Seks sihat cegah herpes genital
GINA (bukan nama sebenar) mengalami rasa gatal-gatal dan panas seperti
terbakar pada bahagian alat sulit yang kemudiannya sembuh dengan sendiri
tidak berapa lama kemudian. Jadi, dia tidak ambil kisah.
"Ingatkan tiada apa-apa sehinggalah ia datang kembali. Saya tidak tahu apa
yang harus dilakukan. Saya juga tidak pasti sama ada ia benda yang sama
menyebabkan gejala-gejala yang saya alami buat kali kedua.
"Saya terus berfikir, adakah ia akan hilang dengan sendirinya seperti dulu
dan tidak akan datang kembali atau perlukah saya berjumpa doktor?
"Pada mulanya, terlintas juga di fikiran saya, mungkin ia hanya sejenis
jangkitan kulat atau tindak balas alahan yang disebabkan oleh bahan
pencuci pakaian yang saya gunakan. Namun, apabila gejalanya kembali
buat kali ketiga, saya mula berasa bimbang.
"Jangan-jangan penyakit yang ditularkan melalui hubungan kelamin... Ah,
tidak mungkin begitu kerana saya pasti, sangat pasti, telah mengambil
langkah berjaga-jaga.
"Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk melakukan penyelidikan sendiri.
Saya membuka Internet dan mencari pelbagai laman web dan apa yang
saya jumpa sungguh mengejutkan.
"Simptom-simptom yang saya alami menyerupai gejala yang ditunjukkan
oleh sejenis penyakit yang dinamakan sebagai herpes genital.
"Sebahagian diri saya cuba untuk bersembunyi dan berpura-pura yang saya
tidak mempunyai gejala-gejala tersebut. Bagaimanapun, sebahagian lagi diri
saya mahu agar saya mendapatkan nasihat doktor.
"Saya takut sangat, kalau-kalau doktor akan marah dan bersyarah kepada
saya. Saya malu lalu menangguhkannya selama beberapa minggu. Tetapi,
bila gejala itu berulang lagi buat kali yang keempat, saya tidak berlengah-
lengah lagi.
"Doktor telah mendiagnos saya melalui ujian kultur. Ya, walaupun ia sukar
diterima pada mulanya tetapi saya gembira kerana berjumpa doktor.
"Sekurang-kurangnya, saya tahu apa sebenarnya yang terjadi dan doktor
telah mempreskripsi ubat makan antivirus bagi melegakan gejala-gejala
herpes genital yang saya alami.''
Menurut kajian tentang herpes genital yang dijalankan di sebuah klinik
tempatan, kejadian herpes genital telah meningkat 21.5 peratus berbanding
tempoh tiga tahun yang lepas.
Namun penghidap herpes genital di Malaysia kini tidak perlu lagi bimbang
akan menyebarkan jangkitan kepada pasangan mereka.
Satu kajian antarabangsa menunjukkan bahawa terdapat sejenis ubat
antivirus - valacyclovir (Valtrex) yang mengurangkan risiko penyebaran
herpes genital daripada orang yang dijangkiti kepada orang lain secara
mendadak.
Valacyclovir merupakan rawatan pertama seumpamanya di dunia yang
terbukti secara klinikal mengurangkan risiko penyebaran herpes genital dan
baru-baru ini telah diluluskan oleh Lembaga Kawalan Ubat-Ubatan Malaysia.
Herpes genital disebabkan oleh virus herpes simplex HSV-1 dan HSV-2,
yang mana HSV-2 adalah paling umum.
Jangkitan menyebabkan bengkak pada kemaluan yang menyakitkan dan
mengambil masa satu atau dua minggu untuk sembuh.
Lebih buruk lagi, virus ini tidak boleh dihapuskan sepenuhnya dan kekal
dalam badan orang yang dijangkiti seumur hidup.
Virus ini berpindah dengan mudah daripada seorang yang dijangkiti kepada
pasangannya, walaupun orang yang dijangkiti tidak menunjukkan kesan luar
yang ketara.
Walaupun terdapat rawatan yang mampu mengekang herpes genital dan
mencegah gejalanya, masih tiada sebarang ujian klinikal terbukti untuk
menunjukkan pengurangan ketara kepada risiko penyebaran penyakit.
Dalam satu kajian rambang kawalan plasebo double-blind ke atas seramai
1,484 pasangan heteroseksual, di mana seorang daripada pasangan
mengalami herpes genital dan yang lain tidak dijangkiti, rawatan sekali sehari
dengan 500mg ubat antivirus valacyclovir didapati mengurangkan risiko
penyebaran HSV-2 sebanyak 48 peratus.
Kajian tersebut, yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine
(Januari 2004), juga menunjukkan bahawa kadar penularan herpes genital
simptomatik telah berkurangan sebanyak 75 peratus.
Malah, kajian yang terbukti secara klinikal di kalangan pesakit yang
mengalami enam atau lebih kejadian herpes genital silih berganti dalam
tempoh setahun itu, berjaya mengurangkan sehingga separuh daripadanya
dengan pengambilan ubat antivirus, selama enam bulan.
Selepas setahun penggunaannya, ia dapat dikurangkan lagi menjadi satu
per tiga sahaja. Keputusannya bagaimanapun berbeza-beza di antara setiap
individu.
Pakar Perubatan Genitourinari dan Jangkitan Kelamin, Dr. Hemendra Kumar
Doshi berkata, tiada data lengkap tentang insidens herpes genital di
Malaysia.
"Namun para pengamal perubatan di negara ini menyedari akan hakikat
kadar peningkatan yang berlaku,'' katanya.
Menurutnya, selama berdekad-dekad, profesional penjagaan kesihatan,
termasuk dirinya sendiri telah menyelidiki cara dan kaedah untuk
mengurangkan penularan herpes genital.
Mereka berjaya merawat pesakit untuk mencegah berulangnya kemunculan
gejala tetapi tidak menemui cara yang paling optimum untuk mengurangkan
penularan penyakit di kalangan pesakit.
Bagaimanapun kini, profesional penjagaan kesihatan dapat memberitahu
pesakit dengan yakin bahawa valacyclovir yang diambil sekali sehari ini
mampu mengurangkan risiko jangkitan sebanyak separuh.
"Ini ternyata satu kemajuan besar bagi kami dalam pengurusan herpes
genital.
"Sehingga kini, nasihat kami kepada pesakit adalah menggunakan kondom
dan mengelakkan diri daripada hubungan seks semasa gejala penyakit
muncul, bagi mengelakkan daripada menjangkiti pasangan mereka, tetapi ini
tidak berkesan sepenuhnya,'' katanya.
Penemuan ubat antivirus ini, kata Dr. Hemendra, menyediakan pilihan
rawatan berguna kepada profesional penjagaan kesihatan untuk
mengurangkan penyebaran herpes genital di kalangan pesakit kita.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tindakan AIDS Persatuan
Perubatan Malaysia itu percaya, ini akan mengurangkan penularan jangkitan
herpes genital di Malaysia.
"Herpes genital mungkin menyebabkan keresahan psikologi yang mendalam
di kalangan orang yang tahu bahawa mereka dijangkiti dan boleh
menjejaskan hubungan antara pasangan secara negatif.
"Berasaskan penemuan baru ini, kita kini dapat menyediakan rangkaian
terapi yang lebih menyeluruh, di samping kaunseling tentang amalan seks
yang lebih selamat,'' tambahnya.
Sebelum diluluskan sebagai kaedah untuk mengurangkan penyebaran
herpes genital, ubat ini diperkenalkan pada Disember 1999 untuk
mengekang herpes genital dan mencegah gejalanya daripada berulang.
Info Menarik
Seni Melambatkan Pancutan!
Petua Seks Hebat! Hangatkan ranjang anda!
Isteri Dingin Seks? Rahsia mengghairahkan isteri!
Pelajari Teknik Rahsia Pancutkan Isteri!!
Seni dan Teknik Ciuman Hangat!
Rahsia Kecurangan Pasangan Terbongkar!
Rahsia Malam Pertama
Rahsia Doa Pengasih
Kamasutra Melayu Bergambar