10 perkara lelaki perlu tahu mengenai wanita

Kita biasa mendengar dalam menjalin hubungan, perlu ada tolak ansur dan saling faham memahami antara satu sama lain. Selalu saja dikatakan, wanita lebih banyak bertolak ansur dan berubah demi memahami situasi atau kehendak lelaki.

10 perkara lelaki perlu tahu mengenai wanita

Namun, ada juga lelaki yang memahami perasaan dan kemahuan seorang wanita dan sanggup berubah demi wanita dicintai. Namun, tinjauan rambang yang dibuat menunjukkan ramai menyatakan wanita terlalu rumit untuk difahami.

Pandangan ini mungkin betul atau salah. Bagi sesetengah pihak pula, mungkin tidak semua wanita sukar difahami. Persoalannya, apakah cara lelaki untuk memahami wanita dan apakah sifat wanita yang lelaki perlu ketahui?

Senarai 10 perkara lelaki perlu tahu mengenai wanita untuk jejaka lebih memahami si dia.

SENSITIF: Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. Apabila seseorang wanita menyatakan dia sedang bersedih tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hati.

CEREWET: Bukan bermaksud 'fussy' tidak tentu hala, kadang kala ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala. Ikutkan saja kemahuan mereka selagi mampu tetapi ingat jangan mengeluh tidak tentu pasal… ini boleh memburukkan lagi keadaan.

HALUS: Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, lazimnya wanita akan ingat kesalahan itu untuk disimpan jadi pengajaran… bukan dendam.

IKHLAS: Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati dan lelaki juga perlu ikhlas mencintai wanita.

PERASAAN: Wanita suka jika sesekali orang yang disayangi membuat kejutan dengan memberi hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis. Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini, dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

PRIHATIN: Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. Wanita juga mudah jatuh hati pada lelaki yang prihatin dengan selalu ambil berat mengenai mereka dan baik terhadapnya.

MANJA: Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri mereka masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga dengan orang lain seperti sahabat atau keluarga.

EGO: Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai. Ini kerana apabila lelaki yang disukai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

CINTA: Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus. Apabila lelaki yang dicintainya pertama kali dalam diam memberikan tindak balas positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat.

Namun selepas ganggang telefon diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita itu!

SEKS: Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Mereka mempunyai nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan sembilan akal dan satu nafsu. Fungsi sebenar lelaki ialah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.



~ Himpunan artikel seksologi dan perkahwinan.

Makanan Rangsang Nafsu Lelaki

Kenali Sumber Makanan Rangsang Nafsu Lelaki
Makanan Rangsang Nafsu Lelaki
Berikut antara sumber makanan yang dikatakan mampu menaikkan dan merangsang keinginan seks serta menguatkan keupayaan seorang lelaki.

Asparagus
Ada yang mengatakan asparagus menjadi makanan afrodisiak kerana bentuknya. Namun kebenarannya, asparagus kaya dengan vitamin E yang mana ia boleh merangsang hormon seks, menguatkan tenaga batin dan menambah stamina. Mengambil asparagus, ia membantu memulihkan prestasi seks.

Pisang
Sesetengah masyarakat di dunia percaya pisang makanan afrodisiak kerana bentuknya. Namun apabila melihat dari segi pemakanan, pisang kaya dengan potasium dan vitamin B. Kedua-dua bahan penting itu adalah untuk menghasilkan hormon seks.

Enzim bromelain yang terdapat di dalam pisang memang sudah dibuktikan boleh meningkatkan libido lelaki. Jika dibandingkan dengan makanan lain, pisang membekalkan paling banyak potasium.

Lobak Merah
Rahsia kekuatan lelaki adalah pada jus lobak merah. Sejak zaman Greek purba lagi, lobak merah telah digunakan sebagai makanan afrodisiak. Lobak merah boleh meningkatkan libido lelaki kerana ia membekalkan sejenis sebatian yang menyerupai estrogen untuk merangsang keinginan seksual. Lobak merah juga kaya dengan beta karotena, sodium, potasium, zat besi, vitamin A, C dan B.

Avokado
Avokado adalah sumber 13 mineral penting termasuk besi, magnesium dan kuprum yang bergabung untuk membina dan membaik pulih sel darah merah. Avokado merupakan buah yang membekalkan vitamin B yang paling tinggi. Antara vitamin B yang dibekalkan ialah folat, pyrodoxine (B6) dan pontothenic (B5). Vitamin B6 yang terkandung dalam avokado boleh meningkatkan pengeluaran hormon untuk merangsang seksual lelaki.

Coklat
Coklat antara makanan yang paling disukai sebagai afrodisiak. Coklat mengandungi phenylethylamine yang juga dikenali oleh sesetengah penyelidik sebagai 'love chemical'. Ia memberi kesan yang sama seperti endorphin iaitu menyeronokkan, rasa selesa dan menggembirakan seperti dilamun cinta.

Penyelidik percaya coklat mengandungi bahan kimia yang memberi kesan neurotransmitter kepada otak. Selain itu, ia juga mengandungi serotonin untuk menenangkan fikiran. Manakala kandungan methylxanthines bertindak meningkatkan deria sensitif tubuh pada sentuhan walaupun sekadar sentuhan
yang lembut.

Tiram
Ada juga yang percaya makanan laut seperti tiram boleh meningkatkan rangsangan seks kepada lelaki. Tiram mentah mengandungi kandungan zat besi yang tinggi iaitu salah satu mineral yang diperlukan untuk meningkatkan pengeluaran hormon testosteron dan menambah jumlah sperma lelaki.
Tiram bukan saja berguna untuk lelaki tetapi juga untuk wanita kerana hormon testosteron juga dipercayai boleh merangsang libido wanita. Tiram juga mengandungi dopamine iaitu hormon yang boleh menaikkan ghairah seks dan merangsang kepuasan seksual.

Bawang Putih
Baunya mungkin ramai yang tidak suka kerana terlalu kiat. Namun jika ditanya tentang khasiatnya memang ramai yang mengaku kehebatannya sebagai makanan afrodisiak. Kehangatan bawang putih boleh mencipta keinginan seksual yang memuncak. Sebenarnya bawang putih mengandungi alicin yang boleh melancarkan perjalanan darah ke organ seksual untuk meningkatkan libido.

Daun Dan Batang Saderi
Saderi atau daun sup mengandungi beberapa zat penting seperti vitamin A, B1, B2, B3, C dan E, kalsium, zink dan banyak lagi. Daunnya mengandungi asid folik, karotena dan vitamin C. Manakala bijinya mempunyai flavonid, sedanolid dan minyak esen yang terdiri daripada asid elinoleik, asid oleik, asid palmitik, asid petroselinik dan asid resinik.

Biasanya sedari dimakan sebagai ulam ataupun sebagai bahan campuran di dalam sup. Saderi termasuk sebagai makanan afrodisiak yang sering diamalkan oleh masyarakat Melayu. Menariknya tentang saderi ini kerana ada kandungan sebatian androston di dalamnya. Ia adalah sejenis hormon yang tidak berbau biasanya dikeluarkan melalui peluh lelaki.

Badam
Badam dikatakan amat bermanfaat kepada lelaki kerana mengandungi asid lemak yang tinggi berfungsi untuk pengeluaran hormon lelaki dan boleh menambah pengeluaran sperma selain membantu meningkatkan kesuburan.

Badam padat dengan gizi dan kaya dengan beberapa kandungan mineral yang penting untuk kesihatan seksual dan reproduksi seperti protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, riboflavin, besi, vitamin E dan antioksida yang tinggi. Badam elok untuk kesihatan jantung kerana apabila jantung sihat dan cekap mengepam darah ke seluruh anggota badan, pastinya ghairah seks yang hilang akan kembali semula

Info Menarik
Rahsia Menambat Nafsu Isteri
Cara Kurus Cepat Tanpa Berlapar
Rahsia Puaskan Nafsu Suami
Teknik Berpoligami Tanpa Berperang
Kamasutra Melayu Bergambar

Tip Pulihkan Nafsu Seks

Pulihkan Nafsu Seks Cara Semula Jadi

NAFSU SEKS BAIK SUAMI MAHU PUN ISTERI ADA PASANG SURUTNYA. ADA MASANYA GHAIRAH BERGELORA HINGGA TIDAK DAPAT DITAHAN-TAHAN LAGI DAN ADA KETIKANYA LANGSUNG TIDAK BERNAFSU WALAU PUN SUDAH DIGODA BERIA-IA OLEH PASANGAN.

Nafsu Seks Cara Semula Jadi

Namun sekiranya nafsu seks berpanjangan merudum maka sudah masanya untuk bertemu doktor untuk mengetahui sebab dan cara rawatannya. Pun begitu untuk mengakui punya masalah seks bukan sesuatu yang mudah.

Ramai yang sanggup memendamkannya daripada bertemu doktor kerana masih gusar dan dibayangi perasaan malu. Bagi anda yang termasuk golongan ini sebagai langkah permulaan anda mungkin boleh mencuba dulu cara semula jadi di bawah ini untuk mengatasi masalah nafsu yang semakin menghilang entah ke mana.

1. Kembalikan keyakinan diri
Tidak ada yang dapat menurunkan hasrat seksual seseorang selain rasa rendah diri. Oleh itu cubalah untuk mendapatkan kembali keyakinan diri. Manjakan diri ketika anda berasa tidak yakin ataupun sisihkan waktu untuk bersantai atau melakukan aktiviti yang dapat membuatkan anda berasa lebih baik.

2. Urutan
Teknik urutan dapat dilakukan untuk meningkatkan rangsangan seksual terutama jika anda sedang stres, runsing atau marah. Sediakan bilik dengan suasana yang romantik, muzik yang lembut dan mulakan mengurut pasangan. Setelah siap mintalah pasangan mengurut anda pula.

3. Makan dengan betul
Jika tubuh lemah akibat tahap ke sihatan yang buruk, tidak mustahil hubu ngan seksual juga akan terkena tempiasnya. Bukan saja masalah nafsu makin menurun tapi anda juga mungkin menghadapi masalah yang berkaitan dengan organ seksual anda. Bagi mengelakkan masalah ini dari berlaku amalkan pemakanan yang sihat. Makanlah lima sehingga sembilan jenis buah-buahan dan sayuran sehari untuk menjaga kesihatan. Vitamin dan antioksidan yang terkandung pada makanan akan membantu menjaga a liran darah pada organ seksual dan mencegah penyakit kronik tertentu.

4. Kurangi berat badan
Memiliki berat badan yang berlebihan mampu mempengaruhi kualiti kehidupan intim. Obesiti dapat menimbulkan penyakit pembuluh darah yang mengurangi aliran darah ke organ genital. Akibatnya ereksi sukar terjadi.

5. Senaman
Senaman teratur akan membantu meningkatkan aliran darah ke organ seksual, Selain itu, ia juga dapat membantu anda merasa lebih yakin pada diri sendiri. Sesuatu yang dapat meningkatkan keyakinan diri akan meningkatkan nafsu seks.

6. Berhenti merokok
Jika anda memang seorang perokok, fi kirkanlah akan kemungkinan anda menghadapi masalah seks. Memang telah lama dikenal pasti bahawa rokok memiliki pengaruh yang buruk terhadap aliran darah ke organ seksual. Ia mampu menyebabkan penyempitan pembuluh darah di bahagian sulit. Di samping itu merokok juga melemahkan stamina baik untuk melakukan kegiatan harian mahupun aktiviti seks.

7. Hilangkan stres
Salah satu punca nafsu semakin menghilang adalah kerana stres. Tekanan di tempat kerja, masalah dengan pasangan atau pun anak-anak menyebabkan otak penat hingga tiada lagi memikirkan tentang aspek seks. Oleh itu belajarlah menguruskan stres jika tidak mahu kehidupan seks anda terus merudum.

HERBA BERGUNA UNTUK TENAGA BATIN

• Ginko biloba
Herba yang memiliki khasiat penyembuhan ini berasal dari daun-daun tumbuhan ginko biloba. Ia dikatakan dapat memperbaiki aliran darah ke otak dan organ seksual. Ginko biloba juga diyakini memiliki kesan meningkatkan hasrat, kesenangan seksual dan orgasma.

• Yohimbine
Ia mungkin agak asing bagi masyarakat kita namun Yohimbine telah lama digunakan di Afrika sebagai ubat perangsang nafsu berahi dan sering di sebut Viagra semula jadi. Yohimbine diyakini dapat memperbaiki impotensi pada lelaki walaupun percubaan secara klinikal belum lagi terbukti.

• Tongkat Ali
Sejak berzaman masyarakat Melayu mengaitkan herba ini dengan keperkasaan lelaki. Justeru tidak hairanlah banyak minuman dan juga ubat tradisi bagi memulihkan tenaga batin yang menggunakan herba ini. Tak salah juga jika anda mahu mencubanya.



~ Himpunan artikel seksologi dan perkahwinan.

 

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular