Kopi dan ais tidak jejas syahwat lelaki


Kopi, ais tidak jejas syahwat

Mengikut kajian klinikal, meminum air batu boleh membantu melegakan kehausan. Malah, ia juga disaran doktor bagi melegakan radang tekak yang menyebabkan batuk.

Namun, saya menerima banyak pertanyaan daripada pesakit yang ingin tahu, adakah meminum ais atau air sejuk memberi kesan sampingan kepada tenaga batin dan anggota kelamin.

Kebanyakan kita sering terpengaruh kata orang kononnya meminum ais boleh mengganggu ereksi atau mengalami lemah tenaga batin.

Saya ingin tanya, apa kaitan benda sejuk ini dengan perasaan syahwat dan peningkatan perjalanan darah dalam zakar ketika lelaki teruja seks?

Ia sebenarnya tiada kaitan. Jadi tiada sebab kenapa meminum ais atau air sejuk boleh mengganggu fungsi seksual lelaki. Dalam perubatan moden, tiada pantang larang.

Mungkin ramai tidak tahu, kafein daripada kopi mempunyai kuasa melancarkan darah dalam anggota kelamin secara sederhana seperti ubat pelancar darah PDE-5 Inhibitor iaitu Viagra.

Jadi tidak hairan jika kita lihat kopi menjadi minuman kegemaran lelaki sejak turun menurun. Selain itu, kopi dapat menghindarkan penyakit nyanyuk atau penyakit Alzheimer selain mengandungi antioksidan yang menyegarkan tubuh badan dan nyah penuaan.

Ini bermakna jika suami anda suka meminum kopi bercampur ais, biarkan saja. Setahu saya, minum kopi sebegitu tidak mengganggu fungsi syahwat.

Mengenai air mani pekat, memang pada mulanya ia keluar dalam kuantiti banyak dan pekat. Beberapa minit kemudian, ia menjadi cair untuk memudahkan sperma bergerak aktif. Kesuburan lelaki hanya boleh diketahui selepas lelaki itu menjalani ujian air mani.

Keadaan air mani sama ada pekat, sedikit atau cair tidak memberi apa-apa makna. Jadi anda jangan was-was mengenai kesihatan anda atau pasangan.

Jika gagal dalam hubungan seks, anda harus berjumpa doktor dan bukan bomoh, tukang urut atau membeli ubat kuat. Kini semua masalah kesihatan lelaki ada penawar dan boleh dirawat melalui rawatan moden dengan pakar.


Oleh Dr Ismail Thamby

Info Menarik
Seni Melambatkan Pancutan!
Petua Seks Hebat! Hangatkan ranjang anda!
Isteri Dingin Seks? Rahsia mengghairahkan isteri!
Pelajari Teknik Rahsia Pancutkan Isteri!!
Seni dan Teknik Ciuman Hangat!
Rahsia Kecurangan Pasangan Terbongkar!
Rahsia Malam Pertama
Rahsia Doa Pengasih
Kamasutra Melayu Bergambar

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular