Apa itu Mati Putik?

Masalah yang amat mengganggu hidup saya iaitu langsung tidak terangsang. Saya pernah terbaca mengenai mati putik, adakah ia ada kaitan dengan mati putik?

----------------

Tidak pelik jika saudari tidak mengetahui apakah sebenarnya 'mati putik'. Saya amat yakin hanya segelintir sahaja yang mengetahuinya. Mungkin juga perkataan ini baharu pertama kali didengari oleh segolongan masyarakat kita. 'Mati putik' ini adalah sama dengan 'mati pucuk' yang dialami oleh lelaki. 'Mati putik' atau disfungsi seksual wanita bakal menjadi mimpi ngeri buat segolongan wanita kita. Apatah lagi apabila mereka mula menunjukkan tanda-tanda kelewatan mengalami klimaks serta gagal untuk menghayati rangsangan seks ketika bersama suami. Bermakna seseorang wanita tidak mempunyai perasaan ghairah. 'Mati putik' disebabkan gangguan urat saraf dalam pengaliran darah ke faraj terutama kelentit menyebabkan ia tidak menegang. Walaupun dirangsang, ia tetap kendur dan tiada rasa ghairah menyebabkan wanita itu sukar mengalami klimaks dan kurang berminat pada hubungan seks.

Jangan malu

Saudari tidak perlu gusar kerana tidak memerlukan apa-apa rawatan bagi masalah ini selagi belum berumah tangga. Tak usah malu jika saudari tidak terangsang. Belum sampai masanya untuk anda mudah terangsang atau didiagnosis dengan masalah ini. Perkara utama yang saudari perlu ambil berat adalah memberi sepenuh tumpuan kepada pelajaran. Ini yang akan menjamin masa depan saudari. Elakkan diri daripada melihat video lucah atau melakukan onani yang boleh memburukkan lagi keadaan ini. Salah satu punca wanita mengalami 'mati putik' adalah terlalu kerap melakukan onani semasa muda. Wanita yang gemar beronani akan mudah merasa letih dan tidak bertenaga serta tertekan dengan persekitaran apabila tidak mendapat kepuasan yang dihajati. Rawatan bagi masalah 'mati putik' yang saudari alami akan doktor berikan setelah saudari berkahwin nanti.

Senggugut

Berbalik kepada masalah senggugut yang saudari alami. Masalah ini tidak ada kaitan langsung dengan 'mati putik'. Setiap bulan wanita akan mengalami satu kitaran haid yang normal selama 28 hari hingga 35 hari. Haid tersebut biasanya berlangsung selama seminggu. Kesakitan yang dialami semasa haid dipanggil senggugut atau 'dysmenorrhea'. Senggugut sering menyerang wanita pada hari pertama dan kedua haid. Ia turut menjadi petanda penting supaya wanita yang mengalaminya menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan endometriosis atau penyakit inflamasi pada bahagian pelvik.

Bagi mengurangkan senggugut, saudari boleh mengambil ubat penahan sakit yang boleh dibeli di farmasi. Pil perancang juga diguna untuk mengurangkan senggugut dan meregulasikan kitaran haid untuk mereka yang haidnya tidak teratur atau mengalami pendarahan yang banyak. Jika masalah senggugut masih tidak keruan dengan ubat penahan sakit maka, saudari perlu diperiksa dengan teliti untuk mendapat diagnosis yang tepat. Dengan itu rawatan yang sewajarnya dapat diberikan secepat mungkin. ~ Utusan

Info Menarik
Seni Melambatkan Pancutan!
Petua Seks Hebat! Hangatkan ranjang anda!
Isteri Dingin Seks? Rahsia mengghairahkan isteri!
Pelajari Teknik Rahsia Pancutkan Isteri!!
Seni dan Teknik Ciuman Hangat!
Rahsia Kecurangan Pasangan Terbongkar!
Rahsia Malam Pertama
Rahsia Doa Pengasih
Kamasutra Melayu Bergambar

Isteri dahaga sentuhan intim

Sentuhan intim atau foreplay adalah satu-satunya cara saya untuk mendapat kenikmatan sebenar dalam melakukan hubungan kelamin dengan suami. Malangnya, perkara itu jarang sekali suami saya lakukan. Setiap kali kami mengadakan hubungan, kami hanya mengambil masa beberapa minit saja. Saya pernah menyuarakan perasaan tidak puas hati kepada suami namun suami tidak pernah mengambil berat hal ini. Sehubungan itu, apakah yang perlu saya lakukan untuk memastikan saya puas ketika melakukan hubungan kelamin?

-------------------------------

Biasanya dalam hubungan kelamin, sentuhan intim adalah pembuka selera ghairah dan ini boleh dilakukan oleh pasangan atau wanita itu sendiri jika wanita itu mendapati pasangannya tidak dapat mengisi kehendak foreplay yang mencukupi.

Kadangkala wanita itu boleh meningkatkan khayalan intim untuk membangkitkan perasaan syahwatnya selain menyentuh bahagian tubuh yang memberikan rangsangan seperti menyentuh payudara dan puting dengan lembut atau menyentuh bibir besar, kecil dan klitoris secara intim.

Bagi keselesaan, suami juga boleh menggunakan krim atau krim pelembap.Kepada wanita yang terbuka kepada alat pembantu seks (sexual aids), alat itu boleh digunakan.

Kadangkala pasangan suami memerlukan dorongan atau galakan isteri untuk memanjangkan sentuhan intim itu. Jika suami adalah lelaki yang mudah terpengaruh dengan dorongan dan pujuk rayu, dia tidak akan teragak-agak untuk melakukan sentuhan intim mengikut seleranya yang kadangkala tidak menyeronokkan isteri, seperti memasukkan jari dalam faraj atau menggesel klitoris dengan kuat.



Kadangkala suami takut akan terpancut awal ketika melakukan sentuhan intim sehingga tidak sempat hendak masuk ke dalam faraj. Mungkin satu lagi cara yang boleh mendorong suami menyentuh tubuh isteri ialah mengajaknya mandi bersama dan menggalakkan dia menyentuh anggota sulit isteri dan isteri sama-sama menyentuh anggota sulit suami dan selepas selesai mandi, jika sempat, panjangkan adegan seterusnya ke katil pula.

Pendek kata ada pelbagai pendekatan yang mana isteri boleh mengajak suami bermanja dengannya seperti yang sudah diketengahkan tadi dan jika suami tidak dapat bertahan lama, sudah tentu dia tidak akan memanjangkan sentuhan intim itu. Justeru, sudah tiba masa untuk isteri memainkan peranan pula, iaitu melakukan sentuhan intim kepada dirinya sendiri mengikut keselesaannya untuk mencapai keghairahan yang boleh mencetuskan klimaks apabila hubungan penetratif bermula. Tingkatkan khayalan intim untuk memberi keseronokan yang membina.

Komunikasi seks penting antara suami isteri

Usah malu berbincang hal seksual dengan isteri atau suami

Pernahkah anda berada di dalam situasi di mana ketika si suami melakukan tusukan zakar ke faraj isteri tetapi si isteri pula tidak berasa terangsang atau tidak berasa rangsangan?

Jika pernah, ia bukan masalah pelik kerana ramai wanita menghadapi masalah sebegitu.

Kita dianugerah Tuhan nafsu syahwat dan naluri seksual yang menjadi fitrah dalam kehidupan kita.

Kita mula mengenali sistem syahwat apabila melalui proses akil baligh.

Pada waktu itu kita mula perasan perubahan kepada anggota kelamin dan mendapati tindak balas yang berlaku kepada diri dan alat kelamin.

Romantic

Perubahan yang berlaku itu adalah perubahan biasa dalam situasi terangsang dan apabila tahap rangsangan itu memuncak, lelaki akan mencapai ejakulasi dan wanita pula akan ‘puas’.

Bagaimanapun, tindak balas seksual itu berada di dalam pengaruh sistem saraf, sistem pengedaran darah dan anggota kelamin yang berfungsi secara normal.

Apabila satu pasangan berhasrat melakukan hubungan intim seksual, minda mereka akan mula mengeluarkan isyarat untuk mencetuskan rangsangan kepada anggota kelamin masing-masing untuk sedia beraksi.

Untuk lelaki, proses rangsangan itu sungguh cepat dan lelaki boleh mencapai ereksi secara spontan.

Proses untuk wanita pula mengambil masa lebih lama sedikit dan mungkin terlalu lambat seandainya wanita berkenaan belum bersedia atau terasa malu.

Jika ini terjadi, si suami mungkin perlu melakukan sentuhan dan belaian kepada pasangannya untuk mempercepatkan rangsangan itu berlaku.

Jika anggota kelamin perempuan itu menembam, klitoris erek dan mungkin bahagian di antara bibir kecil lembap dan sesuai untuk penembusan zakar, itu menunjukkan si wanita terbabit sudah mula terangsang.

Apabila penembusan zakar berlaku dan pergerakan zakar lancar, si perempuan mula berasa hangat, corong faraj mula dibasahi cecair untuk menyenangkan pergerakan dan dengan sentuhan tubuh badan dan anggota kelamin yang berlaku secara serentak, kedua-duanya akan sampai ke kemuncak rangsangan.

Namun tidak semua perempuan yang melakukan hubungan intim seksual mencapai klimaks atau kemuncak.

Mungkin mereka masih dalam peringkat pengenalan dan masih malu untuk memandu suami untuk melakukan perkara yang mereka sukakan.

Mungkin juga mereka belum lagi mengenali bahagian tubuh badan yang sensitif (seperti payu dara, leher, bibir, dan lain-lain yang dikenali sebagai bahagian erotik atau ‘erogenous zones’) atau bahagian anggota kelamin mereka yang dapat mencetuskan klimaks.

Kajian menunjukkan klitoris perempuan mengandungi dua kali ganda rangkaian urat saraf jika dibandingkan dengan penghujung anggota kelamin lelaki dan rangsangan kepada bahagian itu dapat mencetuskan kemuncak syahwat perempuan.

Ketika dalam keadaan hangat, klitoris boleh termasuk atau terlindung dan perasaan klimaks boleh tergendala.

Rasanya, cara yang saya terangkan ini sedikit sebanyak dapat membantu pasangan yang mempunyai masalah seperti ini.

Sebagai suami isteri, anda tidak perlu malu untuk berkongsi cerita dan pengalaman serta pasangan anda juga boleh memandu atau memberitahu di manakah bahagian yang merangsangnya.

Pendek kata, bekerjasama serta jangan malu untuk berkomunikasi mengenai seks kerana ia bukan sesuatu yang janggal untuk anda berdua. Jika keadaan masih buntu, anda berdua boleh jumpa pakar yang berkenaan.

~ Metro

12 Sikap Utk Peroleh Seks Yang Hebat (Tips Suami Isteri)

12 Sikap Untuk Peroleh Seks Yang Hebat

Sikap yang positif bukan saja perlu untuk memajukan karier tapi juga perlu dalam urusan seks. Sikap sebegini akan meningkatkan kehidupan seks sementara sikap pula negatif memberi kesan yang sebaliknya. Oleh itu jika anda mempunyai sikap negatif maka segeralah berubah.

Contohnya sekiranya ketika ini anda selalu tidak mencapai kepuasan seks, jangan rendah diri dan meninggalkan urusan ranjang sebaliknya terus berusaha mencari jalan penyelesaiannya.

Selain itu praktikkan 12 sikap di bawah ini untuk memastikan anda mendapat seks yang hebat. Saranan diberikan oleh pakar terapi seks Joel D. Block. Ph.D dalam buku Secrets of Better Sex.

1. Carilah Ilmu
Ilmu pengetahuan adalah kekuatan seksual. Ramai sebenarnya yang salah faham tentang perkara berhubung dengan seks. Contohnya menafsir isteri dan suami yang tidak mencapai kepuasan kerana punya sakit kelamin. Sebenarnya ketidakpuasan seks ini bukan saja disebabkan penyakit tapi boleh jadi kerana faktor tekanan dan juga persekitaran. Inilah pentingnya ilmu dalam seks.

2. Ada Keberanian
Seks memerlukan sedikit keberanian. Jangan biarkan rasa takut dan malu membatasi perilaku seks anda. Rasa takut akan kegagalan atau tidak dapat memenuhi harapan sendiri atau pasangan anda akan membuatkan seseorang itu berhenti mencuba teknik baru dan posisi yang berbeza atau meminta layanan seks seperti yang mereka inginkan.

3. Punya Keinginan
Seks adalah tentang “keinginan,” bukan “keharusan.” Apa yang anda dan pasangan anda inginkan? Itu yang menjadi pokok utama bukan apa yang anda fikir harus anda inginkan.

4. Saling Bekerjasama
Kepuasan seks paling tinggi diperoleh bila suami isteri saling bekerjasama dan melibatkan diri sepenuhnya. Jika anda terlalu sibuk memperhatikan potensi dan kepuasan sendiri dan mengetepikan kepuasan pasangan, seks sudah tentu tidak menyenangkan.

5. Kepercayaan
Seks yang terbaik diperoleh bila pasangan berasa selesa antara satu sama lain. Bagi mengatasi halangan keselesaan ini maka diperlukan keyakinan bahawa diri diterima secara penuh oleh pasangan.

6. Ada Komunikasi
Jika anda mampu meluahkan keinginan seks anda dengan jelas tanpa ada hati yang kecewa dan tersentuh maka anda komunikator yang efektif. Perkara ini cukup penting bagi mendapat kepuasan di ranjang.

7. Saling Mencintai
Seks yang paling memuaskan berlaku jika pasangan saling mencintai satu sama lain. Tanpa perasaan cinta, anda juga tidak akan ada nafsu untuk melakukan seks dengan pasangan.

8. Bersedia Cari Penyelesaian
Ada kalanya pasangan mengalami masalah seksual yang tidak dapat mereka atasi sendiri. Jangan biarkan masalah tersebut merosak hubungan. Pasangan dengan sikap yang baik akan mencari bantuan profesional untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

9. Kesihatan Yang Baik
Sentiasalah menjaga pemakanan dan melakukan senaman, ia adalah cara utama mendapat kesihatan yang baik. Tubuh badan yang sihat bukan saja perlu untuk anda mencari nafkah tapi juga untuk memastikan diri dan pasangan dapat menikmati seks.

10. Buang Fikiran Kolot
Antaranya fikiran dalam perihal seks, lelaki harus memulakan dan mendominasi suasana, sementara wanita bersikap pasif. Fikiran sempit sebegini akan membatasi pengalaman erotik.

11. Perlu Romantis
Seks akan lebih dinikmati dalam suasana yang romantis. Oleh itu cipta keadaan yang sebegini sewaktu berhasrat melakukan seks. Ia juga akan memberi kepuasan ekstra pada pasangan.

12. Humor
Kita sering menganggap seks terlalu serius. Seks seharusnya menyenangkan, dan kadang-kadang lucu. Canda tawa juga selalunya akan membuatkan hubungan tambah hangat dan mesra.

Alat sulit menggeleber hampir ke paras lutut

“Saya akan makan Panadol dan ubat batuk sekiranya sakit,” demikian luah lelaki di sini, yang menghidap penyakit misteri di bahagian alat sulitnya.

Lelaki berkenaan, Ali (bukan nama sebenar) berkata, penyakit misteri itu bermula ketika usianya 10 tahun dan sejak itu, bahagian itu semakin membesar dan menggeleber hingga hampir ke paras lutut.

Lebih malang lagi, dia yang dijaga abangnya tidak pernah mendapatkan sebarang rawatan perubatan moden mahupun tradisional bagi mengubati penyakitnya itu.

Ali berkata, kemiskinan menjadi penghalangnya mendapatkan rawatan di klinik atau hospital, selain tidak mahu menyusahkan abang dan kakak iparnya memandangkan mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk membesarkan tiga anak.

Jelasnya, pendapatan yang diperoleh hasil bertukang dikongsi bersama keluarga abangnya yang juga kurang berkemampuan dan mempunyai seorang anak kategori orang kurang upaya (OKU).

Selain itu, perasaan malu untuk memberitahu keadaan penyakitnya itu kepada orang luar, turut menyebabkan dia tidak mahu mendapatkan rawatan.

Ali yang ditemui di rumah abangnya berkata, kesakitan yang dialami ketika penyakit misteri berkenaan menyerangnya semakin teruk sehingga menyebabkan seluruh badannya berpeluh.

“Jika sebelum ini sakitnya cuma bisa sahaja tetapi sejak sebulan yang lalu ia semakin teruk sehingga seluruh badan berpeluh–peluh.

“Selain itu, saya juga sudah semakin sukar bergerak dan mengalami masalah untuk duduk serta bangun,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu kakak iparnya berkata, Ali akan cuba sedaya upaya merahsiakan sakit yang dialami daripada mereka sekeluarga.

Namun, kakak iparnya tidak pernah berputus asa memujuk adik iparnya itu untuk mendapatkan rawatan bagi menyembuhkan penyakitnya.

“Keadaan penyakitnya semakin teruk sejak kebelakangan ini di mana jika sebelum ini sakit yang dialami hanya sekali sekala, namun kini hampir tiap malam dia akan mengadu sakit,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Ali menyatakan kesediaannya untuk menerima sebarang rawatan yang dapat membantu menyelesaikan masalahnya itu.

Dia turut merayu pihak yang sudi tampil membantu meringankan bebannya itu termasuklah perubatan secara tradisional dengan menghubungi 013-7815523.

 

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular