Awek Untuk Seks
Berang ditinggal dan tidak dapat menerima hakikat, seorang lelaki dipercayai tergamak meletakkan nombor telefon bekas teman wanita di laman sosial Facebook (FB) dengan status 'Awek Untuk Seks' kononnya boleh dihubungi bila-bila masa untuk layanan seks.
Akibatnya, mangsa yang berusia 28 tahun dihubungi lebih 10 lelaki setiap hari sejak nombor telefon bimbitnya disebar di FB sejak dua minggu lalu.
Mangsa yang mahu dikenali Syafina mendakwa memutuskan hubungan dengan bekas teman lelakinya yang berusia 29 tahun hampir dua tahun lalu kerana masalah peribadi.
"Semuanya berjalan lancar sehinggalah saya bertunang dengan jejaka pilihan empat bulan lalu. Bagaimanapun, dua minggu lalu, saya dihubungi lebih 10 lelaki tidak dikenali dalam sehari menyatakan hasrat mahu berkenalan.
"Bagaimanapun, saya tidak melayan permintaan mereka sebelum saya meminta seorang daripada individu terbabit berterus terang bagaimana dia memperoleh nombor telefon bimbit saya," katanya semalam.
Menurut Syafina, lelaki terbabit memaklumkan dia memperoleh nombor itu melalui FB dengan status Awek Untuk Seks.
Syafina berkata, di FB berkenaan, ditulis nama singkatannya selain turut disertakan nombor telefon bimbit.
Pemanggil turut memberi Syafina nama FB yang digunakan individu yang menyebarkan nombor telefon bimbitnya itu untuk pemeriksaan.
"Selepas saya dan tunang meneliti setiap status di FB individu itu, kami menemui petunjuk yang membuatkan kami syak ia perbuatan bekas teman lelaki saya.
"Selepas berbincang dengan tunang serta keluarga, saya membuat laporan di Balai Polis Tampoi, pada 18 September lalu," katanya.
Menurut Syafina yang juga pekerja swasta di sekitar bandar raya ini, perkara itu bukan saja mengganggu hidupnya, malah memburukkan imej serta menjatuhkan maruahnya.
"Saya masih menerima panggilan, namun jumlahnya berkurangan selain berharap individu berkaitan ditahan supaya dikenakan tindakan undang-undang.
"Saya bakal melangsungkan perkahwinan dalam tempoh terdekat dan berharap perkara ini dapat diselesaikan segera," katanya.