Misteri G-Spot ( Titik G ) Wanita

Sebelum melakukan hubungan seks, sewajarnya setiap pasangan bermesra atau berasmara dalam tempoh tertentu supaya kedua-duanya sama-sama naik ghairah. Seperti lelaki, wanita juga mempunyai kawasan yang amat sensitif dengan rangsangan yang dikenali sebagai G-Spot.

G-Spot atau titik ghairah ialah satu kawasan misteri yang masih dicari-cari oleh lelaki sejak sekian lama. Wanita akan memberi reaksi yang tersendiri apabila bahagian ini disentuh. Maka tidak hairanlah kebanyakan lelaki berusaha menjejakinya. Kawasan ini dinamakan G-Spot sempena nama Dr Grafenberg, iaitu orang yang menemui kawasan larangan ini. Menurutnya wanita mempunyai satu kawasan yang sangat sensitif. Apabila G-Spot seseorang itu dirangsang akan menyebabkan wanita berasa kenikmatan luar biasa sehingga mengeluarkan sejenis cecair.

Menurut kajian Dr Grafenberg, ramai wanita menikmati orgasme pada G-Spot. Mereka akan terangsang apabila kawasan ini disentuh oleh jari atau zakar sehingga mengeluarkan sejenis cecair. Tahap cecair yang dikeluarkan itu berbeza di antara wanita tetapi ia cukup untuk membasahkan tempat tidur. Tetapi sesetengah lelaki pula menganggap wanita ini terkencing. Padahal dia mengalami orgasme yang cukup nikmat.

Cecair Yang Dikeluarkan

Cecair yang dikeluarkan akibat rangsangan itu berasal dari uretha dan ianya bukanlah air kencing. Ia dihasilkan oleh benjolan 'skene' yang mengelilingi uretha yang berfungsi sepertimana prostat lelaki. Apabila wanita terangsang atau sedang merasai kenikmatan, dia boleh menghasilkan sejenis cecair. Jumlah cecair yang dikeluarkan itu antara satu sudu teh hingga boleh membasahi tilam. Namun, rasa cecair ini bergantung kepada kedudukan hari dan bulan. Boleh jadi rasanya manis hingga pahit.

Lupakan Sains
Kata Grafenberg, lupakan seketika tentang kemajuan ilmu sains atau anatomi yang anda ketahui. Sebaliknya pelajari bagaimana anda dapat membantu wanita mencapai orgasme secara menelusuri titik ghairahnya dengan cara tersendiri. Pun begitu, anda ditegah mencari G-Spot ini secara membabi buta. Sepertimana melakukan hubungan seks, begitu juga dengan ekspedisi ini. Anda perlu bermesra dengan mindanya terlebih dahulu. Berbuallah dengan mesra di saat berasmara.

Berbual tentang seks
Anda boleh bercerita perkara berkaitan seks. Ceritakan pengalaman atau khayalan anda tentang dirinya selama ini. Katakan apa yang anda inginkan darinya. Carilah daya penarik yang ada padanya sehingga dia benar-benar bahagia. Kebanyakan pasangan masih berasa malu untuk berbincang mengenai hasrat, keinginan dan fikiran terhadap seks. Oleh kerana kedua-dua pihak tidak berterus terang maka mereka dibayangi dengan perasaan cemas dan takut. Ada yang takut tidak dapat memuaskan pasangan. Padahal ia bukanlah sesuatu hal yang pelik kerana dengan membuang perasaan malu setiap masalah dapat diluahkan. Sikap berterus-terang secara tidak langsung akan menghilangkan perasaan takut bagi setiap pasangan.

Sebagai suami, bergurau sendalah dengan isteri.Suasana gurau senda ini dapat melepaskan tekanan dan rasa malu pasangan anda. Biarpun menggunakan kata-kata 'nakal' ia tetap melegakan pasangan. Sebagai gantinya hubungan seks anda menjadi lebih hangat. Berbuallah kepada pasangan perkara-perkara romantik termasuk teknik hubungan seks yang belum pernah dilakukan. Ia sebenarnya merupakan perbualan yang penuh emosi. Dengan bercerita ia menjadi langkah awal (foreplay) untuk menghilangkan tekanan perasaan serta dalam masa yang sama dapat merangsang titik ghairahnya. Foreplay berpengaruh dan berkesan untuk memperbaiki kehidupan seksual seseorang. Apabila bercerita mengenai teknik maka pasangan akan 'terlibat' dalam khayalan mengenai teknik-teknik baru yang belum pernah dilakukan. Melalui khayalan, secara tidak langsung akan terputus segala halangan atau rintangan yang menganggu kobaran api asmara selama ini.

Selesa
Sebelum berasmara, pastikan tempat atau bilik tidur dalam keadaan selesa. Kawasan yang bersih, harum dengan tata hias perabot yang menarik akan membuatkan pasangan berada dalam keadaan selesa dan nyaman. Minda juga akan menjadi tenang dengan suasana yang damai. Dan pastilah anda berdua telah bersedia untuk melakukan.

Persediaan
Biarkan dia berada dalam keadaan menghairahkan. Sentuh dan urutlah tubuhnya, mengusap lembut payudara atau anggota tubuh lain akan dapat membantu dia mencapai puncak syahwat.

Mana Lokasinya?
Sesetengah pakar seperti Dr Ruth Westheimer percaya G-Spot hanyalah titik khayalan wanita. Tetapi bagi mereka yang pernah secara kebetulan melihat reaksi wanita yang mencapai orgasme apabila disentuh pada bahagian G-Spot akan mengakui kebenaran kenyataan itu. Menurut mereka pada peringkat ini, wanita benar-benar terangsang dan kenikmatan yang dicapai sukar diungkapkan dengan kata-kata. Pun begitu, Dr Grafenberg menjelaskan G-Spot dapat ditemui di bahagian dinding dalam vagina di antara mulut vagina hingga ke rahim. Bagaimanapun, lokasi G-Spot setiap wanita berbeza-beza. Ada yang menikmatinya dan tidak kurang yang rasa terganggu apabila disentuh. Malah ada yang berasa seperti hendak kencing. Jadi berhati-hatilah.

Mulakan Pencarian
Sebelum anda memulakan ekspedisi pencarian, jagalah kebersihan diri. Pastikan seluruh tubuh anda bersih termasuk jari dan kuku dipotong rapi. Lakukan pencarian dengan sebaik mungkin. Ketika menjelajah janganlah bertanya kepada pasangan soalan seperti, "Ini ke? Bagaimana sekarang?". Apabila anda berjaya menemuinya anda akan mengetahui secara automatik.

Meskipun G-Spot ini membuat wanita terangsang tetapi janganlah terlalu mengharap untuk menjejakinya. Ia boleh menyebabkan rasa kecewa jika tidak ditemui. Dan anda janganlah terlalu serius sebaiknya lakukan dengan perasaan gembira. Jangan melakukan pencarian sehingga pasangan berasa tertekan, buruk padahnya.



Lelaki Dan Serangan Seksual

Mitos - Hanya lelaki homoseksual melakukan serangan seksual.
Fakta - Lelaki heteroseksual, homoseksual, biseksual atau transgender boleh melakukan serangan seksual tidak kira apa jua jenis orientasi serangan seksual itu.

Mitos - Hanya lelaki homoseksual yang akan melakukan serangan seksual ke atas lelaki lain
Fakta - Kebanyakan lelaki yang melakukan serangan seksual ke atas lelaki lain adalah lelaki heteroseksual. Aksi serangan yang biasa dilakukan dengan kejam, kemarahan dan tanpa kawalan.

Mitos - Lelaki sentiasa berada dalam kawalan ketika melakukan hubungan seksual.
Fakta - Ini tidak benar. Sama ada lelaki muda atau dewasa boleh menjadi mangsa perogol atau serangan seksual.

Mitos - Lelaki yang mengalami serangan seksual tidak akan mengalami gangguan emosi sama seperti wanita. Sekiranya lelaki mengalami gangguan emosi, mereka boleh mengatasinya sendiri.
Fakta - Kesan lebih teruk seperti ketagih alkohol, dadah, berlaku kekejaman ke atas keluarga, bunuh diri, menyendiri dan sebagainya akan berlaku jika tidak dirawat atau diberi kaunseling.


Shopping Vs Seks

Kalau lelaki memikirkan seks setiap minit, kajian yang melibatkan kaum wanita memberikan hasil yang berbeza. Kajian di Barat mendapati tiga per empat wanita muda berusia antara 19 hingga 45 tahun lebih banyak memikirkan tentang barangan yang hendak dibeli ataupun ’shopping’ berbanding seks.

Wanita ini memikirkan tentang kegiatan membeli belah sekali setiap 60 saat berlainan dengan lelaki yang memikirkan aktiviti seks sekali setiap 52 saat. Wah! Nampaknya kegiatan shopping lebih mendapat tempat di hati wanita berbanding seks.

Sudah pasti fakta ini membuatkan golongan ‘pemikir seks’ atau sang lelaki bertambah risau. Bimbang isteri sanggup mengetepikan seks bersama mereka semata-mata kerana mahu membeli-belah. Jika ini benar sudah pasti ramai lelaki tidak senang hati. Bukan saja bimbang keperluan seksnya tidak dipenuhi tapi juga bimbang memikirkan poket mereka yang semakin nipis kerana hobi si isteri ini!

Tip Menambah Ghairah Seks

Kehidupan seks memang ada pasang surutnya, tidak semestinya sentiasa membara. Itu hakikat yang harus diterima apatah lagi jika sudah lama mendirikan rumahtangga. Bagi pasangan suami isteri yang sedang melalui fasa kehambaran kehidupan seksual, di sini diberikan tip yang menambah ghairah dalam hubungan seks sekaligus menjadikan hubungan intim kembali hangat membara.

Tambahkan Usaha
Jangan sangka bahawa hubungan intim adalah acara senang dan mudah. Lirik saja mata kepada suami dan semuanya boleh berjalan lancar. Sebenarnya, sekiranya anda menambah usaha dan memperbaiki hubungan seks yang ada, permainan cinta pastinya akan terasa lebih hebat. Inilah dikatakan modal tambahan.

Belilah pakaian yang seksi, wangian yang harum semerbak, bilik yang romantik pastinya hubungan seks akan lebih membara. Untuk lebih panas lagi, cari suasana yang lain seperti menempah bilik hotel lima bintang.

Tidak Perlu Kerap
Perlu diketahui bahawa kemesraan hubungan bukan ditandai dengan kekerapan hubungan seks tapi faktor-faktor lain juga. Antaranya seperti bagaimana kita menghadapi hari-hari dan juga bagaimana kita menyelesaikan masalah bersama dengan pasangan.

Perlu diingat juga bahawa ‘mood’ untuk hubungan intim turut ditentukan oleh suasana dan keadaan fizikal kita. Jika tenaga kita dan si dia sudah habis kerana bekerja, usah memaksa diri untuk melakukan hubungan seks. Jika acara seks dianggap sebagai kewajipan semata-mata, keghairahannya pasti berkurangan.

Jangan Malu Dengan Bentuk Tubuh
Pasti ramai yang terfikir mahu melakukan pembedahan plastik untuk membesarkan buah dada, mengecilkan paha dan segala bahagian tubuh yang tidak memuaskan hati kerana berasa inilah faktor seks bersama pasangan hambar. Fikir dulu. Tidak semua lelaki menyukai barang-barang palsu ini. Bentuk tubuh asallah yan membuatkan hubungan seks bersama pasangan lebih hangat lagi. Tidak perlu malu dengan bahagian tubuh yang tidak sempurna, lelaki selalunya tidak menjadikan ia sebagai perkara yang utama. Asal dapat melakukan hubungan intim dengan isterinya, itu yang paling penting. Jadi, pedulikan kata-kata sindirin dari rakan tentang tubuh anda asalkan anda sihat.

Jangan Fikirkan Kekurangan
Bukan hanya isteri yang sering berasa kurang yakin dengan bahagian tubuh yang kurang sempurna, si suami juga sebenarnya turut berperasaan sedemikian. Pernah atau tidak pasangan anda memprotes tindakan anda menyalakan lampu tatkala mahu melakukan hubungan seks. Jika ya, itu tanda dia kurang yakin dengan keadaan tubuhnya.

Sebagai isteri, janganlah memikirkan kekurangan yang ada pada tubuh suami. Nikmatilah apa yang ada.

Seks Ubat Penenang
Pening memikirkan kerja yang tidak pernah selesai sehingga diri anda sendiri stress? Tidak perlu mendapatkan ubat penenang untuk mengatasi masalah ini. Cuma lakukan seks bersama suami tersayang.
Ketika melakukan hubungan seks, tubuh kita akan menghasilkan hormon ke otak yang dapat mengurangkan ketegangan dan memberi kesan ketenangan. Dijamin keesokan harinya, anda dan pasangan anda akan sama-sama berasa segar menghadapi kesibukan.

Tanyakan Pada Pakar
Banyak perkara yang belum tentu benar kita dengar berkenaan dengan seks. Daripada orgasme berulang kali hingga penurunan ghairah akibat menopaus. Walaupun kebenarannya tidak diketahui, tapi ada di antara kita yang mempercayainya bulat-bulat.

Perlu diketahui bahawa tidak semua perkara ini adalah benar. Jadi, sebaiknya jika anda ada keraguan, tanyakan saja pada mereka yang pakar tentang hal ini. Malu? Jangan begitu kerana anda juga yang akan rugi.



Makin Berisi Makin Ghairah
Jangan menyesal dengan tubuh yang semakin berisi. Memang sukar untuk kembali langsing tapi fikirkan pula dari sudut yang positifnya. Tubuh yang berisi itu sebenarnya akan membuatkan anda kelihatan lebih seksi.
Lelaki akan lebih suka melihat isteri yang berisi memakai pakaian dalam yang seksi daripada wanita yang kurus kering. Tapi jangan pula berisi yang berlebihan sehingga lemak lebih menonjol dan anda sendiri jadi kurang sihat.

Sumber: Mingguan Wanita

8 Tip Supaya Seks Selalu Hangat

Menurut majalah Alternative Medicine, berikut ini merupakan cara-cara membuatkan kehidupan seks anda lebih menggairahkan.

1) Komunikasi. Belajarlah untuk berkomunikasi dengan lembut dan sopan terhadap pasangan anda. Lupakan segala masalah atau selesaikan segala masalah dengan baik terhadap pasangan anda.

2) Belajarlah untuk berfikiran terbuka mengenai persoalan seksual yang anda alami, baik ketika di ranjang atau ketika ada di tempat lain.

3) Elakkan berbual mengenai perkara yang tidak disenangi pasangan anda. Berbuallah mengenai sesuatu yang disukai atau menghiburkan pasangan anda. Ini akan membuatkan pasangan anda berasa lebih dekat kepada anda secara fizikal dan mental.

4) Berbual mengenai apa yang anda dan pasangan anda mahu lakukan ketika "bersama". Berfikitan terbuka amat digalakkan.

5) Cuba jangan terlampau memfokuskan untuk mencapai klimaks ketika mengadakan hubungan seks bersama pasangan anda. Ini dapat menambah masa "permainan" anda supaya masing-masing lebih terhibur.

6) Banyakkan bertentang mata dengan pasangan anda, terutamanya ketika mencapai klimaks. Ini meningkatkan keintiman dan suasana romantik "permainan" anda.

7) Mulakan "permainan" anda dengan bercumbu dengan pasangan anda. Jangan terlalu rakus. Lakukan perlahan-lahan dan ditambah dengan sentuhan-sentuhan mesra.

8) Hargai pasangan anda!

Mengapa sukar orgasme?

Mengapa sukar orgasme merupakan satu perkara yang sering diperkatakan apabila kita membicarakan tentang seks. Namun berapa ramai antara kita yang benar-benar dapat mengakui bahawa mereka sering dapat mencapai orgasme apabila berhubungan intim. Bukan itu sahaja, apakah kita benar-benar faham apakah yang dimaksudkan dengan orgasme itu sendiri?

Sebab itu, perkara pertama yang perlu anda ketahui ialah apakah yang anda harapkan dan bayangkan mengenai seks. Apabila yang dicari adalah kepuasan dan kenikmatan, maka itu dapatlah diertikan sebagai orgasme.

Ejakulasi pada wanita merupakan satu fenomena yang tidak semestinya terjadi pada semua wanita. Sebenarnya maksud ejakulasi bagi wanita itu sendiri masih belum jelas. Sebab itu janganlah anda menganggap bahawa ejakulasi sebagai tanda khas orgasme bagi wanita se-bagaimana lelaki.

Orgasme bagi wanita adalah kepuasan dan kenikmatan yang timbul ketika berhubungan intim, sebagai puncak atau fasa ketiga daripada tindak balas seksual di mana terjadi kontraksi otot-otot sekitar vagina dan pelvik yang kemudiannya tersebar ke seluruh tubuh.

Respon seksual seseorang biasanya mencakupi empat fasa. Pertama, fasa perangsangan, kedua adalah fasa 'plateaui (peningkatan rangsangan) yang diikuti dengan fasa ketiga, iaitu orgasme. Fasa keempat pula ialah resolusi di mana tubuh memerlukan masa untuk kembali pada keadaan normal.

Dalam mencapai orgasme, rangsangan fizikal yang diikuti dengan aspek 'psikiki atau kejiwaan adalah sangat penting. Seks tidak akan dapat memberikan kenikmatan dan kepuasan jika hanya melibatkan aspek fizikal semata-mata.

Orgasme bermakna tercapainya fasa ketiga daripada tindak balas seksual seorang wanita. Pencapaian orgasme adalah amat bergantung pada perasaan anda dan perasaan pasangan anda ketika itu. Contohnya, apabila anda tidak mahu melakukan hubungan intim tetapi terpaksa berbuat demikian, tentu sahaja kepuasan dan kenikmatan itu sukar dicapai.

Secara amnya, orgasme dapat dicapai oleh semua wanita. Namun hakikatnya, ada yang mudah mendapatnya, ada yang agak sukar, dan tidak mustahil ada yang belum pernah merasakannya. Wanita yang sulit atau belum pernah mengalami orgasme tidak boleh dikatakan sebagai wanita yang abnormal.

Kesulitan mencapai orgasme mungkin disebabkan oleh beberapa perkara seperti adanya konflik mental, lesbian, atau pandangan-pandangan tertentu. Sesetengah orang berpendapat bahawa seks bagi wanita hanya berfungsi sebagai reproduksi, atau menganggap orgasme bagi wanita bukanlah satu perkara yang penting.

Seolah-olah orgasme itu hanya milik orang lelaki. Mereka yang berfikiran seperti ini biasanya sukar mencapai orgasme. Rangsangan (foreplay) juga berperanan dalam mencipta orgasme. Beberapa orang pakar dalam bidang seksual berpendapat bahawa 92 peratus wanita akan mencapai orgasme apabila rangsangan berlangsung selama 21 minit atau ebih. Perkataan lain yang menentukan terjadinya orgasme adalah berapa lama hubungan intim berlansung. Apabila hubungan intim berjalan terlalu singkat, maka kesempatan untuk terjadinya orgasme turut berkurangan. Wanita memang perlu 'belajari untuk memperoleh orgasme. Ada wanita yang dapat mencapai orgasme melalui rangsangan vagina, ada yang melalui rangsangan klitoris, atau ada juga melalui khayalan.

Sebab itu wanita perlu terlebih dahulu belajar untuk mengenali dirinya sendiri dan tindak balas- tindak balas seksualnya. Jangan tergesa-gesa kerana proses belajar memang memerlukan masa dan kesempatan yang secukupnya.

Pada zaman dahulu banyak yang beranggapan bahawa orgasme pada wanita hanya dapat dicapai melalui hubungan seksual (vagina). Mereka yang tidak dapat mencapai orgasme melalui hubungan seksual dianggap abnormal. Namun kini setelah pelbagai kajian dilakukan, didapati bahawa orgasme juga dapat dicapai melalui rangsangan klitoris dan juga satu titik (tidak semestinya dimiliki oleh semua wanita) yang dinamakan G-spot. Orgasme akan dapat dipertingkatkan dengan melakukan rangsangan pada titik ini. Jika suami anda berperilaku normal dalam hal-hal seks, anda patut bersyukur tentang ini. Namun perilaku normal bukan bererti telah cukup pengetahuan untuk membawa anda menikmati kepuasan seks. Selain mempelajari tindak balas seksual anda sendiri, anda juga sepatutnya mengajak suami untuk mempelajari tindak balas seks dirinya dan juga anda. Dengan itu anda berdua dapat menggunakannya untuk mencapai kepuasan bersama.

Dengan pengetahuan yang ada, anda hanya perlu bersabar sambil terus mencuba. Cubalah mengamalkan sikap yang lebih tenang tanpa memaksa diri mencapai kenikmatan dan kepuasan yang disebut sebagai orgasme. Orgasme akan datang apabila anda 'membawa' seluruh fikiran dan aspek lairiah anda ke dalam hubungan seksual. Jika tetap tidak berjaya cuba dapatkan nasihat psikiatri kerana tidak mustahil anda menderita apa yang dinamakan sebagai anorgasmi, iaitu tidak dapat mencapai orgasme kerana pelbagai halangan, terutama adanya fikiran serta pengalaman lalu yang mengganggu.

Seks Kilat

Apa itu seks kilat?

Seks kilat bermaksud anda melakukan hubungan intim bersama pasangan di tempat asing dengan pantas tanpa dirancang. Lokasinya pula adalah selain dari tempat kebiasaan anda. Boleh jadi di dapur rumah, ruang tamu ketika anak-anak sudah tidur ataupun mengajak pasangan ke hotel di waktu rehat
tengah hari semata-mata untuk seks.

Seks kilat seperti ini dikatakan mampu menghasilkan sensasi kenikmatan yang tersendiri. Rasa berdebar yang muncul kerana diperlakukan dengan rakus oleh pasangan secara tiba-tiba pula mampu membangkitkan ghairah seks yang lain daripada biasa.

Justeru, bagi lelaki seks kilat dianggap sebagai gaya bercinta lelaki sejati. Cepat, berpeluh-peluh,
menggebu-gebu dan panas adalah empat kata-kata menggambarkan kedahsyatan dari sebuah seks kilat oleh kaum lelaki.

Kurang disukai wanita

Tapi, biarpun disenangi oleh lelaki kebanyakan wanita lebih mengimpikan seks yang lembut, romantis dan terancang sambil mahu menikmati pemanasan yang lebih lama. Mereka lebih menginginkan suasana makan malam yang romantis sebelum seks ataupun berendam dalam tab mandi berduaduaan
selepas berhubungan intim.

Perkara ini tentu saja tidak akan didapati daripada seks kilat kerana pemanasannya sangat singkat selain ia juga tidak dirancang. Perlu diketahui secara fizikalnya dalam perhubungan seks, wanita memang sukar mengalami orgasme berbanding lelaki kerana mereka memerlukan pemanasan yang
agak panjang. Dalam pada itu lokasi seks kilat seperti di dapur juga mungkin tidak menyelesakan kaum hawa.

Takkan berjaya jika dipaksa

Bagaimanapun tidak salah sekiranya anda melakukannya kerana ingin mencuba atau sekadar mahu menukar gaya bercinta anda. Menurut pakar seks, George Seifer Ph.D., wanita sebenarnya tetap mampu melakukan seks kilat asalkan mereka bersedia melakukannya apabila diajak oleh pasangan.

Dalam pada itu wanita juga tetap mampu mencapai orgasme melalui seks kilat meskipun kualitinya tidak sebaik perhubungan seksual yang mendapat pemanasan mencukupi. Seks kilat ini tidak akan berjaya sekiranya dilakukan secara paksaan. Paksaan suami hanya akan mewujudkan ketegangan yang kemudian tidak memberikan kesudahan yang menyenangkan.

Akan tetapi apabila pasangan bersedia untuk seks kilat baik suami mahupun isteri akan berusaha mencapai orgasme dengan caranya sendiri. Paling tidak nafsu yang bergelora apabila dirangsang oleh pasangan akan menjadi modal kuat untuk mencapai kepuasan.




 Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.

Pemanasan Seks Itu Perlu

Kehidupan moden yang serba pantas secara tidak sedar menyebabkan kita terjebak kepada pemikiran bahawa semua aspek hidup harus dijalani dengan terburu-buru. Ini termasuk proses memadu asmara yang akan ke muara hubungan intim atau sanggama.

Mengikut pakar, hubungan intim yang berlangsung lama adalah lebih baik kerana biasanya dilakukan dengan lebih intens. Kita sering dengar istilah ‘loveplay’ atau ‘foreplay’ iaitu satu proses pemanasan asmara. Jika kita mengikuti petua para kaunselor atau melalui pembacaan literatur sudah tentunya kita dinasihati agar seeloknya melakukan aktiviti pemanasan asmara terlebih dahulu sebelum melaksanakan sanggama.

Berbeza dengan lelaki yang mudah terangsang dengan wanita, pemanasan asmara penting buat wanita. Wanita tidak boleh melakukan hubungan intim secara tergesa-gesa. Tanpa rangsangan yang memadai, biasanya dari segi masa, sentuhan dan komunikasi, besar kemungkinan dia tidak dapat menikmatinya. Sebaliknya, ia sekadar memenuhi keinginan terburu-buru sang lelaki.

Hubungan intim diantara suami isteri bukan saja bererti penetrasi tetapi ia merupakan satu proses yang adanya permulaan yang romantis dan diakhiri dengan satu paduan emosi dan fizikal. Bagi pasangan yang ingin berjaya dalam hubungan intim dan menjadi pasangan yang penuh perihatin, rangsangan yang mencukupi amat penting.

Mungkin akan muncul pertanyaan apa untungnya ‘foreplay’ buat lelaki kalau mereka dilihat sebagai selalu dalam keadaan bersedia? Pemanasan itu penting agar setiap pasangan menjadi cukup terangsang dan bersedia melakukan hubungan intim. Dan sanggama yang dicapai berakhir dengan memuaskan bagi kedua pihak.

Oleh Ramli Abdul Samad

Sumber: Gua.com


Tidak Ketika Di Ranjang

Perkara Yang Jangan Dilakukan Ketika Di Ranjang Kamar

PASANGAN PASIF.
Si pasangan ketika berhubungan intim, si isteri atau suami hanya terbaring pasrah tanpa inisiatif. Sebaliknya pasangan haruslah bergerak, dan menunjukkan minat untuk bercinta dengan pasangan.

TIADA CIUMAN.
Wanita atau lelaki suka pada ciuman, jadi janganlah biarkan seks berlangsung tanpa ciuman. Pasangan akan berasa lengkap dengan tindakan ini. Ciuman di bahagian sensitif membuatkan isteri atau suami akan teringat yang istemewa.

TIDAK SENSITIF.
Jangan hanya suami atau isteri bersikap sensitif terhadap kemahuan anda. Sebagai suami atau isteri jangan ego dalam hubungan seks dan mahu menang sendiri.

MELUPAKAN PASANGAN.
Jarang pasangan suami isteri bertanyakan apa kemahuan pasangan. Suami atau isteri asyik mengharap kesenangan dari sesama. Hentikan sikap begini. Tanya pada pasangan apa yang ingin dilakukan. Biarkan pasangan tahu keprihatinan.

JANGAN MEMBINGUNGKAN.
Segelintir isteri tidak menunjukkan emosi semasa berhubungan seks sehingga suami tidak mengetahui samada si isteri suka atau tidak. Jangan malu untuk memuji pasangan semasa acara bercinta berlangsung..

HANYA SEORANG YANG MENGAWAL.
Suami atau isteri akan bosan bila hanya dia setiap kali yang mengemudikan seks. Peranan keduanya adalah penting agar tidak membosankan. Carilah cara yang berlainan.

MEMBIARKAN SEKS MEMBOSANKAN.
Membiarkan seks membosankan adalah satu perkara yang salah. Si suami harus pandai dan pantas memberi kelainan kepada isteri dan sentiasa memberikan kejutan. Isteri suka digoda oleh suami.

TIADA INISIATIF.
Suami/isteri tidak suka pasangan yang kurang inisiatif dan hanya pasrah menunggu signal dari suami atau isteri untuk bercinta. Sekali sekala suami atau isteri harus menjadi hero atau heroin dengan mengajak suami/isteri bersama. Keduanya sukar membaca fikiran. Oleh yang demikian ajaklah suam/isteri bersama! Hasil tetap ada..

5 Perkara Jangan Dilakukan Ketika Asmara

Hubungan mesra antara suami isteri seharusnya menjadi medan untuk menambahkan kemesraan dan mengukuhkan lagi jalinan kasih sayang. Lantaran itu, biarpun sudah berbelas tahun ataupun berpuluh tahun melayari bahtera rumahtangga, tanggungjawab yang satu ini jangan sekali diabaikan. Jangan sampai hubungan kasih yang sepatutnya memberikan kebahagiaan berakhir dengan kekecewhaan dan kemarahan. Ingatlah pepatah Inggeris “practice makes perfect” Buat kaum Adam, ada 5 perkara yang perlu anda ingat tidak dilakukan semasa memesrai isteri, ikuti tips-tips ini:-

Jangan Lupa Tentang Ciuman - Jangan terlalu terburu-buru untuk menuju ke daerah erotis pasangan anda sehingga terlupa tentang perkara paling penting dan wajib dalam adegan ‘pemanasan’ (foreplay). Perkara tersebut ialah ciuman dan cumbuan saat bermesra dengan pasangan.

Jangan Meniup Telinga Pasangan Dengan Kuat - Banyak wanita yang suka apabila pasangan meniup telinganya semasa bermesraan. Tetapi anda perlu ingat besar bezanya antara meniup cuping telinga pasaran dengan lembut dan erotik berbanding dengan meniup cuping telinganya kuat-kuat seolah-olah anda meniup bara api! Lain kali bila and ingin meniup telinga pasangan anda, tiuplah secara erotis dan mengghairahkan.

Jangan Tidak Bercukur - Tidak semua wanita suka apabila pasangannya menggeselkan misai atau jambang pada tubuhnya. Lantaran itu, sebelum anda menggeselkan misai atau jambang di dagu pada tubuh pasangan, pastikan yang dia menyukai perlakuan anda itu. Jika pasangan memaling wajahnya dari anda, jangan terus membuat andaian bahawa dia sedang berghairah. Itu mungkin cara si dia menjauhkan dirinya daripada misai dan jambang yang mengelikan dan adakalanya memeritkan.

Jangan Kasar - Boleh dikatakan semua wanita suka dilayan dengan lembut dan sopan.. termasuklah juga ketika sedang terlalu rapat sentuhan yang lembut dan nyaman serta menghayalkan. Sentuhan yang kasar dan keras di daerah sensitif seperti payudara hanya akan membuatkan rasa yang tidak selesa. Oleh itu, sentiasalah sentuh pasangan anda dengan lembut dan penuh kasih sayang setiap kali anda bermesraan.

Jangan Melupakan Anggota Tubuh Lain - Lelaki sering menganggap bahawa payudara dan bahagian vagina adalah anggota paling sensitif dan perlu diberikan keutamaan apabila mahu bermesraan dengan pasangan. Anda silap kerana ada banyak lagi bahagian lai di tubuh wanita yang sama(malah ada yang lebih) sensitif berbanding dengan dua bahagian tersebut. Selalulah ingat bahawa masih banyak bahagian di tubuh pasangan anda yang perlu diterokai. Sebab itu sentiasalah mencuba dan ‘be adventures’!


Kamasutra Bergambar Melayu, sila klik sini


Rahsia Malam Pertama. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Petua Seks Hebat, sila klik sini.


Melambatkan Pancutan. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Pancutkan Suami. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Seks Di Pagi Hari

Biasanya pasangan muda suami isteri lebih selesa melakukan hubungan intim pada sebelah malam , terutama di hari kerja. Padahal satu kajian mengatakan, seks di waktu pagi akan menimbulkan sensasi kenikmatan yang berbeza!

Lebih bersemangat

Lelaki biasanya ‘terbangun’ setelah tidur, ini bererti anda berdua boleh melakukan hubungan intim tanpa perlu melakukan pemanasan terlalu lama. Secara psikologi, anda juga semakin percaya diri dan bersemangat ketika mengetahui bahawa pasangan juga bersedia menerima ‘aksi’ anda bila -bila masa.

Lebih rileks

Bangun tidur adalah keadaan yang paling rileks bagi setiap orang, situasi ini sangat menguntungkan bagi pasangan suami isteri kerana akan lebih mudah mencapai orgasme. Selain itu, anda berdua belum sempat memikirkan hal-hal lain seperti pekerjaan ataupun masalah lainnya, sehingga hubungan seks pun lebih lancar.

Lebih berkualiti

Hubungan seks di waktu pagi, meskipun dengan waktu terbatas, dijamin hasilnya lebih berkualiti. Ini adalah kerana tubuh anda dan pasangan berada dalam keadaan yang paling fit sehingga kepuasan yang diperolehi pun semakin maksima.

Menjadi perangsang yang menyenangkan

Anda boleh menganggap ’serangan fajar’ ini sebagai perangsang. Semacam menu pembuka, untuk menantikan hidangan yang seterusnya di malam hari. Aksi di waktu pagi itu menjadi semacam perangsang membangkitkan ghairah seks anda.

Seks pagi juga dapat menjadi pendorong agar anda lebih bersemangat menjalani aktiviti dan rutin sepanjang hari itu.

Sumber: SuaraMerdeka


Mimpi Basah Lelaki

Bagi kebanyakan lelaki, ‘mimpi basah’ adalah sesuatu yang penting kerana ia menandakan mereka memasuki alam dewasa atau lebih tepat, baligh.

Namun, ada soalan diterima daripada lelaki yang memasuki usia awal 20-an tetapi mengaku tidak pernah mengalami mimpi sedemikian. Mereka bimbang sama ada sudah baligh atau tidak?

Buat pengetahuan, bagi wanita, tanda baligh mereka ialah kemunculan darah haid. Ia juga menandakan wanita berkenaan memasuki alam yang membolehkan mereka hamil jika bersetubuh.



Tanda ini dikenali sebagai ‘menarche’ yang dihadapi semua wanita normal. Bagaimanapun, berbeza dengan lelaki yang sperma mereka aktif sepanjang hayat, wanita mengalami proses ‘menopaus’ pada peringkat lewat usia.

Berbalik kepada persoalan mengenai mimpi basah, ia antara dua tanda, selain pancutan air mani ketika merangsang anggota sulit yang mana selama ini tidak pernah keluar air mani ketika merangsangkannya, yang menandakan seseorang itu baligh.

Bagi lelaki yang mengeluarkan air mani, mereka boleh menghamilkan wanita apabila bersetubuh. Tanda ini dikenali sebagai ‘spermache’.

Sehubungan itu, mana-mana lelaki yang menjalani tumbesaran tubuh badan seperti orang dewasa tetapi belum menghasilkan air mani, sama ada melalui onani atau mimpi basah, kemungkinan sistem reprodusinya belum matang.

Antara tanda masalah itu ialah anggota sulitnya kelihatan kecil, termasuk kedua-dua buah zakarnya, serta kurang atau tiada bulu roma di permukaan anggota sulit. Lelaki yang biasa onani tidak mengalami mimpi basah walaupun dia kurang melakukannya.

Jika seseorang lelaki itu berasa tidak pasti mengenai kematangan mereka, lebih baik berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan.

Bagi kes di mana doktor berasa ragu-ragu, pemeriksaan menyukat tahap hormon testosterone atau hormon kelelakian akan dapat memberi gambaran keadaan yang lebih jelas.

Jika hormon berkenaan normal, tahap kelelakiannya juga normal dan begitu sebaliknya yang menandakan seseorang itu mengalami kekurangan hormon.

Cara mengatasi masalah ini ialah dengan penambahan hormon, yang mana kebiasaannya seawal sebulan selepas proses berkenaan, perangsangan alat sulit menyebabkan ejakulasi berlaku.

Bagi anda yang mempunyai anggota sulit normal dan ada pancutan air mani ketika merangsangkan anggota sulit, anda dalam golongan lelaki sempurna.

Oleh Dr.Ismail Thamby

Masalah Seksual Perempuan

Acap kali kita mendengar perbincangan tentang masalah seksual di kalangan lelaki seperti gangguan ereksi atau ketegangan, disfungsi ereksi (ED) atau mati pucuk, ejakulasi pramatang, lemah tenaga batin, keabnormalan alat kelaimin dan lain-lain lagi.

Apa pula halnya dengan wanita? Dalam pada disfungsi seksual lelaki menarik perhatian ramai baik dari segi penyelidikan mahupun perkembangan rawatannya, disfungsi seksual wanita atau lebih popular sebagai FSD, umpama melukut di tepi gantang – dipinggirkan oleh majoriti komuniti perubatan.

Hakikatnya, ramai wanita yang menderita. Jurnal Persatuan Perubatan Amerika melaporkan, lebih 43 peratus (kira-kira 40 juta) warganitanya ada mengalami beberapa bentuk gangguan seksual.

Malah, setiap wanita dipercayai mengalami FSD sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka.

Ia termasuklah pelbagai gangguan berkaitan keinginan syahwat, rangsangan/kebangkitan semasa hubungan kelamin, masalah mencapai orgasma atau kemuncak mahupun sakit ketika bersama suami.

Adakah anda pun sama? Jika ya, anda tidak berseorangan dan berita baiknya, ia boleh dibantu.

Menurut Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr. Shah Reza Johan Noor, perbincangan mengenai hubungan seksual bukan lagi satu pantang larang di kalangan wanita.

Malah, isu ini perlu dibincangkan untuk menyerlahkan lagi hubungan suami isteri.

‘‘Keseksualan bukan sahaja merangkumi praktis seks tetapi perkara-perkara lain seperti bagaimana anda melihat diri sendiri, perhubungan dengan suami, bagaimana anda menggambarkan diri kepadanya, pengalaman hubungan lampau serta perhubungan harian juga akan mempengaruhi aktiviti serta kepuasan hubungan seks.

‘‘Minat serta rangsangan terhadap gerak balas seks mempunyai darjah yang berbeza-beza. Kebanyakan wanita mendapat gerak balas kemuncak pada umur lewat 30-an dan awal 40-an,’’ ujarnya.

Beliau berkata, kualiti pengalaman wanita turut dipengaruhi oleh variasi individu, situasi kehidupan semasa, umur, paras hormon dan tahap kesihatan mereka.

Masalah seksual berlaku apabila kepuasan hubungan serta aktiviti seks wanita terganggu atau lebih dikenali sebagai disfungsi seksual wanita (FSD).

Untuk memahaminya, kitar gerak balas seksual perlu difahami. Kitaran ini sama sahaja di antara wanita dan lelaki cuma bezanya dari segi perkadaran serta perubahan fizikal.

Umumnya, kitaran terbahagi kepada empat fasa iaitu fasa keghairahan/kehendak, fasa kebangkitan, fasa orgasma dan fasa resolusi.

Permasalahan seksual

Permasalahan seksual berlaku apabila wanita tidak mencapai salah satu daripada fasa-fasa di atas sehingga menjejaskan hubungan dengan suami dan mengalami kemurungan. Ia terbahagi kepada tiga bahagian:

1. Kurangnya minat serta kehendak. Ini akan mematikan kitaran fasa seksual sebelum ia bermula. Masalah ini mungkin bercorak sementara tetapi ada juga yang berkekalan. Pasangan anda juga mungkin mengalaminya.

2. Kesulitan dari segi rangsangan, mengambil masa yang terlalu lama dan mungkin gagal mencapai orgasma. Lambat-laun, keadaan ini akan menyebabkan satu lingkaran yang buruk dan akhir sekali menyebabkan wanita menderita.

3. Sakit semasa melakukan hubungan kelamin (dispareunia). Kesakitan sama ada pada kawasan luaran ataupun dalaman. Banyak penyakit yang berkaitan dengan sakit puan boleh memberikan kesakitan ini.

Penyebab-penyebab disfungsi seksual wanita

1. Masalah perhubungan. Perbezaan ketara di antara puan dan suami mungkin disebabkan oleh pembahagian tugas berbeza, cemburu, masalah kewangan, kesibukan kerja, berbalah tentang anak, isu-isu pengawalan, ego dan penderaan. Campur tangan orang lain dalam hubungan suami isteri.

2. Masalah emosi. Kemurungan dan keresahan boleh mengganggu kesejahteraan hubungan anda, begitu juga dengan rasa bersalah, bimbang atau cemas.

3. Kurang rangsangan terutamanya bagi pasangan yang masih muda. Suami mungkin tidak tahu akan fasa-fasa rangsangan seksual serta bahagian-bahagian anatomi jantina yang boleh mendorong rangsangan secukupnya. Tiadanya komunikasi yang baik di antara pasangan mungkin mencetuskan isu ini.

4. Masalah sakit puan seperti:

* Kekeringan faraj. Dr. Shah Reza memberitahu: ‘‘Sekiranya anda masih muda, ini mungkin disebabkan oleh rangsangan yang tidak mencukupi tetapi untuk mereka yang sudah matang dan berusia, ia mungkin berpunca daripada perubahan paras hormon.

‘‘Kekeringan menyebabkan ketidakselesaan hubungan kelamin sekali gus membantutkan rangsangan. Ubat-ubatan preskripsi juga mungkin boleh memberikan kesan sampingan,’’ jelas beliau.

* Vaginismus. Kekejangan pada otot-

otot faraj menyebabkan kesakitan semasa hubungan kelamin. Ketakutan terhadap hubungan juga boleh mengakibatkannya. Faraj yang sepatutnya melebar semasa terangsang sekarang menyempit dan tidak membenarkan kemasukan organ pembiakan suami

Penyebab-penyebab lain vaginismus termasuklah luka-luka bersalin, bekas pembedahan di kawasan faraj dan juga luarannya, sejarah penganiayaan seks semasa kecil, infeksi genitalia/alat kelamin ataupun penggunaan ubat-ubat seperti larutan pencuci faraj, iritasi/rengsa kondom dan mungkin juga bahan kimia spermisidal/agen pemusnah sperma

* Penyakit tularan seks. Penyakit-penyakit yang disebarkan melalui hubungan kelamin seperti siflis, gonorea, klamidia, herpes dan ketuat di organ kelamin adalah antara penyakit yang menyebabkan perubahan pada organ kelamin dan seterusnya menyebabkan kesakitan dan rangsang tidak optimum

* Vaginitis. Radang atau rengsa pada tisu-tisu faraj dan sekelilingnya menyebabkan hubungan kelamin tidak selesa dan menyakitkan

* Endometriosis. Ketumbuhan pada organ pinggul, parut-parut pembedahan. Semua ini menyebabkan penyumbatan serta halangan terhadap aktiviti hubungan kelamin

* Penyakit keradangan pada organ pembiakan wanita. ‘‘Apabila infeksi berlaku pada rahim, tiub-tiub falopio dan ovari menyebabkan menjeleket (melekat) pada bahagian-bahagian tersebut dan seterusnya perubahan fizikal mereka.

‘‘Dalam hubungan kelamin normal, terdapatnya pergerakan organ-organ tersebut dan apabila ini berlaku di persekitaran yang abnormal, kesakitan serta ketidakselesaan boleh berlaku,’’ kata Dr. Shah Reza.

* Kerosakan saraf selepas pembedahan. Kadangkala pembedahan yang sukar serta rumit boleh mencederakan saraf-saraf kecil. Ini akan menenggelamkan sensasi serta berahi

5. Keadaan fizikal wanita. Hubungan kelamin memerlukan tubuh badan yang sihat, menyerupai mana-mana sukan bercorak fizikal. Anda disarankan banyak bersenam atau beriadah agar tubuh badan sentiasa sihat dan segar.

Banyak keadaan-

keadaan fizikal yang dikaitkan seperti letih dan lesu; penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit hepar/hati, buah pinggang dan juga jantung; kanser; penyakit neurologi; keabnormalan aliran darah dan vaskular; ketidakseimbangan hormon; menopaus; mengandung; penyalahgunaan alkohol dan juga dadah.

6. Ubat-ubatan preskripsi. Banyak ubat-

ubat preskripsi yang mencacatkan nafsu, keinginan serta kebangkitan seperti ubat antikemurungan, antipsikotik, ubat darah tinggi, kemoterapi.

7. Rawatan perubatan, seperti radioterapi. Ini boleh menyebabkan kelinciran faraj terbantut manakala kulit-kulit dan tisu-tisu di bahagian faraj dan luaran menjadi sakit dan sensitif.

8. Sejarah penderaan. Mungkin pada masa dahulu, terang Dr. Shah Reza, seseorang wanita itu mempunyai sejarah dianiayai. Jadi dalam hubungan semasa, mereka menjadi takut serta cemas, masih terbayang-bayang episod lampau lalu menenggelamkan minat, seterusnya fasa-fasa seksual wanita puan.

9. Sikap terhadap seks. Mungkin wanita tidak pernah berpengetahuan mengenai isu-

isu seks disebabkan oleh cara dibesarkan di mana isu-isu seks dikaitkan dengan sesuatu yang kotor dan berdosa sekiranya dibincangkan.

‘‘Media massa turut memainkan peranan dalam mempengaruhi wanita dan pasangannya dalam isu-isu seksual, harus ingat bukan semua maklumat yang disampaikan itu benar dan boleh dipercayai tanpa apa-apa perbincangan.

‘‘Ada tabloid-tabloid yang menyiarkan artikel-artikel jenayah seksual keterlaluan sehinggkan wanita takut berhubungan dengan suami,’’ kata Dr. Shah Reza.

Tambahnya, terdapat juga filem-filem yang menggambarkan seks sebagai sesuatu yang luar dari alam nyata sehingga mempengaruhi seseorang untuk mencapai sesuatu yang luar biasa.

Apabila ia tidak berlaku, wanita menganggapnya satu kelemahan. Lebih malang lagi, ia menjadikan hubungan mereka tandus.

10. Masalah dengan suami. Sekiranya suami anda bermasalah dari segi seksual dan juga kesihatannya, ia akan memberikan kesan langsung terhadap isteri.

Langkah-langkah bersama yang boleh diambil

Dengan pemikiran terbuka dan sedikit kreativiti, permasalahan seksual boleh diselesaikan. Yang penting anda dan suami haruslah berbincang sesama sendiri supaya perhubungan yang terjalin menjadi lebih sihat, segar dan tegar untuk tahun-tahun selanjutnya.

* Banyak permasalahan akan pergi dan hilang dengan sendirinya. Kesabaran serta kefahaman yang diperlukan

* Puan serta suami sebaik-baiknya berbincang sesama sendiri mengenai isu-isu perhubungan seksual. Setelah sekian lama berkahwin, adalah satu masalah besar sekiranya tuan dan puan masih malu-malu. Jangkaan seksual masing-masing perlu diterokai supaya kesejahteraan seksual tercapai

* Jadikan penyelesaian ke arah kreativiti dan menyeronokkan. Fikirkan cara mana untuk menambahkan berahi serta rangsangan dalam hubungan seksual

* Kadangkala, berbulan madu sekali lagi tanpa kehadiran anak-anak boleh menyemarakkan hubungan seksual

* Penggunaan bendalir lubrikasi/pelincir untuk mengurangkan kekeringan di faraj

* Membaca banyak buku-buku dorongan ke arah hubungan seksual yang lebih menyeronokkan

* Kongsi fantasi seksual anda dengan suami dan begitulah jua sebaliknya, ini mengubah kehidupan rutin seksual kalian berdua

* Perbanyakkan sentuhan dan urut-urutan sensual. Jangan terlalu gelojoh

* Kedudukan serta senario hubungan kelamin yang lain dari rutin.


Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

Bahaya Seks Melalui Dubur ( Liwat )

Adakah sebarang jangkitan jika pasangan sudah berkahwin melakukan hubungan kelamin melalui dubur?
--------------------

DUBUR mengandungi banyak kuman (daripada najis) yang berpotensi memasuki aliran darah dan menyebabkan jangkitan teruk. Pada bukaan dubur, ada struktur seperti injap (sfinkter) yang mengawal pembukaan dan penutupannya sewaktu membuang air besar.

Sfinkter ini tidak seperti faraj, ia tidak bersedia mengembang dan mudah koyak serta kekal rosak. Koyakan (fisur) ini boleh mengundang jangkitan kuman daripada lubang usus ke dalam aliran darah seseorang.

Pasangan lelakinya juga berpotensi dijangkiti kuman ke kemaluannya atau ke dalam pundi kencingnya. Ini bukanlah amalan yang sihat. Ia juga haram dalam Islam.

Dijawab oleh Pakar Sakit Puan bersama DR ADILAH AHMAT

Testosteron merosot dinginkan seks

Saya berusia pertengahan 30-an dan telah pun mendirikan rumah tangga. Saya pernah mendengar bahawa paras testosteron boleh menjejaskan kualiti hubungan intim di kalangan lelaki.

Selain itu saya juga berminat dengan suplemen herba yang dikatakan boleh membantu masalah kemerosotan fungsi seks. Bolehkah diterangkan serba sedikit mengenai masalah ini?

Jawapan:

Testosteron adalah hormon yang bertanggungjawab kepada pembentukan perwatakan lelaki seperti perkembangan genital, kalenjar prostat, otot-otot, pertumbuhan bulu badan seperti janggut dan bulu pada bahagian badan yang lain.

Paras hormon ini mencapai tahap puncak pada usia 20 hingga 30 tahun.

Seiring peningkatan usia, paras testosteron juga boleh menurun namun tidak secepat hormon estrogen yang dialami oleh wanita menopaus. Kejatuhannya adalah lebih perlahan dan stabil.

Di kalangan golongan muda kekurangannya boleh menyebabkan beberapa keadaan seperti perkembangan otot yang lemah, perkembangan buah dada, menjejaskan suara, pertumbuhan bulu badan termasuk bulu pada muka dan bahagian badan yang lain.

Kekurangannya di kalangan orang dewasa akan menimbulkan beberapa simptom seperti keletihan, kepanasan badan, kemurungan atau keresahan, kemerosotan keinginan seks, daya konsentrasi yang rendah, menjejaskan kekuatan otot dan penipisan tulang.

Namun begitu, simptom-simptom di atas boleh terjadi disebabkan oleh faktor-faktor lain. Untuk mengetahui paras hormon, seseorang itu boleh melakukan ujian darah.

Terdapat beberapa kaedah rawatan hormon, namun ia bergantung kepada kesesuaian dengan pesakit. Sekiranya perlu, doktor akan menyarankan kaedah yang bersesuaian untuk anda.

Terdapat beberapa jenis herba yang boleh diambil untuk membantu mereka yang mengalami masalah dalam kedinginan seks dan membantu meningkatkan kesihatan secara umum.

Muira puama atau nama saintifiknya Liriosma ovata boleh membantu anda untuk mengekalkan ereksi. Begitu juga dengan puncture vine yang boleh merangsang pengeluaran hormon, di samping meningkatkan tenaga seks lelaki.

Manakala pengambilan gingko membantu dari segi merehatkan dinding salur darah supaya aliran darah dapat ditingkatkan ke bahagian alat kelamin dan anggota badan yang lain.

Seks 'Surprise'

Seks dan kehidupan berumahtangga memang tidak dapat dipisahkan. Naluri seksual adalah fitrah bagi setiap insan dan perkahwinan merupakan jalan yang terbaik untuk menyalurkannya. Memenuhi kehendak seksual pasangan masing-masing adalah sangat penting sehinggakan dianggap ibadah.

Pernahkah suami anda tiba-tiba pulang ke rumah sewaktu kerja, menarik anda ke bilik, mengunci pintu dan terus melakukannya? Bertuahlah anda kerana suami anda merupakan lelaki yang amanah dalam menjaga kemaluannya hanya di jalan yang dihalalkan Allah.

Zaman sekarang merupakan cabaran yang besar bagi lelaki kerana rata-rata pakaian wanita terdedah sana sini dan memang tak cukup kain. Ada juga wanita Islam yang tidak menutup auratnya dengan sempurna. Pakai tudung tapi dada terdedah dengan pakaian ketat membaluti tubuh. Pendek kata, memang susah betul suami kita nak jaga mata, apatah lagi nak elakkan diri daripada terangsang nafsu shahwatnya.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: “Jika kamu melihat seorang wanita dan hatimu menjadi cenderung kepada wanita itu maka dia hendaklah pulang menemui isterinya dan mendatangi tempat tidurnya supaya terhindar dari kekejian.” (Hadis Riwayat Muslim)

Memang jelas sudah menjadi tugas anda sebagai isteri untuk melunaskan shahwat suami yang sedang bergelora walau pun anda sendiri tidak mendapat kepuasan. Manalah tau, di tempat kerjanya penuh dengan wanita-wanita seksi yang menguji imannya. Yang sebenarnya, anda telah berjaya menjaga shahwat dan kemaluan suami anda, di samping mewujudkan sikap bertolak ansur dan tidak mementingkan diri sendiri. Masih ada banyak peluang lagi untuk anda sama-sama mendapat kepuasan.

Keinginan seksual lelaki sebenarnya sukar dijangka masa dan ketikanya. Jika suami berkehendakkan anda, harus segera ditunaikan sehinggakan Rasulullah S.A.W. bersabda: “Apabila seorang suami mengajak isterinya maka penuhilah segera kehendaknya meskipun dia berada di dapur.”(Hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibnu Hibban). Anda harus berbangga kerana suami telah memenuhi keinginan shahwatnya dengan isteri sendiri dan bukannya dengan wanita lain. Pendek kata, anda telah menyelamatkan suami daripada berzina.

Kalau anda bergaduh atau merajuk sekali pun, hasrat suami harus dipenuhi. Janganlah terlalu mengikut kehendak hati dan ego anda. Walau pun hakikatnya anda sedang berjauh hati dengan suami, anda tidak dianggap kalah jika memenuhi tuntutan seksualnya. Sebaliknya, kemenangan di pihak anda kerana berjaya menambat hati suami.

Sabda Rasulullah S.A.W. lagi, “Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidur kemudian isteri tidak mendatanginya sehingga suami marah maka para malaikat akan mengutuk isteri itu hingga ke waktu pagi.” (Hadis Riwayat Muslim). Dalam riwayat yang lain dinyatakan; “Sehinggalah suaminya reda.”

Begitu besarnya implikasi terhadap isteri apabila menolak keinginan seksual suami. Kesimpulannya, kelembutan, tolak ansur dan keikhlasan isteri dalam melayani suami sangat penting. Hiasilah diri dengan cantik di depan suami (jangan bila keluar rumah sahaja) supaya dia sentiasa tertarik dengan anda. Perkahwinan akan menjadi lebih bermakna, insya Allah….

Sumber: http://comelnya.com/

Penghalang Orgasme Wanita

Berikut adalah beberapa faktor yang dikenalpasti sebagai faktor menghalang orgasme wanita;

Takut
Takut tidak akan peroleh orgasme. Ketakutan sebegini kemudiannya akan membuatkan wanita hilang tumpuan dan tidak mengendahkan rangsangan yang diberikan oleh pasangan kerana tumpuan sudah tidak lagi pada aktiviti seksual.

Kepenatan
Urusan rumahtangga dan juga tugas di tempat kerja mungkin membuatkan wanita keletihan apabila tiba di rumah. Kepenatan akan memberi pengaruh yang negatif terhadap aspek batin. Kepenatan akan membuatkan wanita kurang bertenaga untuk berusaha memperoleh orgasme.

Malu
Ramai wanita malu untuk meminta pasangan memberikan rangsangan sesuai dengan keinginan mereka. Rangsangan yang tidak sesuai dengan apa yang dikehendaki membuatkan wanita tidak mencapai kepuasan dan seterusnya menyukarkan orgasme.

Terburu-buru
Seks yang terburu-buru tidak akan memberi waktu yang cukup untuk mencipta keghairahan dan juga melakukan rangsangan pada wanita. Keadaan ini menyebabkan wanita akan sukar mencapai klimaks.

Tidak yakin pada diri sendiri
Kurang keyakinan pada diri sendiri atau malu dengan keadaan tubuh badan sendiri akan membuatkan hubungan seksual bersama pasangan menjadi tidak selesa. Perasaan sebegini akan membuatkan wanita berasa serba tidak kena ketika melakukan hubungan seksual sehingga akhirnya agak sukar memperoleh orgasme.

Trauma
Pengalaman yang menakutkan ketika sewaktu pertama kali melakukan hubungan seksual kadang kala boleh menjadi trauma kepada wanita sehingga menyukarkan mereka orgasme. Perkara menakutkan yang dilalui sebagai contoh pernah dicabuli atau dirogol mungkin terbayang-bayang di fikiran menyebabkan wanita tidak dapat menumpukan fikiran mereka.

Apa yang perlu dilakukan?
Perkara yang perlu ‘dibereskan’ adalah otak atau cara berfikir. Sebelum melakukan hubungan seksual dengan pasangan, usahakan untuk mengosongkan fikiran dan fokuskan pada rangsangan yang diberi ataupun memikirkan hal-hal seksi yang boleh merangsangkan ghairah anda.

Sekiranya kurang keyakinan atau malu dengan keadaan tubuh badan menyebabkan anda sukar memperoleh orgasme, ketahuilah bahawa apa yang anda risaukan itu mungkin tidak dikisahkan oleh pasangan.

Sebaiknya berterus teranglah dengan pasangan anda tentang apa yang merisaukan diri anda dan dengarlah pendapatnya. Ada kemungkinan pasangan anda memang tidak menyenangi keadaan tubuh badan anda tapi mungkin tidak kesemuanya. Samarkan kekurangan bahagian tubuh badan anda dengan pakaian ataupun pencahayaan dan tonjolkan bahagian yang disukai oleh pasangan anda.

Tip Malam Pertama

Malam pertama, adalah waktu yang amat menegangkan bagi pasangan pengantin. Bagi wanita, ketegangan itu kadangkala berlipat kali ganda. Berikut ada beberapa tips yang boleh dikongsi bersama.

1) Bau badan - Ingat, sebelum memasuki malam pertama, anda dan suami seharian bergerak, melayan tetamu serta saudara mara yang hadir, berulangkali menukar pakaian berpeluh dan penat. Untuk itu sebelum tidur, cubalah untuk mandi. Pakailah wangian yang lembut supaya rasa ghairah tidak padam apabila mencium bau badan anda.

2) Bau mulut - Cuba anda bayangkan, apa yang akan anda lakukan, ketika ingin mencium bibir pasangan anda, anda dapati udara yang anda sedut ‘berbau’ petai. Tentu ghairah anda hilang bukan..? Kerana itu hindarilah kemungkinan ini dengan mempersiapkan diri. Penyelesaiannya, pastikan anda memberus gigi sebelum ke kamar dan kalau boleh selalu menyediakan pepermint di tempat tidur.

3) Tergesa-gesa -
Tergesa-gesa merupakan ‘penyakit’ paling umum. Ingin cepat sehingga langsung ke acara kemuncak. Maklumlah makanan baru, halal lagi! Tapi ingat anda harus bersabar. Sebaik-baiknya kedua-dua bertenang kerana seks dengan dengan tenang itu lebih nikmat. Tergesa-gesa kadangkala boleh mendatangkan mudarat, rasa nikmat ‘kerjasama’ mungkin payah untuk dicapai dan juga ia mungkin boleh menyakitkan. Misalnya anda belum begitu terangsang dan suami ingin terus ‘menembak’ hasilnya boleh mengecewakan.

SETELAH tiga tips kecil menghadapi saat ‘pemanasan’ di malam pertama. Berikut adalah beberapa tips saat ‘bertempur’. Bacalah dengan teliti agar malam pertama anda menjadi kenangan yang tak dapat dilupakan.

1) Padamkan kekasaran - Jangan hanya berserah. Sekiranya anda rasa disakiti berterus teranglah dengan suami tetapi gunakan nada yang lembut supaya dia tidak tersinggung. Sekiranya ingin sama-sama menikmati keseronokan, bimbinglah suami anda ke ‘daerah-daerah’ yang boleh menambahkan ghairah. Anda juga boleh memainkan peranan dengan lebih aktif, dengan cara menuntun tangannya mengarahkan ke bahagian yang anda sukai.

2) Singkirkan rasa sakit - Kebanyakan wanita sering merasa sakit pada organ seksnya ketika berhubungan intim buat pertama kalinya. Hilangkan perasaan takut sebaliknya fikirkan perkara yang indah-indah ketika bersama suami. Perlu juga diketahui bahawa penyebab kurangnya cairan lubrikasi ialah stress, pengambilan ubat-ubatan dan penggunaan alat kontraseptif. Bila hal ini terjadi, minta suami supaya memanjangkan pemanasan sambil melihat apakah anda sudah bersedia untuk memulainya sekali kembali. Cara lain ialah dengan menggunakan cairan lubrikasi.

3) Beri dorongan pada suami - Bukan semua suami berjaya melalui malam pertama mereka dengan jayanya. Sesetengah daripada mereka akan tewas sebelum waktunya. Tapi jangan bimbang, ia munkin kerana stress dan kurangnya pengalaman. Selain kurangnya pengalaman dan stress, minuman beralkohol serta ubat-ubatan juga boleh menjadikan lelaki kurang ‘perkasa’. Maka pujuklah suami agar dia hilang rasa kecewanya sambil mengelus tubuhnya terutama daerah sensitif untuk menunjukkan rasa sayang dan keinginan anda terhadapnya. Katakan padanya kita boleh cuba lagi malam berikutnya.

4) Jangan pura-pura klimaks - Ramai wanita yang tidak ingin mengecewakan suaminya sering berpura-pura orgasme. Jangan lakukan hal itu kerana ia boleh membahayakan perhubungan anda. Memang ramai wanita yang agak sukar mencapai klimaks walaupun pasangannya sudah melakukan stimulasi sebaik mungkin pada daerah sensitifnya. Anda tak perlu malu untuk mengatakan padanya. Mungkin anda boleh memberi cadangan mengenai cara yang anda sukai dan memainkan peranan yang aktif juga. Jadikan aktiviti seks ini sebagai sesuatu yang menyenangkan bukannya membebankan anda.

BAGAIMANA? Tidak sukarkan menghadapi malam pertama? Mungkin tips ini boleh mengurangkan sedikit debaran di dada. Selamat mencuba dan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.


Rahsia Malam Pengantin. Keterangan lanjut, sila klik sini.

11 Titik Rahsia Wanita Yang Lelaki Wajib Tahu

Suami hanya menyentuh di daerah sekitar dada dan paha? Aduh, dia wajib baca tulisan ini.

Perempuan mempunyai banyak titik peka yang wajib dieksplorasi bukan hanya sekitar wilayah dada sahaja. Tangan dan kaki, jika disentuh secara tepat akan menghasilkan sensasi tidak terkata!

Sebenarnya, from head to toe, itulah wilayah peka wanita, sayangnya banyak laki-laki yang tidak mengetahui hal itu. Sebahagian besar lelaki cepat menginginkan pasangannya berbaring di tempat tidur dengan kaki terbuka lebar dan meninggalkan bahagian tubuh lain. Kuno sekali!

Inilah saatnya lelaki fokus pada bahagian tubuh pasangan yang selama ini mungkin diabaikan. Minta si dia melakukan sesuatu yang berbeza kali ini.

Jika dia belum tahu wilayah mana yang peka terhadap sentuhan, tunjukkan saja tulisan ini
padanya. Selamat mencuba!



1. Kepala
Minta pasangan menggunakan hujung jari dan tengah-tengah jari untuk mengelus pelipis anda. Kemudian, gunakan tangan untuk memainkan rambut sebelum dia menggunakan hujung jari untuk membelai kepala. Lakukan perlahan-lahan. Rebahkan kepala anda di pangkuan sementara dia melakukan urutan untuk bersantai dan reaksi yang apresiatif.

2. Leher
Tidak masalah menggunakan tangan atau mulut. Sebahagian besar wanita menyenangi saat pasangan mengeksplorasi bahagian leher, baik dengan mengelus, mencium atau mengecup ringan. Ciuman dan kucupan daerah sekitar leher dijamin menghasilkan sensasi luar biasa.

3. Punggung
Minta pasangan mengucup mulai rambut kepala sehingga ke punggung sementara tangan merangkul pinggang.

4. Paha
Minta pasangan mengskplorasi paha bahagian dalam dan luar, serta menghindari organ genital, dengan tangan atau mulut. Jangan cuba menggigitnya. Kucup daerah antara labia luar dan kemudian selesaikan sampai paha bahagian atas dengan lidah.

5. Belakang lutut
Anda telentang, angkat kaki, sandarkan di tubuh pasangan. Minta dia menyelusuri lutut bahagian dalam. Cium dan kucup perlahan-lahan daerah tersebut dan sekitarnya.

6. Tangan
Pegang tangannya dengan telapak saling berhadapan dan gunakan kedua jari untuk meraba telapak tangan dengan lembut. Minta dia meraba seluruh permukaan tangan anda. Letakkan jari tengah di mulut pasangan dan hisap perlahan-lahan. Lakukan hal yang sama terhadap suami anda.

7. Pergelangan tangan
Pegang tangan dengan telapak tangan berhadapan, dan gunakan hujung jari untuk menyelusuri pergelangan tangan. Setelah beberapa minit mengelus, gunakan bibir, gigi dan lidah untuk mengucup dan gigit perlahan-lahan bahagian dalam pergelangannya.

8. Telinga
Sampailah ke telinga dan bisikkan sesuatu seperti, “malam ini adalah malam milikmu". Minta dia mencium bahagian atas telinga, gigit perlahan-lahan. Jangan terlalu keras nanti akan sakit!

9. Perut
Minta si dia memeluk pinggang anda dengan kedua tangan dan hirup aromanya ketika hidung dekat dengan perut pasangan. Minta dia mencium perut dari hujung satu ke hujung yang lain, dan secara tiba-tiba biarkan lidah menjilatinya.

10. Pergelangan kaki
Tak peduli Anda tengah bercinta atau memulai foreplay, tempatkan pergelangan kaki di bahu pasangan. Minta dia menyentuhnya. Elus salah satu dengan tangan dan cium dari satu sisi ke sisi lain.

11. Kaki
Minta si dia mengelus atau memijat ringan dengan minyak pijat atau krim. Oleskan di telapak kaki, perlahan-lahan naik ke ibu jari kemudian ke tumit.

Si kemaruk seks terima padah

Jutawwan muda, Andrew Stuart Luster, 37, boleh dikatakan antara jutawan bernasib malang di dunia ini hanya disebabkan tiga wanita.

Meskipun memiliki segala-galanya — wang, rumah dan kereta mewah — namun hanya kerana wanita berkenaan, semuanya musnah dalam sekelip mata, termasuk perniagaan kosmetik yang diwarisi daripada keluarganya, Max Factor.

Puncanya daripada nafsu dan disebabkan faktor itu juga, syarikat bernilai berbilion ringgit itu terpaksa menanggung beban hutang yang banyak, malah Luster ‘tersungkur’ kerana tidak mampu menghadapi tekanan daripada pelbagai pihak.

Itu ‘penangan’ yang dihadapi lelaki kelahiran Los Angeles, California, Amerika Syarikat (AS) itu apabila dia didakwa merogol seterusnya memberi dadah kepada tiga wanita dalam kejadian berasingan bermula 1996 hingga 2000.

Meskipun tidak ramai serta tiada wanita menjadi mangsa bunuh lelaki bernafsu buas itu, namun keupayaan wanita terbabit cukup untuk menjadikan diri Luster bankrap, sekali gus merengkok dalam penjara.

Dalam kejadian itu, Luster didakwa memberi dadah jenis Rohypnol atau gamma-hydroxybutate (GHB) yang berfungsi melemah dan mengkhayalkan seseorang.

Apabila sudah tidak bermaya, kesempatan ‘terhidang’ itu digunakan Luster untuk merogol mangsanya, malah dia turut merakam aksi seksnya sebagai koleksi peribadi.

Kes rogol membabitkan Luster dilaporkan berlaku pada 1996, 1997 dan 2000, namun nasibnya malang apabila seorang penuntut kolej yang juga seorang mangsanya berusia 21 tahun membuat laporan polis pada 19 Julai 2000 mendakwa Luster memberinya dadah sebelum merogol.

Penuntut terbabit berkata, Luster memberi GHB dan Ecstasy dalam bentuk cecair sehingga dia tidak bermaya dan lemah sebelum lelaki itu mengambil kesempatan merogolnya.

Berikutan laporan itu, Luster ditahan untuk membantu siasatan bukan satu tetapi kes rogol yang dilakukannya sebelum itu turut terbongkar. Penemuan pita video seks membabitkan Luster dan mangsanya di rumah lelaki itu bertajuk ‘Shauna GHBing’ menjadi bukti penting dalam kes berkenaan.

Pada 2002, Luster dikenakan tahanan rumah sementara menunggu perbicaraan dengan diawasi alat pengesan elektronik bersama wang jaminan AS$1 juta (RM3.5 juta).

Bagaimanapun, dia hanya mampu bertahan beberapa bulan saja sebelum melarikan diri seterusnya meninggalkan AS menuju ke Mexico.

Meskipun Luster melarikan diri, namun mengikut undang-undang California, perbicaraan masih boleh dijalankan. Pada 21 Januari 2003, mahkamah mendapati dia bersalah atas 86 tuduhan jenayah seksual selain dadah.

Pada 18 Februari tahun sama pula, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 124 tahun membabitkan enam tahun untuk setiap satu daripada 20 tuduhan penggunaan dadah bagi tujuan merogol dan empat tahun atas dakwaan meracun mangsa. Dia juga dikenakan denda AS$1 juta (RM3.5 juta) atas kesalahan berkenaan.

Dalam pada itu, meskipun mahkamah sudah menjatuhkan hukuman, pihak berkuasa masih meneruskan pencarian ke atas Luster di Mexico. Mereka menggunakan khidmat pakar, Duane Chapman yang turut disertai anaknya, Leland Chapman bersama dua kakitangan sebuah televisyen.

Usaha mereka berjaya apabila Luster berjaya ditemui pada 18 Jun 2003 di sebuah kelab malam di Guadalajara ketika berhibur dengan menggunakan nama samaran ‘David Carrera’.

Keesokannya Luster dibawa ke AS untuk menjalani hukuman penjara di Mule Creek. Di California, dilaporkan tiada kebenaran parol diberikan dan berdasarkan kes Luster, dia mesti menjalani hukuman sekurang-kurangnya 85 peratus atau 105 tahun sebelum boleh dibebaskan jika berkelakuan baik.

Ini bermakna dia hanya boleh keluar atau bebas dari penjara pada Oktober 2108 atau ketika usianya 141 tahun.

Sementara itu, dua mangsa Luster yang mengemukakan saman sivil terhadapnya berjaya dalam tuntutan berkenaan, sekali gus lelaki itu diarahkan membayar jumlah keseluruhan, AS$39 juta (RM136.5 juta).

Disebabkan tidak mampu membayar saman itu selain kos peguam yang ditanggung, Luster akhirnya menjual semua harta yang dimiliki sehingga satu peringkat dia diisytiharkan muflis.

Kes jenayah Luster menarik minat penggiat seni untuk menerbitkan filem berdasarkan kisah benar yang dilaluinya bertajuk, ‘A Date With Darkness: The Trial and Capture.’

Sedikit mengenai kisah hidup sebelum kejadian itu, Luster hidup mewah melalui syarikat gergasi milik keluarga yang diwarisinya.

Dilaporkan, dia pernah memperuntukkan AS$3.1 juta (RM10.8 juta) hanya untuk melancong dan berhibur.

INFO

NAMA: Andrew Stuart Luster

UMUR: 37 tahun (Pada tarikh kejadian - 2000)

LAHIR: 15 Disember 1963, Los Angeles, California, Amerika Syarikat.

JENAYAH: Didakwa atas 86 tuduhan jenayah seksual membabitkan rogol dan penyalahgunaan dadah.

HUKUMAN: Luster didapati bersalah memberi dadah sebelum merogol tiga wanita dan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 124 tahun atas pelbagai kesalahan terutama jenayah seksual.

Tiada Rangsangan Ketika Hubungan Intim

Saya mendirikan rumah tangga pada Jun tahun lalu. Masalahnya hingga kini saya tidak mempunyai sebarang rasa ketika melakukan hubungan seksual dengan suami.

Untuk pengetahuan puan, selaput dara saya pecah hanya selepas kira-kira sebulan selepas kami berkahwin. Adakah ia normal?

Saya juga tidak pernah terangsang bila bersama suami walaupun saya mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan intim dengannya.

Ada masa ketika bersama, saya berasa sakit dan biasanya tidak berasa apa-apa. Adakah ini normal?

Hingga kini saya belum hamil. Adakah saya berpotensi untuk hamil?

WANITA RUNSING Terengganu.

-----------------------------

Jawapan:

Selaput dara mempunyai beberapa bentuk, lazimnya seperti gegelang nipis yang berlubang di tengahnya bagi membolehkan haid keluar. Lazimnya selaput dara koyak apabila berlaku tusukan/ kemasukan zakar ke dalam faraj. Koyakan boleh berlaku pada satu atau beberapa tempat.

Hubungan seks yang diingini kebiasaannya menyebabkan koyakan pada kawasan kanan atau kiri selaput, manakala seks paksaan (rogol) lazimnya menyebabkan koyakan pada kawasan bawah (pukul 6) selaput. Carikan-carikan selaput dara yang terkoyak ini pula akan kekal dan hilang atau tingal sedikit sahaja selepas bersalin normal.

Kurang pasti sama ada kemasukan/ penetrasi zakar hanya berlaku sebulan selepas anda berkahwin ataupun ia sebenarnya berlaku lebih awal cuma anda tidak menyedari selaput dara sudah koyak.

Koyakan selaput dara tidak semestinya menyebabkan pendarahan. Berkemungkinan, hubungan seks yang berlaku sebulan selepas berkahwin menyebabkan koyakan tambahan.

Mempunyai keinginan seks adalah petanda baik, ini sendirinya satu bentuk rangsangan yang anda tidak sedari.

Rangsangan seksual menyebabkan penghasilan cecair pelincir oleh kelenjar Bartholin yang terdapat berhampiran bukaan faraj.

Wanita lazimnya sukar atau lambat mengalami rangsangan seksual berbanding lelaki. Juga, kepuasan seks wanita berbeza-beza, ada yang memerlukan orgasm manakala yang lain merasa cukup puas dengan hubungan intim sahaja.

Suami memainkan peranan penting agar sabar melayani isteri agar isteri dapat mengalami rangsangan seksual dahulu sebelum kemasukan zakar. Jika tidak, kekeringan faraj boleh menyebabkan rasa sakit dan ini selanjutnya akan menyukarkan isteri untuk terangsang.

Anda sepatutnya berbincang secara terbuka dengan suami mengenai perkara ini agar beliau lebih memahami.

Perasaan kebimbangan terhadap perkara negatif berkait hubungan seks yang anda pernah dengari juga perlu diketepikan. Kelak, anda akan mula mengenali keseronokan hubungan intim suami isteri.

Kehamilan boleh berlaku dengan hubungan seks sama ada secara sukarela ataupun dipaksa. Walaupun wanita tidak merasai keseronokan hubungan seks, ia masih berpotensi untuk hamil. Namun, kemesraan dan kepuasan hubungan seks sewajarnya dinikmati kedua-dua belah pihak.

Pakar Sakit Puan bersama DR ADILAH AHMAT
Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan, Pusat Rawatan Islam, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur

Cabaran Seksual Awal Perkahwinan

Menjadi lumrah lelaki yang berkahwin untuk memberi layanan nafkah zahir dan batin kepada isteri dan begitu juga sebaliknya. Namun perlu diingatkan, layanan itu hanya sebahagian daripada tanggungjawab kerana perkahwinan merangkumi banyak perkara lain.

Dalam aspek hubungan seksual, lelaki dan wanita yang pertama kali melakukan persetubuhan pasti menempuh pelbagai cabaran.

Saya menerangkan proses ini secara terperinci kerana banyak pasangan sekarang gagal dalam hubungan seks pada awal perkahwinan tetapi malu untuk mendapatkan rawatan perubatan, sebaliknya mengambil jalan mudah dengan bercerai.

Ada juga yang berjumpa tukang urut dan pengamal perubatan tradisional, mengakibatkan masalah menjadi lebih kronik.

Nasihat saya, dapatkan rawatan moden. Berjumpalah doktor keluarga dan jika tiada perubahan positif, rujuk kepada pakar Urologi yang pakar dalam rawatan syahwat lelaki.

Berbalik kepada cabaran seksual pada awal perkahwinan, dalam melaksanakan hubungan itu, suami perlu memasukkan ereksi kepada anggota sulit pasangan dan pasangan pula memainkan fungsi dengan menyenangkan kemasukan itu.

Kadangkala keadaan menjadi kelam kabut apabila suami mencapai klimaks sebelum memasukkan ereksi atau isteri terasa ‘seriau’ dan kaku sehingga pembukaan faraj tertutup (vaginismus).

Apabila pasangan mengenal pasti masalah yang berlaku dan cuba mengatasinya, keadaan menjadi lebih tenteram dan hubungan kelamin menjadi sempurna. Namun, ada masanya suami belum sampai ke tahap pemulihan walaupun pasangan wanita sudah bersedia.

Ini mungkin berlaku apabila suami kurang keyakinan diri. Perasaan gementar dan kurang yakin akan mengakibatkan pencapaian ereksi tergendala. Oleh itu, ereksi menjadi kurang tegang dan daya kawalan ejakulasi hilang. Ini bermakna cepat klimaks boleh berlaku.

Perasaan gementar mengakibatkan pengeluaran hormon adrenalin yang mengganggu perjalanan darah ke dalam otot anggota sulit lelaki dan mengurangkan tahap ereksi. Perasaan berdebar mengakibatkan kawalan ereksi hilang dan klimaks berlaku cepat.

Hubungan seksual ialah satu-satunya hubungan yang menyeronokkan pasangan kelamin, sekali gus meningkatkan lagi hubungan mesra antara mereka.

Bersentuhan secara intim meningkatkan keyakinan diri dan dalam keadaan terangsang, perjalanan darah ke dalam anggota syahwat menjadi bergelora.

Bagi lelaki, ereksi tercetus dan menjadi lebih padat, manakala bagi wanita pula otot anggota kemaluan menjadi lega, terkawal dan corong kemaluan lembab serta licin.

Suami boleh mengekalkan ereksi dengan ‘mengemut’ untuk memantapkan otot lantai pelvik dan memastikan pergerakan ereksi dalam kawalan otot kemut. Wanita pula perlu melegakan otot kemut supaya jalanan corong faraj lega dan selesa untuk kedua-dua pasangan.

Mereka tidak perlu terburu-buru dan lakukan gerakkan badan mengikut keselesaan dan ketenangan. Lelaki yang ereksinya sukar kekal lama mungkin mengalami masalah gangguan ereksi dan perlu berjumpa doktor.

Apabila lelaki itu tahu cara mengekalkan ereksi ke tahap padat, terutama melalui senaman kemutan atau dengan memakan ubat yang dapat membantu kemasukan darah yang banyak ke dalam otot zakar, mungkin masalah lemah syahwat dan cepat klimaks dapat diatasi.

Oleh Dr Ismail Thamby

Masalah Cepat Klimaks Bagi Lelaki

Cepat klimaks menjadi dilema kebanyakan lelaki yang baru mulakan hubungan keintiman seksual. Mereka boleh mencapai ereksi dan mudah melakukan seks penetratif, tetapi kurang daya kawalan rangsangan dan selalu klimaks apabila perasaan ghairah tercetus, tidak dapat mengawal atau meredakan perasaan hendak klimaks.

Sebilangan lelaki dapat mengawal ejakulasi selepas dapat mengenali rentak gerakan dan keghairahan. Ada juga yang dapat mengekalkan ereksi walaupun selepas mencapai ejakulasi.

Mereka yang gagal mengatasi masalah cepat klimaks akan terus dihantui dilema itu dan cuba sedaya upaya menanganinya dengan apa cara, termasuk yang berisiko tinggi dan boleh memudaratkan kesihatan mereka serta pasangan.

Teknik bersetubuh yang dapat melambatkan ejakulasi ialah apabila lelaki memasukkan ereksi sampai habis serta melakukan tarikan dan tolakan pendek iaitu kemasukan ereksi secara tusukan.


Cara tusukan memberi tekanan kepada penghujung ereksi dan ini mempercepatkan klimaks. Cara tarik dan sorong pendek memberi tekanan kepada pangkal zakar yang tidak sensitif seterusnya dapat mengawal ejakulasi cepat.

Ketika melakukan gerakan pendek dalam dan luar, ia perlu dilakukan dengan anggota sulit dalam keadaan otot lubang kencing dan lubang najis mengemut.

Maksudnya, melakukan gerakan ereksi dalam keadaan kemut, yang mana ini dapat memberi kekuatan kepada ereksi.

Cara lain yang dapat membantu memastikan ejakulasi terkawal adalah menggesel bahagian ereksi yang kurang sensitif, iaitu bahagian pangkal zakar ke langit faraj (langit faraj wanita membabitkan G-Spot yang boleh mencetuskan klimaks jika bahagian itu terangsang).

Kawal gerakan supaya tidak keluar daripada kawalan klimaks dan jika hendakkan klimaks, percepatkan hayunan sambil klimaks dan teruskan hayunan dengan kemutan. Hasilnya kedua-dua merasai nikmat hubungan seksual secara maksimum!

Kaedah itu dikenali sebagai ‘coital alignment’ atau hubungan bersepadu! Bukan senang mengamalkannya kerana kadangkala gagal juga! Bagaimanapun, lama-kelamaan anda menjadi biasa dan lebih cekap.

Jika mahu menggunakan ubat tambahan, saya syorkan anda rujuk doktor keluarga untuk mendapat pandangan dan nasihat atau membeli ubat untuk kesihatan di farmasi daripada ahli farmasi.

Jangan percaya pengedar jualan langsung yang menjual ubat kuat, selain memastikan ubat itu mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KK).

Anda juga perlu berhati-hati dengan ubat kuat yang mendapat kelulusan KK tetapi mengandungi ubat larangan. Sebilangan besar syarikat penjualan ubat kuat memasukkan ubat larangan selepas mendapat pendaftaran KK.

Jika anda terasa luar biasa selepas mencuba ubat kuat atau mendapat ereksi tanpa dirangsang, berkemungkinan ada ubat larangan dalam ramuan herba itu.

Berwaspada, setakat ini tiada ubat atau krim atau apa-apa bahan makan dapat membesarkan zakar.

Seksologi - 16 Perkara Tentang Seks

Mengikut Kamus Dewan, seks ialah, “1- Sifat-sifat yang membezakan laki-laki dan perempuan, jantina; 2- Keinginan syahwat.”

Ini bermaksud, seks membicarakan tentang jantina serta sifat-sifat yang membezakan antara lelaki dan perempuan agar kita bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita dan menggunakannya secara yang betul, dan agar kita menghormati mereka yang berlainan jenis dari kita dan tidak menzalimi mereka. Seks juga membicarakan tentang kehendak nafsu syahwat agar kita akhirnya mampu meletakkan nafsu ini di tempat yang terbaik baginya.

NAFSU SEPERTI LAYANG-LAYANG.
Pernahkah anda melihat layang-layang yang cantik melayang-melayang dan menari-nari di udara? Ya, ia suatu pemandangan yang mengasyikkan! Tahukah anda mengapa layang-layang itu terus menjadi cantik dan mampu terus melayang-layang di udara dan mampu terus mengasyikkan anda? Ia disebabkan benang yang ada di badannya terus mantap dan tidak putus. Apabila benang itu putus, hilanglah kecantikan layang-layang itu dan akhirnya akan tersadailah ia di tempat yang tidak menentu menanti kehancuran! Demikianlah dengan nafsu termasuk nafsu seks. Apabila benang agama terputus darinya dia akan tersadai di tempat yang hina menanti kehancuran.

SEKS ADALAH KEPERLUAN FITRAH.
Manusia perlukan seks kerana ia adalah keperluan atau fitrah manusia. Justeru dalam Islam konsep hidup ala rahib tidak pernah ada kerana agama Islam melayani fitrah manusia. Namun keperluan seks perlu diimbangi dengan nilai akhlak. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya. Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud “Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu.” (Surah Al-Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.

SEKS ADALAH AMANAH.
Tubuh anda adalah amanah yang dianugerahkan Allah kepada anda. Justeru anggota seks juga adalah amanah. Apa pendapat anda jika seseorang diberikan wang kemudian dia meletakkan dan menggunakan wang itu sesuka hatinya? Sudah pasti anda akan mengatakan beliau seorang yang tidak jujur! Demikianlah juga dengan alat kelamin anda. Ia diberikan Allah kepada anda. Jika anda lakukan sesuka hati anda dengannya tanpa mengikut panduan agama, anda juga boleh dihukum sebagai seorang yang tidak jujur. Justeru, sahabat nabi, Abdullah ibn Amr ibn Al-As, berkata, “Amanah ialah alat kelamin manusia. Jika manusia mampu menjaga amanah ini Allah akan memelihara dirinya dan keturunannya.”

SEKS BUKAN SEKADAR MEMUASKAN NAFSU.
Seks yang sebenarnya ialah hubungan spirituil dan fizikal yang terjalin di antara sepasang suami isteri yang berkahwin secara halal, dinaungi oleh landasan syariat yang suci, demi untuk mencari keredaan Ilahi.Seks adalah satu hubungan suci antara dua insan, lelaki dan perempuan. Seks yang suci ini amat mendamaikan. Dalam Al-Quran Allah berfirman, “Di antara tanda kebesaran Allah ialah, Dia menjadikan bagimu jodoh daripada jenis manusia sepertimu agar kamu berasa tenteram bersamanya dan dijadikanNya di antaramu perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Surah Ar-Rum ayat 21) BBC Health bertarikh 3 Februari, 2001 melaporkan, komunikasi dua hala yang baik adalah penting untuk menghasilkan seks yang bermanfaat, dan untuk mencapainya, empat ramuan komunikasi perlu dihayati di dalam hidup, iaitu, kemesraan, saling faham memahami, keterbukaan dan bertolak ansur.

SEKS YANG HALAL ADALAH IBADAH.
Ibadah mendatangkan pahala, rahmat dan keberkatan. Perkara ini dijelaskan oleh nabi di dalam hadis yang bermaksud, “Sahabat-sahabat Nabi bertanya, ‘Ya Rasulullah, adakah jika salah seorang daripada kami memuaskan nafsu syahwatnya secara halal, dia diganjari pahala?’ Bersabda Nabi Muhammad, ‘Tidakkah jika kamu memuaskan nafsu secara haram kamu berdosa? Justeru, jika kamu melakukannya secara halal kamu memperolehi pahala’.” (Riwayat Muslim)

TIDAK CUKUP SEKADAR MEMAKAI KONDOM.
Barat menghalalkan hubungan seks luar nikah. Yang penting bagi mereka ialah memakai kondom agar kaum hawa terpelihara dari jangkitan AIDS. Dalam Islam zina adalah haram. Zina bermaksud, hubungan seks luar nikah yang dilakukan secara reda antara seorang lelaki dan perempuan. Walaupun ia dilakukan secara reda, ia adalah haram dan mendatangkan dosa. Di dalam sebuah hadis Nabi Muhammad bersabda, “Wahai Muslimin, jauhilah zina kerana perlakuannya mendatangkan enam keburukan, tiga di dunia dan tiga di akhirat.” (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, dan Al-Hakim)

ZINA YANG HARAM ADA PADAHNYA.
Antara padahnya ialah kesan negatif di sudut emosi. Dr. David Weeks, seorang pakar neuropsikologi dari Hospital Royal Edinburgh, membuat kajian selama sepuluh tahun untuk mengenal pasti kesan seks ke atas kesihatan manusia. Beliau memberi amaran bahawa perubahan-perubahan positif kesan dari hubungan seks tidak akan berlaku ke atas mereka yang suka bertukar-tukar pasangan, malah kadangkala mereka yang seperti ini mengalami perubahan yang negatif disebabkan kerisauan dan tekanan yang sering melanda mereka hasil dari perbuatan mereka itu. (Rujuk BBC News, Sex Keeps You Young, 10 March 1999) Di sudut agama, padahnya lebih jelas lagi. Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad bersabda, “Wahai Muslimin, jauhilah zina kerana perlakuannya mendatangkan enam keburukan, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Adapun tiga yang diperolehi di dunia ialah hilangnya seri di wajah, memendekkan umur dan mendatangkan kefakiran. Tiga yang diperolehi di akhirat ialah kemurkaan Allah, hisab yang buruk dan azab neraka.” (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, dan Al-Hakim)

SEKS BEBAS MEMBUNUH.
Nabi Muhammad bersabda, “Wahai Muhajirin, lima bala akan ditimpakan ke atasmu dan aku berdoa agar kamu tidak ada ketika bala ini menimpa..... Satu di antaranya ialah, apabila zina zahir di dalam masyarakat secara terang-terangan, wabak yang dahsyat dan penyakit-penyakit yang belum pernah menjangkitimu akan menyerangmu ketika itu.” (Riwayat Ibn Majah, Al-Baihaqi dan Al-Bazzar) Pada hari ini, penyakit-penyakit jangkitan seksual atau STD (sexually transmitted diseases) kerap menjangkiti individu melalui hubungan seks rambang. Lebih kurang dua puluh jenis penyakit dari grup ini telah dikenal pasti di antaranya ialah syphlis, gonorrhea, genital herpes, genital wart, trichomoniasis, bacterial vaginosis, infeksi cytomegalovirus, infeksi chlamydia dan yang paling berbahaya ialah AIDS. Di Amerika sahaja ia menjangkiti 13 juta manusia setahun dan majoritinya ialah dari kalangan kaum wanita. Kos yang diperlukan untuk merawat dan mencegahnya menjangkau $10 bilion. Di antara komplikasi yang timbul kesan dari penyakit-penyakit ini ialah, mengandung di luar rahim atau ectopic pregnancy, barah, kemandulan, sakit jantung, infeksi dan sakit puan. Mengikut Institut Alahan dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NIAID) di Amerika, jumlah kes penyakit jangkitan seksual semakin meningkat pada hari ini. Ia disebabkan ramai remaja terlibat dengan hubungan seks tanpa perkahwinan di samping berleluasanya seks bebas di dalam masyarakat. (Rujuk NIAID Fact Sheet, An Introduction to Sexually Transmitted Diseases, July 1999)

ZINA BUKAN SEKADAR HUBUNGAN KELAMIN.
Islam mengutuk segala bentuk perzinaan dan segala perkara yang boleh membawa kepadanya dianggap buruk dan diharamkan oleh Islam. Allah berfirman di dalam Al-Quran, “Dan janganlah kamu mendekati zina.” (Surah Al-Isra ayat 32) Antara alat yang boleh merangsang syahwat manusia dan kemudian membawanya kepada zina ialah mata. Sebagai contoh, melihat gambar-gambar dan menonton filem-filem lucah, adalah satu bentuk zina. Justeru, Allah berfirman, “Katakanlah kepada lelaki yang Mukmin, (kawallah) penglihatan mereka dan peliharalah alat kelamin mereka.”

BERDUA-DUAAN MEMBAWA RISIKO.
Barat bersikap liberal di dalam aspek pergaulan lelaki dan perempuan dan menganggapnya sebagai satu cara hidup yang sepatutnya dicontohi oleh orang lain. Namun statistik semasa menunjukkan, cara hidup sedemikian lebih banyak mendatangkan kerosakan daripada kebaikan. Sebagai contoh, mengikut Jabatan Keadilan Amerika, bagi setiap dua minit seorang wanita mengalami gangguan seksual, dan pada tahun 1996, 307,000 orang wanita menjadi mangsa rogol dan serangan seksual di Amerika. Baru-baru ini kajian oleh National Women Study di Amerika menunjukkan lebih kurang 683,000 wanita menjadi mangsa rogol setiap tahun di Amerika. KEBANYAKAN DARIPADA KES-KES INI MELIBATKAN ORANG YANG DIKENALI TERUTAMANYA KETIKA SEDANG BERDUA-DUAAN DAN BERTEMU JANJI. Justeru, larangan bergaul bebas dan berdua-duaan yang ditetapkan oleh Islam amat relevan dengan dunia hari ini. Larangan ini mendatangkan banyak kebaikan terutamanya bagi kaum wanita.

BAHAYA SEKS KETIKA HAID.
Islam mengharamkan seks ketika waktu haid. Hukum ini dijelaskan oleh Allah melalui firmanNya, “Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah, haid adalah kotoran. Justeru, hendaklah kamu tidak menyetubuhi wanita ketika haid sehinggalah mereka suci daripadanya.” (Surah Al-Baqarah ayat 222) Mengikut Dr. Diana Antoniskis (MD) dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan yang beribu pejabat di Oregon, risiko jangkitan kuman HIV meningkat di kalangan wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan. Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita di Chester Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa. Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atau ovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996.

HARAM HOMOSEKS DAN LESBIAN.
Nabi Muhammad bersabda, “Perkara yang paling aku takuti menimpa ke atasmu ialah perbuatan kaum Lut. Dilaknati mereka yang melakukan perbuatan seumpama kaum Lut.” (Riwayat Ibn Majah, Tarmuzi dan Al-Hakim) Kaum Lut dihancurkan Allah disebabkan mereka tenggelam dengan perlakuan homoseks di kota Sodom.

ISLAM MENGGALAKKAN PERKAHWINAN.
Berhubung dengan ini Nabi bersabda, “Barangsiapa yang mampu untuk berkahwin tetapi tidak berkahwin maka dia bukan dari umatku.” (Riwayat Tabrani & Baihaqi) Dalam riwayat yang lain, baginda bersabda, “Wahai anak-anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (dari gelojak nafsu.” (Riwayat Bukhari)

CIRI-CIRI SUAMI ISTERI.
Nabi Muhammad bersabda, berhubung dengan kriteria pemilihan isteri, yang bermaksud: “Pilihlah yang mempunyai kebaikan agama, akan selamatlah kamu.” (Riwayat Bukhari-Muslim) Baginda juga tidak melupakan kriteria di dalam pemilihan suami, berdasarkan sabda Baginda, “Jika yang datang meminang anak perempuanmu seorang yang kamu redai agama dan akhlaknya, maka terimalah dan kahwinkanlah dia dengan anakmu.” (Riwayat TIrmIzi)

WAJIB MANDI SELEPAS HUBUNGAN SEKS.
Kebersihan diri amat dipentingkan oleh Islam. Umat Islam diwajibkan mandi selepas mengadakan hubungan seks antara suami isteri, walaupun tanpa mengeluarkan air mani, seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad: “Apabila kemaluan bertemu dengan kemaluan, wajiblah mandi.” (Riwayat Tarmuzi) Di dalam riwayat yang lain Nabi bersabda, “Walaupun jika tidak mengeluarkan air mani.” (Riwayat Muslim dan Ahmad) Jika air mani keluar tanpa hubungan seks (sebagai contoh melalui mimpi), mandi tetap diwajibkan.

MANDI WAJIB SAINTIFIK.
Mengikut pakar-pakar perubatan dari Institut Teknologi Penjagaan Kesihatan di Washington, untuk mencegah penyakit jangkitan seksual daripada merebak, hubungan seks perlulah dilakukan hanya dengan mereka yang dipercayai, dan tidak dilakukan secara bebas. Menjaga kebersihan diri sebelum dan selepas mengadakan hubungan seks seperti segera membasuh anggota sulit selepas mengadakan persetubuhan juga adalah penting. Malah pakar-pakar dari Institut ini menggalakkan seseorang mandi secara sempurna selepas mengadakan hubungan seks sebagai langkah pencegahan dari serangan penyakit-penyakit. (Rujuk The Institute for Technology in Health Care, Safer Sex: Reduce Your Risk Of Disease, After-Sex Hygiene, Washington, 2001)

(Untuk perincian sila dapatkan buku Dr. Danial bin Zainal Abidin bertajuk “Perubatan Islam dan Bukti Sain Moden Edisi Ke-2”)

Nukilan Dr. Danial bin Zainal Abidin

Pam Vakum - Jangan Salah Guna

Sebut saja pam vakum, ia memang popular di kalangan lelaki yang ‘tidak berpuas hati’ dengan alat sulit mereka. Justeru, tidak hairan wujud lambakan produk itu di pasaran. Bagaimanapun, realitinya alat yang terkenal sebagai ‘alat senaman’ untuk lelaki itu tidak sesuai membesarkan alat sulit yang kecil.

Pam vakum adalah alat yang dapat menyedut darah masuk ke anggota tertentu jika ia digunakan untuk tujuan meningkatkan kemasukan darah ke dalam anggota itu. Apabila sedutan itu dilepaskan, darah yang masuk itu keluar semula.

Jika sedutan itu dikekalkan, kemungkinan darah yang masuk tadi membeku, menyebabkan anggota itu rosak. Barangkali, ada yang keliru kerana penggunaan alat itu memang membuatkan alat sulit kelihatan besar. Bagaimanapun ia hanya seketika, iaitu ketika proses sedutan.

Selepas sedutan dilepaskan, bentuk alat sulit kembali seperti biasa. Jika kerap digunakan dan dibiarkan dalam tempoh lama, otot alat sulit boleh rosak dan kulit menjadi panjang. Jika otot alat sulit rosak dan ada parutan, ia berisiko menyebabkan zakar menjadi bengkok (Peyronie Disease).

Kadangkala kulit menggelembung akibat sedutan. Semua itu kesan negatif pam vakum dan berbahaya jika digunakan untuk tujuan membesarkan alat sulit.

Pam vakum direka khas untuk meningkatkan kemasukan darah ke dalam alat sulit untuk tujuan ereksi (ketegangan) dan getah penambat ereksi dipasang sebelum sedutan dilepaskan.

Dalam keadaan sedemikian, ia memang berkesan untuk masalah seperti mati pucuk dan untuk mendapat kekerasan ketika mahu menjalin hubungan intim.

Bagaimanapun, pam yang boleh digunakan hanya yang menjalani kawalan piawaian atau ‘standard’ yang disyorkan. Ketika ini, ramai pengguna tertipu apabila menggunakan pam yang tiada piawaian dan sesuai ditakrifkan sebagai ‘pam mainan’.

Begitupun, kaedah tanpa pembedahan yang sesuai serta diiktiraf untuk masalah zakar kecil atau bengkok ialah alat penarik otot zakar atau ‘penile extender’ seperti Andropenis. Ia perlu digunakan mengikut panduan dan nasihat pakar.

Bagi lelaki, fikirkan semula hasrat menggunakan pam vakum. Anda hanya memiliki satu alat kelamin dan ia tidak boleh ditukar ganti. Jika tidak dijaga dengan baik, termasuk menggunakan alat yang salah untuk membesarkan alat sulit, ia mungkin mendatangkan masalah.

Jika teringin, gunakan pam vakum yang menjalani pemeriksaan piawaian dan perlu mendapatkan nasihat doktor atau pakar dalam bidang berkaitan.

Jika ada masalah, anda perlu berjumpa doktor dan bukan penjual pam itu kerana mereka tidak tahu apa perlu dilakukan terhadap masalah anda.

Oleh: Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby

Adab Melakukan Hubungan Seks

Naluri, nafsu dan syahwat dianugerah Tuhan kepada manusia supaya mereka dapat berpasangan dan membiak melalui hubungan seksual.

Perbezaan manusia dengan haiwan daripada segi hubungan seksual ialah manusia boleh melakukannya pada bila-bila masa, tetapi haiwan hanya mengikut waktu khusus atau waktu ‘estrus’.

Mereka yang baru baligh juga mahu mencuba tanpa menyedari tanggungjawab dan risiko jika hubungan seks disalah laku.

Di sebalik itu, ada pasangan yang sudah berumahtangga tidak dapat melakukan hubungan seksual kerana belum bersedia atau takut gagal atau sakit, dengan ada juga pasangan tidak tahu cara memulakannya.

Perkara ini agak janggal kerana kini wujud pelbagai maklumat dan panduan, baik dalam bentuk buku atau tayangan video, untuk mulakan hubungan kelamin, selain di internet lengkap dengan gambar sekali. Justeru, tiada sebab kenapa pasangan tidak dapat melakukannya.

Buku panduan mengenai persetubuhan sudah lama wujud. Buku seperti ‘Kama Sutra’ oleh pendita India, Vatsayana dan buku bertajuk ‘Kebun Harum’ atau ‘Perfume Garden’ oleh ahli falsafah Ialam, Sheikh Nefzawi, dan yang terbaru ‘The Joy of Sex’ oleh Alex Comfort mampu memberi pembaca panduan mengenai cara dan gaya bersetubuh, termasuk cara memulakannya.

Panduan jimak dalam Islam juga diketengahkan oleh Imam Al-Suyuti dan Al-Nawawi. Malah, Rasulullah SAW menjelaskan, jimak itu ibadah dan ada tertibnya, termasuk kebersihan badan dan adab bersetubuh.

Hubungan seksual ini hanya untuk pasangan berkahwin dan hukumnya haram bagi yang tidak. Tiada batasan untuk pasangan suami isteri melakukan hubungan kelamin, kecuali ketika isteri haid dan melakukannya melalui dubur.

Suami perlu melakukan belaian dan sentuhan supaya isteri bersedia menerima kemasukan zakar ke dalam faraj dan jika suami tidak melakukan itu dan masuk tanpa isteri bersedia, si suami dilaknati Tuhan.

Jadi hubungan seksual dalam pandangan Islam adalah satu ibadah dan tanggungjawab yang perlu dimanfaatkan oleh pasangan, sekali gus mustahak untuk mereka berusaha menjayakannya.

Mungkin tips untuk memulakan hubungan keintiman seksual bermula dengan pasangan dalam keadaan selesa dan mesra. Mereka boleh mulakan dengan sentuhan dan belaian sambil melakukan kucupan dan sentuhan erotik ke bahagian tubuh yang merangsangkan.

Dalam keadaan terangsang, tentu suami mencapai ereksi dan isteri mengalami kelembapan anggota sulit. Dalam keadaan bersedia, lebih mudah untuk suami dan isteri memainkan fungsi masing-masing dengan lebih lancar.

Jika isteri cemas atau ‘seriau’ (bimbang), dia tidak dapat mengawal faraj dan sukar untuk suami mendekatinya kerana faraj dalam keadaan kemut. Keadaan ini dikenali sebagai ‘vaginismus’.

Hubungan keintiman dalam perkahwinan dapat mengeratkan silaturahim antara pasangan jika hubungan itu selesa, mesra dan menyeronokan.

Suami perlu melakukan sentuhan intim yang dapat menimbulkan keseronokan isteri. Apabila isteri dalam keadaan terangsang, pastikan ereksi disalurkan apabila isteri bersedia dan bukan sebelum itu.

Isteri perlu memberi isyarat yang dia bersedia untuk hubungan seksual penetrasi dan suami pastikan gerakan dilakukan secara terkawal.

Jika suami terpancut awal, pastikan dia dapat mengulangi hubungan seksual itu kemudian kerana kemungkinan ejakulasi cepat berlaku kali kedua jarang berlaku.

Isteri jangan rasa tertekan jika suami masih gagal mengawal daya saraf untuk mengekalkan daripada ejakulasi cepat. Mungkin apabila sensitiviti anggota kemaluannya dapat dikurangkan, lama-kelamaan suami dapat memanjangkan sentuhan intim itu dan dapatlah isteri menikmati kepuasan.

Suami perlu merujuk kepada doktor jika dia masih tidak dapat mengawal daya ejakulasi dan kekal dengan keadaan cepat klimaks.

Pasangan wanita perlu faham suami yang masih baru dalam hal hubungan seksual perlu masa untuk mengawal diri dan perasaan syahwat untuk mengatasi keadaan cepat klimaks itu.

Kadangkala suami tidak tahu dia cepat klimaks jika perkara itu tidak dijelaskan kepadanya. Dalam kajian yang pernah dijalankan pakar seksual, kebanyakan lelaki klimaks selepas dua minit jika dikira dari waktu geselan kemaluan dilakukan sehingga kemuncak.

Ada juga keadaan yang mana isteri dapat mencapai klimaks dengan cepat dan kerap serta mudah terasa letih sebelum suami selesai klimaks.

Jadi soal klimaks cepat boleh berlaku dua hala! Jika suami cepat klimaks, suami perlu diberitahu dan diajak berjumpa doktor untuk pemantapan fungsi syahwat. Rawatan moden sedia ada dapat menangani masalah dengan baik.

Perlu diingatkan, pasangan tidak digalakkan berjumpa dukun atau tukang urut yang boleh memanjangkan masalah itu dengan rekaan dan cerita karut mereka.

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular