Bolehkah urut atasi masalah seks?

Saya berusia lewat 30-an dan mempunyai tiga orang anak. Walaupun saya masih muda saya mempunyai beberapa kemusykilan mengenai kesihatan seksual. Semasa melakukan hubungan seks ia tidak dapat bertahan lama dan kerap mendapat rungutan daripada isteri. Adakah amalan urutan tradisional boleh mengatasi masalah ini?

Jawapan:

Ada dalam kalangan masyarakat kita memilih rawatan tradisional untuk memulih atau mengekalkan kesihatan alat kelamin seperti amalan mengurut dan menggunakan pelbagai jenis minyak yang dikatakan dapat meringankan masalah kelemahan tenaga syahwat. Namun begitu, haruslah diingat bahawa urutan bukanlah cara penyelesaian yang terbaik, malah boleh mendatangkan kemudaratan jika tidak dilakukan dengan baik.

Urutan yang dilakukan oleh pengamal yang tidak berkemahiran dengan tekanan yang kuat akan memberi tekanan berlebihan ke atas saraf. Akibatnya, ada kalangan mereka yang mengalami pembengkakan, lebam serta kesakitan selepas diurut. Masalah ini boleh berlarutan memandangkan alat kelamin alat organ yang sensitif.

Kecederaan pada saraf di bahagian alat kelamin akan menjejaskan bekalan darah ke bahagian tersebut, seterusnya mengganggu ereksi. Penggunaan herba-herba yang telah terbukti seperti Horny goat weed, Withania, ginseng dan gabungan dengan beberapa jenis herba lain akan memberi kesan yang lebih baik demi meningkatkan keinginan seks dan masalah kemerosotan kesihatan seksual lain secara keseluruhannya.

Anda seharusnya mengamalkan pendekatan yang lebih sihat untuk menjaga kesihatan alat kelamin. Kenali penyebab berlakunya kemerosotan syahwat supaya anda dapat menangani dengan lebih berkesan. Amalkan gaya hidup sihat seperti senaman secara berterusan tentunya boleh meningkatkan tahap kecergasan dan stamina serta baik untuk pengaliran yang sihat (boleh memberi kesan kepada bekalan darah yang lebih baik ke bahagian alat kelamin).

Jika anda mempunyai masalah berlebihan, ambillah langkah-langkah yang lebih proaktif untuk mengekalkan berat badan ideal demi kesihatan yang lebih baik.

Mati pucuk dan faktor usia

SOALAN: Adakah masalah mati pucuk disebabkan oleh faktor penuaan kerana saya dapati kemerosotan fungsi alat kelamin saya hanya boleh dirasai sejak lebih kurang dua tahun yang lalu. Untuk pengetahuan pihak tuan, saya tidak mengalami masalah kesihatan kronik seperti kencing manis atau jantung. Bagaimana pula dengan masalah kedinginan seks kalangan wanita?

Jawapan: Kemerosotan dalam keinginan seks boleh berlaku seiring dengan peningkatan usia, namun ia bukanlah alasan kepada kita untuk membiarkan masalah ini terus membelenggu diri. Kesan penuaan masih boleh diminimumkan dengan pemahaman dan amalan gaya hidup dan pemakanan yang sihat. Kemerosotan hormon testosteron apabila usia semakin meningkat boleh menyumbang kepada masalah ini.

Namun dari aspek penjagaan kesihatan lain seperti tekanan darah tinggi, kegemukan, diabetes dan pelbagai lagi seharusnya dicegah kerana ia turut menyumbang kepada mati pucuk.

Dalam masa yang sama, jagalah kesihatan emosi anda seperti cuba menangani tekanan dengan cara yang berkesan. Konflik rumah tangga, tekanan di tempat kerja dan keletihan turut menjejaskan keinginan seks serta kualiti hubungan intim.

Pendekatan yang lebih menyeluruh tentunya merupakan langkah terbaik. Ini termasuklah amalan pemakanan yang sihat dan seimbang bagi mengelakkan masalah kesihatan dan mengekalkan tahap kecergasan.

Sentiasalah berfikiran positif dan berkeyakinan dalam menghadapi apa jua masalah serta mempunyai rakan sosial yang berkualiti.

Bagi wanita yang berusia terutamanya selepas menopaus, kedinginan seks boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya termasuklah masalah urogenital seperti jangkitan pada saluran kencing, jangkitan yis dan juga jangkitan bakteria serta kekeringan vagina yang menjadikan hubungan seks sebagai pengalaman yang kurang menyenangkan. Keletihan yang kerap dialami wanita juga turut berperanan.

Pengambilan gingko boleh membantu meningkatkan peredaran darah, bukan sahaja penting untuk membantu daya ingatan, tetapi juga bermanfaat untuk mengekalkan kesihatan seksual termasuk keupayaan ereksi.

Manakala bagi wanita, pengambilan herba seperti Damiana yang juga dikenali sebagai tonik perangsang seks boleh membantu meningkatkan keinginan serta menambah kepekaan saraf apabila mendapat rangsangan seks.

Manakala Withania membantu kesihatan saraf dan telah digunakan untuk melawan tekanan emosi dan kelesuan.



1 ulasan:

zue berkata...

LUQMAN HERBS CENTRE - Pusat rawatan tradisional kaedah Ayurveda akan menganjurkan seminar PERCUMA seperti di bawah:-

i) RAHSIA TENAGA BATIN LELAKI
- Penjagaan dan Rawatan Pemulihan

Tarikh: 22 April 2012 - Ahad
Waktu: 2 petang hingga 6 petang - (4 jam)
Lokasi: Taman Kajang Prima, Kajang, Selangor.
(Berhampiran restoran REST' 1 dan ENOPI)

* Seminar ini akan dikendalikan oleh Dr Luqman Malik (pengamal perubatan Ayurveda). Maklumat lanjut ttg beliau sila layari: http://www.luqmanherbscentre.com

** Tempat adalah terhad kepada 25 peserta sahaja.

*** Kedua-dua seminar adalah percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menghadiri.

Sebarang pertanyaan dan permohonan untuk menghadiri seminar ini, sila email ke: unseen.virago@gmail.com atau hubungi terus Dr Luqman di 014 6332307 /012 3446167.

Catat Ulasan

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular