kembali menikmati hubungan intim.

“Rawatan-rawatan ini berfungsi sebagai perencat terpilih dan berkesan bagi membantu meregangkan sel otot licin dan meningkatkan aliran darah ke zakar.

“Ubat-ubat ini dapat memberi rangsangan seksual kepada suami untuk menjalankan hubungan dengan isteri,’’ katanya.

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH

Amalan urutan tingkatkan keintiman

Pakar sakit Tuan dan Kesihatan Reproduktif Lelaki dan Wanita, Dr. Ismail Tambi yang terkenal membicarakan persoalan seks secara ilmiah mengakui bahawa amalan urutan antara suami isteri akan dapat meningkatkan keintiman seksual dan keharmonian rumahtangga.

``Urut mengurut yang halal antara suami isteri memang digalakkan kerana ia mendatangkan satu kenikmatan luar biasa tetapi kita masih mengabaikan kepentingan itu, sedangkan ia boleh membantu membina kebahagiaan rumahtangga,'' katanya.

Menurutnya, teknik urutan itu juga perlu berpandukan kepada kaedah saintifik supaya ia mendatangkan kesan kesihatan kepada anggota tubuh badan dan seksual.

``Sepatutnya masyarakat kita jangan tertutup atau malu kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan seks secara ilmiah dan ia perlu disebarkan secara terbuka,'' kata Ketua Klinik Pakar Pusat Kepakaran Reproduktif Manusia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) itu di sini hari ini.

Menurutnya, tidak timbul masalah pendidikan ilmiah secara terbuka mengenai seks itu akan memberi kesan negatif kepada kanak-kanak dan remaja, malah mereka akan lebih memahami perkara yang tidak baik berhubung dengan seks dan elemen rangsangan lain ke arah itu.

Dr. Ismail mengulas isu hangat teknik urutan `cakaran harimau' dan `urutan labah-labah' bagi membina keintiman suami isteri sekali gus mendorong kepada rangsangan seks untuk keharmonian rumahtangga seperti yang dinyatakan oleh penceramah agama dan motivasi, Siti Nor Bahyah Mahmood kelmarin.

Dr. Ismail mengakui sentuhan kulit antara lelaki dan perempuan memang boleh mendatangkan kenikmatan dan boleh dimanfaatkan oleh pasangan suami isteri.

ED suami ED isteri juga

Tidak berapa lama dulu, sebanyak 80 peratus daripada masalah ED dikatakan bersumber dari dalam kepala lelaki, yakni mental atau psikologi atau juga disebut sebagai psikogenik.

Itu dulu. Namun kini, pecahan menjadi sebaliknya.

Dengan adanya ujian-ujian diagnostik yang lebih baik, faktor-faktor fizikal seperti diabetes, kanser prostat, kecederaan pelvik dan kesan sampingan ubat-ubatan mengambil alih penguasaan.

Masalah perubatan tersebut berupaya mengurangkan atau menghalang aliran darah dan impuls saraf ke zakar, menyebabkan ED.

Sementara itu, tekanan hidup seperti keretakan rumah tangga, kematian orang tersayang, kehilangan pekerjaan dan masalah kewangan dikategorikan sebagai antara faktor sekunder yang menyebabkan ED.

Lelaki yang hilang upaya ereksi secara tiba-tiba biasanya disebabkan oleh faktor psikologi.

Sama seperti ereksi yang boleh tercetus daripada fantasi seks, begitu jugalah pemikiran negatif boleh menghalang ketegangan yang sama daripada berlaku.

Tidak kurang juga lelaki yang menderitai ED yang disebabkan oleh gabungan kedua-dua faktor fizikal dan psikologi.

Tindak balas tubuh dan otak

Tanpa mengira batasan umur atau puncanya, apabila seseorang lelaki itu bermasalah untuk mencapai ereksinya, dia pada mulanya cuba untuk tidak berasa bimbang tentangnya.

Bagaimanapun, apabila ia kembali berulang dan berulang lagi, fikirannya mulai menerobos, apa yang tidak kena.

Dia akan tertanya-tanya sama ada syahwatnya telah hilang dan apakah yang mungkin akan berlaku jika pasangannya mengetahui akan perkara itu.

Seks - bagi lelaki, merupakan antara elemen penting dan utama dalam menentukan kejantanan mereka.

Keupayaan untuk berfungsi secara seksual menterjemahkan peranan lelaki di muka bumi ini, sekali gus membentuk identitinya.

Ini membuatkan lelaki menjadi begitu malu, ego dan kelelakiannya tercabar dan menganggap bukan lagi seorang lelaki sejati.

``Kalau aku tidak boleh melakukan seks dengan normal, aku menjadi seorang lelaki yang gagal dan akan ditinggalkan oleh isteri.''

Pendek kata, serasa dunia sudah kiamat.

Perasaan kecewa, marah, bersalah, kehilangan, tekanan dan takut tidak diterima oleh pasangan (penolakan) turut menghantui mereka.

Apa? Rasa macam biasa dengar?

Mungkin ya, kerana sekiranya anda merupakan pasangan kepada individu yang menghidapi ED, anda lazimnya akan turut dibayangi oleh gelodak yang serupa.

Disebabkan oleh kesakitan emosi yang dialami, kebanyakan lelaki mengambil sikap permisif dan cuba merahsiakannya dari pasangan kerana bimbang diketawakan.

Mereka tidak akan bercakap tentangnya kecuali dengan rakan-rakan sejenis. Venue utama - termasuklah di kedai-kedai mamak.

Bukan perkara pelik bagi lelaki yang menghadapi masalah ini untuk mencari alasan bagi mengelakkan hubungan seks dengan isteri dalam cubaan melupakan masalahnya.

Apabila tiada komunikasi, lama-kelamaan, mereka berpura-pura seolah-olah kehidupan seksual tidak wujud atau tidak penting lagi bagi mereka.

ED lazimnya membimbangkan lelaki akan prestasi seksnya, sama ada dia mampu memberikan kepuasan kepada pasangannya pada masa-masa yang akan datang.

Kerisauan itu seterusnya melengkapkan satu pusingan kejam yang mengakibatkan lelaki semakin sukar untuk mencapai ereksi mereka.

Akhirnya, ED meninggalkan kesan konflik dan kesakitan emosi yang boleh menjarakkan hubungan suami isteri tanpa batasan.

Malang sekali, ED tidak akan berlalu pergi dengan sendirinya dari hidup lelaki sebagaimana sesetengah tanggapan golongan itu bagi menutup kenyataan.

Pakar-pakar sependapat, dalam mana-mana hubungan sekalipun, komunikasi yang baik dan keintiman sesama pasangan sangat penting dan menjadi platform kukuh dalam membantu lelaki keluar dari trauma ini.

Lelaki perlu ingat, hakikatnya, ED bukan masalah lelaki sahaja kerana hubungan seksual adalah satu kegiatan bersama insan Hawa.

Tujuan komunikasi adalah untuk memahami masalah yang berlaku dan menyedari tentang kewujudan serta pilihan rawatan yang ada bagi mengatasinya.

Apabila kita menyentuh tentang komunikasi, kajian mendapati, lelaki dan wanita mempunyai cara perhubungan yang alaminya memang berbeza.

Satu kelainan ketara ialah kaum wanita sering mengutarakan proses membuat keputusan dan pemikiran mereka sedangkan kaum lelaki, sekalipun melalui proses yang sama, tetapi tidak menyatakannya secara lisan.

Ini menjejaskan proses komunikasi kerana lelaki sering tersalah anggap dan berpendapat pertimbangan yang dibuat oleh wanita sebagai jawapan terakhir.

Sedangkan, wanita pula menganggap lelaki langsung tidak mempertimbangkan isu berkenaan.

Sebab itulah lelaki selalu menuduh wanita terlalu kerap bertukar fikiran sedangkan wanita pula menuduh lelaki tidak ambil peduli.

Pasangan yang tidak boleh bercakap dari hati ke hati tidak mustahil gagal melayari bahtera mengikut kemudi mereka sendiri.

Lelaki yang mempunyai masalah untuk berkongsi perasaannya akan mengalami kesukaran untuk berkongsi dengan pasangan masing-masing sebarang kerisauan berkaitan persembahan mereka di bilik tidur.

Sekali lagi, pusingan kejam akan menyebabkan lelaki kehilangan ereksi.

Sementara itu, bagi mana-mana lelaki yang gagal meluahkan mahupun menyelesaikan kemarahan atau kekecewaan terhadap pasangannya, mungkin dengan sengaja menahan zakar daripada menegang sebagai alat ancaman atau senjata konflik mereka.

Lain-lain perasaan yang boleh mendorong ke arah ED ialah:

* Berasa gugup untuk melakukan hubungan kelamin sama ada disebabkan oleh pengalaman buruk atau pernah mengalami episod ED sebelumnya

* Tekanan hidup sama ada di tempat kerja atau di rumah

* Mengalami masalah dalam hubungan dengan pasangan

* Berfikiran negatif, pasangan tidak akan memberikan reaksi yang baik terhadap permintaan anda

* Terlalu malu atau sedar kendiri contohnya, `jangan-jangan, aku tidak dapat menikmati seks dengan baik lagi'

* Sedang bersedih

* Sindrom duda, di mana lelaki akan mengalami ED kerana berasa bersalah dan cemas untuk melakukan hubungan seksual dengan pasangannya yang baru selepas kematian isterinya.

