Hamba seks: 2 tahun dikurung penjara bawah tanah

Seorang ketua polis tempatan memohon maaf dan menggantung empat orang pegawai polis berhubung insiden seorang lelaki yang dikatakan menahan enam orang wanita sebagai hamba seks di dalam sebuah penjara bawah tanah selama dua tahun dan membunuh dua orang daripada mereka.

Media di China semalam melaporkan polis di Luoyang, wilayah Henan menahan ahli bomba yang telah bersara, Li Hao, 34, atas kesalahan membunuh dua orang wanita yang diculiknya.

Pengarah biro keselamatan awam Luoyang, Guo Congbin berkata, kes tersebut menunjukkan kawalan keselamatan komuniti amat lemah dan pegawai-pegawai polis tidak bertanggungjawab.

“Sebagai ketua polis, saya memikul tanggungjawab tersebut,” kata Guo, sambil menambah kata, beliau telah menggantung empat pegawai polis yang terlibat dalam kes itu.

Li yang ditahan pada 6 September lalu menculik enam orang pekerja kelab malam dan pusat karaoke serta merogol mereka berkali-kali.

Dia memastikan mangsa-mangsanya sentiasa berada di dalam keadaan lemah bagi mengelakkan mereka melarikan diri dengan memberikan mereka makan sekali sahaja setiap dua hari.

Wanita-wanita tersebut dibenarkan keluar dari ruang bawah tanah ketika Li kesempitan wang, lalu memaksa mereka mengadakan hubungan seks dengan lelaki lain untuk mendapatkan wang.

Seorang mangsa berusia 23 tahun berjaya melepaskan diri ketika dipaksa memberikan perkhidmatan seks kepada lelaki lain lalu membawa polis ke rumah tertuduh. – Reuters

Budak main eksperimen seks

Gara-gara mahu meniru aksi melakukan hubungan seks ketika bermain ‘pondok-pondok’ bersama sepupunya, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan polis selepas mencabul kanak-kanak itu yang berusia empat tahun, kelmarin.

Difahamkan, remaja lelaki terbabit ditahan polis selepas keluarga kanak-kanak itu membuat laporan dan pemeriksaan mendapati ada kesan cabul pada bahagian kemaluan mangsa.

Sumber menyatakan dalam kejadian tengah hari itu, kedua-duanya bermain di rumah mangsa.

“Ketika bermain, remaja terbabit dipercayai menyuruh mangsa membuka pakaiannya sebelum melakukan aksi tidak senonoh dan mencabul mangsa.

“Selepas selesai bermain, remaja itu pulang ke rumahnya. Namun, mangsa yang berasa sakit pada kemaluannya menangis dan memberitahu ibunya,” katanya.

Kata sumber, ibu mangsa kemudian bertanyakan anak kecilnya yang menceritakan perbuatan remaja terbabit.

Terkejut mendengar cerita itu, wanita berkenaan pergi ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan berhubung kejadian itu.

Mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut sebelum polis menahan suspek di rumahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan penahanan remaja itu.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.



Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.

Pasangan zina gemar rakam aksi seks

Seorang wanita menangis sambil merayu supaya dibenarkan masuk semula ke dalam bilik tidur teman lelakinya bagi membolehkan dia memakai semula seluar dalam sejurus diberkas pegawai pencegah maksiat, pagi kelmarin.

Permintaan itu dipenuhi pegawai agama Islam daerah Grik, di sini, apabila mendapati wanita terbabit dalam keadaan `mengghairahkan' kerana hanya memakai seluar ketat nipis.

Wanita berusia 21 tahun dan kekasihnya 26 tahun sekali lagi mengejutkan pihak berkuasa apabila mengaku melakukan zina sejak lima tahun lalu selain gemar merakamkan aksi seks haram menggunakan telefon bimbit.

Mereka yang berasal dari kampung berlainan di pinggir pekan ini membuat pengakuan itu sejurus ditahan penguat kuasa pada jam 10 pagi kelmarin ketika memadu asmara dalam sebuah bilik di rumah kongsi di sini.

Penolong Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Grik, Mohd Jonid Abdul Syukor berkata, enam pegawainya dibantu dua anggota Rela menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat orang awam mengenai perlakuan pasangan itu.

"Selepas 10 minit mengetuk pintu, ia dibuka seorang lelaki yang hanya berseluar pendek sebelum mendapati seorang wanita duduk di atas tilam.

Katanya, ketika disoal mengenai status mereka bukan pasangan suami isteri, wanita itu meninggikan suara sambil menceritakan masalah keluarga pasangannya yang enggan menerima dia sebagai menantu.

Wanita berkenaan mengaku pergi ke rumah kongsi kekasihnya yang bekerja di kilang papan di situ dengan menunggang motosikal sehari sebelum itu dan bermalam bersama kekasihnya.

"Dia juga mengaku dalam seminggu dia pergi beberapa kali ke rumah itu sejauh 30 kilometer dari rumahnya.

"Ketika disoal, wanita yang hanya tinggal dengan ibunya di kampung itu mengaku hidup seperti suami isteri sejak mereka menjadi pasangan kekasih lima tahun lalu.

"Malah, apabila ditanya berapa kali sudah terlanjur melakukan hubungan seks...wanita itu tanpa segan silu mengaku tidak terkira banyaknya dengan alasan dia terlalu sayang kepada pasangannya," katanya.

Ketika membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Grik, Mohd Jonid berkata, pemeriksaan pada telefon bimbit milik lelaki berkenaan didapati mengandungi beberapa adegan rakaman hubungan seks berlatarkan bunyi unggas pada waktu malam hasil rakaman peribadi mereka.

"Telefon itu dirampas untuk dijadikan bahan bukti dan mereka ditahan satu malam di lokap polis.

"Pasangan itu disiasat mengikut Seksyen 54 Enakman Jenayah Syariah Perak dan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara, jika sabit kesalahan," katanya.

Tiada ejakulasi walaupun klimaks

Biasanya, apabila seseorang lelaki klimaks ketika kemuncak hubungan seksual, air maninya terpancut keluar. Ketika dalam keadaan itu, air mani bertakung di dalam salur kencing di bahagian pundi prostat dan kemudian terkeluar bersama cecair dalam penghujung salur sperma dan salur pundi seminal.

Ini berlaku kerana cengkaman otot sistem pancutan. Apabila sistem pancutan itu tidak aktif, ejakulasi berlaku secara meleleh.

Begitupun, sesetengah lelaki mengalami keadaan di mana air maninya tidak keluar memancut, sebaliknya terpancut ke dalam pundi kencing ketika klimaks.

Dalam keadaan ini, tiada air mani keluar menerusi penghujung zakar. Bagaimanapun, lelaki itu akan terasa ejakulasi berlaku dan ketika mahu membuang air kecil, air kencing kelihatan seakan-akan keruh.

Semua yang saya jelaskan ini adalah masalah ejakulasi yang boleh berlaku bila-bila masa dan perlu diambil berat.

Lelaki yang mengalami masalah tiada ejakulasi walaupun mencapai klimaks akan gagal memancutkan air mani ke dalam faraj isteri dan ini boleh membuatkan isteri sukar hamil.

Lelaki yang mengalami masalah ini harus segera berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan. Masalah ini boleh berlaku apabila urat saraf yang mengawal ejakulasi tergendala.

Sebilangan besar kes yang saya pernah kendalikan disebabkan penyakit kencing manis yang tidak terkawal. Jika anda menghidap kencing manis dan tidak mengikut rawatan doktor dengan jitu, ia mengakibatkan urat saraf menjadi radang.

Kesudahannya, lelaki yang mengalami masalah ini mengalami mati pucuk atau masalah klimaks tiada ejakulasi atau kedua-duanya sekali.

Justeru, apabila ada tanda tiada ejakulasi berlaku ketika hubungan seks, jangan biarkan perkara itu berpanjangan dan berlengah-lengah mendapatkan rawatan.

Pesanan saya, segera berjumpa pakar sesuai dan insya-Allah, masalah ini boleh diubati dan anda akan menjadi lelaki normal kembali.

Oleh Dr Ismail Thamby



Kesan Onani / Masturbasi

Saya pelajar berumur 24 tahun dan gemar beronani beberapa kali seminggu sejak di sekolah menengah lagi.

Saya terbaca sebuah buku mengatakan kesan onani boleh dilihat pada wajah iaitu seseorang yang gemar melakukannya akan kelihatan lebih tua, selain zakar mengecil.

--------------------
Setiap perkara jika dilakukan secara keterlaluan boleh memberi kesan negatif walaupun ia baik serta menyeronokkan seperti senaman.

Senaman jika dilakukan berlebihan mampu menyebabkan badan mengalami tekanan dan secara automatik mengganggu kesihatan.

Sama juga dengan onani yang dapat melegakan tekanan syahwat tetapi jika kerap dilakukan, ia menjadikan pelakunya letih, lemah serta tidak bermaya, seterusnya memberi ketrampilan wajah individu itu kelihatan ‘tua’.

Jika anda tidak mahu perkara itu berlaku, sudah tentu anda akan menjauhkan diri daripada perbuatan terbabit. Mungkin itu yang dikehendaki penulis buku berkaitan amalan onani seperti anda baca.

Jika ditinjau beberapa rencana yang dipaparkan di dalam laman web berkaitan masturbasi atau onani, semuanya mengatakan perbuatan itu satu cara untuk mengenali diri dan syahwat, selain ia perbuatan yang melegakan tekanan serta menceriakan diri.

Ada situasi di mana individu yang kerap beronani tidak dapat menghayati keseronokan syahwat dengan pasangan selepas berkahwin kerana dia hanya mampu mencapai klimaks melalui ‘cara’ tersendiri.

Oleh itu, dia gagal klimaks dengan pasangan, kecuali jika melakukan onani. Sudah tentu perkara seperti itu mampu menjejaskan hubungan suami isteri.

Tanpa ejakulasi secara bersetubuh, lelaki terbabit tidak mampu menyalurkan sperma manakala isteri pula tidak akan hamil!

Jadi, anda buatlah pilihan sama ada mahu meneruskan amalan onani atau mengurangkannya dan hanya dilakukan setakat untuk melegakan tekanan syahwat.

Jika anda tidak melakukannya secara kerap dan letih, saya pasti anda tidak akan kelihatan tua. Lagi pun, onani tidak menyebabkan ‘ketuaan’.

~ Dr.Ismail Thamby


Rahsia Malam Pertama. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Malam Pengantin. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Kekal Kehangatan Rumahtangga

Banyak pasangan suami isteri yang sering mengeluh kerana hubungan seksual dengan pasangan masing-masing mulai tawar dan hambar. Mereka tidak lagi menikmati harmonis.

Keluhan seperti 'saya tidak puas' atau 'suami semakin dingin' kerap terpacul daripada mulut wanita apabila menghadapi situasi ini. Perhubungan seksual sekadar memenuhi kewajipan.

Kebanyakan pasangan yang menghadapi keadaan itu mampu melakukan hubungan seks seperti biasa dan tidak mengalami gangguan fungsi seksual. Tetapi, perhubungan itu tidak lagi seperti yang mereka harapkan.
Cuba ikuti panduan ini, mudah-mudahan ia dapat menjalin dan mengekal keharmonian rumah tangga anda:
- Bina komunikasi yang baik dengan pasangan anda. Perbincangan mengenai seks perlu dilakukan secara terbuka bagi mengelak perasaan malu atau tidak selesa apabila menghadapi masalah sedemikian.

- Buat persediaan rapi sebelum melangkah ke kamar tidur untuk menjalin hubungan seksual. Lakukan perbuatan intim secara psikologi dan fizikal seperti menyentuh atau mengusap tangan secara lembut atau memuji kecantikan pasangan anda.

- Gambarkan bahawa diri anda mempunyai tarikan seks kepada pasangan. Ini sama ada potongan badan atau bahagian yang mungkin mampu menarik minat pasangan untuk membangkitkan keghairahan.

- Walaupun sesibuk mana anda, cuba khususkan waktu untuk berdua-duaan seperti keluar makan bersama tanpa anak-anak atau mandi bersama. Kesibukan tugas dan menganggap hubungan seksual kegiatan terakhir akan menyebabkan hubungan menjadi tidak harmonis.

- Usah terlalu kerap melakukan hubungan seksual kerana ia boleh menyebabkan perasaan jemu.
Untuk mewujudkan variasi dalam perhubungan, ada beberapa perkara dapat dilakukan.
a) Anda dan pasangan perlu memainkan peranan yang aktif

b) Lakukan hubungan seks dalam kedudukan yang berbeza selepas kedua-dua bersetuju.
c) Lakukan hubungan seks pada waktu malam dan tempat yang berbeza untuk mengelak perasaan jemu.
- Jangan membawa perasaan marah ke kamar tidur kerana ia halangan dalam hubungan seksual.



Kamasutra Bergambar Melayu, sila klik sini


Petua Seks Hebat, sila klik sini.


Melambatkan Pancutan. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Pancutkan Suami. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Fakta Tentang Seksualiti Yang Perlu Diketahui

Banyak perkara dongeng disebarkan mengenai seksualiti, tetapi pada masa sama ada kes di luar jangkaan manusia dan ia bukan magis.

KES 1
Seorang lelaki bermain cinta dengan menggeselkan zakarnya ke permukaan kemaluan pasangan wanita. Tiada seks penetratif, tetapi berlaku ejakulasi akibat rangsangan hebat itu dan air mani kemudian bertakung di kelangkang pasangannya. Sebulan kemudian, wanita itu lewat datang haid dan ujian air kencing mendapati dia hamil, walaupun masih 'dara'.

Air mani yang bertakung di kelengkang wanita itu sebenarnya diserap dan masuk ke dalam faraj melalui kelembapan yang wujud di sekitar anggota sulitnya. Ini dinamakan 'kehamilan anak dara'.

KES 2
Seorang wanita ingin sangat hendak hamil dan melakukan seks oral dengan suaminya dengan beranggapan air mani yang masuk ke dalam mulutnya akan sampai ke dalam rahimnya dan menghamilkannya. Yang pasti, sampai kiamat pun dia tidak akan hamil dengan cara itu.

Ini dua contoh kejahilan dalam seksualiti yang walaupun jarang tetapi berlaku di dalam masyarakat kita yang perlukan perhatian serius.

Antara soalan yang jelas menggambarkan kejahilan ialah seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Zack bertanya kepada saya baru-baru ini mengenai masalah isterinya yang belum bersedia untuk hamil. Pengadu kemudian resah berikutan isterinya meletakkan tangan ke atas kemaluan sehingga zakarnya mengeluarkan cecair.

Kejahilan seks ini berlaku di kalangan segelintir anak muda kerana mereka tidak mahu membaca. Hendak salahkan mereka juga tidak boleh kerana sistem pendidikan sedia ada hanya untuk persediaan kerjaya dan bukan kehidupan.

Mungkin ibu bapa yang sepatutnya memberi tunjuk ajar mengenai hal kehidupan, termasuk seksualiti, malangnya mereka juga hasil daripada sistem pendidikan sama.

Bagi saya, manusia seperti Zack sepatutnya berjumpa doktor atau ahli perancang keluarga untuk mendapat maklumat mengenai kaedah sesuai untuk merancang keluarga berikutan jelas mereka belum bersedia dan cetek pengetahuan mengenai seksualiti.

Mengenai isteri memegang anggota sulit suami, ia tidak mengakibatkan kehamilan selagi zakar tidak masuk dan air mani tidak terpancut ke dalam atau berdekatan faraj. Kemungkinan hamil lagi mustahil jika cairan daripada zakar sekadar melekat kepada pakaian luar wanita.

Oleh Dr.Ismail Thamby



Kamasutra Bergambar Melayu, sila klik sini


Rahsia Malam Pertama. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Petua Seks Hebat, sila klik sini.


Melambatkan Pancutan. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Pancutkan Suami. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Keintiman Seksual Fitrah Manusia

Manusia dianugerahkan Tuhan naluri dan nafsu syahwat yang tercetus sejak peringkat janin di dalam rahim ibu lagi. Ia kemudian berkembang dan menjadi semakin mantap bermula dari peringkat baligh remaja sehingga dewasa dan kekal ke akhir hayat.

Bayi di dalam perut ibu mendapat pemantapan sistem syahwat melalui hormon syahwat yang dikeluarkan oleh ibu. Hormon ibu ini mempengaruhi pembentukan anggota syahwat dan sistem urat saraf berkenaan.

Proses orientasi seks pula bermula dengan fasa 'oral' atau mulut dan bayi mendapat keselesaan serta ketenangan melalui rangsangan bahagian ini. Perkembangan kemudian beralih kepada fasa 'anal' atau lubang najis dan 'urethral' atau lubang kencing.

Proses orientasi seksual berterusan sehingga dewasa dan ke peringkat lanjut usia. Tidak menghairankan jika penghayatan seks untuk individu berubah-ubah, iaitu peningkatan daripada tiada penghayatan kepada ada penghayatan, dan meningkat dari peringkat remaja dan dewasa tetapi menurun apabila usia mula semakin tua.

Bagi individu yang menjalani proses pengenalan diri atau seksualitinya, dia akan menikmati perasaan syahwat yang berubah-ubah mengikut mood dan emosinya.

Justeru, adalah biasa jika seseorang itu berasa tidak seronok dalam keadaan tertentu ketika berdampingan dengan pasangan, tetapi seronok yang tidak terhingga dalam keadaan berbeza.

Ia sama seperti penghayatan rangsangan syahwat yang juga berbeza ketika usia muda dan lebih dewasa, juga sebelum melahirkan anak serta selepas melahirkan anak.

Ada juga keadaan yang dapat meningkatkan perasaan keberahian atau mencetuskan perasaan syahwat seperti tempat, pakaian, bauan, objek serta keadaan tertentu.

Fenomena ini dikenali sebagai 'fetishes' atau 'fetishesme' yang juga boleh berubah-ubah untuk seseorang itu dalam penghayatan rangsangan syahwat.

Sememangnya proses penghayatan syahwat berubah-ubah dan biasanya perubahan itu positif atau kepada yang lebih baik serta seronok. Namun, kadangkala perubahan itu negatif, iaitu kepada perubahan yang tidak menyeronokkan.

Jika ini berlaku, tentu ia akan mendatangkan masalah kepada pasangan dan perlu dipulihkan sama ada secara perbincangan bersama, dengan doktor atau pembimbing seks.

Jangan mudah terpengaruh kepada maklumat akademik atau kata orang. Apabila tidak berlaku seperti tertulis dalam buku atau 'kata orang', ia dianggap sebagai perkara luar biasa.

Penghayatan seks atau hubungan intim pada usia muda membabitkan individu yang masih 'mentah' itu belum tahu atau mengenali seksualitinya tidak akan berjalan lancar, kecuali selepas mula membuka minda, mempelajari, memahami dan menerokai hubungan yang terjalin.

Sentuhan dan belaian adalah sebahagian daripada hubungan intim dan jika itu selesa, pasangan berkenaan perlu teruskan kepada sentuhan lebih intim.

Ketika melakukannya, mereka perlu faham dan menikmatinya bersama pasangan idaman sambil meneroka alam keseronokan syahwat dengan sepenuh perasaan.

Pasangan yang dilamun cinta dan berkasih sayang perlu tingkatkan pengetahuan mengenai hubungan keintiman dengan membaca buku panduan seks mengikut kesesuaian dan batasan mereka supaya dapat meluaskan penghayatan serta pengalaman dalam keintiman dan keseronokan syahwat.

Kajian menunjukkan keseronokan syahwat dan keintiman seksual menyegarkan kesihatan pasangan, meningkatkan tahap kesihatan ke paras tinggi dengan peningkatan sistem kawalan penyakit atau imuniti, selain mencegah serangan sakit jantung dan kawalan darah tinggi. Ia juga mengawal kesihatan mental dan proses penuaan.

Pastikan pelita naluri dan nafsu shaywat yang berkelip-kelip itu menjadi api yang menyala dan kekal menyala.

DOKTOR SAKIT TUAN bersama Dr.Ismail Thamby


5 Teknik Asmara Spontan

Ada orang kata hidup selepas berumahtangga amat membosankan. Malahan pendapat pakar motivasi menyatakan seorang lelaki akan hilang sifat romantis selepas sahaja berkahwin. Benarkah begitu?
Mungkin ya kerana kebanyakan pasangan sudah tidak lagi menyemai dan membajai rasa sayang yang sepatutnya. Alasan penat, sibuk kerja, tekanan dan tidak cukup masa sering menjadi alasan pasangan suami isteri tidak lagi semesra seperti di dalam percintaan. Mengapa terjadi begitu?

Jangan bimbang ikut 5 idea dibawah:-

• Cuit-cuit

Boleh dilakukan bila-bila masa. Kalau si dia kelihatan sibuk, tertekan dan tegang semasa membuat kerja, cuit-cutilah dia sedikit. Mungkin cara ini boleh menghilangkan sedikit rasa stresnya. Sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya. Bimbang nanti kalau tidak kena gaya , bukan untuk menambah kemesraan, sebaiknya mengundang kemarahan pula.

• Kenyit-kenyit
Sekali-sekala, kenyit-kenyitlah mata pada yang tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyit mata. Buatlah seperti semasa waktu mengurat dahulu. Pasti seronok mengusik si dia dengan cara ini. Respon dia juga tentu menggembirakan hati anda.

• Ops, maaf terpegang
Tidak salah rasanya anda minta tolong pasangan ambilkan barangan kemudian semasa dihulurkan barangan itu, ambil tangannya, bukan barang itu. Selepas itu pandai-pandailah meminta maaf, "Ops, terpegang, tak sengaja". Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manja pada anda. Aduh, boleh cair jadinya

• Urut mengurut
Sekali-sekala, apa kata kalau ada urut-urut manja pasangan anda. Lakukan pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menonton television atau semasa berbual-bual.

• Usik melalui telefon
Sekali-sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah seperti salah nombor. Usik-usiklah sampai dia marah. Bila sudah kemuncak perbualan dan si dia memang marah, perkenalkan semula diri anda. Tentu menarik. Tetapi perlulah kena gaya gurauan dan waktu gurauan agar gurauan anda boleh diterima. Silap gaya, anda pula dimarahinya.

Panduan Malam Pertama Utk Wanita

Pengurusan malam pertama mungkin tidak dijelaskan dalam kursus praperkahwinan. Pada masa ini bagi yang inginkan sedikit 'tip', anda boleh membeli cakera padat 'Cinta, Perkahwinan dan Kesihatan Seksual' di pasaran. Anda juga boleh mencari buku tulisan saya.

Malam pertama memberi banyak cabaran kepada pasangan lelaki dan wanita, terutama yang suci. Jika pasangan wanita menyimpan kesuciannya selama ini, sudah tentu malam pertama memberi makna besar kepadanya. Ini kerana dia dapat memberi anugerah yang sungguh bernilai kepada lelaki dicintainya.

Seseorang wanita perlu tahu dia tidak harus berasa takut atau 'seriau' hingga peristiwa pada malam pertama menghadirkan tekanan kepadanya dan pasangan. Dia perlu melayani pasangan dengan membalas sentuhan dan belaian yang pasangannya lakukan, supaya sentuhan malam pertama lancar.

Wanita juga perlu bersabar jika pasangan tidak melakukan sentuhan pertama malam itu kerana mungkin belum dapat sesuaikan diri dengan persekitaran atau letih untuk memberi tumpuan kepada hubungan seks.

Apabila keadaan mengizinkan, hubungan keintiman seksual akan dilakukan dan sentuhan malam pertama berlaku. Si dara perlu tahu memainkan fungsinya apabila pasangan mendekati dan mula menyentuh tubuhnya.

Dia boleh membantu pasangannya bersedia dan menyentuh pasangannya mengikut keselesaan pasangan supaya perasaan syahwat pasangan membara. Wanita perlu berhati-hati apabila menyentuh anggota sulit pasangan ketika itu kerana mungkin mengakibatkan pasangannya hilang kawalan syahwat dan klimaks awal. Jika ini berlaku, jangan terperanjat!

Jika sentuhan dan geselan anggota sulit terasa kesat untuk permulaan, geselan boleh dilakukan secara lembut serentak dengan sentuhan tubuh badan supaya rangsangan berlaku dan mukosa faraj menjadi lebih lembap.

Bagaimanapun, jika masih kesat, tidak salah untuk pasangan berkenaan menggunakan jeli untuk memudahkan lagi kemasukan zakar.

Masalah boleh berlaku apabila teruna tertekan atau cemas kerana memikirkan tanggungjawab yang hendak dilakukannya, iaitu hubungan penetratif.

Jika berasa seriau, dia akan hilang perasaan rangsangan dan ereksi yang 'membina' itu akan terus kendur dan hilang kekerasan. Dia akan gagal melakukan penembusan faraj yang biasa dikaitkan dengan malam pertama kepada pasangannya.

Keadaan ini dikenali sebagai 'mati pucuk malam pertama'. Perkara sama boleh berlaku kepada pasangan wanita. Jika pengantin wanita berasa seriau, dia tidak akan dapat mengawal pembukaan faraj. Ketika pasangan ingin menyalurkan ereksi, farajnya akan mencengkam tanpa kawalannya. Keadaan ini dikenali sebagai 'vaginismus' atau cengkaman faraj tanpa kawalan.

Senario dijelaskan tadi jarang berlaku apabila pasangan peka mengenai 'malam pertama' dan bersama-sama membuat persediaan dengan mendapat maklumat mengenai fungsi yang mereka berdua perlu ambil ketika menyelenggarakan adegan malam pertama.

DOKTOR SAKIT TUAN bersama Dr.Ismail Thamby

Jangan Sorok Masalah Seks

Sudah menjadi lumrah, manusia yang berpasangan dan berkeluarga akan menikmati hubungan keintiman seks kerana ia bukan saja penting untuk mendapatkan zuriat, tetapi juga mengeratkan hubungan silaturahim suami isteri.

Bagaimanapun, untuk menjayakan hubungan seksual, seseorang itu harus ada keyakinan diri terhadap tahap kesihatan mereka. Bagi yang mendapati ada 'masalah dalaman', perkara sebaik-baiknya ialah merujuk dan mendapatkan rawatan doktor.
Mendiamkan diri tanpa berbuat apa-apa apabila berasa sesuatu tidak kena terhadap tahap kesihatan mereka bukan saja tidak digalakkan, tetapi berbahaya.

Malah, bersikap terbuka dan tidak menyorok masalah dengan berlagak seperti tiada apa berlaku dapat menyelamatkan tekanan ke atas diri sendiri dan pasangan.

Tiada sebab individu yang mengalami masalah penyakit jantung tidak dapat berfungsi sebagai individu yang normal daripada segi kemampuan batinnya jika penyakitnya mendapat rawatan.

Jika dia dapat melakukan aktiviti harian dan dapat menaiki tangga tanpa terasa kepenatan atau sesak nafas, hubungan kelamin mampu dilakukannya selagi dia boleh mencapai ereksi.

Sebahagian besar lelaki yang mengalami sakit jantung tidak mampu mencapai ereksi yang mencukupi, sama ada ereksi tidak kekal atau tiada langsung, walaupun sangat terangsang.

Malah, lelaki berusia 40 tahun ke atas yang kerap mengalami masalah ereksi perlu diperiksa untuk memastikan sama ada mereka ada penyakit jantung.

Bagaimanapun, tiada sebab lelaki yang selesai menjalani pembedahan pemintasan jantung tidak dapat melakukan hubungan seksual kerana kesihatan tubuhnya pulih, melainkan jika dia mengalami Disfungsi Erektil (DE) yang mana mereka perlu mendapatkan rawatan.

Jika isteri yang sihat mendapati sesuatu tidak kena dengan suami, tidak salah untuk bertanya perkara itu kerana tiada sebab untuk pasangannya menyembunyikan masalah kelemahan syahwatnya hanya untuk menutup aib.

Selain kesihatan jantung, banyak masalah kesihatan boleh menggugat kemampuan syahwat lelaki seperti tua. Kemungkinan lelaki berumur 40 tahun mengalami DE ialah 40 peratus.

Hormon testosterone didapati memainkan fungsi mengukuhkan keaktifan otot zakar dan tindak balas ereksi, dan ini juga menurun apabila usia lelaki mencapai 40 tahun ke atas.

Semua masalah ada rawatan dan yang mustahak ialah untuk lelaki itu berjumpa doktor. Ubat PDE-5 Inhibitor saperti Viagra, Cialis dan Levitra dapat membantu melancarkan darah ke dalam otot zakar ketika hendak melakukan persetubuhan.

Ubat ini tidak boleh makan bersama ubat 'Nitrate' yang biasa diberi kepada lelaki yang sakit jantung. Biasanya Nitrate tidak lagi diperlukan lelaki yang menjalani pemintasan darah kepada jantung.

Selain ubat ini, ada pendekatan lain seperti terapi suntikan Kavernosa dengan ubat Caverject. Pam vakum juga sesuai jika tiada cara lain. Yang mustahak ialah lelaki itu berjumpa doktor dan bukan segala 'pak karut' atau tukang urut. Sampai masanya rawatan DE dikendali melalui rawatan moden.

DOKTOR SAKIT TUAN bersama Dr.Ismail Thamby



Wanita malu berejakulasi?

Banyak wanita yang kurang mengekspresikan dirinya saat merasakan ejakulasi. Ini mungkin terjadi kerana umumnya wanita tidak mampu mengalami dan melepaskan secara total ejakulasinya kerana dibelenggu perasaan malu kepada pasangannya. Untuk mengekspresikan hal ini, memang diperlukan beberapa pendekatan sederhana yang mungkin luput daripada perhatian anda.

Kompromi, bukan bererti membohongi diri sendiri. Namun, jujurlah pada diri sendiri dan jangan menutupi keinginan anda untuk berejakulasi. Memang pada kenyataannya wanita lebih jujur menerima atau menahan dan melepaskan ejakulasi berbanding lelaki.

Walau pada akhirnya timbul perasaan malu kerana mengeluarkan cairan yang begitu banyak seperti keluarnya air dari vagina, wanita lebih memiliki keberanian untuk melepaskan ejakulasinya. Percayalah pada hal itu, bahawa tidak akan terjadi kejadian yang memalukan jika anda melakukannya.

Sedari kekurangan anda tetapi jangan terlalu memikirkannya dan menjadikannya sebagai beban berat. Ini amat mempengaruhi psikologi anda. Bangunkan citra positif anda saat anda cuba untuk melepaskan ejakulasi itu, bahawa pasangan anda pun akan puas dengan apa yang telah anda rasakan terhadap hasil kerja kerasnya merangsang anda.

Paling tidak, anda memberi tindak balas dan seluruh rangsangan dengan baik dan berusaha untuk memberikan kenikmatan yang sama dan seimbang kepada pasangan. Itu merupakan reaksi semula jadi daripada sebuah hubungan intim.


10 cara meningkatkan isi padu air mani

Air mani ialah campuran cecair dari pundi prostat, pundi seminal, pundi cowpers, pepundi dalam salur kencing, cecair dari pundi epididimis dan sperma dari kilang sperma.

Ada 10 cara yang dapat membantu meningkatkan isi padu air mani, antaranya:

Jangan kerap bersetubuh kerana lebih kerap anda mencapai ejakulasi, isi padu air mani makin berkurangan dan cair. Jika ejakulasi selang tiga hari, air mani lebih mantap.

Elak tabiat merokok dan minum minuman keras. Kedua-dua perkara itu merendahkan tahap hormon testosterone yang mustahak untuk fungsi optima pundi yang menghasilkan air mani.

Lakukan senaman secara berkala. Lakukan senaman kegel atau kemut, iaitu mencengkam otot lantai pelvis atau otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing.

Makan makanan berkhasiat yang mengandungi kurang lemak, tinggi khasiat protein, sayur-sayuran dan kekacang. Semua itu sesuai untuk kesihatan sperma dan kandungan air mani. Kurangkan makanan pedas dan berempah.

Elakkan buah zakar terdedah kepada kepanasan. Kepanasan menjejaskan kilang sperma. Pakai seluar dalam longgar seperti seluar pendek 'boxer' dan elak sauna atau merendam badan dalam air panas.

Kurangkan berat badan jika didapati meningkat. Peningkatan lemak perut mengganggu kestabilan hormon testosterone.

Belajar mengurus tahap tekanan secara positif melalui yoga dan bertakafur kerana tekanan memberi kesan negatif kepada kesihatan badan.

Dapatkan urutan badan yang menyegarkan supaya otot selesa dan badan tenang serta mudah berinteraksi secara seksual dan memberi isi padu air mani yang lebih.

Makan makanan tambahan dan herba yang dapat membantu meningkatkan isi padu air mani dan bilangan sperma. Kekacang membantu meningkatkan sperma, zink dapat memantapkan kilang sperma.

Herba Horny Goat Weed atau Epimedium, Tribulus dan extrak standard Tongkat Ali (NU-PREP75) semuanya dapat membantu meningkatkan tahap hormon testosterone dan DHEA yang secara langsung dapat membantu memantapkan pundi serta kilang sperma. Semua ini boleh didapati dari farmasi.

Lakukan hubungan seksual sebelah pagi atau petang kerana ketika itu mudah mengalami pemanasan yang dapat membina kecergasan pundi yang menghasilkan air mani.

Jika lakukan seks sebelah malam, tahap keaktifan badan menurun dan rangsangan kurang, jadi pengeluaran air mani juga kurang.

ED suami ED isteri juga

Tidak berapa lama dulu, sebanyak 80 peratus daripada masalah ED dikatakan bersumber dari dalam kepala lelaki, yakni mental atau psikologi atau juga disebut sebagai psikogenik.

Itu dulu. Namun kini, pecahan menjadi sebaliknya.

Dengan adanya ujian-ujian diagnostik yang lebih baik, faktor-faktor fizikal seperti diabetes, kanser prostat, kecederaan pelvik dan kesan sampingan ubat-ubatan mengambil alih penguasaan.

Masalah perubatan tersebut berupaya mengurangkan atau menghalang aliran darah dan impuls saraf ke zakar, menyebabkan ED.

Sementara itu, tekanan hidup seperti keretakan rumah tangga, kematian orang tersayang, kehilangan pekerjaan dan masalah kewangan dikategorikan sebagai antara faktor sekunder yang menyebabkan ED.

Lelaki yang hilang upaya ereksi secara tiba-tiba biasanya disebabkan oleh faktor psikologi.

Sama seperti ereksi yang boleh tercetus daripada fantasi seks, begitu jugalah pemikiran negatif boleh menghalang ketegangan yang sama daripada berlaku.

Tidak kurang juga lelaki yang menderitai ED yang disebabkan oleh gabungan kedua-dua faktor fizikal dan psikologi.

Tindak balas tubuh dan otak

Tanpa mengira batasan umur atau puncanya, apabila seseorang lelaki itu bermasalah untuk mencapai ereksinya, dia pada mulanya cuba untuk tidak berasa bimbang tentangnya.

Bagaimanapun, apabila ia kembali berulang dan berulang lagi, fikirannya mulai menerobos, apa yang tidak kena.

Dia akan tertanya-tanya sama ada syahwatnya telah hilang dan apakah yang mungkin akan berlaku jika pasangannya mengetahui akan perkara itu.

Seks – bagi lelaki, merupakan antara elemen penting dan utama dalam menentukan kejantanan mereka.

Keupayaan untuk berfungsi secara seksual menterjemahkan peranan lelaki di muka bumi ini, sekali gus membentuk identitinya.

Ini membuatkan lelaki menjadi begitu malu, ego dan kelelakiannya tercabar dan menganggap bukan lagi seorang lelaki sejati.

“Kalau aku tidak boleh melakukan seks dengan normal, aku menjadi seorang lelaki yang gagal dan akan ditinggalkan oleh isteri.”

Pendek kata, serasa dunia sudah kiamat.

Perasaan kecewa, marah, bersalah, kehilangan, tekanan dan takut tidak diterima oleh pasangan (penolakan) turut menghantui mereka.

Apa? Rasa macam biasa dengar?

Mungkin ya, kerana sekiranya anda merupakan pasangan kepada individu yang menghidapi ED, anda lazimnya akan turut dibayangi oleh gelodak yang serupa.

Disebabkan oleh kesakitan emosi yang dialami, kebanyakan lelaki mengambil sikap permisif dan cuba merahsiakannya dari pasangan kerana bimbang diketawakan.

Mereka tidak akan bercakap tentangnya kecuali dengan rakan-rakan sejenis. Venue utama – termasuklah di kedai-kedai mamak.

Bukan perkara pelik bagi lelaki yang menghadapi masalah ini untuk mencari alasan bagi mengelakkan hubungan seks dengan isteri dalam cubaan melupakan masalahnya.

Apabila tiada komunikasi, lama-kelamaan, mereka berpura-pura seolah-olah kehidupan seksual tidak wujud atau tidak penting lagi bagi mereka.

ED lazimnya membimbangkan lelaki akan prestasi seksnya, sama ada dia mampu memberikan kepuasan kepada pasangannya pada masa-masa yang akan datang.

Kerisauan itu seterusnya melengkapkan satu pusingan kejam yang mengakibatkan lelaki semakin sukar untuk mencapai ereksi mereka.

Akhirnya, ED meninggalkan kesan konflik dan kesakitan emosi yang boleh menjarakkan hubungan suami isteri tanpa batasan.

Malang sekali, ED tidak akan berlalu pergi dengan sendirinya dari hidup lelaki sebagaimana sesetengah tanggapan golongan itu bagi menutup kenyataan.

Pakar-pakar sependapat, dalam mana-mana hubungan sekalipun, komunikasi yang baik dan keintiman sesama pasangan sangat penting dan menjadi platform kukuh dalam membantu lelaki keluar dari trauma ini.

Lelaki perlu ingat, hakikatnya, ED bukan masalah lelaki sahaja kerana hubungan seksual adalah satu kegiatan bersama insan Hawa.

Tujuan komunikasi adalah untuk memahami masalah yang berlaku dan menyedari tentang kewujudan serta pilihan rawatan yang ada bagi mengatasinya.

Apabila kita menyentuh tentang komunikasi, kajian mendapati, lelaki dan wanita mempunyai cara perhubungan yang alaminya memang berbeza.

Satu kelainan ketara ialah kaum wanita sering mengutarakan proses membuat keputusan dan pemikiran mereka sedangkan kaum lelaki, sekalipun melalui proses yang sama, tetapi tidak menyatakannya secara lisan.

Ini menjejaskan proses komunikasi kerana lelaki sering tersalah anggap dan berpendapat pertimbangan yang dibuat oleh wanita sebagai jawapan terakhir.

Sedangkan, wanita pula menganggap lelaki langsung tidak mempertimbangkan isu berkenaan.

Sebab itulah lelaki selalu menuduh wanita terlalu kerap bertukar fikiran sedangkan wanita pula menuduh lelaki tidak ambil peduli.

Pasangan yang tidak boleh bercakap dari hati ke hati tidak mustahil gagal melayari bahtera mengikut kemudi mereka sendiri.

Lelaki yang mempunyai masalah untuk berkongsi perasaannya akan mengalami kesukaran untuk berkongsi dengan pasangan masing-masing sebarang kerisauan berkaitan persembahan mereka di bilik tidur.

Sekali lagi, pusingan kejam akan menyebabkan lelaki kehilangan ereksi.

Sementara itu, bagi mana-mana lelaki yang gagal meluahkan mahupun menyelesaikan kemarahan atau kekecewaan terhadap pasangannya, mungkin dengan sengaja menahan zakar daripada menegang sebagai alat ancaman atau senjata konflik mereka.

Lain-lain perasaan yang boleh mendorong ke arah ED ialah:

* Berasa gugup untuk melakukan hubungan kelamin sama ada disebabkan oleh pengalaman buruk atau pernah mengalami episod ED sebelumnya

* Tekanan hidup sama ada di tempat kerja atau di rumah

* Mengalami masalah dalam hubungan dengan pasangan

* Berfikiran negatif, pasangan tidak akan memberikan reaksi yang baik terhadap permintaan anda

* Terlalu malu atau sedar kendiri contohnya, `jangan-jangan, aku tidak dapat menikmati seks dengan baik lagi’

* Sedang bersedih

* Sindrom duda, di mana lelaki akan mengalami ED kerana berasa bersalah dan cemas untuk melakukan hubungan seksual dengan pasangannya yang baru selepas kematian isterinya.

Walaupun terdapat pelbagai pilihan rawatan ED, namun, kajian mendapati satu-satu terapi itu akan lebih berjaya dengan adanya kerjasama daripada isteri.

Ingat, matlamatnya adalah membuat lelaki membuka mulut untuk bercakap dan berbincang mengenai masalah ED yang mereka hadapi.

Masalah yang dibiarkan begitu sahaja boleh memusnahkan hubungan yang paling romantis dan kukuh sekalipun.

Oleh SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

pancutkanisterilongwo8


Apabila Suami 'Makan Luar'

Sebagai seorang ketua keluarga, Fariz tidak pernah lupa untuk menjalankan tanggungjawabnya. Apa sahaja yang diminta oleh isteri dan anak-anak akan cuba dipenuhi. Bagi Fariz, jika dia tidak menunaikan permintaan mereka, siapa lagi yang boleh diharapkan. Tapi di sebalik kebahagiaan yang dimiliki, ramai yang tidak tahu akan rahsia yang dimiliki oleh Fariz. Sebagai seorang lelaki, Fariz boleh dikategorikan sebagai lelaki yang mempunyai nafsu yang tinggi.

Pada mulanya Fariz tidak menyedari sikapnya itu. Semuanya bermula ketika Fariz dibawa oleh salah seorang kenalan bisnesnya ketika mereka keluar meraikan kejayaan syarikatnya. Pada mulanya Fariz enggan ke kelab hiburan eksekutif sebegitu. Namun setelah dipujuk berkali-kali, cair hati Fariz juga dengan pelawaan tersebut. Dalam hati Fariz berkata, kalau setakat pergi melihat apa salahnya. Tidak ada ruginya.

Maka bermulalah episod baru dalam kehidupan Fariz. Setelah pertama kali kenal dengan kelab hiburan sebegitu, Fariz terasa suatu perbezaan berlaku dalam dirinya. Dia terasa gembira dengan apa yang dilakukannya. Malah Fariz terasa layanan yang diterima daripada pelayan wanita ataupun GRO di kelab tersebut melebihi layanan yang diberikan isterinya.

Sejak mula mengenali kehidupan baru ini, Fariz akan cuba untuk mengunjunginya setiap kali ada peluang. Jika pertama kali pergi, Fariz pergi bersama kenalan bisnesnya, tetapi kali ini dia berani pergi seorang diri. Apa yang membuatkan Fariz seronok berada di sana ialah, sekiranya mahu melakukan hubungan intim dengan wanita di kelab tersebut, dia boleh melakukannya pada bila-bila masa sahaja. Jika ada wang, semuanya boleh berlaku.

Kegiatan baru Fariz ini tidak dapat dihidu oleh isterinya. Baginya, rahsia tetap rahsia. Biar pecah di perut jangan pecah di mulut. Itulah yang diberitahunya kepada kenalan bisnesnya.

Apabila sering berkunjung ke kelab eksekutif dan sering mendapat 'khidmat khas' di sana, nafsu Fariz mula menjadi kuat. Sebagaimana dia dilayan oleh wanita di kelab, begitu jugalah dia mahu isteri melayaninya.

Pada mulanya isteri Fariz terkejut dengan keinginan suaminya itu. Sebagai isteri, dia menurut. Apa yang diingini Fariz akan cuba ditunaikan. Tetapi Fariz tidak pernah puas dengan apa yang diberikan oleh isterinya. Jika isterinya tidak memberi kepuasan, Fariz mula pandai untuk mengangkat tangan memukul isterinya.

Apabila Fariz mula berani angkat tangan, isterinya mula sedar akan perubahan suaminya. Demi anak-anak, isteri Fariz tidak berbuat apa-apa. Mungkin lain kali Fariz tidak akan buat lagi perangai. Itulah fikir isterinya.

Namun setelah muka dan badannya lebam-lebam setiap kali keinginannya tidak dipenuhi isteri Fariz mula tidak tahan. Tanpa pengetahuan Fariz, isterinya telah lari ke rumah ibu bapanya dan mengadu kepada ahli keluarganya. Apabila mendengarkan perangai Fariz itu, ibu bapa isterinya amat terkejut dan amat marah.

Disebabkan tidak mahu anak mereka diperlakukan sedemikian, orang tua isterinya telah memanggil Fariz untuk meminta penjelasan. Ketika itu Fariz terkejut bila memikirkan bagaimana mentuanya tahu akan sikap buruknya itu.

Setelah disoal Fariz pada mulanya menafikan perlakuan terhadap isterinya. Teapi setelah bukti ditunjukkan oleh isterinya, Fariz tidak dapat berbuat apa-apa. Terpaksalah dia mengiyakan kebenaran yang selama ini menjadi rahsianya.

Apabila mentuanya bertanyakan kepada Fariz apa yang membuatkan Fariz bersikap sebegitu, Fariz terdiam. Setelah dinasihati dan dipujuk oleh mentuanya, barulah Fariz menceritakan segalanya. Kata Fariz dia tidak puas dengan layanan isterinya. Dia mahukan isterinya melayani nafsu batinnya sebagaimana yang dilakukan oleh wanita di kelab malam.

Terkejut mentua Fariz dengan pengakuan menantunya itu. Walaupun pada mulanya tujuan mentua Fariz berbincang agar menantu dan isterinya boleh berbaik-baik semula tetapi setelah mendapat tahu bahawa Fariz bukan setakat memukul isteri tetapi juga curang dalam perkahwinan yang telah dibina selama 10 tahun itu, tidak ada jalan penyelesaian lain daripada meminta Fariz untuk melepaskan anak mereka.

Fariz merayu agar isterinya tidak menurut kata ibu bapanya dan kekal bersamanya. Namun kerana sudah terluka dengan sikap Fariz, isterinya bersetuju dengan akur ibu dengan kata ibu bapanya. Malah kata isterinya, dia tidak sanggup lagi bersama Fariz setelah mengetahui bahawa suaminya curang.

Sumber: Mingguan Wanita

pancutkanisterilongwo8



Jangan Jimak Ketika Haid

Islam melarang suami menyetubuhi isteri ketika isteri dalam haid, tetapi jika hidup bertuankan nafsu, ada yang tetap melakukannya.

Barangkali kefahaman mengenai darah haid itu kurang, menyebabkan ada suami menyangka tiada masalah jika bersetubuh ketika isteri uzur.

Mengikut pandangan dan kefahaman kuno, darah haid itu berbahaya. Jika jatuh ke tanah, ia membuatkan tanah itu tidak subur. Malah, wanita yang datang haid diasingkan dan kadangkala dikurung dalam bilik sehingga kembali suci.

Ada juga pandangan kononnya jika alat kelamin lelaki terkena darah haid, dia mungkin mati pucuk. Sebahagian besar daripada pandangan itu adalah mitos belaka, tetapi di sebalik mitos, ada juga kebenaran.

Haid sebenarnya ialah selaput dalam rahim atau endometrium yang tertanggal dari dinding rahim selepas selesai putaran hidupnya dan menjalani proses hancur lebur dan keluar dari rahim melalui saluran serviks dan faraj.

Ia bangkai yang membabitkan tisu dan sel mati dengan kandungan bakteria dan berbau seperti bangkai. Jika hubungan kelamin dilakukan pada waktu itu, wanita terdedah kepada air mani dan jika ada kuman perosak, tentu kuman itu mudah membiak dengan adanya sel dan tisu berkenaan.

Jika jangkitan merebak ke rahim dan salur rahim, kemungkinan keradangan organ boleh berlaku sehingga menjejaskan alat sulit. Malah, ada juga kemungkinan jangkitan merebak terus dalam salur darah dan mengakibatkan kemasukan kuman dalam darah menerusi keadaan dikenali sebagai bacteriaemia yang boleh menjejaskan kesihatan wanita dan mengakibatkan maut!

Hubungan seksual ketika haid juga mengundang risiko berlakunya pendarahan berlebihan sehingga menjejaskan kesihatan.

Memandangkan hubungan seksual dalam pandangan Islam ialah ibadat, melakukannya ketika wanita datang haid adalah salah daripada segi hukum Islam. Sebabnya bukan saja daripada segi kekotoran dan najis yang keluar, tetapi kemungkinan berlaku kemudaratan kepada kesihatan wanita.

Sebahagian besar wanita pula mendapati ketika dalam haid, nafsu syahwat meningkat secara mendadak dan selera seks mereka mudah terbuka sehingga sanggup melakukan seks ketika itu.

Ada juga lelaki gemar melakukan hubungan seks ketika wanita dalam haid. Kononnya mereka seronok dengan bau darah haid.

Ini dikaitkan dengan 'fetihisme' atau 'fetish' kepada darah haid, yang mana perasaan seksual mereka mencapai satu keadaan yang luar biasa apabila terdedah kepada darah haid.

Tidak kurang juga pasangan yang sanggup melakukan seks ketika wanita dalam haid kerana tidak mahu wanita itu hamil.

Bagaimanapun, jika hubungan seksual dilakukan ketika haid berkurangan, kemungkinan wanita itu boleh hamil. Justeru, pendapat mengatakan wanita tidak akan hamil jika bersetubuh ketika dalam haid adalah tidak betul.

Pada pendapat saya, sebagai seorang Islam, kita perlu ikut hukum. Hubungan seksual masih boleh dilakukan ketika wanita itu kedatangan haid tetapi tanpa seks, seperti sentuhan intim di bahagian atas pusat.

Oleh Dr Ismail Thamby



Ketagihan hubungan seks terlarang

Saya remaja lelaki berumur 19 tahun. Semasa berumur 11 tahun, satu detik hitam berlaku dan peristiwa itu mencorak tingkah laku buruk saya.

Pada usia itu, bapa saudara (adik kepada ayah) mengambil kesempatan mencabul dan meliwat saya.

Saya tidak berani memberitahu keluarga mengenai kejadian itu kerana bapa saudara memberi ugutan. Apabila ada kesempatan, dia akan melakukan perbuatan terkutuk itu.

Pada mulanya saya sangat marah tetap lama kelamaan semakin rasa seronok. Saya kini ketagihan hubungan seks terlarang dan kini menjadi seorang lelaki homoseksual.

Saya sering terbabit dalam aktiviti tidak sihat iaitu sering melakukan hubungan seks dengan kaum sejenis.

Saya tahu itu berdosa dan cuba sedaya upaya meninggalkan aktiviti jijik itu. Malangnya kadangkala saya tidak dapat mengawal nafsu. Apatah lagi saya kini tidak bersekolah dan pergerakan serta pergaulan lebih luas.

Saya sering memohon doa kepada Allah S.W.T supaya dapat menghindari tingkah laku buruk ini, malangnya gagal.

Adik

——————-

Terima kasih di atas luahan perasaan dan masalah adik. Nampaknya adik berada dalam konflik kerana mendapati sukar melarikan diri daripada masalah terbabit melakukan hubungan seksual dengan rakan sejenis.

Walaupun adik merasa bersalah dan berdosa melakukannya, tetapi gagal mengawal diri kerana faktor kurang dapat mengawal emosi, nafsu dan perlakuan.

Langkah adik mendapatkan pertolongan adalah satu permulaan yang baik dan menunjukkan adik cuba menjadi insan normal daripada sudut perlakuan tingkah laku seks.

Ia juga berkaitan dengan membebaskan diri daripada melakukan sesuatu yang dilarang agama. Meluahkan perasaan yang dipendam dapat membantu meringankan beban dan tekanan dialami.

Adik menjelaskan bagaimana mula terjebak dengan perkara ini dan saya berpendapat, adik dianiaya oleh orang yang dipercayai. Malangnya "harapkan pagar, pagar makan padi".

Faktor persekitaran yang terbina melalui pengalaman inilah menyebabkan adik terjebak. Apabila adik merasakan pengalaman homoseksual pertama menyeronokkan, adik meneruskan aktiviti homoseksual secara berterusan.

Pendedahan berleluasa terhadap aktiviti homoseksual membuatkan adik semakin selesa dengan situasi ini.

Ada banyak sebab mengapa seseorang boleh terbabit dalam aktiviti antaranya ialah faktor keluarga. Contohnya, pengalaman atau trauma yang dialami sewaktu alam kanak-kanak.

Seorang anak lelaki yang sering dikasari oleh ibu akan menyebabkan anak beranggapan semua perempuan bersikap kasar, bengis dan panas baran yang memungkinkan akan berasa benci pada kaum perempuan.

Ada pandangan lain yang mengaitkan dengan faktor biologi iaitu perasaan dan nafsu itu terhasil disebabkan oleh bahan kimia dan hormon yang dikeluarkan dalam badan (luar kawalan). Bagaimanapun, pendapat ini masih lagi dibincangkan dan tidak dapat dibuktikan secara menyeluruh.

Faktor dorongan individu pula lahir daripada rentetan proses pembelajaran sewaktu kecil. Ia berlaku kerana kurangnya rasa kepercayaan terhadap ibu dan saudara perempuan (lesbian) dan sebaliknya (gay).

Individu yang kurang percaya pada potensi seksual yang ada pada diri sendiri juga boleh terbabit dalam gejala ini.

Selain itu, keinginan perasaan untuk mendominasi hawa nafsu boleh menyumbang kepada tingkah laku homoseksual. Ada individu apabila harga diri tidak boleh diperoleh dari hubungan lain menyalurkan kepada hubungan kaum sejenisnya.

Keluhan adik adalah pada peringkat pendedahan awal untuk melahirkan ekspresi diri . Sebelum ini mungkin adik berada dalam peringkat tertutup dan kini ingin berkongsi perasaan sebagai seorang gay.

Sebelum membantu mencari jalan penyelesaian membantu adik menangani masalah ini, saya akan kaitkan dengan perspektif masyarakat terhadap individu yang terbabit dengan aktiviti homoseksual ini.

Sering kali punca keruntuhan moral dan tamadun dikaitkan dengan gejala sosial termasuklah kegiatan homoseksual. Aktiviti ini mencacatkan sahsiah budaya dan kesatuan masyarakat.

Kegiatan homosekual sering dikaitkan dengan pembunuh institusi kekeluargaan. Masyarakat akan menjadi tidak sihat dan unsur negatif akan disalurkan dalam institusi kekeluargaan homoseksual. Ini mengurangkan jumlah penduduk dalam masyarakat.

Golongan homoseksual juga sering dipertanggungjawab terhadap gejala kurang sihat dan kepelbagaian masalah kesihatan seperti Aids dan STD. Walaupun jangkitan Aids dan STD disebabkan oleh pelbagai faktor, golongan homoseksual sering dijadikan penyebab utama.

Banyak cara boleh adik gunakan untuk mengurangkan keinginan homoseksual . Antara kaedah yang boleh digunakan ialah kaedah terapi aversi. Terapi ini bagaimanapun dianggap sesetengah orang sebagai kurang beretika kerana ia menyakitkan.

Terapi ini adalah satu bentuk modifikasi tingkah laku yang menggunakan rangsangan yang menyakitkan dalam usaha membantu pesakit mengurangkan tingkah laku yang tidak dikehendaki.

Dalam konteks adik ialah menggunakan terapi ini apabila keinginan untuk melakukan hubungan seks berlaku.

Satu lagi cara yang boleh digunakan ialah melalui penulisan jurnal. Kaedah ini membolehkan adik menulis apa saja mengenai pengalaman dan luahan perasaan dan harapan dalam bentuk penulisan.

Keinginan adik untuk menjauhi aktiviti homoseksual juga boleh ditulis di dalam jurnal ini.

Selain itu, untuk mengelakkan daripada memikirkan keinginan seks, adik lakukanlah kerja berfaedah kepada masyarakat seperti bergotong-royong dan sebagainya.

Intervensi berbentuk keagamaan juga adalah antara kaedah yang sering digunakan. Lakukan ibadat puasa, sekurang-kurangnya dapat mengendurkan nafsu . Lakukan ibadat puasa sunat lengkap dengan syarat, rukun dan adab-adabnya.

Puasa membentuk kita melawan hawa nafsu dengan mengekang diri daripada melakukan perkara yang boleh membatalkan atau mencacatkan puasa pada siang hari.

Puasa juga dari sudut psikologinya membantu dalam mengurangkan kegelisahan dan kesihatan mental. Seorang doktor Muslim bernama Abu Malik dalam bukunya berjudul "Puasa dalam Islam dan Fenomena Psikologis" menjelaskan puasa mempercepat proses pemulihan mental. Saya doakan adik akan berjaya mengatasi masalah homoseksual ini.

Dijawab oleh Dr Sapora Sipon



Dapat isteri sisa rakan

Saya berkahwin hampir tiga tahun lalu dan ada seorang anak. Selama tempoh itu saya rasa sungguh bahagia. Namun, yang menjadi masalah kepada saya sejak setahun lalu ialah, saya tertekan dengan sejarah silam isteri.

Saya dapat tahu isteri saya pernah melakukan hubungan seks dengan bekas teman lelakinya. Berita ini saya dengar daripada mulut bekas teman lelakinya.

Sejak cerita itu masuk ke telinga, saya rasa dunia ini sungguh gelap. Sejak itu saya hilang rasa hormat kepadanya sebagai isteri dan ibu kepada anak saya.

Hubungan kami tidak semesra dulu, ibarat air laut yang pasang dan surut, tambahan pula saya panas baran dan berdendam. Saya cuba lebih mendekatkan diri dengan Allah SWT dengan pelbagai cara.

Bagaimanapun, setiap kali itu terngiang-ngiang di telinga saya kata-kata bekas teman lelakinya: "Aku dah 'projek' berkali-kali dengan isteri kau. Pergilah tanya dia, tak kan dia tak mengaku dan kenal aku."

Setiap kali hendak bersama, saya berasakan isteri saya terbayang dia melakukan hubungan seks dengan bekas teman lelakinya. Ini membuatkan saya hilang mood dan mula mencari salah.

Saya pernah terfikir untuk menceraikannya, tetapi saya kasihan pada anak kami yang masih kecil dan tidak tahu apa-apa.

Namun, pada masa sama saya benci melihat muka isteri, terutama bila teringat kata-kata bekas teman lelakinya. Saya harap Dang Setia dapat membantu saya dalam hal ini.

RAUL
Perak

———————–

Masalah saudara memang rumit, namun yang merumitkannya lagi ialah saudara tidak bertindak secara proaktif untuk menyelesaikannya, tetapi memendamnya.

Apabila sesuatu masalah dipendam, ia sama sekali tidak akan selesai, sebaliknya bertambah rumit.

Dalam menangani masalah rumit ini, Dang Setia berpendapat saudara perlu lebih realistik, tidak bertindak terburu-buru dan bijak mengawal emosi.

Bagi Dang Setia, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah memastikan apakah dakwaan kawan saudara yang juga bekas teman lelaki isteri saudara benar atau palsu.

Ada kemungkinan terhadap kedua-duanya. Mungkin benar isteri pernah ditiduri bekas teman lelakinya dan mungkin juga ia tidak benar, sebaliknya perkara itu sekadar rekaan bekas teman lelakinya untuk memporak-perandakan rumah tangga saudara.

Dia mungkin bertindak begitu kerana ingin membalas dendam selepas hasratnya untuk berkahwin dengan isteri saudara tidak kesampaian.

Justeru, cara terbaik untuk mengetahui sama ada ia benar atau palsu ialah bertanya soalan itu kepada isteri saudara. Dang Setia sedar tindakan ini bukan mudah, namun saudara sebenarnya tiada pilihan.

Mahu atau tidak, saudara perlu melakukannya dan perlu ada keberanian, ketabahan serta ketahanan mental untuk melakukannya. Ini kerana, jika jawapan isteri saudari tidak, tentu ia sungguh melegakan.

Namun, timbul juga pertanyaan, adakah saudara akan mempercayai kata-katanya atau masih berterusan diselubungi curiga dan syak wasangka yang sekali gus menyebabkan hubungan anda berdua terus dingin.

Bagaimana pula jika jawapan isteri saudara ya, maksudnya dia mengaku pernah tidur bersama bekas teman lelakinya. Apakah pula sikap dan penerimaan saudara? Apakah saudara sudi memaafkannya atau terus menjatuhkan pelbagai hukuman ke atasnya?

Saudara, soal hati dan perasaan saudara memang sukar diubah. Ia hadir secara semula jadi dan kita tidak boleh berpura-pura atau menipu diri sendiri untuk menidakkan apa yang sebenarnya kita rasa.

Jadi, yang mampu Dang Setia lakukan ialah sekadar memberi pandangan dan ada dua perkara yang Dang Setia mahu saudara fikirkan. Pertama, cuba bayangkan diri saudara di tempat isteri.

Dia sudah kehilangan dara dan Dang Setia yakin dia pasti menyesali keterlanjurannya. Apabila saudara melamarnya, tentu dia dihimpit dilema sama ada mahu berterus terang mengenai kisah silamnya atau merahsiakannya.

Jika berterus terang, dia bimbang saudara tidak sudi mengahwininya dan dia kemudian mengambil risiko dengan merahsiakan perkara itu. Nyata, langkahnya tepat sehinggalah saudara mengesan kisah hitamnya selepas hampir tiga tahun berkahwin.

Jadi, jika saudara di tempat isteri, apa agaknya perasaan saudara jika dituduh tidak jujur, sedangkan saudara menyesali keterlanjuran yang berlaku serta percaya berahsia adalah langkah paling baik yang wajar dilakukan?

Kedua, apakah sejarah kehidupan lampau isteri terlalu penting buat saudara? Selain itu, mana satu yang lebih penting, sejarah silam atau perlakuannya masa kini?

Andai kata saudara tidak diberitahu mengenai kisah silam isteri, bukankah persepsi positif saudara terhadapnya selama ini tidak akan berubah? Ini kerana saudara berpuas hati dengan perlakuannya kini.

Dang Setia berani berkata begitu kerana saudara sendiri menyatakan sepanjang dua tahun pertama perkahwinan, kehidupan saudara sungguh bahagia. Ini menunjukkan isteri saudara berjaya menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu dengan baik, sebagaimana saudara inginkan.

Oleh itu, wajarkah segala kebahagiaan itu digadaikan dek kesilapan lampaunya yang sangat dikesalinya? Berbaloikah juga saudara menjejaskan tumbesaran dan masa depan anak yang saudara kasihani semata-mata kerana kesilapan lampau isteri?

Akhir sekali, jangan lupa apa yang diajar Allah SWT dan Rasulullah SAW kepada kita umat Islam. Jika Allah SWT sentiasa bersedia mengampunkan hamba-Nya, begitu juga Rasulullah SAW yang sedia memaafkan kesilapan umatnya, bukankah kita sewajarnya mengikut contoh yang diberikan itu?

Dang Setia, Metro



Seks 'Surprise'

Seks dan kehidupan berumahtangga memang tidak dapat dipisahkan. Naluri seksual adalah fitrah bagi setiap insan dan perkahwinan merupakan jalan yang terbaik untuk menyalurkannya. Memenuhi kehendak seksual pasangan masing-masing adalah sangat penting sehinggakan dianggap ibadah.

Pernahkah suami anda tiba-tiba pulang ke rumah sewaktu kerja, menarik anda ke bilik, mengunci pintu dan terus melakukannya? Bertuahlah anda kerana suami anda merupakan lelaki yang amanah dalam menjaga kemaluannya hanya di jalan yang dihalalkan Allah.

Zaman sekarang merupakan cabaran yang besar bagi lelaki kerana rata-rata pakaian wanita terdedah sana sini dan memang tak cukup kain. Ada juga wanita Islam yang tidak menutup auratnya dengan sempurna. Pakai tudung tapi dada terdedah dengan pakaian ketat membaluti tubuh. Pendek kata, memang susah betul suami kita nak jaga mata, apatah lagi nak elakkan diri daripada terangsang nafsu shahwatnya.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Jika kamu melihat seorang wanita dan hatimu menjadi cenderung kepada wanita itu maka dia hendaklah pulang menemui isterinya dan mendatangi tempat tidurnya supaya terhindar dari kekejian." (Hadis Riwayat Muslim)

Memang jelas sudah menjadi tugas anda sebagai isteri untuk melunaskan shahwat suami yang sedang bergelora walau pun anda sendiri tidak mendapat kepuasan. Manalah tau, di tempat kerjanya penuh dengan wanita-wanita seksi yang menguji imannya. Yang sebenarnya, anda telah berjaya menjaga shahwat dan kemaluan suami anda, di samping mewujudkan sikap bertolak ansur dan tidak mementingkan diri sendiri. Masih ada banyak peluang lagi untuk anda sama-sama mendapat kepuasan.

Keinginan seksual lelaki sebenarnya sukar dijangka masa dan ketikanya. Jika suami berkehendakkan anda, harus segera ditunaikan sehinggakan Rasulullah S.A.W. bersabda: "Apabila seorang suami mengajak isterinya maka penuhilah segera kehendaknya meskipun dia berada di dapur."(Hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibnu Hibban). Anda harus berbangga kerana suami telah memenuhi keinginan shahwatnya dengan isteri sendiri dan bukannya dengan wanita lain. Pendek kata, anda telah menyelamatkan suami daripada berzina.

Kalau anda bergaduh atau merajuk sekali pun, hasrat suami harus dipenuhi. Janganlah terlalu mengikut kehendak hati dan ego anda. Walau pun hakikatnya anda sedang berjauh hati dengan suami, anda tidak dianggap kalah jika memenuhi tuntutan seksualnya. Sebaliknya, kemenangan di pihak anda kerana berjaya menambat hati suami.

Sabda Rasulullah S.A.W. lagi, "Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidur kemudian isteri tidak mendatanginya sehingga suami marah maka para malaikat akan mengutuk isteri itu hingga ke waktu pagi." (Hadis Riwayat Muslim). Dalam riwayat yang lain dinyatakan; "Sehinggalah suaminya reda."

Begitu besarnya implikasi terhadap isteri apabila menolak keinginan seksual suami. Kesimpulannya, kelembutan, tolak ansur dan keikhlasan isteri dalam melayani suami sangat penting. Hiasilah diri dengan cantik di depan suami (jangan bila keluar rumah sahaja) supaya dia sentiasa tertarik dengan anda. Perkahwinan akan menjadi lebih bermakna, insya Allah….

Sumber: http://comelnya.com/



Bolehkah urut atasi masalah seks?

Saya berusia lewat 30-an dan mempunyai tiga orang anak. Walaupun saya masih muda saya mempunyai beberapa kemusykilan mengenai kesihatan seksual. Semasa melakukan hubungan seks ia tidak dapat bertahan lama dan kerap mendapat rungutan daripada isteri. Adakah amalan urutan tradisional boleh mengatasi masalah ini?

Jawapan:

Ada dalam kalangan masyarakat kita memilih rawatan tradisional untuk memulih atau mengekalkan kesihatan alat kelamin seperti amalan mengurut dan menggunakan pelbagai jenis minyak yang dikatakan dapat meringankan masalah kelemahan tenaga syahwat. Namun begitu, haruslah diingat bahawa urutan bukanlah cara penyelesaian yang terbaik, malah boleh mendatangkan kemudaratan jika tidak dilakukan dengan baik.

Urutan yang dilakukan oleh pengamal yang tidak berkemahiran dengan tekanan yang kuat akan memberi tekanan berlebihan ke atas saraf. Akibatnya, ada kalangan mereka yang mengalami pembengkakan, lebam serta kesakitan selepas diurut. Masalah ini boleh berlarutan memandangkan alat kelamin alat organ yang sensitif.

Kecederaan pada saraf di bahagian alat kelamin akan menjejaskan bekalan darah ke bahagian tersebut, seterusnya mengganggu ereksi. Penggunaan herba-herba yang telah terbukti seperti Horny goat weed, Withania, ginseng dan gabungan dengan beberapa jenis herba lain akan memberi kesan yang lebih baik demi meningkatkan keinginan seks dan masalah kemerosotan kesihatan seksual lain secara keseluruhannya.

Anda seharusnya mengamalkan pendekatan yang lebih sihat untuk menjaga kesihatan alat kelamin. Kenali penyebab berlakunya kemerosotan syahwat supaya anda dapat menangani dengan lebih berkesan. Amalkan gaya hidup sihat seperti senaman secara berterusan tentunya boleh meningkatkan tahap kecergasan dan stamina serta baik untuk pengaliran yang sihat (boleh memberi kesan kepada bekalan darah yang lebih baik ke bahagian alat kelamin).

Jika anda mempunyai masalah berlebihan, ambillah langkah-langkah yang lebih proaktif untuk mengekalkan berat badan ideal demi kesihatan yang lebih baik.

Mati pucuk dan faktor usia

SOALAN: Adakah masalah mati pucuk disebabkan oleh faktor penuaan kerana saya dapati kemerosotan fungsi alat kelamin saya hanya boleh dirasai sejak lebih kurang dua tahun yang lalu. Untuk pengetahuan pihak tuan, saya tidak mengalami masalah kesihatan kronik seperti kencing manis atau jantung. Bagaimana pula dengan masalah kedinginan seks kalangan wanita?

Jawapan: Kemerosotan dalam keinginan seks boleh berlaku seiring dengan peningkatan usia, namun ia bukanlah alasan kepada kita untuk membiarkan masalah ini terus membelenggu diri. Kesan penuaan masih boleh diminimumkan dengan pemahaman dan amalan gaya hidup dan pemakanan yang sihat. Kemerosotan hormon testosteron apabila usia semakin meningkat boleh menyumbang kepada masalah ini.

Namun dari aspek penjagaan kesihatan lain seperti tekanan darah tinggi, kegemukan, diabetes dan pelbagai lagi seharusnya dicegah kerana ia turut menyumbang kepada mati pucuk.

Dalam masa yang sama, jagalah kesihatan emosi anda seperti cuba menangani tekanan dengan cara yang berkesan. Konflik rumah tangga, tekanan di tempat kerja dan keletihan turut menjejaskan keinginan seks serta kualiti hubungan intim.

Pendekatan yang lebih menyeluruh tentunya merupakan langkah terbaik. Ini termasuklah amalan pemakanan yang sihat dan seimbang bagi mengelakkan masalah kesihatan dan mengekalkan tahap kecergasan.

Sentiasalah berfikiran positif dan berkeyakinan dalam menghadapi apa jua masalah serta mempunyai rakan sosial yang berkualiti.

Bagi wanita yang berusia terutamanya selepas menopaus, kedinginan seks boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya termasuklah masalah urogenital seperti jangkitan pada saluran kencing, jangkitan yis dan juga jangkitan bakteria serta kekeringan vagina yang menjadikan hubungan seks sebagai pengalaman yang kurang menyenangkan. Keletihan yang kerap dialami wanita juga turut berperanan.

Pengambilan gingko boleh membantu meningkatkan peredaran darah, bukan sahaja penting untuk membantu daya ingatan, tetapi juga bermanfaat untuk mengekalkan kesihatan seksual termasuk keupayaan ereksi.

Manakala bagi wanita, pengambilan herba seperti Damiana yang juga dikenali sebagai tonik perangsang seks boleh membantu meningkatkan keinginan serta menambah kepekaan saraf apabila mendapat rangsangan seks.

Manakala Withania membantu kesihatan saraf dan telah digunakan untuk melawan tekanan emosi dan kelesuan.



Masalah Gay

Individu homoseksual, baik lelaki atau perempuan, mempunyai naluri atau minat berciri seksual kepada kaum sama jenis. Untuk lelaki, istilah digunakan ialah 'gay' manakala perempuan dikenali sebagai 'lesbian'.

Kadangkala istilah 'queer' digunakan kepada individu yang menunjukkan minat kepada kaum sejenis walaupun mereka menafikan. Ia satu tindak balas biasa apabila mereka terasa diri mereka mendapat perhatian kawan.

Seorang pembaca bertanya saya, apakah cara terbaik untuk mengubat lelaki homoseksual, terutama yang pernah berasmara dengan lelaki gay lain dan langsung tiada keinginan pada wanita.

Malangnya, keadaan dialami mereka bukan satu penyakit. Ia lebih kepada perasaan kendiri individu itu memilih pilihan naluri kepada kaum sejenis. Jadi, tidak hairan jika mereka mendapati mereka langsung tiada tarikan kepada kaum yang berlainan jenis.

Walaupun mereka mencuba dan kadangkala melakukan perbuatan yang terlanjur dengan individu kaum bukan sejenis dengan tujuan mengetepikan naluri mereka kepada sesama lelaki, mereka masih kekal dengan pendirian seronok dengan kaum sejenis.

Ada juga di kalangan mereka boleh bergaul dan berintiman dengan kaum bukan sejenis dan mereka dikenali sebagai 'biseksual'. Pasangan mereka akan rasa diri dipergunakan apabila tahu perangai mereka kerana pasangan mereka bukan jenis begitu!

Kedua-dua situasi sedemikian iaitu homoseksual dan biseksual adalah keadaan yang tidak diterima masyarakat umum walaupun boleh diterima sesetengah kawan dan individu yang simpati kepada mereka. Mereka yang bersifat begitu akan dicemuh.

Jadi mereka terpaksa mendiamkan diri saja sambil meneruskan naluri pilihan mereka dalam keadaan berperasaan serba salah.

Tiada rawatan untuk keadaan dialami ini, kecuali dia mengawal perasaan minatnya dengan tidak bermain cinta, menjauhi individu kaum sejenis yang diminati dan tumpukan perhatian kepada kerjaya atau aktiviti kemasyarakatan disamping mendekatkan diri pada agama.

Mungkin mereka boleh berubah, tetapi ini hanya melalui kesungguhan usaha mereka sendiri.

DOKTOR SAKIT TUAN bersama Dr.Ismail Thamby
Harian Metro



Pelacur di Jerman diwajib bayar cukai

Pelacur di sekitar bandar Bonn perlu membawa tiket yang dibeli dari mesin yang menyerupai mesin tiket meletak kereta ketika bekerja jika tidak mahu dikenakan denda dari pihak berkuasa cukai, menurut rancangan baru yang dilancarkan Isnin lalu.

Di Jerman, pelacur-pelacur membayar cukai pendapatan berbeza di setiap kawasan tetapi undang-undang tersebut sukar dikuatkuasakan kepada mereka yang mencari pelanggan di tepi jalan.

Tiket bermeter cukai perkhidmatan pelacuran pertama di Jerman yang dijual dengan harga 6 euro (RM26.10) untuk satu malam itu bagi memastikan sistem cukai dilaksanakan dengan adil, kata jurucakap bandar itu.

"Pegawai pemeriksa akan mengawasi pelaksanaan baru itu, bukan setiap malam tetapi ia akan kerap dijalankan," katanya.

Jika ditangkap tanpa tiket yang sah, pesalah akan ditegur dahulu, kemudian akan dikenakan denda dan mereka juga akan dilarang mencari pelanggan jika masih tidak mematuhi arahan tersebut.

Kira-kira 200 pelacur bekerja di Bonn tetapi pegawai bandar tersebut mengehadkan kawasan untuk mereka beroperasi di kawasan-kawasan tertentu kerana bantahan dari penduduk. - Reuters

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular