5 Teknik Asmara Spontan

Ada orang kata hidup selepas berumahtangga amat membosankan. Malahan pendapat pakar motivasi menyatakan seorang lelaki akan hilang sifat romantis selepas sahaja berkahwin. Benarkah begitu?
Mungkin ya kerana kebanyakan pasangan sudah tidak lagi menyemai dan membajai rasa sayang yang sepatutnya. Alasan penat, sibuk kerja, tekanan dan tidak cukup masa sering menjadi alasan pasangan suami isteri tidak lagi semesra seperti di dalam percintaan. Mengapa terjadi begitu?

Jangan bimbang ikut 5 idea dibawah:-

• Cuit-cuit

Boleh dilakukan bila-bila masa. Kalau si dia kelihatan sibuk, tertekan dan tegang semasa membuat kerja, cuit-cutilah dia sedikit. Mungkin cara ini boleh menghilangkan sedikit rasa stresnya. Sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya. Bimbang nanti kalau tidak kena gaya , bukan untuk menambah kemesraan, sebaiknya mengundang kemarahan pula.

• Kenyit-kenyit
Sekali-sekala, kenyit-kenyitlah mata pada yang tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyit mata. Buatlah seperti semasa waktu mengurat dahulu. Pasti seronok mengusik si dia dengan cara ini. Respon dia juga tentu menggembirakan hati anda.

• Ops, maaf terpegang
Tidak salah rasanya anda minta tolong pasangan ambilkan barangan kemudian semasa dihulurkan barangan itu, ambil tangannya, bukan barang itu. Selepas itu pandai-pandailah meminta maaf, "Ops, terpegang, tak sengaja". Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manja pada anda. Aduh, boleh cair jadinya

• Urut mengurut
Sekali-sekala, apa kata kalau ada urut-urut manja pasangan anda. Lakukan pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menonton television atau semasa berbual-bual.

• Usik melalui telefon
Sekali-sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah seperti salah nombor. Usik-usiklah sampai dia marah. Bila sudah kemuncak perbualan dan si dia memang marah, perkenalkan semula diri anda. Tentu menarik. Tetapi perlulah kena gaya gurauan dan waktu gurauan agar gurauan anda boleh diterima. Silap gaya, anda pula dimarahinya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular