Hukum Seks Menggunakan Jari
S : Saya sudah tujuh bulan bernikah. Setakat ini saya menghadapi masalah apabila membuat hubungan seks dengan suami, yakni saya lewat atau sukar untuk klimaks. Bagi membantu saya, suami menggunakan jarinya di vagina untuk menaikkan berahi saya, kemudian baru memasukkan zakarnya. Apakah hukum perbuatan seperti ini, adakah ia dikira sebagai onani (masturbation)?
Suza,
Kuala Lumpur.
J : Setiap pasangan suami isteri memiliki kadar memperoleh klimaks yang berbeza-beza. Kadangkala suami lebih cepat dan mudah berbanding isteri, kadangkala isteri lebih cepat dan mudah berbanding suami. Bahkan untuk orang yang sama, kadar ini boleh berbeza-beza pada hari dan masa yang berbeza. Suami mungkin cepat dan mudah pada minggu lepas tetapi lewat dan sukar pada minggu ini. Semua ini merupakan kelaziman hubungan seksual, maka tiada apa-apa yang perlu dirisaukan.
Jika suami terlalu cepat dan mudah klimaks atau jika isteri lewat dan sukar untuk klimaks, suami boleh membantu dengan menggunakan jarinya untuk bermain-main di vagina isteri. Ada dua kawasan yang sepatutnya menjadi fokus, iaitu Clitoris dan G-spot. Sila rujuk ke mana-mana buku, doktor atau laman web untuk maklumat lanjut berkenaan dua kawasan ini.
Apabila suami bermain-main di vagina isteri atau isteri bermain-main di zakar suami, ia tidak dikira sebagai onani. Maka ia tidak haram di sisi Islam, bahkan digalakkan kerana merupakan alat atau sarana ke arah bersuka-suka dan berhubungan seksual di antara suami isteri. Onani yang dilarang ialah apabila seseorang itu bermain-main di kemaluannya sendiri lalu mencapai klimaks dengan sendirinya, berseorangan.
0 ulasan:
Catat Ulasan