Walaupun terdapat pelbagai pilihan rawatan ED, namun, kajian mendapati satu-satu terapi itu akan lebih berjaya dengan adanya kerjasama daripada isteri.

Ingat, matlamatnya adalah membuat lelaki membuka mulut untuk bercakap dan berbincang mengenai masalah ED yang mereka hadapi.

Masalah yang dibiarkan begitu sahaja boleh memusnahkan hubungan yang paling romantis dan kukuh sekalipun.


Oleh SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN


Nilai kasih sayang dalam hubungan

Untuk menghasilkan perhubungan yang baik dan berkualiti, setiap pasangan perlulah belajar menggemari kegemaran pasangannya dan memperbanyakkan ciri-ciri persamaan antara satu sama lain bagi melancarkan hubungan dan komunikasi.

Untuk saling memahami pula, setiap pasangan itu perlulah meluahkan segala isi hati dan mencari penyelesaian ke arahnya agar hubungan yang terjalin lebih telus dan tiada unsur dendam dan benci.

Perhubungan pasangan boleh diukur menerusi sejauh mana perkongsian fikiran, perasaan, tingkah laku, cita rasa dan keputusan antara mereka.

Pasangan yang tidak ada rasa sepakat, tiada saling bergantungan dan tiada rasa tanggungjawab adalah antara petanda bahawa keintiman antara mereka semakin berkurangan.

Keluarga meninjau pendapat dua pasangan ini tentang erti perhubungan dan kasih sayang.

Bagi pasangan remaja ini, Syameer Zaqrim Jamal, 16 dan Faezah Zainal, 16 perhubungan yang baik adalah yang berlandaskan ikatan persahabatan yang suci murni.

“Saya lebih suka berkawan rapat dan perhubungan yang lebih menjurus kepada persahabatan, dan ikatan persahabatan lebih baik daripada ikatan percintaan lebih-lebih lagi pada usia sebegini,” kata Syameer ketika ditemu bual baru-baru ini.

Jejaka ini berpendapat, erti persahabatan lebih luas dan lebih bermakna bagi setiap orang dan ia wajar diaplikasikan setiap hari dan bukannya pada masa tertentu sahaja.

“Dengan adanya sahabat, kita boleh mencurahkan kasih sayang, berkongsi masalah dan meluahkan isi hati hati agar segala masalah tidak akan dipendam begitu sahaja sehingga mendatangkan masalah lain pula,” ujarnya gembira.

Bagi remaja ini, memilih kriteria kawan adalah amat penting kerana rakan juga berfungsi sebagai pencorak sifat dan peribadi kita.

“Saya lebih suka untuk berdamping dengan rakan-rakan yang tidak merokok, menghormati orang tua dan diri kita sendiri. Bagi rakan perempuan pula, saya suka yang bersopan santun dan paling penting pandai menjaga maruah diri,” ujarnya tegas.

Ketika ditanya bagaimana cara terbaik untuk mengkritik pasangan atau rakan beliau menjawab:

“Kritikan biar berhikmah agar ia tak tersinggung kerana wanita lebih sensitif manakala lelaki kurang sikit, sebab itu kita kena lebih mengenali rakan kita dan tahu cara menanganinya.”

Bagi Faezah pula, perhubungan memberikan peluang kepada setiap manusia mengeratkan lagi ikatan yang sedia ada.

“Saya gembira melihat pasangan kekasih yang romantik apabila tiba hari istimewa, tidak kiralah hari lahir ataupun ulang tahun sesuatu perhubungan itu. Sebagai contoh sekiranya kita berjalan-jalan di taman rekreasi pada hari tersebut, kita akan dapat lihat wanita memegang bunga dan itu menandakan mereka sedang bergembira pada hari tersebut dan ia amat baik untuk sesuatu perhubungan,” kata gadis berusia 16 tahun ini.

Cemburu

Bagi pasangan suami isteri, Mohd. Nor Razif, 28, dan Nor Sadlina Md Saman, 28, pula, kasih sayang perlulah ditunjukkan setiap masa dan pasangan perlulah dihargai bukan sahaja dengan tutur kata malah juga perbuatan.

“Sikap cemburu itu pula tandanya sayang, akan tetapi cemburu yang berlebihan adalah antara petanda curiga serta ingin menguasai pasangannya. Cemburu biar kena pada tempatnya,” kata Razif sambil disertai tawa kecil.

Menurut eksekutif penyelidikan di sebuah syarikat swasta ini, sambutan untuk meraikan pasangan mestilah berpada-pada dan tidak perlu mengeluarkan jumlah wang yang banyak hingga menyebabkan pembaziran.

“Sepatutnya kasih sayang ditunjukkan setiap hari dan bukannya hari tertentu sahaja. Sebagai suami, anak dan abang, saya akan menghargai setiap orang yang saya sayang dengan cara menunjukkan tanda mengambil berat tentang kebajikan mereka,’’ katanya yang kini menetap di Klang, Selangor.

“Usah pentingkan diri tapi banyakkan toleransi”.

Isterinya, Nor Sadlina pula berkata, apa yang lebih penting ialah menjaga sesuatu hubungan itu supaya sentiasa mekar.

“Kita mesti memegang teguh ajaran agama kita. Jadi janganlah kita terlalu mengikut budaya Barat yang hanya menunjukkan kasih sayang pada masa tertentu sahaja,’’ kata ibu kepada Muhamad Firdaus Mohd Nor Razif, 2 bulan setengah.

“Berkasih sayang bagi Islam juga tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara muslim dan akhirnya seluruh manusia,’’ kata beliau lagi.

Baginya, untuk menghakis budaya negatif yang sudah menjadi tradisi dalam hidup bukannya mudah, namun sekiranya kita mampu mempertahankan maruah dan jati diri, tradisi menyambut hari kekasih boleh dipositifkan mengikut lunas-lunas yang betul.

“Sebagai contoh, setiap pasangan yang sedang berkasih boleh melahirkan tanda ingatan kepada pasangan masing-masing dengan memanfaatkan kecanggihan teknologi terkini seperti menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel agar hubungan suci yang terjalin tetap terpelihara,’’ katanya.

Sakit Ketika Hubungan Seks

SAKIT? Hubungan kelamin tidak sepatutnya menyakitkan. Seks sepatutnya menjadi hubungan batin suami isteri yang menyeronokkan, bukan sebaliknya.

Jika anda mengalami kesakitan ketika bersama suami, berhentilah kerana ia mungkin memberikan isyarat bahawa ada sesuatu yang tidak kena.

Dispareunia (dis-pa-run-ya) merupakan terma yang digunakan oleh para doktor secara eksklusif untuk wanita bagi menggambarkan masalah kesakitan ketika melakukan persetubuhan.

Bagaimanapun, lelaki jangan terlalu gembira kerana ia juga boleh berlaku kepada mereka.

Walaupun anda mungkin merasakan bahawa anda sahaja yang mengalaminya, jangan terkejut! Berdasarkan kajian, lebih dua pertiga wanita mengalaminya pada satu ketika dalam hidup mereka.

Namun demikian, seperti biasa, tidak ramai wanita yang berjumpa doktor mengenai perkara ini meskipun banyak yang boleh dilakukan untuk merawatnya, sekali gus mengembalikan semula keintiman pasangan yang sebelum ini mungkin dilema.

Rasa takut dan malu menghalang wanita daripada mendapatkan bantuan perubatan.

“Aku tak normal, tiada apa yang boleh dilakukan,’’ mungkin itu yang wanita fikirkan sekalipun hakikatnya, ia sama sekali tidak benar.

Harus ditekankan di sini bahawa sakit semasa melakukan hubungan seks bukanlah sesuatu yang boleh dianggap normal. Anda juga tidak perlu hidup dengannya.

Usah bimbang. Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia, Dr. Shah Reza Johan Noor cuba mempermudahkan kesakitan anda.

“Pertama sekali, kita perlu memahami organ reproduksi kaum Hawa. Faraj merupakan satu laluan dari pangkal rahim ke permukaan luaran badan. Pangkal rahim adalah satu bahagian anatomi rahim yang sempit yang berhubungan dengan faraj.

“Kawasan luaran jantina perempuan dinamakan vulva. Dua pasang lipatan berdaging dinamakan bibir luar (labium major) dan bibir dalam (labium minor) mengelilingi bukaan faraj dan uretra dan menjulur ke depan hingga ke klitoris.

“Klitoris adalah bahagian atas bibir-bibir ini yang hampir sama dengan penis lelaki, mengandungi tisu erektil yang menjadi tegak apabila menerima rangsangan seksual - memberikan keseronokan dan kenikmatan semasa hubungan kelamin,’’ kata Dr. Shah Reza.

Mengapa kesakitan berlaku?

Kesakitan boleh dikaitkan sama ada secara fizikal mahupun emosi. Wanita akan mengalami empat fasa semasa hubungan kelamin yang secara ringkasnya dinyatakan seperti di bawah:

* Fasa keinginan nafsu berahi: Perasaan yang berkehendakkan kepada aktiviti hubungan kelamin

* Fasa kebangkitan nafsu berahi: Perubahan fizikal terjadi di mana faraj dan vulva menjadi lembap, otot-otot faraj menjadi bertambah longgar, klitoris mengembang serta membengkak, rahim meninggi dan faraj menjadi bertambah dalam serta panjang dan melebar.

“Fasa kebangkitan ini penting untuk persediaan faraj semasa menerima alat sulit lelaki (penis),’’ kata Dr. Shah Reza.

* Fasa puncak syahwat: Satu rangsangan kemuncak aktiviti. Otot-otot faraj dan vulva mengembang mengecut - menimbulkan keseronokan tidak terkira. Klitoris juga boleh menimbulkan rasa kemuncak

* Fasa resolusi/ketetapan: Faraj, rahim serta klitoris kembali ke struktur asal.

Tambahnya, jika fasa-fasa di atas tidak berlaku, hubungan kelamin menjadi satu aktiviti yang menyakitkan, tidak memberangsangkan serta mendatangkan ketidakselesaan.

Jenis-jenis kesakitan dan langkah-langkah perlu

Menurutnya, kesakitan semasa hubungan kelamin boleh dirasai sama ada di bahagian vulva, pembukaan faraj, di dalam faraj dan juga jauh ke dalam faraj.

Kesakitan vulva dirasai semasa tusukan penis, di permukaan luaran faraj. Kesakitan faraj pula dirasai di bahagian dalam manakala kesakitan yang jauh ke dalam boleh dirasai di belakang, pinggul, rahim dan juga pundi kencing.

Kesakitan vulva

Kesakitan dirasai apabila bahagian luar vulva disentuh yang mungkin berpunca daripada sabun, pencuci faraj, bedak ataupun penyembur sanitasi faraj yang digunakan.

Parut dan infeksi/jangkitan mungkin turut berperanan dalam menimbulkan kesakitan ini di mana vulva luka, deria rasa pula menjadi berlebihan.

Kesakitan faraj

* Kekeringan faraj: Kata Dr. Shah Reza, ini berlaku apabila faraj kering, mungkin dari kesan sampingan ubat-ubatan yang dimakan, mungkin juga kerana isteri tidak bersedia, maka fasa keinginan tersebut tidak berlaku.

“Kehamilan, penyusuan badan dan awal menopaus turut mempengaruhi kelembapan semula jadi di dalam faraj.

“Pada permulaan menopaus, hormon wanita - estrogen mengurang. Akibatnya, tisu faraj menipis dan relatifnya menjadi lebih kering, menyebabkan kesakitan semasa hubungan kelamin,’’ ujar beliau.

Hormon gantian boleh diambil bagi mengurangkan penyeksaan itu.

“Wanita harus berbincang dengan suami. Suami penyayang, boleh bertolak ansur serta memahami harus juga memainkan peranannya kerana hubungan sepatutnya dua hala.

“Kekeringan ini boleh diatasi dengan penggunaan lubrikasi/pelincir berasaskan air. Lubrikasi yang berasaskan minyak boleh merosakkan kondom yang mungkin dipakai sebagai kaedah mencegah kehamilan kerana lapisannya boleh melarut dan akhirnya pecah.’’

* Keradangan faraj seperti kegatalan, pedih, keluarnya rembesan dari faraj serta rasa panas membakar yang lazimnya disebabkan oleh kulat seperti kandidiasis, mungkin juga kerana infeksi oleh bakteria

* Vaginismus: “Vaginismus diakibatkan oleh kekejangan otot-otot pada bahagian luar faraj. Kesakitan yang amat sangat berlaku pada masa permulaan tusukan yang bakal menambahkan lagi kekejangan otot-otot tersebut.

“Bagi sesetengah wanita, vaginismus biasanya berlaku pada pengalaman pertama atau malam pertama pengantin baru,’’ Dr. Shah Reza.

Antara penyebab-penyebab vaginismus:

* Luka serta parut lama di faraj akibat kecederaan, proses kelahiran, pembedahan

* Kerengsaan serta keradangan dari penggunaan bahan-bahan pencuci faraj, spermisid dan alahan getah kondom

* Jangkitan vulva dan faraj.

Kesakitan serius di bahagian dalam faraj

Merupakan masalah dalaman yang serius, berlaku apabila keseluruhan organ reproduktif suami berada di dalam faraj.

* Penyakit keradangan pelvis

* Masalah dengan rahim

* Endometriosis

* Ketumbuhan di kawasan pelvis

* Penyakit yang melibatkan pundi kecing dan juga usus

* Organ-organ di bahagian pelvis yang melekat-lekat sesama sendiri, mungkin angkara jangkitan atau pembedahan lampau

* Ketumbuhan telur reproduksi.

Pemeriksaan lanjutan fizikal perlu dijalankan manakala pemeriksaan lain seperti ultrasound melalui faraj dan juga laparoskopi, mungkin disarankan.

Berikut antara soalan-soalan yang mungkin diajukan oleh doktor semasa pemeriksaan:

* Ciri-ciri kesakitan contohnya, darjah kesakitan, berapa lama dan di bahagian tubuh mana ia berlaku

* Bilakah anda berasa sakit

* Lain-lain simptom yang mungkin ada seperti sakit kepala, loya atau lemah, tidak bermaya

* Sejarah perubatan

* Sejarah keluarga.

Pilihan rawatan

* Bagi kes-kes jangkitan, rawatan dengan ubat-ubatan selalunya tidak mengecewakan

* Penggunaan krim atau jel membantu dalam kes-kes di mana pelincir semula jadi tidak mencukupi

* Latihan relaksasi berupaya mengembalikan semula kawalan otot-otot faraj

* Sekiranya ujian diagnostik mengesahkan kewujudan masalah fizikal seperti endometriosis, pembedahan mungkin dicadangkan oleh doktor anda.

Peranan emosi

“Ketakutan untuk mengandung boleh menghasilkan vaginismus atau mungkin timbul perasaan bersalah kerana melakukan hubungan jenis.

“Ada yang takut pada penyakit tularan seks, trauma akibat kecederaan atau pengalaman berorientasikan seks sama ada rela atau paksa seperti penderaan seks kanak-kanak, diperkosa dan sumbang mahram.



“Kesemua ini mengurangkan kelembapan serta lubrikasi faraj termasuklah daya keinginan,’’ Dr. Shah Reza menarik perhatian.

Nasihat beliau: “Wanita tidak harus berseorangan terseksa dengan pengalaman ini. Berbincanglah dengan para doktor, jururawat serta kaunselor bertauliah.

“Suami pula, sebagai teman hidup wanita, sepatutnyalah menunjukkan sikap memahami akan masalah yang dihadapi oleh si isteri, peka pada kesakitan tersebut dan bersama-sama mencari jalan penyelesaiannya.’’

Misal, tunggu sekurang-kurangnya enam minggu sebelum melakukan hubungan kelamin dengan isteri yang baru lepas bersalin. Kelembutan dan cumbuan yang memadai dapat memastikan kelinciran semula jadi faraj.

Masalah seksual dan penuaan semula jadi

Menjadi tua tidak dapat dielakkan! Ketika inilah perubahan dari segi prestasi dan pengalaman di bilik tidur, yang suatu ketika dahulu begitu hangat dirasai, kini boleh bertukar menjadi satu igauan yang merunsingkan!

Ketika menopaus, wanita tidak lagi menghasilkan hormon estrogen, maka pelbagai perubahan akan dialami oleh wanita tersebut.

Antaranya adalah perubahan kitaran haid, sakit atau pening kepala, masalah ingatan, gangguan tidur, perubahan emosi dan rasa panas badan.Ketegangan kulit mulai luntur menyebabkan kedutan dan kering, bukan sahaja di seluruh anggota luaran badan bahkan juga di bahagian vagina (faraj).

Akibatnya, hubungan seks akan menyakitkan dan kehilangan nafsu syahwat juga kerap didapati.

Masalah seksual wanita boleh berpunca dari faktor biologi atau psikologi. Kerap kalinya melibatkan gabungan kedua-duanya.

Penyebab biologi yang utama adalah ketidakseimbangan hormon, jangkitan atau penyakit pada bahagian rahim dan menopaus.

Penyebab psikologi pula adalah pengalaman buruk berkaitan hubungan seks, pandangan terhadap pasangan dan penampilan diri.

Masalah seksual yang kerap dialami wanita ialah kekeringan vagina akibat kurang penghasilan bahan pelincir, lambat atau sukar mencapai orgasme (kepuasan) dan sakit ketika berhubungan.

Ini mungkin disebabkan oleh perubahan hormon (mengandung, bersalin atau menopaus), pembedahan pada vagina, tekanan, gangguan psikologi, kesan ubat-ubatan tertentu, penyakit yang berkaitan dengan rahim dan jangkitan pada vagina.

Kaum lelaki juga tidak terlepas daripada permasalahan seks.

Masalah yang lazim termasuklah mati pucuk, ejakulasi pramatang, kesan selepas pembedahan pada bahagian zakar atau kemaluan, tekanan atau kesan ubat-ubatan.

Mati pucuk juga boleh dikaitkan dengan masalah lain yang berkaitan dengan hubungan seks dan pembiakan seperti lemah tenaga batin dan masalah pengeluaran air mani.

Memandangkan penumpuan kedua-dua minda dan tubuh diperlukan semasa aktiviti seksual, gangguan emosi boleh menyumbang kepada atau memburukkan lagi permasalahan mati pucuk.

Kemurungan, rasa bersalah, rendah diri, tekanan di tempat kerja atau rumah, konflik dalam rumah tangga atau dengan individu lain dan risau mengenai prestasi seksual adalah antara penyebab lazim kepada permasalahan dalam perhubungan seks di mana faktor-faktor berkenaan menyumbang kepada 10 ke 20 peratus daripada kes-kes mati pucuk.

Di dalam keadaan stres lebih banyak khasiat diperlukan. Pengambilan vitamin dan makanan tambahan lain dapat membantu mengatasi masalah ini.

Vitamin B kompleks contohnya dapat menolong membekalkan tenaga, mengurangkan keletihan dan membantu melawan tekanan.

Pengambilan vitamin C dapat memperbaiki sistem pertahanan badan. Pengambilan kombinasi vitamin A, C, E, zink dan selenium pula boleh membantu melawan kesan-kesan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Pengambilan herba sebagai makanan tambahan juga boleh membantu memperbaiki tahap kesihatan.

Pengambilan Ginko dan Ginseng untuk membaiki pengaliran darah telah diamalkan secara tradisi di kalangan masyarakat Asia. Ia turut digunakan untuk melawan keletihan.

Damiana, Puncture Vine, Withania, Muira Puama dan Horny Goat Weed pula didapati boleh memperbaiki masalah seksual.

Kombinasi herba-herba ini didapati lebih berkesan untuk mengatasi masalah kesihatan termasuk lemah tenaga batin di kalangan lelaki dan lemah syahwat di kalangan wanita.

Aktiviti seks yang sihat menjamin perhubungan yang erat di antara suami dan isteri.

Sesungguhnya kajian telah membuktikan herba-herba ini berkesan untuk membantu individu dan pasangan suami isteri yang bermasalah.

Tinggalkan tekanan di tempat kerja. Gurauan, suasana bilik tidur yang romantis, aktiviti bercumbuan sebelum dan selepas melakukan hubungan dan sikap berterus terang dengan pasangan, boleh membantu.

Hargai pasangan dan terima dirinya dan diri anda seadanya. Jika telah berkeluarga, luangkan waktu untuk berdua-duaan tanpa gangguan anak-anak bagi merapatkan kembali hubungan anda dan pasangan.

Jika perlu, berbincanglah dengan mereka yang dipercayai atau dapatkan khidmat kaunselor. Jika terdapat rasa sakit, berjumpalah dengan doktor atau pakar sakit puan atau tuan.


Seks warga tua bukan hanya hubungan kelamin

MASYARAKAT kita jarang memperkatakan tentang hubungan intim di ranjang atau soal-soal berkaitan hubungan seksual suami isteri secara terbuka, malah untuk bersuara kepada pasangannya juga mereka berasa malu.

Persoalan yang dianggap taboo pada sebilangan masyarakat kini menjadi perkara penting dalam hubungan suami isteri terutama pasangan yang bermasalah.

Sekiranya terdapat masalah melibatkan hubungan seksual, tidak ramai yang tampil ke depan untuk memberikan kenyataan atau mendapatkan rawatan.

Persoalan mengenai keperluan batiniah seperti ini tidak boleh dipandang ringan. Banyak kemelut dalam rumah tangga bermula apabila suami dan isteri tidak mendapat kepuasan seksual yang diharapkan dalam perhubungan.

Apatah lagi sekiranya pihak suami yang menghadapi masalah disfungsi erektil (ED) enggan mendapatkan rawatan dan tidak mengendahkan keperluan batiniah pasangan mereka.

Kini dianggarkan 152 juta lelaki di seluruh dunia yang berusia 40 tahun ke atas menghadapi ED.

Jumlah ini dikatakan akan meningkat sehingga 322 juta pada tahun 2025.

Walaupun jumlah yang mengalami ED ini semakin meningkat, hanya 15 hingga 20 peratus daripada mereka menerima rawatan.

Bukan itu sahaja, masalah seksual juga dihadapi oleh warga emas. Penurunan hormon androgen bagi lelaki dan masalah menopaus bagi wanita turut memberikan tamparan dalam perhubungan seksual warga emas.

Mungkin ramai yang beranggapan, warga emas tidak lagi mengendahkan mengenai kelangsungan hubungan batiniah ini, benarkah begitu?

Wartawan ROSMAH DAIN dan jurugambar HAYAT SUEET membuka persoalan ini untuk dibincangkan bersama Pakar Perunding Urologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr. Zulkifli Md. Zainuddin.

Manusia punya keinginan untuk memenuhi keperluan seksual mereka. Namun apabila umur semakin meningkat, keinginan itu akan berkurangan lantaran hubungan intim sudah pasti semakin menurun dengan pelbagai masalah fizikal termasuk masalah alat sulit lelaki yang mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik.

Golongan wanita pula akan mengalami perubahan akibat gejala menopaus dan masalah vagina.

Menurut Pakar Perunding Urologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr. Zulkifli Md. Zainuddin, sebaik sahaja golongan lelaki berumur 50-an ke atas, kebanyakan mereka menderita disfungsi erektil (ED).

Hormon androgen bagi lelaki juga akan menurun menyebabkan mereka cepat letih.

Beliau memberitahu, hasil kajian yang dilakukan terhadap kekerapan perhubungan seks warga emas yang berumur 50-an hingga 60-an mendapati golongan ini hanya dianggarkan melakukan hubungan berkenaan dua atau tiga kali sebulan.

Kebanyakan warga emas menganggap hubungan intim bagi suami isteri tidak penting, tambahan pula apabila sudah berusia.

“Ini berbeza dengan warga emas di Barat yang masih intim biarpun melewati usia. Sebenarnya hubungan intim di kalangan warga emas tidak perlu berakhir dengan hubungan kelamin.

“Apa yang diperlukan oleh warga emas ialah hubungan mesra, tidur berdua, belaian, urutan dan sebagainya,” katanya.

Namun, apa yang terjadi pada hari ini adalah kebanyakan daripada warga emas apabila memasuki usia ini sudah pun tidur berasingan dan enggan melayan kerenah pasangan menyebabkan suami dan isteri itu semakin terasing.

Rawatan

Beliau memberitahu, fenomena yang berlaku pada hari ini pula menunjukkan kebanyakan suami warga emas cuba untuk mendapatkan rawatan memulihkan kembali status seksual mereka menerusi pelbagai cara.

Mereka akan mendapatkan pelbagai rawatan khususnya di hospital-hospital, tetapi apa yang menjadi masalah ialah mereka tidak membawa isteri masing-masing ketika cuba mendapatkan rawatan.

“Justeru, apabila suami berjaya dirawat dengan mengambil ubat-ubatan untuk merangsang nafsu mereka kembali, di isteri masih berada pada tahap yang ‘sama’. Keadaan ini pasti menimbulkan isu,” katanya.

Dr. Zainuddin menjelaskan, sebaik-baiknya suami yang ingin mendapatkan rawatan membawa bersama isteri masing-masing untuk mendapatkan nasihat.

Ini kerana persetujuan dan persefahaman daripada pasangan adalah perlu untuk keakraban hubungan.

“Pasangan suami isteri tidak perlu malu bertanya bagaimana untuk memperbaiki hubungan seksual mereka. Sebenarnya tiada perkataan zero untuk hubungan seksual bagi usia tua.

Semua keadaan yang menyebabkan kelemahan dari segi seksual boleh dibantu.

Sebagai contoh, terdapat rawatan ubat-ubatan perangsang bagi lelaki dan untuk wanita terdapat gel yang dapat memulihkan kembali kelembapan vagina mereka.

Dr. Zainuddin menerangkan, perhubungan fizikal perlu diteruskan di kalangan suami isteri dan si isteri tidak perlu berfikir untuk ‘menutup kedai’.

Katanya lagi, beliau pernah menerima pesakit warga emas lelaki berumur 78 tahun yang meminta dirawat bagi memulihkan kemampuan seksualnya.

Dalam pada itu, Dr. Zainuddin juga memberitahu, bukan sahaja di kalangan warga emas, malah suami isteri kalangan generasi muda sekarang pun agak dingin untuk melakukan seks akibat penat yang berpunca daripada tekanan kerja dan kesibukan mengejar masa.

Bagi wanita pula, mereka takut untuk mengandung (kerana tidak memakai alat pencegah kehamilan) sekiranya melakukan seks dengan kerap.

Tekanan

Katanya, kajian juga mendapati kekerapan hubungan seksual di kalangan golongan muda berusia 20 hingga 40 tahun hanyalah empat hingga lima kali sebulan.

“Kajian juga menunjukkan golongan muda di luar bandar lebih banyak melakukan hubungan seksual daripada di bandar kerana tidak dibebankan dengan tekanan.

“Tekanan juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kerenggangan hubungan suami isteri,” katanya.

Menurut Dr. Zainuddin, hubungan seks yang dilakukan dengan pasangan tidak perlu mempunyai had asalkan ia memenuhi kepuasan kedua-dua pasangan dan saling merelakan.

Katanya, golongan wanita sebenarnya lebih suka dibelai dan dimanja suami, berbanding dengan golongan lelaki yang mengharapkan belaian berakhir dengan hubungan kelamin.

Dalam pada itu, Dr. Zainuddin menasihatkan golongan lelaki warga emas yang ingin mendapatkan rawatan memulihkan rangsangan seksual agar menilai keupayaan fizikal mereka sendiri terlebih dahulu.

“Kalau datang untuk mendapatkan rawatan pun sudah tidak larat berjalan... susahlah macam itu.

“Bagi wanita yang berkahwin dengan warga emas pula, mereka perlu menerima hakikat bahawa prestasi warga emas tidaklah seperti orang muda,” katanya.

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular