Remaja perempuan terdedah ancaman seks

Remaja perempuan merupakan golongan yang paling terdedah dengan gangguan seksual dan perangkaan daripada tinjauan yang dibuat oleh Pusat Kesedaran Wanita (WCC) Pulau Pinang mendapati ia berada pada peringkat membimbangkan.

Pengarah Program WCC, Dr. D. Prema berkata, tinjauan yang dibuat pada Januari hingga Ogos tahun ini di 11 buah sekolah sekitar daerah Timur Laut dan Seberang Perai Selatan di negeri ini yang melibatkan 100 orang pelajar perempuan berusia antara 15 hingga 17 tahun, mengakui terdedah dengan jenayah seks.

"Kebanyakannya terdedah kepada ancaman seks daripada pihak tidak bertanggungjawab melalui panggilan telefon, perkhidmatan pesanan ringkas (SMS), perkhidmatan pesanan multimedia (MMS) dan laman sosial.

“Pihak yang tidak bertanggungjawab ini biasanya terdiri daripada rakan lelaki dan lelaki yang tidak dikenali selain kekasih mereka sendiri,” katanya pada sidang media di sini hari ini. - Bernama

Hukum Seks Menggunakan Jari

Hukum Seks Menggunakan Jari

S : Saya sudah tujuh bulan bernikah. Setakat ini saya menghadapi masalah apabila membuat hubungan seks dengan suami, yakni saya lewat atau sukar untuk klimaks. Bagi membantu saya, suami menggunakan jarinya di vagina untuk menaikkan berahi saya, kemudian baru memasukkan zakarnya. Apakah hukum perbuatan seperti ini, adakah ia dikira sebagai onani (masturbation)?

Suza,
Kuala Lumpur.

J : Setiap pasangan suami isteri memiliki kadar memperoleh klimaks yang berbeza-beza. Kadangkala suami lebih cepat dan mudah berbanding isteri, kadangkala isteri lebih cepat dan mudah berbanding suami. Bahkan untuk orang yang sama, kadar ini boleh berbeza-beza pada hari dan masa yang berbeza. Suami mungkin cepat dan mudah pada minggu lepas tetapi lewat dan sukar pada minggu ini. Semua ini merupakan kelaziman hubungan seksual, maka tiada apa-apa yang perlu dirisaukan.

Jika suami terlalu cepat dan mudah klimaks atau jika isteri lewat dan sukar untuk klimaks, suami boleh membantu dengan menggunakan jarinya untuk bermain-main di vagina isteri. Ada dua kawasan yang sepatutnya menjadi fokus, iaitu Clitoris dan G-spot. Sila rujuk ke mana-mana buku, doktor atau laman web untuk maklumat lanjut berkenaan dua kawasan ini.

Apabila suami bermain-main di vagina isteri atau isteri bermain-main di zakar suami, ia tidak dikira sebagai onani. Maka ia tidak haram di sisi Islam, bahkan digalakkan kerana merupakan alat atau sarana ke arah bersuka-suka dan berhubungan seksual di antara suami isteri. Onani yang dilarang ialah apabila seseorang itu bermain-main di kemaluannya sendiri lalu mencapai klimaks dengan sendirinya, berseorangan.

Keinginan Isteri Ketika Hubungan Kelamin

Di dalam melayari alam rumahtangga, biarpun sudah bertahun, pasti ada wanita yang merungut bahawa keinginan mereka jarang dipenuhi. Apabila membicarakan mengenai saat percintaan, ia seakan taboo buat wanita di dalam menyatakan kehendak dan hasrat mereka. Mengapa? Mungkin masih lagi malu atau takut dikatakan hebat berfantasi. Hakikatnya, masa percintaan wajib dikongsi kenikmatannya baik si suami dan juga isteri. Keduanya harus merasa kenikmatan dan keseronokkan mencapai klimaks bersama. Namun, ramaikah suami yang tahu keinginan sebenar isteri mereka?

Dr. Marta Meana, seorang pakar terapi seksual wanita mengatakan bahawa wanita mahu merasakan diri mereka diinginkan ketika berhubungan intim. Perasaan diperlukan itu adalah orgasme sebenarnya buat wanita.

Diperlukan

Ketika berhubungan intim, seorang wanita mahu merasakan diri mereka diinginkan dan bukannya diperlukan untuk berhubungan intim. Perasaan yang diinginkan atau diperlukan itulah sebenarnya menimbulkan ghairah pada wanita. Menurut Dr. Marta, perasaan itu bukan sekadar seorang suami yang ingin berhubungan cinta tetapi lebih kepada seorang suami yang ingin berhubungan cinta dengan ANDA.

Sememangnya bukan mudah untuk mencapai keinginan sebegitu kerana tidak ramai wanita boleh menilai sejauhmana kehendak suami di dalam hubungan percintaan. Adakah benar-benar kerana nafsu atau nafsunya mahu bersama dengan anda. Itu adalah dua perkara yang hampir sama namun berbeza perasaannya. Ramai yang mengatakan keinginan itu sukar dipenuhi namun pasti mudah sekiranya keikhlasan berterus-terang di dalam pasangan suami isteri meluahkan perasaan dan kehendak masing-masing. Pasti lebih nikmat bukan?

Dominasi

Setiap orang mempunyai fantasi nakalnya masing-masing. Itu tidak boleh disangkalkan kerana sebagai manusia, pasti anda mempunyai keinginan tersembunyi yang sengaja dirahsiakan. Menurut Dr Marta, salah satu fantasi seksual para wanita adalah untuk didominasikan atau dikuasai oleh seorang lelaki yang mengghairahkan. Misalnya, lelaki yang disukai itu mendukung lalu membawanya ke kamar tidur, tangannya diikat dan mereka bercinta sehingga keduanya puas dan keletihan.

Hasil kajian itu sebenarnya menunjukkan wanita ingin didominasi oleh seorang lelaki yang mereka idamkan atau sukai. Itulah lahirnya perasaan ingin dan mengingini. Fantasi itu bukanlah suatu yang menyeksakan mahupun menyakitkan, ia adalah sesuatu yang indah dan kadang-kala sukar untuk dicapai. Namun, pastinya boleh dilaksanakan sekiranya keduanya saling mampu untuk berterus terang.


Sentiasa sama

Hubungan intim akan dikatakan menjadi rutin pada pasangan berkahwin apabila ia dilakukan dalam saat dan cara yang sama setiap kali. Pasangan suami isteri sememangnya akan menggunakan hubungan intim sebagai usaha merapatkan hubungan, serta menjadikan percintaan mereka lebih bersemarak.

Cuba posisi, cara dan corak yang berbeza setiap kali bersama pasangan. Jadi orang yang berbeza bagi menimbulkan rasa excitement, misterius atau seksi pada mata pasanga anda. Ia tidak sukar dilakukan, apa yang mahu dimalukan kerana antara anda dan pasangan, itulah saatnya untuk meneroka. Jadikan hubungan intim sebagai sebuah perjalanan mengenali personality anda berdua.

Uji jangkitan herpes

Kulit yang menggelembung, ruam atau kudis boleh berlaku pada anggota kelamin lelaki dan perempuan. Jika berlaku pada lelaki, ia boleh muncul pada mana-mana bahagian, termasuk dekat pembukaan lubang kencing.

Baru-baru ini, seorang lelaki menyatakan dia mengalami kulit seakan-akan melecur pada hujung zakar dan kini kulit di situ mula menggelupas. Perkara ini merisaukannya walaupun sudah mendapat rawatan doktor.

Kesan seakan melecur mungkin jangkitan herpes dan biasanya, kudis sebegitu akan mengambil masa untuk kering dan pulih.

Jika itu jangkitan kuman atau kulat lain, sudah tentu rawatan yang diberi doktor terbabit tidak akan berkesan. Namun, tindakan lelaki tadi berjumpa doktor adalah tepat meskipun ragu-ragu dengan jawapan doktor berkenaan.

Adakala doktor sukar untuk mengenali penyakit sebenar kecuali melalui ujian tertentu. Jangkitan virus herpes boleh diketahui melalui ujian darah. Jika benar anda menghidapi jangkitan herpes, sudah tentu anda menyebarkan penyakit terbabit kepada pasangan anda juga kerana ia berjangkit.


Jika pasangan anda mengalami perubahan yang sama seperti anda kemudian hari, perubahan kulit seperti rasa sakit, kulit gelembung dan ruam, kemungkinan virus herpes itu sudah berjangkit.

Kembali kepada penyakit kulit bahagian anggota kelamin lelaki terbabit, anda perlu tahu sedikit sebanyak mengenai penyakit berkenaan supaya tahu apa yang anda perlu dilakukan dalam keadaan tertentu.

Kudis yang muncul pada anggota kelamin boleh muncul sebagai satu kudis atau berkumpul sebagai beberapa kudis di bahagian yang sama atau berdekatan.

Ia boleh muncul seperti tanda-tanda kemerahan pada kulit atau kulit terasa sengal atau gatal dan kemudiannya menggelupas atau menggelembung. Jika kudis itu terkena air, anda pasti terasa sakit.

Biasanya, kudis zakar dikaitkan dengan pelbagai jangkitan kuman, virus atau kulat penyakit kelamin kerana hubung kaitnya dengan hubungan kelamin.

Jika kebetulan pesakit itu menghidapi jangkitan HIV, kesan jangkitan kulat dan kuman virus kepada kulit boleh menjadi lebih ketara dan lebih teruk.

Tidak semestinya semua kudis pada anggota kelamin itu akibat dijangkiti kuman penyakit kelamin. Jika kebetulan lelaki itu mengamalkan seks oral, mungkin gigitan daripada pasangan boleh mencetuskan jangkitan daripada kuman yang terdapat dalam mulut.

Kadangkala, alahan biasa boleh mencetuskan reaksi kepada kulit zakar dan mengakibatkan kulit menggelembung. Jarang kudis itu terjadi akibat jangkitan penyakit tibi kulit dan juga akibat kanser kulit.

Jadi, amat mustahak untuk lelaki yang menghidap zakar berkudis untuk berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan serta ujian darah. Tanpa diagnosis tepat, sukar bagi doktor memberi rawatan lebih berkesan.

~ Dr. Ismail Thamby

Pergelangan zakar kerap melecet

Suami saya sering melecet pada pergelangan alat sulitnya. Kami sudah mencuba pelbagai cara termasuk menggunakan ‘pelincir’ tetapi masalah tetap berulang.

-------

Jika masalah ini wujud sebelum anda berdua memulakan hubungan seksual, mungkin ia ada kaitan dengan benda yang dipakai atau diguna suami kepada anggota kelaminnya seperti sabun, minyak ataupun akibat penyakit kulit yang biasa mengganggu kulit mukosa penghujung zakar seperti Psoriasis.

Jika tidak dan hanya melalui hubungan seks, ia ada kaitan dengan bahagian anggota kelaminnya yang tersentuh sesuatu pada faraj melalui hubungan seksual.

Ia mungkin akibat geselan penghujung zakar pada mukosa faraj yang kesat tanpa pelicin semula jadi. Jika guna pelicin, sudah tentu masalah itu selesai. Jika kebetulan pula dia alah dengan bahan pelicin berkenaan, cuba pula bahan pelicin jenis ‘hypoallergenic’, yang selamat daripada kesan alahan.

Mungkin juga masalah ini berpunca jangkitan kulat atau kuman. Jika selepas pemeriksaan coleta daripada kulit yang menggelupas itu tidak menampakkan sebarang kulat atau kuman, maka masalah yang dialaminya sukar untuk diselesaikan kecuali dengan rawatan biasa.

Rawatan ini untuk mengurangkan kulit kering dan menggelupas seperti menggunakan krim steroid dan elak daripada persetubuhan sehingga kulit sembuh.

Jika mahu melakukan aktiviti seksual juga, mungkin anda dan pasangan perlu memakai alat pelindung seperti kondom plastik. Kondom plastik atau yang diperbuat daripada bahan sintetik seperti Polyuretane yang jarang mengakibatkan alahan kulit lebih sesuai daripada kondom latex biasa.

Namun, maklumat ini bukan bertujuan merawat masalah kulit penghujung zakar menggelupas kerana lelaki yang mengalami masalah itu perlu rujuk kepada doktor pakar untuk pemeriksaan.

Selain daripada apa yang saya jelaskan mengenai perkara yang mungkin menjadi punca masalah itu, ada juga masalah lain seperti jangkitan kuman virus dan penyakit kulit tertentu. Jadi mana-mana lelaki yang mengalami masalah sama boleh merujuk kepada pakar sakit kulit dan menjalani pemeriksaan sewajarnya.

Mendiamkan diri dan menunggu masalah itu lenyap bukan caranya. Kulit yang melecet menandakan kulit tidak sihat dan tidak memberi perlindungan kepada bahagian terbabit. Saya syorkan puan pujuk suami berjumpa doktor supaya kulit zakarnya sihat dan selamat.

~ Dr. Ismail Thamby

Seks Malam Pertama Selalu Menyakitkan?

Dalam menghadapi malam penuh makna ini bakal raja sehari selalunya tidak ketinggalan melakukan persediaan sama ada melalui pembacaan atau bertanya pada rakan yang berpengalaman. Namun ketika inilah mereka memperoleh salah informasi atau mitos mengenai malam pertama.

Antaranya adalah seperti di bawah ini. Tapi untuk tidak menambah kekeliruan tentang perkara tersebut, kali ini diberi penjelasan tentang mitos malam pertama yang belum tentu kebenarannya.

Seks Malam Pertama Selalu Menyakitkan
Anggapan hubungan seks kali pertama ini selalu menyakitkan adalah salah. Tidak semestinya begitu. Rasa sakit pada fikiran ramai wanita ini berpunca kerana mereka tidak pasti sama ada vagina mereka mampu atau tidak menampung alat kelamin lelaki yang berukuran besar ketika ereksi.

Rasa sakit ketika berhubungan biasanya terjadi kerana secara seksual vagina belum bersedia untuk menerima penetrasi. Penyelesaian terbaik adalah dengan melakukan pemanasan atau belaian terlebih dahulu agar wanita menjadi relaks dan terangsang. Keadaan ini akan membuatkan vagina basah dan bersedia untuk hubungan seks.

Penentu Kejayaan
Malam pertama dianggap sebagai penentu kejayaan hubungan seks pada malam-malam berikutnya. Sering kali kegagalan di malam pertama menyebabkan kebimbangan akan gagal di malam berikutnya.

Ejakulasi awal atau rasa sakit pada wanita akan terbayang pada malam-malam berikutnya. Pengalaman buruk di malam pertama memang mempengaruhi perasaan semasa melakukan hubungan seks berikutnya tetapi malam pertama bukanlah penentu kejayaan hubungan seks pada malam selanjutnya.

Selalu Berlaku Ejakulasi Awal
Ejakulasi awal adalah masalah seksual lelaki namun ia tidak semestinya berlaku pada malam pertama. Ejakulasi awal terjadi jika ghairah seks lelaki itu terlalu tinggi dan sukar dikawal. Ada yang beranggapan bahawa ia biasa terjadi di malam pertama tetapi malam pertama bukan penyebab terjadinya ejakulasi awal ini.

Alat Kelamin Besar, Isteri Puas
Ramai lelaki beranggapan bahawa ukuran alat kelamin akan mempengaruhi kepuasan isteri. Akibatnya ramai yang mengalami kebimbangan di malam pertamanya kerana merasakan ukuran milik mereka kecil.

Hakikat sebenarnya, bukan ukuran alat kelamin lelaki yang boleh memberi kepuasan pada isteri tetapi ‘kekerasannya.’ Apa guna ukuran yang besar namun tidak mampu melakukan hubungan seks dengan baik.

Penuh Nikmat
Raja sehari akan menyangka pengalaman seks kali pertama akan penuh dengan nikmat dan kepuasan. Mungkin ia berdasarkan pengalaman rakan-rakan, namun realitinya ada juga pasangan yang kecewa pada malam pertama mereka. Keindahan yang mereka bayangkan tidak kesampaian kerana salah faham, canggung, kekok dan pelbagai lagi faktor.

Harus Ada Darah Perawan
Tidak mustahil masih ada bakal suami yang mengharapkan perkara ini sebagai bukti wanita milik mereka masih dara. Jika isteri tidak mengeluarkan darah maka mereka dianggap tidak dara lagi. Mitos ini memang menyesatkan.

Dara tiada hubungannya dengan darah yang keluar. Mitos ini membuat ramai wanita berasa cukup risau menghadapi malam mereka. Takut tidak mengeluarkan darah dan dianggap tidak perawan lagi.

Harus Ambil Ubat Kuat
Ubat-ubatan dan ramuan untuk meningkatkan tenaga seksual tidak disarankan jika tidak diperlukan. Jika pada malam pertama, suami sudah menggunakan ubat-ubatan ini maka kemungkinan secara psikologi dirinya belum bersedia melakukan hubungan seks.

 

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular