Ada suami yang hanya memikirkan kepuasan diri ketika menjalin hubungan intim. Natijahnya, si isteri kecewa sehingga beranggapan kepentingannya tidak dipedulikan. Bagi pasangan suami isteri, situasi seperti itu berisiko menghakis keharmonian rumah tangga.
Justeru, penting bagi suami mengambil berat kepuasan isteri. Ia bukan sesuatu yang sukar kerana situasi itu boleh diubah jika suami tahu kemuncak syahwat atau klimaks isteri.
Klimaks tercapai apabila anggota seksual itu mencapai kemuncak rangsangan. Pencapaian kemuncak berbeza untuk semua wanita dan untuk sebilangan wanita pula perasaan puas itu mencukupi untuk mereka.
Ada wanita mencapai klimaks dengan sentuhan intim saja dan belum sempat suami melakukan persetubuhan penetratif. Ada yang mencapai klimaks dengan sentuhan kepada klitoris atau dengan sentuhan intim menggunakan jari atau lidah.
Ada juga yang mencapai kemuncak dengan menggesel lelangit faraj atau ‘G-Spot’ (tiga sentimeter dari pembukaan faraj).
Sebilangan wanita susah mencapai klimaks dengan sentuhan atau persetubuhan penetratif kerana masih ada perasaan risau dan takut jika mereka cedera atau terluka kembali.
Mereka berasa sukar memberi tumpuan kepada bahagian faraj ketika hubungan penetratif berlaku, terutama apabila mereka seolah-olah menjaga dan mengawal kemasukan zakar ke dalam faraj kerana khuatir suami hilang kawalan diri.
Mungkin apabila perasaan risau kepada hubungan penetratif kurang atau langsung tiada, wanita itu tahu cara menggunakan faraj untuk berinteraksi dengan ereksi suami.
Perasaan sebelum kemuncak rangsangan faraj adalah bahagian ‘G-Spot’ berasa seperti hendak membuang air kecil dan sudah tentu ia boleh mengelirukan wanita itu dan dia akan cuba menahannya.
Jika dibiarkan dan tidak mengawal perasaan itu serta ditingkatkan lagi rangsangan, dia akan mencapai klimaks dengan ejakulasi wanita, yang mana cecair itu datangnya dari ‘pundi paraurethral’ yang berdekatan lubang kencing.
Jika dia dapat menikmati tindak balas rangsangan ‘G-Spot’, pengalaman ini boleh digunakan sebagai sandaran untuk hubungan intim pada masa akan datang.
~ Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby
0 ulasan:
Catat Ulasan