Kentut Basah

Saya sering menemui kesan kekuningan dan berbau busuk pada bahagian dubur seluar dalam suami. Apakah sebenarnya masalah yang dihadapi suami saya?

———-

Kemungkinan masalah dialami suami anda ialah `kentut basah’ atau `wet flatulency’. Perkara ini menggambarkan bahagian dalam seluar dalam yang kelihatan kekuningan dan berbau, akibat hasil angin dan najis yang terkeluar ketika individu melepaskan angin.

Jika suami anda tidak sedar perkara itu berlaku, dia akan terus bekerja dengan pakaian itu dan kembali ke rumah tanpa melihat pakaian dalamnya seperti yang berlaku dalam situasi suami anda.

Buat permulaan, suami anda boleh pakai `adult diapers’, iaitu lampin guna hapus untuk orang tua, jika perkara itu ketara dan kerap berlaku. Dia perlu jumpa pakar gastro untuk diperiksa.

Sebahagian besar masalah gastro boleh menyebabkan `kentut basah’ seperti IBS (irritable bowl syndrome), gastrik dan dispepsia atau angin dalam usus.

Jika suami gemar makan kobis, brokoli dan kekacang yang mudah menghasilkan angin dalam perut, dia mudah melepaskan angin.

Jika usus badannya ada bakteria yang menghasilkan gas makanan, ia akan menjadi lebih ketara. Pastikan dia jumpa doktor segera.

Oleh Dr Ismail Thamby


Terpaksa lari malam kerana isteri minta keterlaluan di ranjang

Dek kerana sayangkan isteri dan ingin menyelamatkan rumah tangganya dengan gadis Mesir, seorang lelaki Melayu terpaksa lari malam dari rumah kelamin selepas empat hari berkahwin semata-mata untuk mempelajari pelbagai ilmu kebatinan negara berkenaan.

Segala-galanya bermula apabila Mohd Haisol Shaari, 28, (bukan nama sebenar) terkejut dengan permintaan keterlaluan isterinya pada tiga hari pertama melayari bahtera perkahwinan.

Berikutan itu, beliau mengambil keputusan melarikan diri ke rumah bujang rakannya sebelum pulang semula ke rumah kelamin lima hari kemudian, selepas yakin dengan ilmu kebatinan diperoleh.

Menurutnya, sepanjang tempoh `berguru,’ dia mendapatkan pandangan rakan lelaki lain, sama ada dari rantau Asia atau rakan dari Mesir, hinggalah dia mempelajari pelbagai ilmu kebatinan.

“Saya disyor menggunakan sejenis kayu dikenali sebagai Hagar Guhannam namun fungsi kayu itu sama seperti gambir Sarawak, menyebabkan saya tidak suka kibat kesan sampingan.

“Dua lagi yang disyorkan mereka ialah sejenis serbuk dikenali sebagai Hamada di kalangan masyarakat Arab, selain sejenis minyak bonggol unta atau dikenali sebagai Sanam Cameol dan kedua-duanya masih digunakan hingga ke hari ini,” katanya kepada Metro Ahad.

Menurutnya, serbuk Hamada dicampurkan dengan madu asli berdasarkan sukatan tertentu dan ia berfungsi memekat dan menyuburkan sperma lelaki dan digunakan sejak berzaman.

“Serbuk itu tak banyak dijual, malah tidak ramai masyarakat Arab tahu mengenainya. Ia diperoleh rakan selepas dia mengkaji mengenai perubatan Islam dalam kitab yang dibaca di (Universiti) al-Azhar,” katanya.

Katanya, minyak bonggol unta pula menghidupkan sel mati pada alat sulit lelaki dan menjadikan ia lebih berat dan padat, sekali gus membolehkan tuntutan batin isterinya kini sama seperti orang lain dan tidak keterlaluan seperti sebelum ini.

“Pada mulanya saya malu dengan diri sendiri namun selepas berbincang dengan rakan serta isteri, Alhamdulillah kami kini hidup bahagia dan dikurniakan cahaya mata,” katanya.

Menurutnya, kejutan batin diterimanya dipercayai dipengaruhi beberapa faktor iaitu faktor budaya dan adat khatan yang diamalkan di negara berkenaan, selain pemakanan masyarakat di sana.

Mohd Haisol berkata, dia terpaksa buat begitu kerana sayangkan isterinya berusia 25 tahun, selain mengakui kejantanannya tercabar.

“Saya terpaksa lari dari rumah dan bersembunyi di asrama rakan menjelang malam pada hari keempat perkahwinan kerana tidak tahan kehendak batin isteri.

“Bukan mahu mengaibkan isteri atau sesiapa, tetapi saya rasa perkara ini perlu diketahui umum, terutama lelaki yang mungkin menyimpan hasrat memperisterikan wanita Arab… saya nasihatkan mereka supaya lebih bersedia,” katanya.

Menurutnya, pada hari pertama perkahwinan, dia mengadakan hubungan kelamin 16 kali dan masih mampu memenuhi tuntutan itu, mungkin kerana usianya masih muda dan menganggap ia sebagai perkara biasa.

“Walaupun terkejut dengan permintaan itu (16 kali sentuhan), saya menganggap ia perkara biasa dalam hubungan suami isteri… maklumlah, kata orang pantang bersentuh pada awal perkahwinan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu berlanjutan beberapa hari dan dia mula berasa kurang selesa kerana tidak banyak masa untuk mengulang kaji pelajaran atau berehat panjang, menyebabkan dia melarikan diri dari rumah sewa mereka.

Menurutnya, dia kembali ke rumah sewa bujang, menyebabkan isterinya mencari di rumah didiami rakannya, namun gagal menemuinya kerana tidak dibenarkan masuk ke rumah didiami lima pelajar lelaki itu.

Sementara itu, minyak bonggol unta atau sejenis serbuk dikenali Hamada diakui mampu meningkatkan tenaga lelaki, sekali gus memenuhi tuntutan syahwat pasangan.

Selain itu, penggunaan alat kelamin lelaki secara lebih kerap dalam hubungan mendorong kepada kepadatan organ itu yang menyebabkan ia semakin mantap.

Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby berkata, hampir semua negara memiliki bahan atau produk asli yang menjadi amalan mereka turun temurun.

“Memang saya tidak nafikan penggunaan minyak bonggol unta dan serbuk seperti diamalkan di Mesir kerana ia pasti digunakan sejak zaman berzaman.

“Di negara kita, tongkat ali digunakan untuk membekalkan tenaga bagi membolehkan kita cergas tetapi apabila menggunakannya kita mudah terangsang, jadi ramai menggunakannya untuk tujuan kebatinan,” katanya.



kisah rumahtangga

Bahaya pam vakum

Kali ini saya ingin menyentuh mengenai alat pembesar zakar. Satu kajian oleh Andrology Australia mendapati 86 peratus lelaki mempercayai saiz dan bentuk zakar mustahak sebagai lambang keterampilan diri sebagai lelaki sejati.

Pada masa sama, satu daripada empat lelaki dalam kajian itu tidak teragak-agak mendapatkan zakar idaman mereka jika wujud kaedah selamat dan boleh dipercayai.

Kajian juga mendapati sesetengah lelaki sukar mendedahkan anggota kelamin untuk diperiksa kerana tidak selesa dengan bentuk dan saiz zakar.

Mereka sanggup mendiamkan diri tanpa berjumpa doktor jika ada masalah berhubung struktur dan fungsi anggota kelamin. Namun, jika kajian sama dilakukan di Malaysia, saya pasti keputusannya sama.

Memandangkan di Australia ada persatuan perubatan dan kesihatan seperti Andrologi Australia yang kerap menjalankan forum dan perbincangan terbuka mengenai kesihatan lelaki atau andrologi (sakit tuan), lelaki di sana mendapat pendedahan positif mengenai kesihatan dan tidak akan melakukan perkara yang memudaratkan kesihatan.

Malangnya di negara kita, lelaki lebih senang merawat masalah secara bersendirian atau dengan orang tidak bertauliah seperti bomoh, dukun dan tabib.

Ada juga yang mudah terpengaruh dengan 'doktor' dari seberang atau 'pak karut' yang kononnya dapat membantu mengatasi masalah zakar.

Rata-ratanya pasti mengesyorkan alat pembesaran zakar seperti suntikan kimia ke dalam kulit untuk membesarkan zakar atau memberi pam vakum dan alat penarik zakar. Begitupun, kebanyakan produk itu tiada sijil atau disahkan doktor.

Namun, sebenarnya teknologi 'extension' atau tarikan secara beransur-ansur dapat mengubah dimensi tisu lembut dan tisu keras jika dilakukan secara terkawal dan dalam pengawasan pakar.

Jika alat digunakan tidak pernah dikaji dan ia tiruan seperti berat dan mudah rosak, ia memberi kesan serius kepada anggota kelamin.

Pihak yang ingin menggunakan alat membesarkan zakar perlu menjalani pemeriksaan doktor dan mendapat peralatan standard dan sesuai untuk tujuan itu.

Alat pam vakum 'TIDAK' boleh digunakan untuk membesarkan zakar. Jika disalahgunakan, zakar boleh rosak dan lelaki terbabit mati pucuk.

Pembaca perlu berwaspada. Jangan mudah terpengaruh dengan tukang urut dan 'pak karut' untuk membesarkan zakar. Jika silap langkah, semuanya tidak berguna.

Ramai lelaki yang menjalani suntikan zakar akhirnya menyesal. Selain itu, zakar yang rosak jika dipulihkan akan mengalami masalah sampingan seperti mengecil daripada saiz asal. Kos perubatan juga menelan belanja tinggi.

~ Dr. Ismail Thamby





Benjolan di bibir alat kelamin

Saya sudah berumah tangga selama empat tahun. Baru tahun ini saya perasan terdapat ketulan pada bahagian bibir kemaluan (bahagian dalam) di sebelah kiri dalam anggaran sebiji bola pingpong.

Saya tidak pula rasa sakit dan saya tidak pasti sama ada ia satu ketumbuhan atau sebaliknya. Adakah ia boleh memudaratkan?

—————–

Anda tidak menyatakan usia anda, saya andaikan anda masih muda. Benjolan berhampiran bibir kemaluan bahagian dalam lazimnya disebabkan kelenjar Bartholin tersumbat, ini dinamakan sista Bartholin dan mudah dirawat secara pembedahan minor.

Sekiranya ia mengalami jangkitan kuman sehingga menjadi bernanah, ia dinamakan abses Bartholin pula dan memerlukan pembedahan segera.

Bagaimanapun, ia boleh juga sebenarnya sista faraj, varikos salur darah vena dan sebagainya. Berjumpalah pakar sakit puan berhampiran untuk kepastian.

~ Metro





Jangan ambil mudah fatwa merokok adalah haram

Masih ramai di kalangan umat Islam di negara ini mengambil mudah mengenai fatwa Merokok Adalah Haram, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustapha.

Justeru itu katanya, Jakim dan Kementerian Kesihatan hari ini bekerjasama mengadakan Seminar Pendidikan Fatwa Merokok Adalah Haram sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran.

“Ia juga sempena kehadiran Ramadan hujung bulan ini yang diharap dapat dijadikan permulaan bagi umat Islam mengubah tabiat menghisap rokok,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar itu di sini hari ini.

Walaupun pelbagai kempen kesedaran telah dilaksanakan, Othman berkata jumlah penghisap rokok terus meningkat.

Menurut Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada tahun ini lebih lima juta penduduk dunia akan mati akibat penyakit berkaitan merokok antaranya serangan jantung, strok dan kanser.



~ Himpunan artikel seksologi dan perkahwinan.

 

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular