Panduan suami isteri di ranjang
Memiliki pasangan yang setia dan menyenangkan pasti menyeronokkan tetapi ia bukanlah semudah yang disangka. Aspek penting yang harus diberi penekanan ialah kepercayaan dan saling bertolak ansur sekiranya berlaku ketidakpuasan antara suami isteri. Begitu juga dalam hubungan seksual. Masing-masing perlu bekerjasama agar segala yang diinginkan menepati ‘citarasa’. Jika begitu, apakah yang perlu dilakukan untuk mendapatkan keberanian dan keyakinan saat berhubungan? Ikuti tip yang diberikan.
Praktikkan cara diplomasi untuk tarik pasangan
Suami pasti tertarik melihat isteri mengenakan pakaian yang jarang dan nipis. Dengan lengkuk tubuh yang mempesona pasti hati bagai ditarik untuk melanjutkan ke aksi yang lebih ‘panas’. Namun, tidak semua suami berani menyatakan kehendaknya. Bimbang apa yang dikatakan nanti menyinggung perasaan si isteri sekali gus mengakibatkan timbulnya perasaan malu, rendah diri dan macam-macam lagi. Sebenarnya, masih ada cara diplomasi yang boleh dipraktikkan. Sebagai contoh berikan kata pujian bahawa dia miliki sesusuk tubuh yang menggoda. Lazimnya, isteri akan cair apabila pujian demi pujian dilontarkan pada mereka. Secara tidak langsung kerja anda lebih mudah dengan cara ini. Bukan sahaja pakaian nipis malah lebih dari itu pun anda mampu peroleh.
Pusatkan pemikiran ketika ‘bersama’
Ketika ‘berhubungan’ sebaiknya hindarkan fikiran yang bukan-bukan. Bimbang tiada konsentrasi saat kata rayuan baru dimulakan. Perlu diingat, hal-hal sebegini tidak boleh diperlekehkan meskipun usia perkahwinan sudah melebihi lima tahun. Sebaiknya lakukanlah bila anda dan pasangan berada pada mood yang stabil. Ditambah pula dengan perasaan cinta yang menebal serta rasa ingin dibelai selalu maka sebenarnya waktu itulah yang paling ‘kena’ jika ingin berasmara. Tak perlu merangka jadual atau berkira saat ‘bersama’. Lagipun, seks yang dilakukan tanpa di rencana lebih seronok dan sukar dijangka hasilnya.
Bimbing pasangan untuk kali yang ‘pertama’
Sekiranya pasangan tidak selesa saat pertama kali berhubungan maka maafkan sahaja. Mungkin di fikirannya masih lagi takut dan bimbang melalui pengalaman yang tidak pernah menjangkau akalnya. Sebagai suami, hulurkan sedikit bantuan agar keyakinan dirinya kembali. Bertanyalah dengan lembut apa yang menyebabkan dia takut. Atau mungkin pasangan malu untuk bercerita pada anda seterusnya memberikan alasan-alasan yang klise didengar. Biarpun mengetahui kebenarannya maka berpura-puralah tidak faham dan mengajaknya sama-sama mencari penyelesaian.
Dalam hal ini, anda perlu bijak mengawal emosi dan mahir mengawal situasi. Tidak mustahil dia berasa rendah diri memikirkan bentuk tubuh yang kurang sempurna maka di sinilah anda perjelaskan apa yang dirasai. Katakan padanya bahawa cinta yang terbit bukanlah sekadar luaran tetapi lahir dari hati yang dalam. Kalau boleh biar pasangan betul-betul faham dengan apa yang diperkatakan. Pasti keyakinan yang menurun tadi kembali berada di tahap normal.
Bina komunikasi berjaya
Kunci kejayaan sesebuah hubungan ialah jalinan komunikasi yang bijak antara kedua-duanya. Secara tidak langsung ia membantu untuk mengetahui kekurangan dan kelebihan masing-masing, sehingga akhirnya mencetuskan kepercayaan dalam diri. Ini kerana, puas atau tidak saat berasmara dipengaruhi kuat oleh kepercayaan diri. Semakin anda percaya pada diri, yakin dan berfikiran positif maka tentunya ‘aktiviti’ yang berlangsung sudah pasti menyenangkan.
Makanan yang bagus untuk hubungan seksual
Di samping senaman, urutan dan pengambilan ubat-ubatan, makanan juga membantu untuk meningkatkan tahap seksualiti diri seseorang. Di bawah adalah beberapa jenis makanan yang digalakkan pengambilannya bagi menambah sensasi hubungan asmara :
1) Pisang
Perlu diketahui bahawa pisang mengandungi banyak enzim bromelain yang dikatakan berupaya meningkatkan daya serta tenaga seks anda kerana kaya dengan vitamin B.
2) Tiram
Kajian pernah mengatakan bahawa tiram yang mengandungi asid amino berupaya menambah keinginan seks sekaligus menguatkan organ seks lelaki.
3) Bawang
Dikatakan bahawa bahan yang ada di dalam bawang (garlicin) berupaya membantu sistem badan untuk meningkatkan jumlah darah yang memasuki organ seks. Secara tidak langsung ia membolehkan organ tersebut berfungsi dengan baik.
4) Kacang almond
Kandungan bahan dalam kacang almond didakwa berupaya menghasilkan hormon perangsang seks manusia. Di samping itu, aroma yang terhasil dari kacang ini juga mampu meningkatkan berahi wanita.
Sumber: Mingguan Wanita
0 ulasan:
Catat Ulasan