Kunci kemesraan suami isteri

Kunci kemesraan suami isteri

Saya tidak mempunyai rangsangan nafsu ketika berjimak bersama suami (tiada pengeluaran air sebagai pelincir - vagina kering). Adakah ini kerana pengaruh hormon peningkatan usia? Apakah ubat-ubatan yang boleh digunakan untuk meningkatkan pengeluaran air mani isteri? * As, Terengganu

Jawapan

Usia bukanlah faktor utama menyebabkan wanita dingin terhadap pasangan kerana masalah ini juga boleh berlaku di kalangan wanita lebih muda. Faktor psikologi merupakan faktor yang paling penting dalam menentukan tahap keghairahan seksual seseorang kerana otak adalah organ utama yang mengawal pemikiran tersebut. Usahlah anda gusar, insya-Allah anda belum mengalami menopaus dan masalah kekeringan vagina yang anda alami bukanlah disebabkan peningkatan usia.

Rasa dingin lebih menguasai diri berbanding pemikiran dan tanggapan bahawa ini adalah tanggungjawab dan antara faktor yang menghangatkan lagi masalah rumah tangga pasangan itu. Malah, silap jika ada yang memandang ringan peranan hubungan di ranjang kerana hubungan ini bukan sekadar merangkumi aspek keseronokan fizikal, sebaliknya ‘kunci’ kemesraan suami isteri yang mempengaruhi hayat perhubungan itu. Tidak hairanlah jika ada yang berkata, dingin di ranjang boleh membawa dingin kepada perhubungan.

Tahukah anda, apa juga punca dan masalah yang mengundang kepada masalah kedinginan seks, banyak dipengaruhi faktor emosi serta tekanan berikutan beban kerja harian.

Hubungan seks bagi seorang lelaki ialah persetubuhan manakala seorang isteri pula beranggapan, sentuhan dan belaian paling penting dalam berhubungan intim. Untuk pengetahuan anda, hubungan seksual terbahagi kepada dua iaitu seksual penetrative yang membabitkan hubungan seks (persetubuhan) dan non-penetrative yang tidak membabitkan hubungan seks tetapi wujudnya sentuhan dan belaian.

Fungsi dan kemahuan seksual bagi seseorang lelaki serta wanita amatlah berbeza. Justeru, penting bagi wanita mempelajari keinginan lelaki dan begitu juga sebaliknya bagi menjamin kejayaan hubungan.

Organ paling utama mengawal kehendak seksual ialah otak. Jadi, perubahan emosi, tekanan di tempat kerja serta rumah tangga juga sebenarnya menyumbang kepada kedinginan seks. Masyarakat kita khususnya wanita segan berbicara mengenai isu seks apatah lagi jika usia meningkat kerana ramai yang percaya, seks bukan sesuatu yang penting.

Bagi menangani masalah kedinginan seksual, wanita boleh mengamalkan rutin senaman misalnya aerobik kerana regangan dilakukan dapat memberi kesan positif kepada tubuh badan malah setiap pergerakan senaman itu mempraktikkan pengamalan pengecutan otot faraj atau dikenali sebagai kegel exercise. Senaman ini menjauhkan wanita daripada penyakit kronik seperti diabetes mellitus, hipertensi, hiperkolesterolemia dan lain-lain penyakit malah dapat membantu mengekalkan stamina di ranjang. Senaman sebegini dapat membantu menguatkan otot di pelvik justeru cengkaman otot ini menjadi kuat sekali gus dapat memberi kesan orgasma yang amat memuaskan kepada pasangan serta wanita itu sendiri.

Mengikut kajian antarabangsa, lebih 40 peratus wanita merungut tidak berminat mengadakan seks pada tahap-tahap tertentu usia mereka. Bagaimanapun, ramai penyelidik mengakui betapa sukarnya untuk mengukur apakah yang disifatkan nafsu yang normal dan sebaliknya.

Perbincangan dan berkomunikasi antara satu sama lain sangat penting dalam menyelesaikan masalah ini. Penting bagi suami memahami masalah tersebut dan sama-sama mempelajari kaedah meningkatkan nafsu terutama dengan pandai membelai si isteri.

Anda berdua juga boleh dapatkan maklumat berkenaan hubungan seks ini daripada buku dan Internet. Cuba dulu beberapa cadangan yang diberikan di atas. Jika masalah ini masih tidak dapat dihindari, maka anda berdua boleh mendapatkan rawatan terapi seksual daripada kaunselor dan terapi seksual di klinik.

Seks ketika menahan air kencing

Seks ketika menahan air kencing

Apakah kesan melakukan hubungan kelamin dalam keadaan menahan air kecil? Pada waktu tertentu, ketika terjaga daripada tidur, zakar menegang secara sendiri melebihi tegangan normal. Adakah kesan sampingannya jika melakukan seks sambil menahan kencing?

-----------------

Biasanya apabila teruja, lelaki mencapai ereksi secukup padat untuk melakukan seks penetratif dengan pasangan. Jika ereksinya tidak cukup keras, anda boleh memadatkannya dengan mengemut atau mencengkam otot lantai pelvis atau otot kemut ketika melakukan tusukan.
Pasangan juga dapat merasai kekerasan ereksi setiap kali ia mengemut. Sesetengah lelaki seperti anda, mendapati ereksi lebih padat pada waktu pagi dan lebih padat apabila terasa seperti mahu membuang air kecil.

Jika dapat ditahan dan melakukan tusukan zakar dalam faraj, tentu ereksi menjadi lebih mantap dan padat serta memberi tusukan lebih cemerlang.

Soalnya ialah sama ada amalan ini memberi kesan negatif kepada lelaki. Jawapannya, jika perasaan ingin membuang air kecil itu tidak ketara, tiada sebab kenapa tidak boleh melakukan seks.

Namun jika terasa seperti mahu benar-benar membuang air kecil dan tusukan ke dalam faraj yang dilakukan kemungkinan boleh menyakitkan lelaki itu dan membantutkan hubungan kelamin atau ejakulasi boleh mencetuskan pengeluaran air kencing, ia harus dihentikan.

Selain itu, hubungan kelamin pada waktu pagi tanpa membersihkan badan dan mulut boleh mengurangkan minat isteri jika isteri sensitif kepada keadaan mulut berbau.

Anda perlu menimbangkan keadaan persetubuhan yang dilakukan seperti anda nyatakan tadi semata-mata mahu keadaan itu memberi ketegangan lebih mantap.

Adakah itu yang pasangan anda mahukan? Hakikatnya, wanita lebih suka beraksi sebelum waktu tidur kerana lebih romantik dan segar dengan pakaian seksi dan wangian yang mengghairahkan.


Untuk makluman pembaca, seks ketika menahan air kencing dapat membuatkan air mani memancut ke depan untuk lelaki yang mengalami masalah air mani keluar di dalam pundi kencing atau masalah ‘retrograde ejaculation’ yang sering dialami mereka yang menghidapi diabetes.


Info Menarik
Seni Melambatkan Pancutan!
Petua Seks Hebat! Hangatkan ranjang anda!
Isteri Dingin Seks? Rahsia mengghairahkan isteri!
Pelajari Teknik Rahsia Pancutkan Isteri!!
Seni dan Teknik Ciuman Hangat!
Rahsia Kecurangan Pasangan Terbongkar!
Rahsia Malam Pertama
Rahsia Doa Pengasih
Kamasutra Melayu Bergambar

 

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular