Panduan Malam Pertama Utk Wanita

Pengurusan malam pertama mungkin tidak dijelaskan dalam kursus praperkahwinan. Pada masa ini bagi yang inginkan sedikit 'tip', anda boleh membeli cakera padat 'Cinta, Perkahwinan dan Kesihatan Seksual' di pasaran. Anda juga boleh mencari buku tulisan saya.

Malam pertama memberi banyak cabaran kepada pasangan lelaki dan wanita, terutama yang suci. Jika pasangan wanita menyimpan kesuciannya selama ini, sudah tentu malam pertama memberi makna besar kepadanya. Ini kerana dia dapat memberi anugerah yang sungguh bernilai kepada lelaki dicintainya.

Seseorang wanita perlu tahu dia tidak harus berasa takut atau 'seriau' hingga peristiwa pada malam pertama menghadirkan tekanan kepadanya dan pasangan. Dia perlu melayani pasangan dengan membalas sentuhan dan belaian yang pasangannya lakukan, supaya sentuhan malam pertama lancar.

Wanita juga perlu bersabar jika pasangan tidak melakukan sentuhan pertama malam itu kerana mungkin belum dapat sesuaikan diri dengan persekitaran atau letih untuk memberi tumpuan kepada hubungan seks.

Apabila keadaan mengizinkan, hubungan keintiman seksual akan dilakukan dan sentuhan malam pertama berlaku. Si dara perlu tahu memainkan fungsinya apabila pasangan mendekati dan mula menyentuh tubuhnya.

Dia boleh membantu pasangannya bersedia dan menyentuh pasangannya mengikut keselesaan pasangan supaya perasaan syahwat pasangan membara. Wanita perlu berhati-hati apabila menyentuh anggota sulit pasangan ketika itu kerana mungkin mengakibatkan pasangannya hilang kawalan syahwat dan klimaks awal. Jika ini berlaku, jangan terperanjat!

Jika sentuhan dan geselan anggota sulit terasa kesat untuk permulaan, geselan boleh dilakukan secara lembut serentak dengan sentuhan tubuh badan supaya rangsangan berlaku dan mukosa faraj menjadi lebih lembap.

Bagaimanapun, jika masih kesat, tidak salah untuk pasangan berkenaan menggunakan jeli untuk memudahkan lagi kemasukan zakar.

Masalah boleh berlaku apabila teruna tertekan atau cemas kerana memikirkan tanggungjawab yang hendak dilakukannya, iaitu hubungan penetratif.

Jika berasa seriau, dia akan hilang perasaan rangsangan dan ereksi yang 'membina' itu akan terus kendur dan hilang kekerasan. Dia akan gagal melakukan penembusan faraj yang biasa dikaitkan dengan malam pertama kepada pasangannya.

Keadaan ini dikenali sebagai 'mati pucuk malam pertama'. Perkara sama boleh berlaku kepada pasangan wanita. Jika pengantin wanita berasa seriau, dia tidak akan dapat mengawal pembukaan faraj. Ketika pasangan ingin menyalurkan ereksi, farajnya akan mencengkam tanpa kawalannya. Keadaan ini dikenali sebagai 'vaginismus' atau cengkaman faraj tanpa kawalan.

Senario dijelaskan tadi jarang berlaku apabila pasangan peka mengenai 'malam pertama' dan bersama-sama membuat persediaan dengan mendapat maklumat mengenai fungsi yang mereka berdua perlu ambil ketika menyelenggarakan adegan malam pertama.

DOKTOR SAKIT TUAN bersama Dr.Ismail Thamby

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular