Panduan Hubungan Intim (Tip Suami Isteri)

Handal dalam hubungan cinta tidak menjamin anda handal sewaktu ‘bersama’. Tidak guna jika berpenampilan menarik atau memiliki wajah yang cantik tetapi tidak berupaya memberi kepuasan kepada suami anda.

5 tips yang anda patut tahu tentang hubungan intim!

Menghias Diri

Anda tidak seharusnya mengabaikan penampilan diri dengan tampil ala kadar di depan suami. Apa kata hias diri anda dengan pakaian tidur yang seksi bersama bau-bauan yang menggoda. Ini pasti bakal membuat suami anda lebih teruja!
Tips Hubungan Intim02 Tips Hubungan Intim

Bilik Tidur

Bilik tidur yang kemas dan bersih pasti memberi keselesaan kepada anda dan suami. Bersihkan tempat tidur anda dan jangan lupa gantikan cadar sekurang-kurangnya sekali seminggu. Pakar Psikologi mengatakan bilik tidur yang bersih dan harum mampu meningkatkan lagi semangat suami untuk ‘bersama’ dengan anda.

Jadi Kreatif

Jangan malu untuk menerokai cara baru semasa bersama suami. Jadilah lebih kreatif dan tukarkan imaginasi kepada realiti! Jika sentiasa tampil dengan posisi serupa, suami akan mula bosan dan menurun semangatnya.

Bersifat Terbuka

Sama ada gembira atau sebaliknya dengan hubungan yang berlangsung, anda patut bersikap jujur dan berterus terang dengan suami. Beritahu apa yang anda suka dan tidak suka kepada suami supaya dia juga boleh menjadi lebih terbuka dengan anda.

Berikan Pujian

Jangan lupa berikan suami anda pujian kerana ia mampu membuat suami tampil lebih baik dan yakin di masa akan datang. Lelaki memang sukakan pujian, tetapi jangan pula mengkritik terus prestasi suami sekiranya anda kurang berpuas hati. Ini kerana ia boleh membuatkan suami ‘down’ dan kurang bersemangat.

Bekerjasama dalam hubungan seksual (Tip suami isteri)

Panduan suami isteri di ranjang

Memiliki pasangan yang setia dan menyenangkan pasti menyeronokkan tetapi ia bukanlah semudah yang disangka. Aspek penting yang harus diberi penekanan ialah kepercayaan dan saling bertolak ansur sekiranya berlaku ketidakpuasan antara suami isteri. Begitu juga dalam hubungan seksual. Masing-masing perlu bekerjasama agar segala yang diinginkan menepati ‘citarasa’. Jika begitu, apakah yang perlu dilakukan untuk mendapatkan keberanian dan keyakinan saat berhubungan? Ikuti tip yang diberikan.

Praktikkan cara diplomasi untuk tarik pasangan
Suami pasti tertarik melihat isteri mengenakan pakaian yang jarang dan nipis. Dengan lengkuk tubuh yang mempesona pasti hati bagai ditarik untuk melanjutkan ke aksi yang lebih ‘panas’. Namun, tidak semua suami berani menyatakan kehendaknya. Bimbang apa yang dikatakan nanti menyinggung perasaan si isteri sekali gus mengakibatkan timbulnya perasaan malu, rendah diri dan macam-macam lagi. Sebenarnya, masih ada cara diplomasi yang boleh dipraktikkan. Sebagai contoh berikan kata pujian bahawa dia miliki sesusuk tubuh yang menggoda. Lazimnya, isteri akan cair apabila pujian demi pujian dilontarkan pada mereka. Secara tidak langsung kerja anda lebih mudah dengan cara ini. Bukan sahaja pakaian nipis malah lebih dari itu pun anda mampu peroleh.

Pusatkan pemikiran ketika ‘bersama’
Ketika ‘berhubungan’ sebaiknya hindarkan fikiran yang bukan-bukan. Bimbang tiada konsentrasi saat kata rayuan baru dimulakan. Perlu diingat, hal-hal sebegini tidak boleh diperlekehkan meskipun usia perkahwinan sudah melebihi lima tahun. Sebaiknya lakukanlah bila anda dan pasangan berada pada mood yang stabil. Ditambah pula dengan perasaan cinta yang menebal serta rasa ingin dibelai selalu maka sebenarnya waktu itulah yang paling ‘kena’ jika ingin berasmara. Tak perlu merangka jadual atau berkira saat ‘bersama’. Lagipun, seks yang dilakukan tanpa di rencana lebih seronok dan sukar dijangka hasilnya.

Bimbing pasangan untuk kali yang ‘pertama’
Sekiranya pasangan tidak selesa saat pertama kali berhubungan maka maafkan sahaja. Mungkin di fikirannya masih lagi takut dan bimbang melalui pengalaman yang tidak pernah menjangkau akalnya. Sebagai suami, hulurkan sedikit bantuan agar keyakinan dirinya kembali. Bertanyalah dengan lembut apa yang menyebabkan dia takut. Atau mungkin pasangan malu untuk bercerita pada anda seterusnya memberikan alasan-alasan yang klise didengar. Biarpun mengetahui kebenarannya maka berpura-puralah tidak faham dan mengajaknya sama-sama mencari penyelesaian.

Dalam hal ini, anda perlu bijak mengawal emosi dan mahir mengawal situasi. Tidak mustahil dia berasa rendah diri memikirkan bentuk tubuh yang kurang sempurna maka di sinilah anda perjelaskan apa yang dirasai. Katakan padanya bahawa cinta yang terbit bukanlah sekadar luaran tetapi lahir dari hati yang dalam. Kalau boleh biar pasangan betul-betul faham dengan apa yang diperkatakan. Pasti keyakinan yang menurun tadi kembali berada di tahap normal.

Bina komunikasi berjaya
Kunci kejayaan sesebuah hubungan ialah jalinan komunikasi yang bijak antara kedua-duanya. Secara tidak langsung ia membantu untuk mengetahui kekurangan dan kelebihan masing-masing, sehingga akhirnya mencetuskan kepercayaan dalam diri. Ini kerana, puas atau tidak saat berasmara dipengaruhi kuat oleh kepercayaan diri. Semakin anda percaya pada diri, yakin dan berfikiran positif maka tentunya ‘aktiviti’ yang berlangsung sudah pasti menyenangkan.

Makanan yang bagus untuk hubungan seksual
Di samping senaman, urutan dan pengambilan ubat-ubatan, makanan juga membantu untuk meningkatkan tahap seksualiti diri seseorang. Di bawah adalah beberapa jenis makanan yang digalakkan pengambilannya bagi menambah sensasi hubungan asmara :

1) Pisang
Perlu diketahui bahawa pisang mengandungi banyak enzim bromelain yang dikatakan berupaya meningkatkan daya serta tenaga seks anda kerana kaya dengan vitamin B.

2) Tiram
Kajian pernah mengatakan bahawa tiram yang mengandungi asid amino berupaya menambah keinginan seks sekaligus menguatkan organ seks lelaki.

3) Bawang
Dikatakan bahawa bahan yang ada di dalam bawang (garlicin) berupaya membantu sistem badan untuk meningkatkan jumlah darah yang memasuki organ seks. Secara tidak langsung ia membolehkan organ tersebut berfungsi dengan baik.

4) Kacang almond
Kandungan bahan dalam kacang almond didakwa berupaya menghasilkan hormon perangsang seks manusia. Di samping itu, aroma yang terhasil dari kacang ini juga mampu meningkatkan berahi wanita.

Sumber: Mingguan Wanita

Kisah GRO Melayu

Kisah GRO Melayu

"Aku sudah tidak sanggup hidup susah. Selepas ditinggalkan suami, aku buntu bagaimana harus aku membesarkan anak yang masih kecil secara sendirian. Hendak bekerja selesa, aku tidak pernah masuk universiti. Jadi, aku sekadar mencuba nasib dalam lapangan yang tidak memerlukan sijil tinggi. Bermula sebagai pelayan di sebuah kelab malam, rupa parasku tidak henti-henti dipuji ratusan pelanggan. Nekad dengan tawaran yang dijanjikan, aku tinggalkan maruah seorang wanita dan berpegang pada gelaran pegawai perhubungan pelanggan (GRO)."

Begitulah bingkisan rasa yang dibenam bekas GRO yang hanya mahu dikenali sebagai Luna ini. Wanita ini baru berusia 26 tahun manakala anak lelakinya berumur 6 tahun. Rumah tangga yang dibina bersama bekas suami runtuh angkara orang ketiga. Sejak detik itu, Luna hanya mengejar wang ringgit. Fasa tiga tahun bergelumang dalam kegelapan banyak mendidik Luna tentang nilai sebuah kehidupan. Janji-janji lelaki berhidung belang, diperalat ibu bapa sendiri dan duit yang tidak pernah mencukupi membayangi kehidupan wanita bertubuh genit ini.

"Mula-mula saya merahsiakan pekerjaan sebenar daripada ibu bapa tetapi lama-kelamaan mereka hairan dengan pendapatan yang saya miliki. Hampir setiap hari saya memberi mereka wang memandangkan anak saya dijaga oleh mereka. Selepas berterus-terang, mereka hanya diam dan tidak pula meminta saya berhenti," keluh Luna kecewa.

Pada permulaan profesion hitam tersebut, Luna tidak mengambil masa lama untuk memancing 'ikan besar'. Untung kecantikan yang dimilikinya, Luna diambil bekerja oleh seorang usahawan Jepun di ibu kota sebagai pembantu peribadi. Dunia GRO ditinggalkan sementara dan Luna fokus pada tugas baharunya itu. Bak kata pepatah, terlepas daripada mulut buaya, masuk ke mulut harimau, hidup Luna tidak banyak bezanya selain memenuhi serakah lelaki dari Negara Matahari Terbit itu. "Saya bekerja dengan lelaki Jepun yang berusia 40-an itu selama lima bulan. Dia perlu kembali ke negaranya semula dan apa yang melucukan, dia ingin saya ikut balik ke Jepun. Saya diberi masa seminggu tinggal di Jepun dan jika tiada masalah, saya boleh menetap terus tetapi saya belum bersedia," ujar Luna.

Sekali terjebak, pasti sukar berpaling lagi. Luna kembali bekerja di kelab yang sama. Setahun mengabdi diri, Luna berubah angin ke sebuah pusat hiburan yang terkenal dalam kalangan golongan berada. "Sebanyak 80 peratus pengunjung tempat itu lelaki Melayu berusia 30 tahun ke atas. Majoriti mereka sudah berkeluarga dan mempunyai pekerjaan hebat. Sudah tentu kelompok pelanggan sebegini disukai gadis GRO kerana poket tidak akan pernah kering. Di situ saya bertemu dengan seorang lelaki Melayu yang merupakan pelanggan tetap saya. Hubungan kami bertukar menjadi lebih peribadi, jadi saya berhenti kerja sekali lagi dan tinggal bersamanya. Selama setahun saya hidup dengan duda muda itu. Kami berniat untuk berkahwin tetapi ditentang ibu bapanya. Semenjak itu, dia seperti acuh tak acuh dengan hubungan kami," singkap Luna yang terus angkat kaki dan kembali bergelar GRO.

Setiap malam, Luna membenarkan tangan-tangan lelaki miang menjalar pada segenap tubuhnya. Dibiar sahaja bibirnya dikucup tanpa sekelumit berahi. "Apa yang saya fikir ketika menjalin asmara dengan mereka ialah duit yang bakal diterima," akui Luna. Tidak dinafikan habuan bergelar GRO sangat lumayan iaitu mencecah belasan ribu ringgit dalam sebulan. "Kadang-kadang saya dapat RM1,000 untuk tip sahaja dalam sehari. Bayangkan sahaja kalau semua pelanggan yang ditemui mewah sebegitu? Agak menghairankan, duit tidak pernah cukup. Ibu bapa pula semakin berani meminta macam-macam daripada saya. Segala permintaan mereka saya tunaikan. Pernah sekali, saya terpaksa dapatkan RM5,000 dalam masa tiga hari bagi menampung tiket penerbangan dan perbelanjaan mereka ke luar negara. Hati saya terguris dengan sikap mereka. Saya tahu saya silap, tetapi mereka alpa dengan kemewahan yang disogokkan. Mereka sanggup melihat anak sendiri tersesat daripada landasan agama," kesal Luna.

Tahun ketiga sebagai GRO mempertemukan Luna dengan seorang lagi jejaka. Kali ini, dia lebih berhati-hati. Buat kesekian kalinya, Luna meninggalkan kerjaya GRO dan ditaja sepenuhnya lelaki tersebut. Lelaki yang telah berkahwin itu mempunyai dua orang anak namun sedang mengalami krisis rumah tangga. Pada awalnya, Luna dan lelaki itu hidup berasingan tetapi selepas sah bercerai, mereka tinggal sebumbung. Selepas setahun bersekedudukan, mereka ditangkap khalwat dan mendirikan rumah tangga. Perlahan-lahan, bayangan sebagai GRO pudar daripada pandangan mata Luna. Kemewahan bukan keutamaan, cukuplah dia ditemani anak dan suami tercinta. "Saya bersyukur sebab suami turut mengambil inisiatif mengubah diri. Kami menyelami ilmu agama dan hidup dengan lebih tenang. Mujur ketika menjadi GRO saya tidak membeli kereta atau rumah. Jika tidak, pasti sukar untuk lari daripada kerja itu kerana perlu membayar pembiayaan aset-aset tersebut," cerita Luna yang telah tiga kali menggugurkan kandungan sepanjang menjadi GRO.

Pengalaman yang ditempuhi Ruby, 28, pula disulami selembar babak pahit. Tugas seorang GRO bukan sekadar melayan kerenah lelaki malah perlu bijak memberikan kata-kata manis. "Semua GRO perlu tahu mengambil hati pelanggan. Kadang-kadang niat itu bukan hendak menggoda tetapi sering disalah erti. Kesannya, saya pernah dikasari beberapa lelaki akibat menolak keinginan mereka untuk bersetubuh. Ada pula kes membabitkan isteri dan teman wanita pelanggan yang datang menyerang saya kerana menyangka kami mempunyai hubungan istimewa. Pelanggan yang baru berjinak-jinak ingat semua GRO boleh dibawa ke ranjang sedangkan ada yang hanya bekerja mengikut had. Misalnya, segelintir GRO memang bertugas menemani pelanggan menyanyi dan tidak melibatkan sentuhan fizikal apatah lagi berasmara. GRO yang memilih untuk menggadaikan maruah dibayar dengan harga yang jauh lebih tinggi. Namun, bukan semua pusat hiburan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan," jelas Ruby yang telah mendampingi kerjaya itu sejak tahun 2005 lagi.

Kaki Kikis

Seperti Luna, Ruby juga beberapa kali cuba menyelamatkan diri daripada terus hanyut sebagai GRO. Ruby pernah berhenti untuk tiga bulan tetapi desakan keluarga yang memerlukan perbelanjaan tinggi memaksa wanita itu berpatah balik. Ibarat tiada noktah, Ruby memperdagangkan diri bagi menampung kos persekolahan adik-adiknya. Tanggungjawab selaku anak sulung cukup menyeksa Ruby sehingga dia tidak lagi mengendahkan pandangan serong orang terhadap dirinya. "Pada tahun 2010 saya berhenti lagi dan kali ini ada sedikit perubahan. Saya tidak bergantung sepenuhnya pada pekerjaan itu kerana pada siang hari, saya bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat. Semenjak itu, saya jarang bekerja malam dan hanya datang demi memenuhi permintaan pelanggan tetap. Semakin lama dalam bidang ini, saya bertambah letih dan banyak berfikir tentang tujuan hidup yang sebenar," ceritanya.

Tambah Ruby, GRO dikelaskan kepada dua kategori. Kelompok pertama terdiri daripada mereka yang digelar kaki kikis manakala yang kedua ialah GRO yang betul-betul bekerja bagi memperbaiki kesempitan hidup. GRO kaki kikis selalunya mengambil kesempatan atas kemewahan yang dilimpahkan pelanggan kepada mereka. Golongan sebegini sanggup berbuat apa sahaja asalkan kehendak materialistik mereka dipenuhi. Merujuk pada dunia GRO, kumpulan kaki kikis lebih digemari pelanggan kerana tuntutan batin mampu dilaksanakan dengan baik. Berbeza pula dengan GRO yang masih memiliki pertimbangan, mereka sering didekati lelaki budiman. "Memang ada pelanggan yang baik hati. Selalunya mereka akan bertanya kenapa bekerja macam ini, bercerita masalah keluarga dan kerja namun mereka tidak berbuat apa-apa dengan saya. Lelaki sebegini tidak lokek memberi duit apatah lagi selepas mengetahui saya ada anak dan adik yang perlu ditanggung. Nama pun GRO, terpaksa tebalkan muka menerima pemberian tersebut," jelas Ruby yang tidak percaya pada pelanggan yang mengajaknya berkahwin.

Sebagai GRO yang masih belum meninggalkan dunia itu secara rasmi, Ruby tidak bercadang untuk kekal berada dalam kancah maksiat itu. Berdasarkan pemerhatiannya, GRO yang sudah berusia sukar membina hidup baharu. "Lebih menyedihkan apabila kebanyakan GRO yang berumur 35 tahun ke atas sudah bersuami dan apa yang anda rasa melihat suami mereka sendiri hantar isteri pergi kerja menjual maruah?" bentak Ruby yang jelik dengan sikap lelaki dayus sebegitu.

Info Menarik
Seni Melambatkan Pancutan!
Petua Seks Hebat! Hangatkan ranjang anda!
Isteri Dingin Seks? Rahsia mengghairahkan isteri!
Pelajari Teknik Rahsia Pancutkan Isteri!!
Seni dan Teknik Ciuman Hangat!
Rahsia Kecurangan Pasangan Terbongkar!
Rahsia Malam Pertama
Rahsia Doa Pengasih
Kamasutra Melayu Bergambar

Perempuan boleh klimaks berkali-kali

Wanita boleh orgasme lebih sekali

Perempuan memang dapat merasakan orgasme beberapa kali asal dia tetap menerima rangsangan seksual. Oleh itu, wajar kalau isteri anda dapat mencapai orgasme berkali-kali.

Manakala pada lelaki setelah orgasme dan ejakulasi, jika anda masih tetap mengalami ereksi anda mungkin dapat membuat isteri anda orgame berkali-kali. Keadaan ini biasa terjadi pada usia muda, walaupun tidak semua lelaki mampu mengalaminya.

Dalam keadaan begini tentu hubungan seksual masih dapat dilakukan. Dengan demikian pasangan anda masih dapat mencapai orgasme lagi. Jadi isteri dan anda sendiri dalam keadaan normal saja.

Tidak ada yang perlu dikhuatirkan jika anda dan isteri anda mampu puas berkali-kali asalkan 'senjata' anda terus keras dan dapat terus memberi rangsangan kepada isteri anda.

Jangka hayat sperma singkat

Saya ada sedikit pertanyaan mengenai masalah tertelan air mani.

Adakah benar kenyataan iaitu apabila seorang isteri tertelan air mani suaminya, ia boleh menyebabkan si isteri hamil? Saya berharap doktor boleh menjelaskan masalah ini.

Jawapan

KEHAMILAN berlaku apabila sperma berjaya menembusi ovum yang lazimnya menunggu di dalam tiub fallopio selepas ovulasi. Embrio ini kemudian akan 'ditolak' ke dalam ruang rahim sebelum implantasi ke dalam lapisan terdalam rahim.

Air mani yang ditelan akan memasuki saluran pencernaan bermula esofagus, gaster (perut), usus kecil dan usus besar. Tiada laluan langsung untuk sperma melalui saluran makanan menuju ke tiub fallopio untuk mensenyawakan ovum.

Malah, sperma mati kerana tidak dapat bertahan di dalam cecair gaster yang mempunyai keasidan yang tinggi.

Di dalam faraj juga sperma tidak dapat bertahan lama, kebanyakannya mati selepas setengah jam berada di dalam faraj akibat sedikit keasidan yang ada di dalam persekitaran faraj untuk melawan jangkitan kuman.

Jika kehamilan berlaku, ia mungkin daripada sperma ejakulasi ke dalam faraj sewaktu sesi hubungan seks yang lain atau daripada sperma yang boleh terkandung dalam cecair daripada zakar pada awal hubungan seks penetratif (sebelum ejakulasi).

Oleh Dr Adilah Ahmat

 

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular