Satu buah zakar mampu beri zuriat


Miliki satu buah zakar mampu beri zuriat
Saya berusia 19 tahun dan mempunyai satu buah zakar sejak dilahirkan. Dulu saya tidak terlalu risaukannya kerana sangka ia perkara biasa.

Kini, semakin dewasa saya sedar mengalami masalah besar. Saya takut masalah ini akan memberi masalah apabila mendirikan rumah tangga nanti.

Saya ingin tahu adakah ia akan memberikan kesan buruk kepada saya. Saya berharap doktor dapat membantu saya menyelesaikan perkara ini.

Jawapan:
Anda perasan mempunyai satu buah zakar sejak kelahiran dan kesedaran mengenai diri sendiri yang kini mencapai kemuncak akil baligh membuatkan anda resah terhadap keadaan itu.

Anda mungkin tahu bahawa buah zakar yang tiada itu mungkin tersangkut dalam perut ketika anda masih dalam rahim ibu dan tidak turun ke dalam kerandut.

Perkara ini boleh berlaku kepada kurang satu peratus daripada semua bayi lelaki yang baru dilahirkan.

Biasanya doktor tidak akan buat apa-apa kerana lebih 85 peratus daripada situasi ini akan menjadi kepada normal.

Lagi pun terdapat situasi yang mana buah zakar itu tertarik ke atas tundun dan menurun. Keadaan itu juga mengelirukan doktor dan ibu bapa.

Jadi bagi ibu bapa yang lupa mahu merujuk anak lelaki mereka yang mempunyai satu buah zakar yang tidak masuk ke kerandut secara langsung membuatkan keadaan itu kekal sehingga kanak-kanak itu dewasa.

Keadaan itu menyebabkan remaja itu megalami tekanan apabila sedar mereka tidak seperti lelaki lain yang ada sepasang buah zakar.

Anda tidak perlu resah jika anda sihat dan mempunyai tubuh badan lelaki dengan fungsi seksual, iaitu pencapaian ereksi yang sihat. Hanya anda mempunyai satu buah zakar. Satu buah zakar sudah cukup untuk membekalkan hormon testosterone dan juga sperma untuk reproduksi.

Jadi apa kesudahan buah zakar yang tersangkut itu? Ada kemungkinan ia bukan tersangkut, tetapi ia tidak menjadi. Situasi ini dikenali sebagai 'Anorchia'.

Adakalanya buah zakar itu kecil dan berdekatan tundun. Ini boleh disahkan melalui ujian imbasan atau MRI. Sama juga buah zakar yang tersangkut dalam perut juga dapat dikesan melalui MRI.

Buah zakar yang kekal dalam perut tidak perlu dikeluarkan. Ia mungkin terselindung dengan organ lain dan sukar diasingkan. Maka ia dibiarkan begitu.

Namun, mungkin apa yang meresahkan kebanyakan lelaki yang mempunyai satu buah zakar ialah kemungkinan buah zakar yang tersangkut itu berubah menjadi kanser.

Untuk makluman anda kemungkinan kanser buah zakar untuk mana-mana lelaki normal ialah kurang daripada satu peratus dalam 100,000 kes setahun. Kadar kemungkinan kanser dikalangan buah zakar yang tersangkut ialah empat kali ganda.

Oleh Dr Ismail Thamby


Info Menarik
Seni Melambatkan Pancutan!
Petua Seks Hebat! Hangatkan ranjang anda!
Isteri Dingin Seks? Rahsia mengghairahkan isteri!
Pelajari Teknik Rahsia Pancutkan Isteri!!
Seni dan Teknik Ciuman Hangat!
Rahsia Kecurangan Pasangan Terbongkar!
Rahsia Malam Pertama
Rahsia Doa Pengasih
Kamasutra Melayu Bergambar

 

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular