Teknik Bercumbuan Antara Suami & Isteri

Teknik Berciuman

Cumbu rayu sebelum bersetubuh adalah suatu usaha membangkitkan nafsu berahi wanita agar bersiap-sedia untuk mencapai kenikmatan bersama dalam bersetubuh. Kenikmatan itu dapat dicapai oleh suami isteri bilamana nafsu berahi keduanya telah memuncak dan kemudian disusuli dengan memasukkan zakar ke dalam liang faraj (liang kemaluan).

Hendaklah ingat bahawa seksual wanita adalah sangat dalam dan lebih luas dari lelaki. Dapat dikatakan seluruh tubuh wanita merupakan sasaran seksual iaitu dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.

Jadi daerah-daerah erogen (bahagian-bahagian tubuh yang sensitif pada rangsangan) wanita sangat luas tersebar di seluruh tubuh, bibir, tengkuk, daun telinga, buah dada, leher dan masih banyak lagi yang luar biasa perasanya, semua mudah dirangsang. Oleh kerana letaknya yang tersebar dan kompleks, maka nafsu berahi wanita lambat timbul sehingga ia perlu dibangunkan lebih dahulu sebelum senggama (bersetubuh).

Berbeza dengan lelaki, maka daerah erogennya terbatas pada beberapa tempat tertentu sahaja. Oleh sebab itu seseorang lelaki lebih mudah naik nafsu berahinya terutama melalui pandangan matanya.

Keberahiannya cepat sekali terangsang apabila matanya melihat kecantikan bahagian-bahagian wanita yang biasanya tertutup. Rangsangan inilah yang menyebabkan penisnya (alat kelamin lelaki) menjadi tegang.

Oleh kerana terdapatnya perbezaan tabiat seksual antara lelaki lelaki dan wanita, maka seorang suami sebelum bersetubuh hendaklah bercumbu rayu. Pertama lakukanlah rayuan dengan kata-kata manis dan mesra, memuji kecantikannya, kemulusan tubuhnya, kata-kata yang menawan hati dan yang sebagainya. Kesemua ini bertujuan untuk mengusik rohaninya agar ghairah untuk melakukan persetubuhan.

Setelah rohaninya tergugah kemudian eloklah disusuli dengan usikan fizikal jasmani seperti bercum-ciuman, beraba-rabaan terhadap bahagian-bahagian tubuhnya, serta menggosok-gosok badannya. Cubalah perhatikan bagaimana Rasulullah s.a.w. telah mengajarkan mengenai aspek “cumbu-rayu” ini, sebagaimana tersirat dalam sabdanya yang berikut:

“Janganlah ada di antara kalian menggauli isterinya seperti laku binatang, melainkan hendaklah diadakan antara keduanya perantaraan Dikatakan :`Apakah perantaraan itu, wahai Rasulullah?’ Maka beliau

Bersabda: (iaitu) Ciuman dan kata-kata rayuan.”

(Hadis riwayat Ad Dailami)

Lebih tegas lagi Rasulullah s.a.w. melarang umatnya melakukan persetubuhan tanpa didahului dengan permainan asmara. Sebagaimana tersebut di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah. Erti hadisnya adalah “Rasulullah melarang persetubuhan sebelum (dilakukan) cumbu-rayu”.

Seorang suami haruslah mengetahui bahagian-bahagian tubuh wanita yang erogen, iaitu yang berikut:

1. Daerah kening

2. Bahagian pelupuk mata

3. Hidung

4. Pipi dan sekitarnya

5. Bahagian tengkuk

6. Bahagian leher

7. Daun dan belakang telinga

8. Payudara terutamanya puting

9. Bibir dan lidah

10. Bahagian dalam mulut

11. Peha dan sekitarnya

12. Ketiak

13. Bahagian perut terutama sekitar pusat

14. Bahagian kemaluan dan bahagian dalam faraj

15. Bahagian tumit

Bahagian-bahagian ini merupakan daerah-daerah erotis yang harus dijadikan perhatian semasa merangsang, samaada diraba, dibelai, dicium atau digosok-gosokkan secara lembut dan mesra. Di sinilah sangat diperlukan kepekaan seorang suami untuk membangkitkan rasa erotis dari isteri sehingga stimulus yang diingini.

Berbagai cara sentuhan seperti meraba-raba, meramas dan sebagainya dengan bersilih ganti dapat membangkitkan rasa kehangatan cinta. Ini diikiuti pula dengan cumbuan serta rayuan yang berguna untuk membangkitkan nafsu berahi isteri. Cara-cara ini merupakan hal biasa diamalkan di kalangan mereka yang menghargai nilai seni dalam dunia seks. Semua ini merupakan tahap-tahap cumbu-rayu yang mempunyai daya untuk meningkatkan tahap kenikmatan seksual kepada yang seluas-luasnya.

Mengingati betapa pentingnya merayu sebelum bersetubuh bahkan bukan sahaja manusia begitu , binatang-binatang pun berbuat begitu. Cubalah kita perhatikan kucing, ayam jantan atau kambing. Bagaimana mereka melakukan pengawanan? Pastinya ia akan merayu terlebih dahulu dengan gerakkan mengawan.

Kucing umpamanya, sebelum bersetubuh terlebih dahulu menggosok-gosok kelamin betina agak lama dengan disertai gigitan-gigitan pada lehernya. Ayam juga mengepak-ngepakkan sayapnya sambil berkokok berkali-kali dan menari menajak ayam betina sebelum mereka melakukan hubungan kelamin. Begitu juga kambing, burung merpati, dan sebagainya. Ia adalah hasil pemerhatian saintis-saintis kaji-laku binatang.

Jadi sungguh jauh ketinggalan bagi seorang insan bergelar suami untuk menyetubuhi isterinya dengan terburu-buru tanpa merayu, bahkan pula mereka seakan-akan main terkam begitu sahaja. Suami yang bijak tidak boleh lalai atau lupa melakukan cumbu-rayu sebelum bersetubuh. Setiap isteri dan semua wanita normal berkehendakkan kepada ini.

Benarlah kata Marie Stopes bahawa untuk membangkitkan nafsu berahi wanita dengan sempurna maka lelaki harus membangunkan seluruh badan dan nyawanya. Dan ini memang penting sekali kerana membangkitkan nafsu berahi wanita sampai ke peringkat yang tinggi sebelum disetubuhi adalah keperluan setiap wanita. Pertama untuk menghindarkan rasa sakit, keduanya dengan memuncaknya keberahian wanita, ia menyebabkan kemaluannya mengembang yang disertai pengeluaran air mazi. Ini akan melembapkan liang faraj untuk memudahkan zakar masuk ke dalamnya.

Sebaliknya kalau liang faraj kering disebabkan ketiadaan stimulasi maka ia akan menimbulkan perasaan rasa tidak senang lantas menimbulkan perasaan negatif di dalam minda wanita yang ingin didampingi. Sekiranya berlarutan, ia akan menyebabkannya merasa tidak selera dan muak setiap kali diajak bersetubuh. Akhirnya timbullah gejala kaku dan frigid.

Begitulah pentingnya cumbuan serta rayuan setiap kali sebelum bersetubuh. Hendaklah ingat di dalam merayu, perlu meghindari perilaku yang berlebih-lebihan dan tidak senonoh. Di zaman sekarang banyak berlaku cara-cara stimulasi yang melampaui batas hasil pengaruh budaya orang barat. Ramai suami yang merangsang isterinya dengan menjilat liang kemaluannya. Hal ini keterlaluan kerana ia sama seperti perilaku binatang yang tak patut diikuti oleh setiap insan yang bermoral.

Adakah kita patut meniru tabiat kambing yang ketika sebelum bersetubuh, mencium dan menjilat kelamin kambing betina? Sebenarnya kita tidak boleh membuat sedemikian kerana kita sudah menempatkan sesuatu yang tidak pada tempatnya sebagaimana pendapat mengatakan:

“ Meletakkan sesuatu yang tidak pada tempatnya adalah perbuatan yang zalim.”

Tambahan pula menjilat alat kelamin sedang dalam keadaan telanjang bulat ketika bersetubuh merupakan perilaku yang kurang sopan dan Rasulullah s.a.w. tidak menganjurkannnya sebagaimana sabdanya:

“Apabila seseorang menggauli isterinya maka hendaklah ia berselimut dan janganlah ia bertelanjang sebagainya telanjangnya dua ekor unta”.

Mengapa Rasulullah s.a.w. menganjurkan yang sedemikian? Oleh kerana hal sebegini merupakan hak kewajipan suami-isteri yang telah diikat dengan tali perkahwinan. Ia bertindak untuk membezakan di antara manusia dan binatang. Ia patut dilakukan di tempat tertutup dan tidak dapat dilihat oleh sesiapa kecuali diri kita sendiri.

Hendaklah diingat bahawa setiap manusia selalu diiringi oleh malaikat. Tidak pernah malaikat yang ditugaskan meniringi kita berpisah sedetik pun. Maka sewaktu kita bersetubuh dalam keadaan telanjang, tidakkah malaikat merasa malu? Kita sepatutnya menghormati mereka juga.Oleh itu kita patut menutup badan sewaktu berkeadaan telanjang di antara suami-isteri.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Janganlah kamu bertelanjang, maka sesungguhnya bersama kalian adalah para malaikat yang tidak pernah berpisah denganmu kecuali ketika di dalam bilik air dan sewaktu lelaki menggauli isterinya. Oleh itu malulah kalian pada mereka (malaikat) dan dan hormatilah mereka”.

(Hadis riwayat Tirmizi).

Betapa bagusnya andaikata si suami prihatin terhadap aspek cumbu-rayu sebelum bersetubuh. Suami-isteri akan menerima kepuasan seksual dalam kerdhaan Allah Ta?la.

Suami yang bijaksana patutlah mengetahui perubahan-perubahan nafsu berahi wanita. Dengan itu dapatlah suami berperanan positif menikmati kepuasan seks bersama dalam kehidupan rumahtangga.

Hilang dara awal jika tidak bersarapan

Sekumpulan penyelidik Jepun semalam menyatakan bahawa mereka mendapati golongan muda cenderung untuk kehilangan dara lebih awal jika mengelak daripada bersarapan.

Dalam satu kajian yang melibatkan 3,000 orang, responden yang kerap tidak bersarapan ketika remaja menyatakan bahawa mereka kehilangan dara pada usia 17.5 tahun berbanding 19 tahun iaitu purata untuk semua rakyat Jepun.

Kalangan responden yang mengambil sarapan pagi semasa remaja pula menyaksikan purata usia 19. 4 tahun sewaktu mereka mengadakan hubungan seks untuk kali pertama. - AFP


Kamasutra Bergambar Melayu, sila klik sini


Rahsia Malam Pertama. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Petua Seks Hebat, sila klik sini.


Melambatkan Pancutan. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Pancutkan Suami. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Gara-gara hubungan sulit, lelaki masuk ICU

Seorang pemuda berusia lingkungan 20-an dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selepas dibelasah oleh dua lelaki dipercayai gara-gara hubungan sulit dalam satu kejadian di kuarters sebuah kelab golf dekat sini Rabu lalu.

Kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu dikatakan berpunca daripada tindakan mangsa menjalin hubungan dengan isteri orang berjaya dikesan oleh suami dan adik lelaki wanita berkenaan sehingga mencetuskan pergaduhan tersebut.

Utusan Malaysia difahamkan, wanita berusia 20-an itu menjalin hubungan sulit dengan mangsa sejak beberapa bulan lalu, menyebabkan suaminya yang menghidu perbuatan curang isterinya itu memasang perangkap bersama adik iparnya pada hari kejadian.

Perangkap yang dipasang suami wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an itu mengena apabila isterinya dikatakan ditemui bersama mangsa dalam keadaan tidak senonoh di sebuah bilik di kuarters berkenaan.

Suami dan adik lelaki wanita berkenaan kemudian bertindak membelasah mangsa.

Mangsa yang parah di kepala dipercayai akibat dipukul dengan objek keras kemudian dikejarkan ke HSB untuk rawatan.

~ Utusan


Pancutkan Isteri Anda. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Fikirkan seks punca bersin?

Dua doktor di Britain mendapati dalam kajian mereka bahawa punca lelaki bersin adalah kerana mereka memikirkan mengenai seks.

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Mahmood Bhutta dan Harold Maxwell itu disiarkan dalam jurnal perubatan berprestij, Journal of the Royal Society of Medicine.

Terkejut dengan penemuan tersebut, kedua-dua doktor itu berusaha mendapatkan bukti lebih lanjut dengan melakukan kajian melibatkan sejumlah pengguna laman perbualan.

Dalam kajian itu, sejumlah 17 pengguna laman web itu membabitkan kedua-dua jantina lelaki dan perempuan membuat pengakuan mereka bersin sebaik sahaja memikirkan mengenai seks manakala tiga lagi responden menyatakan mereka akan bersin selepas mencapai kemuncak syahwat. - AFP


Pancutkan Isteri Anda. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Eva Longoria kempunan seks

Suami aktres Eva Longoria, pemain bola keranjang terkenal, Tony Parker dilaporkan enggan mengadakan hubungan seks dengan isterinya itu.

Selepas Tony mengalami kecederaan dan direhatkan daripada aktif dalam sukan tersebut, dia berharap kecederaan suaminya itu boleh dijadikan alasan untuk dia menghabiskan masa kualiti bersama Tony.

Namun, perancangan 'nakal' Eva itu ditolak mentah-mentah oleh Tony. Nampaknya Eva kempunan.

"Eva sangat gembira apabila mengetahui Tony tidak dapat bermain bola untuk seketika kerana mereka jarang menghabiskan masa bersama.

"Dia selalu berada di Los Angeles untuk penggambaran dan Tony pula berada di San Antonio untuk latihan bola keranjang.

"Namun, Tony memberitahu Eva kecederaan yang dialaminya itu bukannya alasan untuk dia intim dengan Eva dan dia bercadang untuk mengikuti pasukan bola keranjangnya mengembara ke negara luar," kata satu sumber kepada majalah National Enquirer.

Eva baru-baru ini juga dilaporkan telah mengugut untuk meninggalkan suaminya itu sebanyak dua kali kerana Eva, 33, terdesak untuk melahirkan anak dengan Tony, 26.

Tambah sumber itu, "Tony belum bersedia untuk memilik anak. Dia lebih muda daripada Eva dan sedang menumpukan perhatian terhadap kariernya. Manakala Eva pula terdesak untuk melahirkan anak."

seks2u 468x60_01

Isteri Curang Mahu Bercerai

Saya isteri berusia awal 30-an dan ada dua anak. Saya ingin tahu bagaimana caranya untuk bercerai dengan suami kerana saya tidak pernah menyayangi suami sejak hari pertama pernikahan kami. Saya sebenarnya dipaksa berkahwin.

Masalahnya suami saya baik, bertanggungjawab dan penyayang. Saya cuba menyayangi suami tetapi semakin hari semakin benci. Saya selalu berkasar, meninggikan suara dan menolak ajakan untuk bersama dengannya.

Untuk pengetahuan Datuk, saya mempunyai teman lelaki. Malangnya dia suami orang. Malah kami pernah terlanjur beberapa kali sehingga saya melahirkan anak (anak kedua) tetapi suami tidak tahu anak itu hasil hubungan saya dengan suami orang.

Saya terlalu menyayangi teman lelaki. Saya tahu perbuatan kami berdosa dan ini sebabnya saya mahu bercerai supaya masalah tidak berpanjangan.

Saya benar-benar tertekan. Saya mahu hidup bersama orang yang saya sayang dan orang itu bukan suami saya. Apa harus saya lakukan?

ANN
Kedah

------------------------

Perkahwinan atas paksaan tanpa kerelaan kadangkala berhasil, namun ada kalanya terjadi seperti kes puan, di mana selepas mencuba pun tidak mampu mengasihi suami. Jika sampai puan terlanjur dengan lelaki lain, kes puan termasuk kategori berat kerana puan melakukan dosa besar.

Wanita bergelar isteri wajib memelihara maruahnya. Sebaik-baiknya diikhtiarkan supaya suami mahu menceraikan puan.

Jika suami enggan, puan boleh menggunakan jalan khuluk atau apa yang diistilahkan sebagai tebus talak.

Hal ini pernah berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW, di mana seorang isteri mengadu dia tidak mampu mengasihi suami dan melaksanakan tanggungjawab isteri dan khuatir jadi derhaka, oleh itu Rasulullah memerintahkan dia memulangkan kembali mahar yang diberi supaya suami dapat melepaskannya.


Rahsia Kecurangan Pasangan. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Tiram Perangsang Agen Seksual

Acap kali tiram menjadi sajian bufet di restoran atau hotel. Sama ada diambil mentah dengan perahan lemon, dimasak atau jusnya diproses menjadi sos, tiram sememangnya menjadi menu eksotik bagi kebanyakan kita.

Tiram atau oyster sebenarnya dikatakan telah dihadam manusia sejak ratusan tahun lalu lagi. Namun, rahsia manfaat kesihatan hidupan eksotik marin ini, jarang diperkatakan atau didedahkan.

Walaupun, ada beberapa kenyataan mengaitkan tiram dengan kebaikan terhadap prestasi seksual, namun ia tidak dibekalkan dengan sokongan kajian terperinci. Bagaimanapun kebelakangan ini, populariti tiram yang menjadi bahan masakan untuk pelbagai bentuk kulinari, menyebabkan saintis mula menunjukkan minat meneliti kebaikan zat haiwan ini.

Secara amnya, tiram menawarkan nutrien zat besi, kalsium, fosforus, zink, magnesium dan kuprum. Tiram juga adalah tinggi dengan vitamin A, B1(thiamin), B2 (riboflavin), B3 (niacin), C (asid askorbik) dan D (kalsiferol).

Institut Jantung dan Paru-paru Kebangsaan (Amerika Syarikat) mencadangkan agar tiram dimasukkan sebagai salah satu diet bagi mereka yang inginkan hidangan yang rendah kolesterol.

Afrodisiak

Kualiti afrodisiak yang terdapat tiram telah lama diperakui. Baru-baru ini saintis mendedahkan kandungan tiram yang kaya dengan zink adalah penyebab hidupan itu adalah sumber afrodisiak yang baik.

Afrodisiak merupakan agen untuk merangsang keseronokan seks dan meningkatkan mood dan prestasi seksual seseorang.

Menurut saintis zink adalah sumber yang diperlukan untuk menghasilkan hormon testosteron. Selain itu, kandungan asid amino yang baik dalam tiram juga mencetuskan peningkatan ke atas hormon seks.

Lelaki yang aktif juga disarankan mengambil diet yang mengandungi zink yang lebih sedikit berbanding yang dicadangkan iaitu 15 miligram sehari.

Anemia


Satu lagi penemuan yang didedahkan saintis adalah keupayaan tiram dalam mengatasi penyakit anemia.

Penyelidik Harold Levine, Roe Remington, F. Bartow dan C.B. Anderson dari Jabatan Nutrisi, Kolej Perubatan South Carolina, Amerika Syarikat menyatakan tiram mempunyai nilai yang tinggi untuk mengatasi anemia atau kekurangan darah, jauh lebih baik daripada kerang-kerangan lain.

Dalam kajian ke atas haiwan, mereka mendapati selepas mengambil diet tiram selama lebih lapan minggu, regenerasi (pertumbuhan semula) hemoglobin berlaku. Mereka mendapati kandungan kuprum dalam tiram adalah jawapan kepada hasil eksperimen itu.

Biomineralisation


Sementara itu, seorang ahli biologi Perancis menyatakan tiram menghasilkan nacre iaitu sejenis komposit yang membentuk bahagian dalam cangkerang tiram selain mutiara. Isi tiram yang turut mengandungi nacre menawarkan rawatan dan pencegahan untuk penyakit seperti osteoporosis, artritis dan sesetengah masalah kulit.

"Kuncinya adalah biomineralisatition," ujar Christian Milet di Paris.

"Tiram dan manusia berkongsi kapasiti yang sama untuk pembaikan diri. Tuang manusia boleh retak dan sembuh, begitu juga dengan cangkerang tiram. Kami percaya nacre yang ada pada isi tiram atau kulitnya boleh digunakan untuk merangsang pertumbuhan tulang."

Proses biomineralisation tiram katanya telah dipraktikkan manusia sejak lebih ratusan tahun lalu lagi. Puak Maya di tengah Amerika menyedari yang nacre bukan hanya untuk kecantikan tetapi kulit itu sangat keras dan tahan lama. Jadi mereka menggunakannya untuk membuat gigi palsu.

Di China dan Mesir pula, sebatian yang diperbuat daripada nacre digunakan sebagai krim kecantikan.


Super Isteri. Nak tau, sila klik sini

Jangan Tidur Selepas Seks

Keinginan terhadap seks membuatkan ramai suami yang sanggup mengejutkan isteri yang sedang lena tidur demi memuaskan hasrat yang terbuku. Menyedari tanggungjawab memenuhi kehendak batin suami, si isteri walaupun separuh hati melayani juga suami di ranjang.

Namun agak mengecewakan setelah mendapat apa yang diingini, si suami terus lena tidur malah berdengkur membiarkan si isteri terkapar keseorangan. Sedikit sebanyak timbul rasa kecewa di hati isteri malah mungkin juga perasaan tidak dihargai.

Situasi sebegini mungkin pernah dirasai oleh sebahagian isteri di luar sana. Tidur selepas seks memang lazim dilakukan oleh suami dan ia adalah antara perkara yang paling selesa dan sesuai dilakukan selepas mencapai orgasme. Badan yang letih selepas berhempas pulas sebelumnya akan membuatkan tidur lebih lena.

Memang ada alasan bilogi mengapa ada perasaan ingin tidur setelah melakukan hubungan intim. Semasa orgasme tubuh akan mengeluarkan hormon yang disebut oksitoksin yang membuatkan seseorang itu rasa mengantuk. Oleh itu mereka cenderung untuk tidur.

Tapi biarpun tidur dirasakan nyaman, namun perlu diingat pasangan yang berjaga mungkin akan berasa sebaliknya. Bagi mengelakkan ada pihak berkecil hati, terasa tidak dihargai dan sebagainya seeloknya anda pertimbangkan beberapa langkah di bawah untuk dilakukan sebagai pengganti tidur. Lebih elok menjaga hati isteri daripada tidur, bukan?

Terus Memberi Sentuhan
Walaupun berasa penat selepas bersama tapi teruskanlah memberi sentuhan kepada pasangan. Tidak perlulah membuat gerakan yang merangsang setelah pertempuran yang cukup melelahkan, cukuplah sekadar menempatkan tangan pada paha pasangan dan mengusap dengan lembut. Ini adalah tanda kasih sayang dan perhatian dari suami.

Mandi Bersama
Setelah anda dan pasangan berada di ranjang untuk acara yang mengeluarkan peluh, inilah masanya untuk anda membersihkan tubuh. Jangan lakukan sendirian, sebaliknya mandilah bersama. Sekiranya mempunyai tab mandi, penuhilah ia dengan air dan berbaringlah berdua di dalamnya.

Bersihkan pasangan dengan sabun dan urut lembut tubuhnya. Lakukan secara bergilir dengan pasangan. Percayalah, ini adalah masa yang paling membahagiakan buat suami isteri. Detik ini tak akan dilupakan.

Sediakan Hidangan
Selalunya setelah penat melakukan hubungan intim, masing-masing akan berasa lapar. Daripada membiarkan rasa mengantuk menyelubungi diri, tiada salahnya anda menyiapkan makan malam bersama-sama . Selain bagi mengisi perut yang kosong, anda dan pasangan akan menghabiskan waktu bersama-sama sekalipun setelah melewati klimaks. Tidak perlulah menyediakan hidangan yang berat, cukup sekadar mengalas perut dengan sandwic, buah-buahan ataupun makanan ringan.

Jika Mahu, Rangsanglah Pasangan
Selepas perut kenyang, dan jika masih ada saki baki tenaga, tiada salahnya jika anda ingin melakukan hubungan seks sekali lagi. Mulakan dengan aktiviti pemanasan jika pasangan turut bersedia untuknya.

Tidur Bersama
Akan tetapi, jika anda bersama pasangan kepenatan dan lebih cenderung untuk tidur maka tidurlah tapi pastikan anda tidur bersama-sama. Bukan seorang tidur di sofa tingkat bawah dan seorang lagi di bilik tidur. Rangkullah pasangan anda atau letakkan tangan di dada atau di pinggangnya supaya pasangan tahu bahawa si dia telah membuatkan anda tidak terdaya.


Pancutkan Isteri Anda. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Padah Memakai Susuk Berlian

Persaingan sengit untuk mengejar pelanggan VIP mendorong segelintir pelayan pelanggan (GRO) sanggup berhabis puluhan ribu ringgit untuk kelihatan cantik luar biasa dengan memasang susuk berlian di seluruh anggota badan, termasuk kemaluan.

Mereka sanggup mengetepikan ajaran Islam yang melarang amalan terbabit semata-mata bimbang pelanggan tetap beralih kepada GRO lain yang lebih jelita dan menggoda.

Perbuatan memasang susuk itu didedahkan seorang bekas GRO dikenali sebagai Nita, 20, kepada wartawan Harian Metro yang melakukan siasatan mengenai amalan susuk di kalangan wanita, apatah lagi GRO.

Nita mendakwa memasang lebih 150 susuk berlian pada seluruh anggota badan, termasuk 30 susuk berlian di muka dan kemaluan untuk hidup dalam dunia GRO yang serba mewah.

Katanya, dia hidup mewah dengan wang simpanan lebih RM200,000 apabila sering menjadi buruan golongan VIP yang tertipu dengan kecantikan dan layanan istimewanya.

“Saya bekerja sebagai kakitangan di sebuah bank dan disebabkan mahu mencari wang tambahan, saya membuat kerja separuh masa sebagai GRO di kelab malam di ibu kota.

“Persaingan dengan GRO lain yang muda, menggoda dan jelita menyebabkan saya cuba mencari jalan supaya sentiasa laku serta tidak putus-putus mendapat pelanggan.

“Selepas dipengaruhi beberapa rakan yang memasang susuk berlian, saya mengikut jejak mereka untuk kelihatan cantik,” katanya.

Nita berkata, dia memasang susuk berlian berharga RM150 sebiji secara berperingkat dengan seorang bomoh susuk di Chow Kit sejak berusia 18 tahun hasil kerja sebagai GRO.

Mulanya dia takut, tetapi kerana terdesak mahu mendapat pelanggan kaya, semua halangan tidak diendahkan.

“Hidup saya dilimpahi kemewahan ketika menjadi GRO dengan upah mencecah RM3,000 sekali melayan pelanggan. Saya turut dilayan seperti VIP jika berada bersama mereka,” katanya.

Bagaimanapun, selepas dua tahun terjebak menjadi GRO, dia terlantar hampir seminggu di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta akibat sakit teruk dipercayai terkena ilmu hitam.

Dia sakit teruk yang tidak dapat diketahui punca selepas melayan seorang VIP.

“Selepas sihat, ada beberapa peristiwa berlaku menyebabkan saya insaf dengan dosa yang dilakukan lalu mengambil keputusan tidak menjadi GRO lagi.

“Saya mencari bomoh terbabit bagi mengeluarkan semula susuk berlian yang dipasangnya, tetapi dia enggan berbuat demikian,” katanya.

Lantaran itu Nita berjumpa seorang ustaz yang diperkenalkan seorang rakan.

“Saya tidak mahu mati dalam keadaan memakai susuk walaupun ada mendakwa tidak mungkin ada bomoh lain dapat mengeluarkannya kecuali bomoh yang memasangnya.

“Namun, dengan izin Allah selepas hampir enam jam, semua susuk berlian dikeluarkan ustaz berkenaan,” katanya.

Nita berkata, dia bersyukur kerana sedar perbuatan memakai susuk hanya membawa keburukan pada diri sendiri.

“Bayangkan, saya sanggup memasang lebih 30 susuk berlian di kemaluan semata-mata bagi membuatkan pelanggan saya ‘angau’ dan tidak melupakan saya selepas kami melakukan hubungan seks,” katanya.

Sementara itu, ustaz terbabit yang mahu dikenali sebagai Abdullah, 40-an, berkata dia mengubati Nita selepas bomoh yang memasukkan susuk berlian kepadanya enggan mengeluarkannya kerana berpendapat susuk berlian halal sehingga mendakwa pemakainya boleh menunaikan haji.

“Selepas mengubatinya dan membaca ayat suci al-Quran, ratusan susuk berlian yang dipasang berjaya dikeluarkan,” katanya.

Oleh Sarah Zulkifli


Pancutkan Isteri Anda. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Bercinta Dengan Pengkid

Lisa menyulam rasa cinta bersama seorang pengkid, Eddy hampir lima tahun. Namun akhirnya dia menyedari percintaan yang disemai tidak kemana. Apa kesudahan perjalanan cinta dua wanita ini?

Semuanya bermula setelah dia menjejakkan kaki ke sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di salah sebuah negeri di selatan tanah air.

Perkenalan dengan rakan sekolej, Eddy, 23, yang berperwatakan seperti lelaki pada awalnya hanyalah perkenalan biasa. Tetapi lama-kelamaan Lisa, 23, menyedari ada kelainan dalam layanan Eddy terhadap dirinya.

Walaupun pada mulanya Lisa agak kekok dan berang dengan perlakuan yang ditunjukkan Eddy, namun akhirnya dia akur dan mengakui perasaan sayang yang mula berputik di hatinya.

"Memang saya cuba sedaya-upaya untuk mengelak daripada menyayangi kaum sejenis seperti Eddy. Apatah lagi mengetahui ia adalah satu dosa besar dan haram di sisi Islam. Bagaimanapun, saya tidak dapat menahan diri untuk mengharapkan belaian dan kasih sayangnya.

"Eddy begitu istimewa. Cara, layanan, sikap dan perbuatannya sentiasa menggembirakan hati saya. Apabila bersama Eddy, saya rasa begitu selesa dan dihargai. Mungkin kerana dia juga perempuan, maka dia amat memahami perasaan saya.

"Sejak itu, kami menjadi pasangan yang begitu romantis. Contohnya jika saya ke bilik air untuk mencuci baju, dia akan menemani saya sambil kami berbual-bual mesra. Waktu itu, saya rasa sayalah insan paling gembira di dunia ini," ujar Lisa mengimbau semula momen hitam dalam hidupnya.

Apa yang pasti, Lisa turut berdepan dengan lelaki yang sering membawa masalah dan menjadikan perempuan sebagai mangsa. Ini membuatkan hati wanitanya tertutup untuk menerima kehadiran lelaki.

"Boleh dikatakan persekitaran saya terdedah kepada situasi sedemikian. Ayah contoh paling terdekat menyebabkan saya benci pada lelaki kerana menghancurkan perasaan ibu selain sepupu saya yang dipermainkan suami," terang Lisa dalam nada geram.

Cuma, Lisa amat bersyukur kerana keterlanjurannya bercinta dengan pengkid masih boleh diperbaiki. Peristiwa dia terasa dipermainkan oleh teman pengkidnya yang dikatakan mempunyai pasangan lain, menyebabkan Lisa cemburu dan marah.

Lantaran mahu menyakitkan hati Eddy pula, dia menerima lamaran seorang lelaki yang telah lama menyimpan perasaan padanya meskipun lelaki itu mengetahui bahawa dia berpasangan dengan pengkid.

Tambahan pula, dia menganggap itu adalah jalan terbaik untuk membalas dendam di atas perbuatan Eddy yang menduakan dirinya.

"Dalam tempoh empat bulan pertama perkahwinan, saya sebenarnya masih tidak boleh menerima suami sepenuh hati. Ini kerana apa yang saya lakukan semata-mata hanya untuk membangkitkan kemarahan Eddy. Memang dia begitu tertekan dan sedih apabila melihat saya berkahwin. Jika tidak mana mungkin dia sanggup memujuk saya untuk lari pada malam perkahwinan saya.

"Kalau diturutkan hati, mahu saja saya lari bersama Eddy kerana perasaan sayang masih berbekas di hati. Tetapi apabila memikirkan persiapan yang telah dibuat dan mengenangkan ibu yang bakal menanggung malu jika ia berlaku, saya tahan diri untuk mengikutnya.

"Alhamdulillah, suami berjaya melembutkan hati saya untuk menerimanya sepenuh hati.

"Setelah merenung jauh dan bermuhasabah diri, saya nekad untuk mencurahkan sepenuh kasih sayang pada suami yang sanggup menerima saya seadanya. Kini, hidup saya lebih bermakna apabila kami dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang comel. Perasaan apabila bergelar ibu sungguh indah. Kehidupan saya sebagai seorang wanita di dunia ini seperti sudah lengkap," ujar Lisa yang menjalin percintaan dengan Eddy selama lima tahun.

Lisa sempat menitipkan pesanan kepada golongan berkenaan agar membuka pintu hati untuk berubah. Semuanya perlu bermula dari dalam diri.

"Ingatlah bahawa apa yang dilakukan ini tak ke mana. Ia hanyalah sekadar keseronokan duniawi semata-mata. Kuatkan hati dan tabahkan diri untuk berubah kerana ia bukan satu perkara mudah. Sekali anda melangkah untuk berubah, seribu dugaan akan datang melanda. Tapi percayalah, Allah sentiasa bersama hamba-Nya yang sabar."

Kisah Zen

Langkah masih jauh buat Zen, 25, seorang pengkid yang dalam proses berubah untuk menjadi wanita sejati.

Pengalaman selama bertahun-tahun berpasangan dengan kekasih wanitanya menyebabkan Zen begitu sukar mengikis perasaan sayang pada kaum sejantinanya itu.

Meskipun Zen mengakui dia sudah tidak melakukan perkara terkutuk bersama pasangannya itu, tetapi mereka masih lagi tinggal bersama.

"Memang saya cuba untuk berubah. Tetapi ia tidak dapat berlaku dalam masa yang singkat. Saya melakukannya secara perlahan-lahan. Tetapi saya tidak boleh menipu diri bahawa perasaan cinta dan sayang masih penuh di hati. Malah, saya rasa amat cemburu apabila melihat dia bermesra dengan teman lelakinya.

"Justeru, saya cuba mendekatkan diri dengan Tuhan dan melaksanakan kewajipan sebagai seorang Islam seperti solat, membaca al-Quran dan sebagainya. Tidak dinafikan ia memberi kesan positif untuk saya tegar menghadapi dugaan ini. Namun, dalam masa yang sama fikiran saya masih tertumpu padanya.

"Tidak terkecuali, saya turut berfikir jika saya sudah berubah sepenuhnya menjadi wanita sejati, adakah insan bergelar lelaki yang sanggup menerima diri saya seadanya. Adakah dia sanggup mengambil saya sebagai isteri jika mengetahui kisah silam saya?

"Apa pun saya percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Yang pasti, niat saya untuk berubah akan diberkati dan saya bertekad untuk membasuh palitan lumpur dalam kanvas kehidupan saya ini," tutur Zen yang mula menjadi pengkid sejak berusia 13 tahun.

Pengkid adalah hidup saya

BERLAINAN dengan Lisa dan Zen, seorang lagi pengkid yang ditemui, Im tidak peduli dengan apa yang diperkatakan orang mengenai dirinya.

Malah, dia bangga dikenali sebagai pengkid dan mempunyai pasangan yang juga kaum sejenisnya. Apa yang penting dia bahagia dengan kehidupan yang dilaluinya meskipun tahu ia bergelumang dosa dan noda.

“Terus-terang saya katakan, tiada langsung hasrat di hati untuk berubah menjadi wanita sejati. Saya gembira begini. Saya percaya ramai lagi berfikiran seperti saya. Dosa saya sendiri yang tanggung. Jadi biarkanlah saya begini.
“Mungkin saya dilahirkan memang untuk menjadi pengkid. Naluri saya langsung tiada pada lelaki yang hanya tahu mengecewakan dan menghancurkan hati perempuan.

Bak kata pepatah habis madu sepah dibuang. Seolah-olah kami ini sampah yang tidak berharga,” jelas Im meluahkan perasaan di hatinya.

Tambah Im lagi, sejak di bangku sekolah dia telah mula mengadakan hubungan sejenis dengan rakannya. Justeru, setelah berbelas tahun hidup dalam keadaan sedemikian, pintu hatinya seolah-olah sudah terkunci untuk berubah kepada fitrah asalnya.

“Entahlah, saya pun tak tahu mengapa ini boleh berlaku. Benda sudah terjadi. Saya tidak mampu berundur semula. Tambahan pula keluarga telah membuang saya apabila mengetahui saya menjadi pengkid. Sudah ditakdirkan saya menjadi pengkid mungkin untuk selama-lamanya,” kata Im yang bersusuk tubuh kecil tetapi tegap.

Tidakkah dia teringin mempunyai kehidupan seperti wanita lain yang mempunyai suami dan anak-anak sebagai pelengkap kehidupan? “Buat apa saya nak cari nahas berkahwin dan mempunyai anak sedangkan saya tahu naluri saya langsung tiada pada lelaki.

“Seperkara lagi, saya tak mahu menyusahkan hidup dengan berkahwin dan terikat dengan lelaki yang mungkin akan membuang saya apabila sudah tidak diperlukan lagi. Banyak kes-kes sedemikian yang dipaparkan di akhbar. Justeru, untuk apa saya berbuat demikian.”

Bagaimanapun, jauh di sudut hati Im, dia tidak menolak seandainya satu hari nanti, pintu hatinya terbuka untuk berubah melalui hidayah yang diberikan Allah. Namun, dia tidak pasti bila perkara itu akan berlaku.

“Biarlah Tuhan yang menentukan segalanya. Terlalu besar dosa yang telah saya lakukan. Tetapi buat masa ini, pengkid adalah hidup saya. Tiada siapa yang boleh menafikannya,” tegas ucapan Im mengenai dirinya yang tersasar jauh dari landasan sebenar sebuah kehidupan.

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR



Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Kecurangan Pasangan. Keterangan lanjut, sila klik sini.

`Bohsia pagi’ jerat warga emas


Sekadar berbelanja sarapan sepinggan mi goreng dan secawan kopi, lelaki gatal warga emas yang kemaruk seks berpeluang berasmara hingga ke ranjang dengan gadis digelar ‘bohsia pagi’ yang bergerak aktif di Jalan Pudu di sini.

Kebanyakan gadis muda itu yang berkeliaran mencari lelaki di kawasan terbabit bijak menggunakan pujuk rayu dan aksi manja untuk menambat hati lelaki tempatan sebelum dijadikan ‘sugar daddy’ bagi mendapatkan kemewahan.

Mereka dikesan menjadikan kafe di sebuah bangunan yang menempatkan pangsapuri di tingkat atas sebagai markas untuk menjalankan kegiatan pada waktu pagi.

Tinjauan Harian Metro mendapati gadis pelbagai bangsa itu, terutama dari China mula berkumpul sehingga mencecah 30 orang, terutama di kawasan kafe dan medan selera yang mendapat jolokan ‘syurga lelaki tua’ seawal jam 7 pagi lagi.

Dengan berpakaian seksi - seluar jeans dan kemeja-T sendat atau skirt pendek, membangkitkan ghairah pelanggan yang menjamu selera di kawasan berkenaan.

Wartawan yang menyamar pelanggan selama dua hari mendapati golongan bohsia itu tidak segan silu menyapa atau menghampiri orang ramai yang sedang makan, terutama lelaki warga emas.

Gadis terbabit akan terus merayap dari satu meja ke meja lain sambil mesra melayani lelaki keseorangan atau duduk berkumpulan.

Malah, ada kalanya mereka tanpa dipelawa akan terus duduk di kerusi berhampiran pelanggan yang sedang minum sambil mempamerkan susuk tubuh menggiurkan di balik pakaian nipis.

Kaedah layanan `teman tapi mesra’ itu ternyata memikat ramai pelanggan kafe berkenaan yang kebanyakannya tidak menolak sebaik bohsia terbabit terus menarik kerusi dan duduk di sebelah mereka.

Perbualan diselang seli dengan gurau senda berkenaan tambah panas apabila ada gadis dilihat memeluk bahu atau meletakkan kepala di atas pangkuan pelanggan.

Adegan tidak senonoh berkenaan menyebabkan ramai lelaki warga emas ‘goncang’ iman sebelum tangan mereka ditarik menuju ke bilik sewa di atas bangunan terbabit untuk bermadu kasih.

Seorang penghuni di bangunan berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Leong, 33, berkata gadis terbabit yang kebanyakannya menyewa di situ dikesan muncul lebih setahun lalu.

Menurutnya, mereka kerap menggunakan daya tarikan seksual untuk menambat hati lelaki sebelum menawarkan diri menjadi perempuan simpanan atau teman ranjang.

“Mereka biasanya meminta sehingga RM100 setiap kali hubungan seks dilakukan. Tapi ada juga sekadar minta dibelanja sarapan pagi.

“Untuk mengenali golongan itu mudah iaitu mereka gemar membawa beg sandang,” katanya.

Berbeza dengan kupu-kupu malam, katanya, mereka mencari sasaran sekitar jam 7 pagi sehingga waktu paling ramai pelanggan antara jam 11 hingga 1 tengah hari.

“Sebagai penghuni, saya kerap kali terserempak gadis terbabit membawa pelanggan menaiki lif untuk ke rumah sewa mereka,” katanya yang pernah beberapa kali melihat golongan isteri bergaduh dengan suami yang gemar datang ke kafe terbabit.

Dia berkata, kewujudan gadis terbabit turut menjejaskan keharmonian rumah tangga penduduk tempatan berikutan tarikan mereka menyebabkan ramai lelaki menghabiskan masa di kafe terbabit daripada di rumah.

Seorang pengawal keselamatan warga Bangladesh di bangunan itu mendakwa golongan bohsia tinggi lampai persis model biasanya meletakkan nilai perkhidmatan lebih mahal sehingga RM100, namun masih boleh tawar menawar.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan yang dihubungi, berkata pelbagai operasi sudah dilakukan di kawasan terbabit untuk membanteras kegiatan tidak bermoral dijalankan gadis berkenaan.

Malangnya, walaupun sudah ratusan diberkas, mereka kembali menjalankan kegiatan sama.

“Siasatan mendapati kebanyakan gadis itu, terutama dari China memasuki negara menggunakan dokumen dan pasport sah. Mereka bagaimanapun menyalahgunakan visa lawatan sementara untuk melakukan aktiviti pelacuran.

“Tindakan dari semasa ke semasa akan terus dijalankan bagi memberkas gadis itu. Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa,” katanya.

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
~ Metro


Rahsia Kecurangan Pasangan. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Doa Pengasih
Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Isteri Hebat. Nak tau, sila klik sini

Rahsia Kepuasan Seks Di Bahagian Telinga Wanita

Secara asasnya, wanita akan merasa lebih nikmat sekiranya mereka merasa terlibat atau dipentingkan semasa hubungan seks. Ini adalah antara perkara asas yang perlu diketahui oleh para suami.

Dalam seksologi Timur, telinga wanita menjadi antara faktor terpenting yang akan menyebabkan dia merasa puas dan bahagia apabila melakukan jima' dengan suaminya. Telinga jugalah (jika tidak puas) akan menjadi antara sebab kenapa isteri boleh berlaku curang sedangkan suaminya melakukan jima' bersamanya secara kerap.

Kuncinya ialah: "Kelemahan lelaki pada matanya. Kelemahan wanita pada telinganya". Seorang lelaki yang dianggap pandai "tangkap lentok" walaupun ke atas isteri oranglain sebenarnya pandai bermain dengan telinga wanita. Mereka pandai memujuk, pandai memilih perkataan-perkataan yang mencairkan, pandai berkata bahawa dia ambil berat, dan pandai berkata sayang secara tersirat.

Oleh itu bercakaplah isteri, kerana mereka sebenarnya mahu suami selalu berkata-kata. Bila suami diam, isteri akan mempunyai berbagai tanggapan, dan kebiasaannya tanggapan itu negatif, iaitu sama ada "suami sedang dalam mood tak baik" atau "suami sedang marah" atau "suami tidak peduli". Hanya isteri yang kebetulan dapat suami bisu akan menganggap "dia memang dah macam tu.."

Allah kurniakan untuk lelaki suara yang garau. Kadang-kadang bila bercakap, bunyinya macam guruh. DikurniakanNya untuk wanita suara yang halus seperti suara kanak-kanak. Walaupun suara wanita halus, biasanya yang keluar dari mulut wanita sifatnya "keras dan panas" (orang sekarang menyebut "mulut laser") dan suara itu dikasarkan. Emosi wanita selalu lebih memainkan peranan dalam banyak situasi. Tapi walaupun wanita selalu "keras", itu dianggap oleh lelaki sebagai kebiasaan wanita, dan wanita biasanya akan seimbangkan "keras" itu dengan menggoda pandangan mata suami. Lalu suami jadi lemah kerana keras.

Berbeza pula dengan lelaki. Walaupun suara lelaki garau, yang keluar dari mulut lelaki biasanya "lembut dan sejuk". Anda juga dapat perhatikan bahawa bila lelaki bercakap dengan wanita, suara yang garau itu akan jadi lebih halus dan lebih lembut. Akal lelaki selalunya lebih memainkan peranan dalam banyak situasi.

Layanan dalam kelembutan inilah santapan untuk telinga wanita. Dalam hal artikel ini, ia adalah santapan untuk telinga isteri (bahaya jika disebut wanita, kerana ia istilah umum). Sebenarnya isteri mahu dilayan dan diambil berat. Selalunya pun, isteri suka perbualan-perbualan yang berbaur romantis dari mulut suaminya. Kerana lelaki lebih banyak gunakan akal dari emosi, ramai lelaki jadi kurang romantis dan bercakap "tanpa ada perasaan". Contohnya "Pada hemat sayalah, hari ini awak masak gulai ayam masak lemak cili padi lagi baik". Tidak ada perasaan. Contoh kata-kata yang ada perasaan "Yang.. yang.. kalau sayang masak gulai ayam masak lemak cili api, abang akan makan sampai berpeluh.. Berpeluh macam masa kita projek... Hehe".

Isteri puas dalam jima' kerana telinganya puas. Bukan puas kerana suami meniupkan angin ke telinganya, tapi puas kerana suaminya melayannya sebagai seorang kekasih walaupun kini mereka sudah ada cucu. Untuk memberi nafkah batin yang memuaskan kepada isteri, mulakanlah dan teruskanlah dengan merangsang telinganya. Rangsanglah telinganya dengan berkongsi cerita, puji-pujian, gurau-senda, bertanya dan yang sewaktu dengannya, bukan pandai pujuk-rayu bila mahu projek saja.

Rangsangan kepada telinga isteri seharusnya berlaku setiap ada kesempatan pada setiap hari. Kemudian ketika istimta', rangsangan kepada telinga harus diteruskan. Tidak terlambat jika suami berkata "Abang sayang ayang... Ayang tak sayang abang ker...?" Lalu isteri tidak terlambat jika dia menjawab "Eh abang ni... Tu yang saya masak gulai lemak cili api tadi tu tanda sayang ler tu...". Walaupun isteri tidak secara "direct" (dalam kes ini) berkata dia sayang, tapi dia telah beri bukti bahawa dia sayangkan suaminya. Jadi, sebagai suami kita bagaimana pula? Apakah bukti sayang kita kepadanya jika dia merasa bahawa dia adalah orang asing dalam rumahtangga sendiri?

Semoga Allah merahmati kita semua. Wassalam.

Sumber: http://blogsagasama.blogspot.com
Sumber : megasutra


Kamasutra Bergambar Melayu, sila klik sini


Rahsia Malam Pertama. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Petua Seks Hebat, sila klik sini.


Melambatkan Pancutan. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Pancutkan Suami. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Elak pakai seluar ketat

Saya tidak suka memakai seluar dalam. Baru-baru ini kawan memberitahu, tabiat itu tidak baik untuk buah zakar. Adakah kenyataan ini benar?

BUDAK BAIK
Kuala Lumpur

------

Anggota sulit lelaki dan perempuan mempunyai pelbagai pelindung secara semula jadi seperti bulu roma yang lebat melindung keseluruhan anggota sulit, suhu dan kelembapan kulit, selain berfungsi sebagai ‘shock absorber’ (penyerap tekanan) ketika bersetubuh.

Kerandut buah zakar lelaki mengampu kedua-dua buah zakar dan mengawal suhu buah zakar supaya ada dalam keadaan optimum untuk pembiakan sperma.

Spermatic cord (otot spermatik) yang mengandungi salur sperma, pembuluh darah dan urat saraf untuk sperma dan lapisan otot daripada perut menampung buah zakar dan sensitif kepada perubahan alam sekitaran, yang mana apabila berlaku sentuhan kepadanya, seperti dalam kemalangan contohnya, kedua-dua buah zakar tertarik ke atas supaya buah zakar terlindung.

Jadi, kenapa hendak pakai pakaian dalam? Mungkin memakai pakaian dalam lebih kepada menjauhi ‘pandangan’ daripada perlindungan. Asalkan anda pakai sehelai pakaian untuk tujuan mengelakkan berlaku ‘pandangan’ mata, itu mencukupi. Pakaian dalam yang ketat mengubah posisi buah zakar dan mengganggu kestabilan suhu dalam buah zakar.


~ Dr.Ismail Thamby

seks2u 468x60_01

Saiz Zakar Kecil - Bimbang tiada kepuasan

Saya berusia 20 tahun dan mempunyai sedikit kemusykilan mengenai saiz alat kelamin. Saya bimbang tidak mampu memberi kepuasan kepada pasangan saya apabila berkahwin kelak.

SHAH
Alor Star, Kedah

JAWAPAN

Tajuk saiz anggota sulit lelaki sudah banyak kali dipertikaikan. Mungkin anda tidak perasan. Namun, saya akan jelaskan. Saiz dan bentuk anggota sulit lelaki dalam pengaruh baka dan keturunan. Ia berbeza ketika dalam keadaan tidak erek. Ada kalanya boleh kelihatan terbenam, lebih-lebih lagi jika lelaki itu gemuk.

Apabila erek, keadaan sebenar saiz zakar jelas. Ukuran panjang antara 10-14 sentimeter (sm) dan ukur lilit antara 9-13 sm untuk lelaki Asia.

Jika dibandingkan dengan ukuran faraj perempuan Asia, pembukaan faraj lebih kurang 1 sm dan corong panjang antara 6-9 sm.

Memandangkan mukosa faraj berketak-ketak, ia mampu mengembang dan melebar mengikut saiz zakar pasangan. Jadi jika zakar kecil, faraj masih boleh terima, sama juga jika zakar pasangan besar.

Bagaimanapun, jika saiz zakar kurang dari sembilan sm, kemungkinan pasangan itu tidak dapat buat beberapa posisi. Jika kurang dari enam sm ketika erek, zakar boleh masuk tapi boleh tertanggal jika pasangan bergerak.

Zakar berukuran enam sm atau kecil dikenali sebagai ‘micropenis’. Masalah ini boleh diatasi dengan rawatan khusus, sama ada melalui pembedahan atau dengan penggunaan peralatan tertentu dengan pengawasan doktor.

Kini ada pelbagai laman dan iklan cara dan kaedah pembesaran anggota sulit lelaki yang dipaparkan dalam akhbar dan internet.




Pancutkan Suami. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Zakar bengkok

Saya berusia 19 tahun dan ada masalah, iaitu kedudukan kemaluan saya lebih ke sebelah kiri. Saya bimbangkan kedudukan kemaluan saya, jadi apakah caranya untuk membetulkan masalah ini?

HAFIES
Tampin, Negeri Sembilan

-------

Anggota kelamin lelaki ketika biasa, ia berkedudukan di depan. Ketika erek, kedudukannya berbeza sama ada hala ke depan, melengkung ke depan, ke kiri atau ke kanan dan jarang kali ia bengkok serta kelihatan cacat.

Jika ereksi lelaki itu bengkok sedikit, baik ke kiri atau ke kanan yang tidak sakit jika cuba diluruskan, itu menandakan ereksi lelaki itu tidak memberi masalah ketika bersama kelak.

Jika bengkok itu ketara dan menyukarkan lelaki itu apabila cuba melurus atau menghalakan ereksi ke depan, lelaki itu mengalami masalah kebengkokan zakar dan keadaan ini dikenali sebagai penyakit ‘peyronie’.

Kedudukan zakar yang melengkung ke kiri atau ke kanan mungkin akibat amalan memposisikan zakar sebegitu. Jadi, apabila zakar itu dibiarkan kedudukan begitu, ia akan berbentuk begitu.

Jarang kecederaan zakar berlaku ketika lelaki itu tidur dan zakar yang erek tertindih badan atau terhentak ke tilam dan jika kecederaan itu ketara, bahagian yang kena hentak atau bengkok itu akan membengkak dan radang dan lama-kelamaan parut timbul dan zakar kelihatan bengkok.

Apabila keadaan ini berlaku, rawatan sewajar perlu diberi. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan alat ‘penis extender’ yang bernama ‘andropenis’ (www.andromedical.com).

Masalah ini tidak dapat diatasi secara urutan kerana boleh memudaratkan lagi.

Jika anda tidak pasti keadaan zakar anda ketika erek, elok jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan. Jika keadaan tidak serius, anda tidak perlu buat apa-apa.

Memang posisi ereksi tidak selalu sehala, memang ada sedikit kebengkokan dan apabila anda padatkan ereksi dengan ‘mengemut’, iaitu mencengkam otot lubang najis dan lubang kencing, ereksi yang kendur atau melengkung itu kelihatan sehala.

Jika tidak sehala dan sakit ketika anda cuba memposisinya ke depan, elok anda jumpa doktor. Jika hendak jumpa saya, datang ke Damai Service Hospital, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Oleh Dr.Ismail Thamby


Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Kamasutra Bergambar Melayu, sila klik sini


Pancutkan Isteri Anda. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Seni Ciuman. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Seks Pada usia tua

Bagaikan satu perkara yang haram dan jijik di kalangan masyarakat kita yang berpegang teguh dengan resam orang timur, apabila soal berkaitan dengan hubungan seksual dibicarakan secara terbuka. Apatah lagi jika ia melibatkan mereka yang sudah berumur atau lanjut usia seolah-olah keperluan itu hanya untuk golongan muda saja.

Sedangkan, seks adalah antara kunci utama yang mengeratkan hubungan zahir mahupun batin pasangan suami isteri.

Malah, aktiviti seksual yang sihat dan berterusan mampu menyumbang kepada kesihatan keseluruhan seseorang.

Walau janggal, hakikatnya seks adalah satu perkara normal dan azali tanpa mengira usia selagi ia berlandaskan hukum syarak tanpa melanggar tata susila dan peradaban.

Wartawan ROSLAH OTHMAN dan NOOR AZMAH IBRAHIM cuba menyingkap seks di usia tua dari segi Islam, psikologi dan hasil-hasil kajian yang berkaitan.
SUDAH termaktub sejak azali, selain dikurniakan akal, manusia juga dilahirkan dengan pelbagai nafsu yang mana salah satunya syahwat.

Ia merupakan sesuatu yang semula jadi dan dinikmati sebagai sebahagian daripada kehidupan bagi insan normal.

Sebab itulah Islam amat mengalakan umatnya berkahwin dan mempunyai keluarga apabila sampai masanya.

Ia bukan sekadar untuk memanjangkan zuriat, tetapi juga sebagai saluran berkasih sayang dan memenuhi keperluan seks secara halal.

Namun, menyentuh tentang keperluan hubungan badan di kalangan mereka yang berusia, masyarakat mula bertukar nada.

Seolah-olah, ia hanya sesuai untuk dinikmati dan dikecapi oleh pasangan muda yang berusia 40 tahun ke bawah sahaja.

Menurut pakar terapi seks terkemuka, Dr. Rosie King, usia bukan penentu kepada aktif atau tidak aktiviti seksual mana-mana pasangan.

Sebaliknya, ia berkurangan atau terhenti terus kerana hak mereka dinafikan, serta rasa segan terhadap persepsi anak-anak dan masyarakat.

Berdasarkan satu kajian pada tahun 1980, aktiviti seksual pasangan yang berumur 70 hingga 74 berkurangan bukan kerana tiada keinginan, tetapi disebabkan masalah kesihatan dan rawatan perubatan.

``Pasangan yang berusia tidak semestinya hilang minat terhadap seks, tetapi mereka terpaksa tunduk kepada pandangan prejudis masyarakat.

``Sudah menjadi lumrah, orang tua dianggap tidak berguna, tidak bergigi, tidak berambut dan termasuk tidak lagi mempunyai kehidupan seksual,'' katanya.

Tambah beliau, peningkatan usia memberi tanda kepada pertukaran kehidupan dan tabiat seksual, bukannya penamat kepada aktiviti tersebut.

Malah, ia memberi cabaran dan peluang yang lebih luas untuk pasangan meneroka dan mencari penyelesaian kepada masalah berkaitan.

Satu kajian menunjukkan 7 daripada 10 pasangan yang berusia lebih daripada 60 tahun yang sihat masih aktif melakukan hubungan seksual.

``Seks adalah perkara penting dalam kehidupan lelaki mahupun wanita. Tidak ada halangan untuk menikmatinya selagi ada keinginan dan sihat fizikal.

``Meskipun mereka yang berusia berhak untuk mengatakan seks tidak lagi penting dan mahu mengurangkan aktivitinya, namun jangan sesekali melakukannya kerana faktor usia,'' tegas beliau.

Kata Dr. Rosie yang juga Fellow di Kolej Australasian bagi Pakar Perubatan Kesihatan Seksual, hubungan badan bukan hanya berfungsi sebagai sistem reproduksi tetapi juga untuk keseronokan, rekreasi dan kerehatan.

Malah, ia merupakan aktiviti atau perlakuan yang dapat mengeratkan hubungan fizikal mahupun emosi suami isteri.

``Kepentingan kesihatan seksual kepada kesihatan keseluruhan sering kali tidak diberi perhatian oleh masyarakat dan ia bukanlah ciri-ciri positif.

``Ia membabitkan kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan seseorang individu dan kesannya tidak boleh diketepikan kerana ia sama penting seperti pemakanan dan senaman,'' katanya lagi.

Selain itu tegas beliau, menopause juga bukan satu pelepasan atau halangan untuk wanita tidak lagi menikmati hubungan seks.

Lebih-lebih lagi dengan adanya Penggantian Hormon dan Terapi Penggantian Testosterone yang dapat meningkatkan keinginan tersebut.

Bagaimana pun, beliau tidak menafikan perubahan seksual akan berlaku disebabkan usia yang semakin meningkat.

Antaranya, lambat terangsang, sensitiviti bahagian badan berkurangan, kesakitan dan sebagainya.

Begitu pun, mereka yang mengalaminya boleh mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi masalah tersebut dengan kerjasama daripada pasangan masing-masing.

``Selain itu, jika anda mengalami masalah atau kesukaran dalam melakukan hubungan fizikal, jangan berasa segan untuk berjumpa doktor.

``Ia mungkin tanda-tanda awal mati pucuk yang boleh diatasi jika kita segera mendapatkan rawatan yang sesuai,'' katanya.

Menurut Dr. Rosie, hubungan badan ibarat tarian tanggo yang perlu sentiasa dilakukan secara berterusan.

Jika pasangan ingin terus menikmatinya di usia tua, mereka harus mengekalkan aktiviti tersebut di samping mengekalkan kesihatan fizikal.

``Selain mengambil berat tentang kesihatan, pasangan lanjut usia juga perlu menjaga perkahwinan yang mana salah satu daripadanya adalah hubungan badan.

``Kita mungkin tidak dapat melakukan perkara yang sama semasa berusia 20 tahun, tetapi kita masih dapat menikmati sentuhan intim dan berahi,'' katanya.

Kamar Tidur Romantis

Bilik tidur adalah tempat paling istimewa bagi setiap orang. Bagi suami isteri, ia menjadi ruang privasi untuk berbincang dan memadu kasih.

Namun, jika bosan dengan dekorasi kamar tidur anda, inilah waktunya terbaik untuk melakukan sesuatu yang berbeza.

# Cat warna yang romantis

Warna cat dinding antara faktor paling penting dalam pemberian kesan pada suatu ruangan.

Sesuai dengan tema romantis, ubahlah warna cat dinding kamar dengan warna-warna yang bisa melambangkan hal berkenaan.

Warna romantis antaranya merah jambu. Pastikan anda mencampurkan warna berkenaan dengan warna lain seperti krem, biru, hijau atau bahkan warna emas.

Buatlah komposisi warna yang baik, biar tidak terkesan atau membosankan.

Warna emas jika dikomposisikan dengan benar boleh menghasilkan dinding kamar tidur yang nyaman dan bernilai.

# Manfaatkan warna emas

Selain berfungsi untuk menutupi cahaya matahari yang masuk melalui jendela, warna emas faktor penting dalam dekorasi kamar tidur.

Pilihan warna emas yang selaras dengan warna dinding kamar atau warna kusen jendela akan menampilkan kesan teduh dan nyaman.

Untuk menambah kesan romantis, pilih warna emas dengan motif renda bunga atau yang lain sesuai dengan nuansa romantis yang anda inginkan.

Ingat bahawa kreativiti amat penting dalam setiap dekorasai. Elak penggunaan warna emas dengan bahan kain yang berat. Sebaiknya gunakan dengan bahan yang lebih lembut dan ringan seperti satin.

# Lilin

Tidak lengkap suasana romantis jika tiada lilin. Bayangkan jika hanya anda berdua di kamar tidur, diterangi cahaya lilin yang redup dan romantis.

Lilin di kamar tidur boleh memberikan kesan dramatis dan seksual. Bentuk dan warna lilin di pasaran boleh memanjakan anda dalam memilih yang sesuai dengan keperluan anda.

# Bunga

Jika ada pepatah mengatakan ‘katakanlah dengan bunga’, anda juga dapat melakukannya dalam bilik tidur. Bunga selain memberi kesan romantis, juga mewujudkan kesegaran pada ruangan, selain tambahan dekorasi yang indah dalam kamar tidur.

# Aksesori

Sebagai pelengkap dekorasi, tambahkan aksesori lain seperti lukisan pada dinding kamar atau hiasan yang dapat mengingatkan ghairah cinta anda berdua.

Saiz zakar bukan ukuran kepuasan

Sebelum anda membuat keputusan menjalani pembedahan untuk membesarkan saiz zakar, anda mungkin perlu berfikir berkali-kali. Sanggupkah anda menanggung kesan negatif dan bukannya positif yang anda impikan?

Kebanyakan lelaki yang menganggap saiz zakarnya terlalu kecil sebenarnya memiliki saiz yang normal. Beberapa kajian baru-baru ini mendapati ratusan lelaki telah meminta nasihat doktor kerana bimbang tentang saiz zakar mereka. Namun, hakikatnya, mereka ini adalah pemilik zakar bersaiz normal.

Iklan-iklan media elektronik mahupun cetak biasanya mengaburi lelaki bahawa pasangan masing-masing mementingkan saiz zakar.

Boleh jadi, saiz zakar anda sebenarnya berada dalam lingkungan normal. Saiz zakar yang sangat kecil biasanya berukuran kurang daripada tiga inci apabila berada dalam keadaan tegang. Keadaan ini dikenali sebagai zakar mikro (micropenis).

Tetapi, dalam kebanyakan kajian, lelaki yang memiliki zakar mikro ini juga didapati mampu mengecapi kepuasan dalam hubungan seks dan mempunyai anak.

Ya, mungkin benar sesetengah wanita mengambil kisah mengenai saiz zakar pasangannya, tetapi kebanyakan wanita tahu saiz bukan kayu pengukur kepada segala kepuasan di ranjang.

Kebenarannya ialah saiz zakar yang terlalu besar mungkin bukan satu kelebihan ketika hubungan seksual berlangsung. Ini kerana hujung zakar yang panjang mungkin akan memberi satu 'pukulan' kepada serviks pasangannya sekali gus mengakibatkan rasa sakit.

Memahami keperluan fizikal dan emosi pasangan boleh dilakukan menerusi perbincangan. Kaedah ini lebih praktikal untuk memperbaiki hubungan intim anda berbanding mengambil keputusan menukar saiz zakar.

Pihak peniaga dan pengiklan mungkin menawarkan sejumlah jenis produk pembesaran zakar tanpa jarum. Iklan-iklan juga kelihatan 'serius' dengan pengesahan daripada penyelidik saintifik. Hakikatnya, dakwaan tentang keselamatan dan keberkesanannya adalah tidak berasas.

Oleh kerana tiada kajian saintifik yang meluluskan sebarang jenis produk pembesaran zakar, maka, pengiklan terpaksa bergantung kepada testimoni pengguna.

Malah, Pentadbiran Pemakanan dan Ubatan (FDA) Amerika Syarikat juga belum pernah meluluskan sebarang ubatan atau peralatan untuk membesarkan saiz zakar.

Jadi, berhati-hatilah dengan pelbagai teknik yang mendakwa mampu membesarkan saiz zakar kerana sesetengah daripadanya mungkin boleh mengakibatkan kerosakan serius seperti berikut:

Senaman memicit secara manual

Senaman yang menggunakan pergerakan tangan untuk menolak darah daripada pangkal ke kepala zakar yang separa-tegang, sepatutnya dilakukan secara kerap. Walaupun teknik ini mungkin lebih selamat berbanding kaedah lain, ia boleh menjurus kepada pembentukan parut, kesakitan dan kecacatan. Tiada kajian saintifik yang mengesahkan keberkesanan teknik ini.

Pam vakum

Oleh kerana pam boleh menggalakkan aliran darah ke dalam zakar dan menyebabkannya bengkak, maka, kaedah ini hanya sesuai untuk rawatan masalah ketidaksuburan. Cara ini hanya memberi ilusi saiz zakar yang lebih besar padahal kesannya jarang berkekalan. Penggunaan alat ini untuk jangka masa panjang boleh merosakkan tisu-tisu kenyal dalam zakar dan menjurus kepada ketegangan kurang kukuh.

Pil dan losen

Kandungan produk ini biasanya terdiri daripada vitamin, bahan mineral, herba atau hormon seperti testosteron yang mendakwa mampu membesarkan saiz zakar. Hakikatnya, tiada satu pun produk ini telah dibuktikan berkesan.

Selain itu, pelbagai teknik pembesaran zakar telah 'dicipta' oleh pakar-pakar bedah. Namun, tiada satu pun daripadanya disahkan oleh mana-mana organisasi perubatan.

Malah, semua Persatuan Urologi Amerika, Persatuan Pembedahan Plastik Estetik Amerika dan Persatuan Pakar-pakar Bedah Plastik Amerika (ASPS) telah mengeluarkan kenyataan polisi terhadap pembedahan kosmetik untuk memperbaiki keadaan zakar.

Kepelbagaian teknik yang digunakan ini cuma berada pada peringkat eksperimentasi sahaja. Belum ada kajian kukuh tentang hasil dan risiko sebenar akibat komplikasi 'membetulkan' zakar.

Salah satu prosedur memanjangkan zakar melibatkan pemotongan ligamen yang melekat pada zakar sehingga tulang pubik. Selain itu, ia juga merangkumi pemindahan kulit dari abdomen kepada hulu zakar. Apabila ligamen ini dipotong, ia mungkin membuatkan zakar kelihatan panjang kerana caranya tergantung ke bawah.

Namun, masalahnya, pemotongan ligamen tersebut boleh mengakibatkan ketegangan zakar menjadi tidak stabil dan menghala ke posisi pelik apabila menegang.

Kibasan kulit dari kawasan pubik ke dalam zakar pula misalnya boleh menjurus kepada kecacatan serius seperti penumbuhan bulu pada pangkal zakar, kesan parut dan masalah lain.

Satu lagi teknik ringkas adalah mencantumkan lemak yang diambil dari bahagian abdomen atau punggung ke dalam zakar. Malah, ada sesetengah pakar bedah menggunakan tisu yang diperoleh daripada mayat!

Pihak ASPS turut menyelar kaedah suntikan lemak ke dalam zakar yang sebenarnya belum terbukti selamat dan memanfaatkan. Sebaliknya, pesakit mungkin terdedah kepada risiko jangkitan, hilang sensitiviti pada kulit, pendarahan berlebihan dan hilang fungsi zakar.

Pembedahan bukan sahaja berisiko, mahal dan tidak semestinya menjanjikan hasil yang memuaskan.

Kajian mendapati kebanyakan lelaki yang pernah menjalani pembedahan membesarkan zakar tidak berpuas hati dengan hasilnya. Dalam sesetengah kes serius, sebahagian lelaki terpaksa menjalani pembedahan tambahan untuk membetulkan kecacatan akibat prosedur rawatan asal.

Kesan-kesan negatifnya termasuk parut, zakar yang lebih pendek, hilang sensitiviti dan kehadiran bonjolan-bonjolan lemak abnormal. Impak negatif lain yang turut dilaporkan termasuk ketidaksuburan, pembuangan air kencing tidak terkawal dan kesakitan berterusan.

Akibatnya, anda terpaksa membayar 'harga' yang mahal. Di AS, sekurang-kurangnya RM37,000 diperlukan hanya untuk pembedahan asas membesarkan zakar. Jadi, disebabkan pembedahan kosmetik tidak dilindungi oleh insurans, maka, anda terpaksa menanggung segala kos terlibat.

Biarpun tiada satu-satunya kaedah yang berkesan dan selamat untuk membesarkan alat sulit anda, terdapat beberapa perkara yang boleh dijadikan pedoman:

* Berinteraksi dengan pasangan anda

Membincangkan topik kedudukan kegemaran di ranjang mungkin sukar dilakukan secara terbuka. Tetapi, hanya dengan komunikasi yang baik dapat mengembalikan pengalaman seksual yang menarik.

* Bersenam

Keadaan fizikal yang lebih baik boleh menjadikan anda kelihatan menawan sekali gus memperbaiki kekuatan dan tahap ketahanan ketika beradu di ranjang.

* Singkirkan lemak badan

Sekiranya bahagian bawah abdomen anda sudah melangkaui kawasan genitalia, maka zakar anda kelihatan lebih kecil. Lebihan lemak pada badan boleh mengaburi bahagian atas zakar. Oleh itu, cuba kekalkan berat badan ideal.

* Merapi bulu-bulu pubik

Bulu pubik yang banyak dan lebat pada pangkal zakar biasanya akan menyebabkan zakar anda kelihatan pendek. Merapikan bulu pada kawasan itu mampu meningkatkan sensitiviti sekitar bahagian pangkal zakar.

* Bincang dengan doktor atau pakar kaunseling

Berbincang dengan seorang pakar boleh membantu. Ramai lelaki akan berasa selesa dan lega setelah mendapat pengesahan bahawa mereka adalah 'normal'.

Justeru itu, pertimbangkan keputusan anda sebaik mungkin sebelum beralih kepada teknik yang bukan sahaja mahal tetapi memudaratkan dan belum tentu efektif di kemudian hari. - CNN

Fizikal pengaruhi tarikan seksual

Bagi sesetengah suku masyarakat Orang Asli, persepsi wanita yang ideal mestilah bertubuh gempal dengan buah dada yang besar dan bentuk pinggul yang boleh melahirkan anak.

Di sesetengah tempat lain, wanita yang bertubuh ramping seperti `gelas waktu' menjadi idaman. Kepada wanita pula, secara umumnya mereka pula lebih menggemari lelaki yang mempunyai dada yang bidang. Apa juga pilihan mereka, ternyata orientasi daya tarikan antara lelaki dan wanita lebih banyak berlandaskan pada faktor-faktor fizikal.

``Bagaimanapun, daya penarik itu sendiri bukanlah suatu kualiti yang bersifat universal kerana seseorang yang mungkin menarik di matanya mungkin tidak dipandang kali kedua oleh orang lain,'' demikian menurut Pensyarah di Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaya (UM), Dr. Mariani Md. Nor.

Dari sudut biologi, tarikan antara lelaki dan wanita dipercayai datangnya dari `aroma' kimia yang dikeluarkan oleh badan. ``Kita mungkin pernah mendengar pendapat yang mengatakan keserasian seseorang itu dikatakan banyak bergantung kepada body chemistry,'' kata Pakar Ekologi Kimia, Institut Sains Biologi, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Fauziah Abdullah.

Wartawan NAJIBAH HASSAN dan SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN mengupas isu daya tarikan seksual antara lelaki dan wanita ini dari perspektif sains biologi dan psikologi.

APAKAH yang membuatkan anda tertarik pada seseorang? Beberapa kajian di seluruh dunia mendapati, rata-rata lelaki yang diajukan soalan ini memberikan keutamaan terhadap kecantikan fizikal wanita sebagai pasangan seksual.

Sebaliknya, faktor-faktor seperti kepintaran, kedudukan kewangan yang stabil, nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab dan penyayang, pandai berjenaka, sedikit kacak dan lain-lain menjadi tarikan wanita kepada lelaki.

Bagaimanapun, daya penarik itu sendiri bukanlah suatu kualiti yang bersifat universal kerana seseorang yang mungkin menarik di mata anda mungkin tidak dipandang kali kedua oleh orang lain.

Ini kerana, piawaian tarikan fizikal tidak dilahirkan bersama manusia ke dunia tetapi merupakan sesuatu yang dipelajari.

Pensyarah di Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaya (UM) Dr. Mariani Md. Nor berkata, daya penarik seksual merupakan satu bentuk komunikasi bukan verbal yang boleh merangsang nafsu seseorang.

Ia turut diiringi komunikasi verbal dan kedua-duanya mempunyai maklum balas yang dipusatkan kepada nafsu seks.

``Tarikan seks boleh timbul sama ada melalui cara pemakaian, raut wajah, lirikan mata, bentuk badan, mulut, warna lipstik yang menggiurkan, kepetahan berkata-kata dan sebagainya.

``Tetapi secara universalnya, kecantikan akan datang dahulu berbanding yang lain,'' katanya.

Bagaimanapun, katanya, faktor-faktor tersebut disulitkan dengan tumpuan terhadap ciri-ciri tertentu tubuh seperti buah dada, kaki, rambut atau otot-otot badan.

Dalam hubungan ini, terdapat tahap-tahap berahi dalam individu yang bertindak balas terhadap bahagian badan tertentu sebagai tanda tarikan.

Menurutnya, kebanyakan orang mengeluarkan darjah seksual yang tinggi dan boleh memuncak nafsunya disebabkan oleh rangsangan-rangsangan yang lazimnya tidak berkaitan dengan seks.

``Bagi sesetengah orang, hanya dengan melihat wajahnya sahaja sudah mampu merangsang naluri seks orang lain,'' katanya.

Beliau berkata, sekiranya kesemua aspek adalah normal, seseorang itu tidak memerlukan kecantikan fizikal yang ketara untuk dikenal pasti sebagai individu yang mempunyai daya tarikan seksual tinggi.

``Personaliti dan peribadi yang mulia merupakan perkara yang muncul di hadapan. ``Dalam kebanyakan kes, mereka boleh menjadi daya penarik seksual yang tiada tandingannya sekalipun tidak mempunyai tarikan seksual dalam penampilannya,'' katanya.

Mengulas lanjut, tarikan fizikal boleh membawa kepada tarikan seksual yang lama-kelamaan mewujudkan kasih sayang di antara dua jiwa.

Dr. Mariani berkata, salah satu aspek penting yang menyebabkan daya tarikan seksual ialah apabila orang yang melihat itu telah memahatkan di dalam mindanya `Dia memang seksi'.

``Apabila seseorang berkata begitu, dia sudah membuat satu tanggapan bahawa individu tersebut mempunyai tarikan seks walaupun tidak berpakaian ghairah,'' katanya.

Tambahnya, lelaki biasanya akan lebih tertarik pada wanita yang berpakaian seksi berbanding yang cantik tetapi menutup badannya.

Tetapi, pandangan tersebut hanya setakat itu sahaja kerana dalam jangka pertengahan dan panjang, dia akan menyedari hakikat daya penarik tanpa paksaan dan semula jadi (tidak mendedahkan tubuh badan).

``Manusia, selagi dia tidak dapat melihat, selagi itulah dia berkobar-kobar untuk melihat,'' tegasnya.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, ada pasangan yang kita lihat seperti `pinang silap belah' apabila si perempuannya mungkin tidak setanding atau jauh lebih cantik dari lelaki, atau sebaliknya.

Namun, katanya, bagi pasangan itu sendiri, pilihannya itulah yang paling cantik di matanya.

Ditanya mengenai jenayah rogol yang tidak mengira pemakaian yang menutup aurat, Dr. Mariani berkata, ia disebabkan oleh tarikan seks yang sedia tertanam di dalam fikiran seseorang.

``Kejadian gangguan seks dan kegiatan salah laku seks seperti meraba, menggeselkan badan semasa kesesakan dan merogol merupakan gerak balas dari tarikan seks yang terpendam di dalam diri seseorang.

``Perogol sudah ada tarikan pada orang lain dan dia bayangkannya pada si mangsa walaupun dia menutup auratnya dengan sempurna,'' katanya.

Definisi tarikan seksual

Tarikan seksual seseorang kepada seseorang yang lain bergantung kepada kedua-dua individu.

Pada tahap-tahap tertentu, terdapat persetujuan umum bahawa seseorang itu mempunyai daya penarik seksual. Tetapi bagi sesetengah yang lain pula, ia lebih merupakan kepada soal cita rasa.

Faktor pendorong

Kebanyakan tarikan seksual manusia adalah berpunca dari:

* persepsi penglihatan (rupa seseorang)

* pendengaran (suara atau derap langkah kaki seseorang)

* bau, sama ada bau semula jadi badan seseorang atau menggunakan alat pewangi, bau yang tidak bersesuaian boleh menjijikkan seseorang

Tarikan seksual berdasarkan pandangan mata lazimnya meliputi:


* penampilan diri seseorang seperti cara berpakaian yang telah dipersetujui oleh budaya setempat

* kurang atau tidak berpenyakit luaran

* kesamaan darjah bahagian tubuh yang tinggi di antara kiri dan kanan terutamanya muka

* potongan badan yang menarik

Proses biologi apabila berlakunya tarikan seksual

Kebanyakan ahli sains percaya bahawa tarikan seksual bermula di dalam struktur bersaiz kacang pis yang dinamakan hipotalamus yang terdapat di dalam bahagian primitif otak manusia.

Ikatan saraf-saraf halus ini menyebabkan serangkaian rangsangan apabila seseorang melihat seseorang yang lain sebagai menarik dari segi seksual.

Hipotalamus terus memberitahu kelenjar pituari yang kemudiannya merembeskan hormon-hormon ke kelenjar seks. Kelenjar seks bertindak balas segera dengan mengeluarkan estrogen, progesteron dan testosteron.

Antara tindak balas tarikan seksual

* merasa seronok apabila berbual dengan

seseorang yang lain

* jantung berdegup kencang

* otot-otot menjadi tegang

* sedikit pening

* badan menggigil

* tangan menggeletar

* berpeluh dingin

* muka merah padam.


Kesan tindak balas rangsangan seksual yang utama ialah klimaks. Ini berlaku secara semula jadi, iaitu suatu petanda bahawa rangsangan seksual sudah sampai ke peringkat muktamad.

Individu itu menghayati rangsangan dan rangsangan itu telah sampai ke kemuncak. Bagaimanapun terdapat sebilangan individu, baik lelaki atau perempuan yang tidak mencapai kemuncak. Walaupun sedang menghayati rangsangan seksual, seolah-olah tiada kesudahan dan akhirnya terpaksa menghentikan hubungan seksual itu apabila dia terasa penat atau pasangannya letih.

Perkara ini boleh berlaku sekali sekala atau menjadi berterusan.

Satu perkara yang mustahak semasa melakukan hubungan seksual ialah menumpukan rangsangan seksual yang sedang dialaminya. Sambil menghayati, membina sehingga sampai ke kemuncak. Dia perlu menghayati rangsangan seksual dengan meningkatkan daya tumpuan kepada rangsangan seksual.

Apabila perasaan batin itu bergelora dia akan mencapai kemuncak. Jika semasa melakukan hubungan seksual, individu itu rasa macam terpaksa, mood dan mindanya tidak ada dalam hubungan seksual itu.

Sudah tentu dia tidak dapat memberi perhatiannya kepada rangsangan seksual itu dan tidak akan mencapai kemuncak. Jika dia gagal untuk mencapai kemuncak, dia akan rasa serba salah, mungkin tidak puas dalam hubungan seks dan akan mengalami tekanan.

Masalah lambat mencapai klimaks, tidak mencapai klimaks atau gagal untuk mencapai klimaks (ejakulasi) boleh berlaku pada bila-bila masa.

Sebilangan lelaki yang mengalami penyakit kencing manis kadangkala mengalami masalah tersebut. Ini berlaku kerana kerosakan urat saraf akibat kesan negatif penyakit itu. Masalah ini berterusan dan boleh menghalang kehamilan, kerana tiada ejakulasi.

Masalah ini boleh diatasi dengan ubat yang dapat memulihkan ejakulasi yang terbantut itu. Terdapat juga individu yang kerap melakukan onani walaupun telah berkahwin, masih lagi mengamalkan amalan itu pada waktu tertentu, mendapati tidak dapat mencapai kemuncak ketika melakukan hubungan seksual dengan pasangan. Terdapat juga mereka yang mengamalkan hubungan seks melalui lubang najis dan seronok dengan rangsangan yang dihayati, selepas itu gagal untuk mencapai klimaks dengan cara `biasa'.

Lelaki yang berumur tidak mudah mencapai klimaks, kerana zakar kurang sensitif dan rangsangan tidak memberi tindak balas seperti waktu muda dulu.

Tip untuk mencapai kemuncak ialah:

a. Pastikan yang anda benar-benar berhajat untuk melakukan hubungan seks, bukan rasa macam dipaksa atau terpaksa.

b. Pastikan minda anda tidak melayang, selain kepada penghayatan hubungan seksual.

c. Pastikan mood anda bergelora untuk melakukan hubungan seksual

d. Pastikan melakukan hubungan sentuhan intim sebagai permulaan rangsangan seksual. Semasa melakukan hubungan seksual pastikan yang anda merangsangkan anggota seks anda dan anda menghayati rangsangan yang membina. Jika gagal mungkin anda perlu berjumpa doktor untuk bimbingan atau rawatan.

Dr Ismail Thamby

Teknik Seks Spontan

Seks adalah sebuah pilihan. Sebahagian orang menganggap aktiviti yang satu ini sebagai sesuatu yang cukup istimewa, sehingga memerlukan persiapan yang luar biasa. Bagi sebahagian yang lain, seks hanyalah sebuah aktiviti yang biasa-biasa saja. Apapun pilihan Anda, tiada masalah asalkan Anda dan pasangan mampu menikmatinya.

Dalam kehidupan berumahtangga yang sudah berlangsung cukup lama, biasanya seks menjadi hal yang biasa saja. Namun, jangan biarkan seks hanya sekadar rutin tanpa ada rasa. Untuk menciptakan seks luar biasa, tak perlu persiapan berlebihan, yang diperlukan hanyalah spontan.

1. Tidak ada yang lebih seksi selain memberitahu pasangan tentang apa yang Anda inginkan. Tak perlu malu-malu, kerana itu demi kebaikan Anda berdua. Suami memerlukan arahan yang jelas. Malah seorang lelaki yang sudah berpengalaman sekalipun akan mengalami kesulitan jika hanya mendengar permintaan yang berupa bisikan dari Anda. Jadi ucapkan dengan jelas apa yang Anda inginkan, tanpa harus malu-malu.

2. Untuk menyegarkan suasana di tempat tidur, Anda sebaiknya menyelitkan sedikit humor saat sedang berasmara bersama pasangan.

3. Kegel. Perempuan yang pernah hamil dan melahirkan, biasanya memiliki sedikit masalah pada otot dasar panggul. Otot yang tak lagi elastis akan mengakibatkan perempuan tak mudah mencapai orgasme. Untuk mengatasinya, lakukan senam kegel. Tidak hanya orgasme yang hebat yang akan diperolehi, malah Anda juga tidak akan merasa ingin buang air lagi ketika sedang tertawa terbahak-bahak.

4. Tidak selamanya suasana romantis (cahaya lilin, slow music, dan serpihan bunga) selalu menjadi saat-saat terbaik untuk berasmara. Seks tetap mampu menjadi sesuatu yang istimewa ketika dilakukan dengan spontan.

5. Gosok gigi sebelum berasmara sudah cukup membuat pasangan senang. Nafas segar membuat ciuman dan hembusan nafas Anda terasa menyenangkan.

6. Siapkan sesuatu yang mampu membuat mood Anda bagus saat sedang bersamanya. Buku seks yang erotis, fantasi yang hot, mampu menjadi saranan latihan untuk meningkatkan libido.

7. Meminta terlebih dahulu, tak melulu bererti Anda harus beraksi berlebihan. Tak perlu memberikannya tarian meliuk-liuk yang menggoda, cukuplah dengan isyarat mata dan senyuman.

8. Berasmara di kamar mandi memang memberikan sensasi tersendiri. Akan tetapi ini agak meletihkan, kerana agak sukar menyeimbangkan tubuh ketika sedang berhubungan seks sambil berdiri. Jika Anda tetap ingin mencuba untuk melakukannya, jadikan aktiviti mandi hanya sebagai foreplay, dan aksi seterusnya sampai akhir dapat dilakukan di tempat yang lebih selesa.

Selamat mencuba.

Sumber: Suara Merdeka

Lebih ramai dapat AIDS kerana seks

Satu riben merah gergasi telah dipertontonkan kepada awam di stadium Olimpik Sarang Burung di Beijing, China baru-baru ini. Objektif di sebalik tindakan ini jelas. Ia sebagai simbol kesedaran terhadap penyakit AIDS dalam kalangan rakyatnya.

Tindakan ini adalah usaha kerajaan untuk mendapatkan kerjasama semua sektor bagi menangani dan melawan penyakit AIDS dan stigmanya daripada terus menjadi ancaman besar kepada masyarakat.

Namun begitu, usaha ini tidak dilihat berkesan oleh golongan aktivis memandangkan isu seks dan AIDS masih satu topik yang sensitif untuk dibincangkan.

"Saya menyokong tindakan mereka untuk menghapuskan diskriminasi umum terhadap AIDS. Malangnya, ini bukan satu realiti. Pesakit-pesakit AIDS biasanya tidak menerima layanan dan rawatan sewajarnya di hospital dan terpaksa mati disebabkan alasan ini.

"Malah, tanpa tekanan yang besar dari faktor luaran, kebanyakan kanak-kanak yang menghidap AIDS juga tidak dibenarkan ke sekolah," kata Li Fangping, seorang peguam dan juga aktivis AIDS.

Seorang lagi aktivis AIDS, Li Dan berkata, pendidikan masyarakat dan penglibatan orang ramai diperlukan untuk melawan stigma terhadap mereka yang menghidap penyakit ini.

"Ramai yang masih takut untuk menyekolahkan anak mereka kerana bimbang kesan bersekolah dengan anak berpenyakit atau mereka yang ada kaitan dengan dadah," katanya yang juga Pengarah Projek AIDS Orchid China.

PARA sukarelawan membezakan kualiti jenama kondom yang berbeza.

Tahun lalu, pihak berkuasa China mengumumkan bahawa hubungan seks telah menjangkaui penggunaan dadah sebagai punca utama peningkatan kadar jangkitan virus HIV di China.

Setelah bertahun-tahun lamanya mengetepikan AIDS sebagai ancaman besar, pemimpin-pemimpin China kini mempunyai matlamat baru iaitu berdepan dengan penyakit ini secara telus dan menjanjikan rawatan percuma kepada pesakit yang miskin, pemeriksaan percuma serta mengharamkan diskriminasi ke atas pesakit AIDS.

Justeru itu, selain riben besar yang terpampang di stadium tersebut, sebuah penghadang berukuran 20 meter panjang dan lebar 15 meter turut dinaikkan di lokasi terkemuka Olimpik itu.

Niat pihak berkuasa kesihatan China untuk menghapuskan diskriminasi terhadap pesakit yang menghidap HIV/Aids itu juga mendapat kerjasama daripada agensi Aids Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Ketakutan terhadap stigma di tempat kerja atau dalam kelompok masyarakat telah menghalang kebanyakan orang yang berisiko di negara tersebut menjalani pemeriksaan.

"Stigma dan diskriminasi adalah halangan utama dalam menangani isu AIDS," kata Chen Zhu, Menteri Kesihatan China.

Sungguhpun begitu, Chen tidak menyatakan langkah-langkah konkrit yang boleh diambil untuk menangani diskriminasi ini.

Penyelaras bersama negara untuk agensi AIDS PBB di China, Dr. Bernahard Schwartlander berkata, separuh daripada keseluruhan populasi China enggan berkongsi hidangan dengan seseorang yang menghidap HIV/Aids. Manakala suku lagi akan mengelak daripada berjabat dengan pesakit AIDS.

Biasanya mereka yang diuji positif HIV tidak akan jatuh sakit untuk bertahun-tahun lamanya. Namun, dengan peredaran masa, penyakit itu akan menjejaskan sistem imunisasi pesakit secara beransur-ansur.

Biarpun ubatan untuk melambatkan kesan AIDS ke atas kerosakan sistem imunisasi telah dicipta, malangnya sehingga kini, belum terdapat penawar untuk AIDS.

"Ramai yang enggan tampil untuk menjalani ujian. Mereka tidak akan berbincang tentang topik ini sama ada dengan pasangan atau rakan sekerja ataupun sesiapa yang berisiko dijangkiti HIV," jelasnya.

Malah, topik ini juga kekal sensitif untuk diperdebatkan secara terang-terangan biarpun dengan lebih ramai aktivis dan pesakit cuba mendapatkan sokongan yang memperjuangkan hak mereka.

Sejak penemuan virus HIV/Aids kira-kira tiga dekad lalu, epidemik AIDS telah meragut sekitar 25 juta nyawa di seluruh dunia.

Namun, isu AIDS kekal sebagai satu tabu yang jarang disentuh di negara Asia seperti China biarpun 700,000 rakyatnya telah dijangkiti oleh virus tersebut.

Negara-negara di Asia juga masih berdepan dengan tambahan ancaman penyakit yang tersebar secara meluas di China, Indonesia dan Vietnam ini.

Penyelaras Agensi Aids PBB di Indonesia, Nancy Fee pula memberitahu, pada keseluruhannya, kadar kelaziman AIDS di negara tersebut adalah rendah. Akan tetapi, kadar jangkitan yang tinggi dilaporkan dalam kalangan penagih-penagih dadah dan pekerja-pekerja seks.

"Kami mempunyai hala tuju polisi yang baik dari segi pengurusan AIDS," katanya.

PBB menganggarkan kira-kira lima juta penduduk Asia telah dijangkiti virus HIV dan bilangan tersebut dijangka berganda menjelang tahun 2010.

Salah satu faktor utama yang mendorong epidemik HIV/Aids bertambah teruk di rantau Asia Pasifik adalah lelaki Asia.

Menurut agensi AIDS PBB, kira-kira 75 juta daripada lelaki Asia adalah pelanggan tetap pekerja-pekerja seks.

Pada puratanya, bilangan kes HIV/Aids di tanah besar China telah meningkat kepada 3,000 kes setiap bulan antara Januari 2006 dan Jun 2007.

Menurut Timbalan Pengarah Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit China, Wang Ning, pada akhir Jun 2007 sahaja, kes-kes HIV/Aids dilaporkan di 74 peratus wilayah di China khasnya di Guangdong, Henan, Xinjiang dan Yunan. - AP

Punca wanita hilang minat pada seks

Naluri atau daya seksual ialah suatu kuasa yang mendorongkan seseorang itu berperasaan berahi dan seksual.

Sebilangan 30 peratus wanita tidak mempunyai daya seksual sama sekali. Sebilangan wanita yang lain mengalami masalah kurang daya seksual dalam keadaan tertentu.

Ini termasuklah semasa mengandung, selepas melahirkan anak, dalam tempoh menyusu anak dan semasa menopaus.

Selain itu, keinginan ini menurun ketika mengalami tekanan atau kemurungan dan pada bila-bila masa apabila perasaan dan emosi mereka terganggu.

Kepada sebilangan wanita yang lain pula, perkara tersebut boleh berlaku sekali-sekala secara kronik.

Tanda-tanda kurang naluri dan daya seksual ialah tidak berminat dan tiada keinginan untuk melakukan persetubuhan.

Mereka juga tiada dorongan atau hasrat untuk melibatkan diri dalam hubungan keintiman dan tiada apa-apa perasaan atau khayalan seksual sama sekali.

Bagaimanapun, mereka masih suka berpeluk-peluk kerana perasaan cinta masih ada, cuma yang tiada ialah keinginan atau keperluan untuk melakukan hubungan seks.

Oleh yang demikian, perkara ini boleh menimbulkan masalah kepada hubungan silaturahim kerana pasangan akan berasa terasing dan tidak disayangi.

Jadi hubungan seksual mengeratkan keintiman antara pasangan yang mana wanita yang mengalami masalah daya seksual perlu diberi kesedaran dan perlu usaha mengatasinya.

Keinginan ialah suatu daya yang mempunyai tumpuan yang mendorong kita melakukan sesuatu apabila kita dalam keadaan yang berahi.

Keinginan itu tidak kekal dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Ada banyak perkara yang menyebabkan kehilangan keinginan seksual.

Ia boleh disebabkan faktor fizikal atau psikologikal atau kedua-duanya sekali.

Sebahagian daripada sebab fizikal yang merendahkan keinginan ialah:

* Rawatan perubatan atau pembedahan

* Masalah gangguan hormon dan

* Penyakit seperti diabetes, jantung, multiple sclerosis, Parkinson dan kemurungan.

Perkara lain yang mempengaruhi daya keinginan seksual pula ialah:

* Perubahan kepada amalan merancang keluarga

* Keletihan dan kelesuan

* Tekanan

* Gangguan mood (seperti keresahan)

* Obesiti

* Keterampilan diri yang kurang menarik

* Masalah hubungan dengan pasangan

* Pengalaman pahit hubungan seksual yang lampau

* Akibat terlibat dengan amalan minum minuman keras dan najis dadah

* Kurang kesempatan dan masa untuk memulakan dan melangsungkan hubungan intim boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan keinginan syahwat

* Kadangkala masalah tersebut berlaku akibat kebosanan seks, pasangan membosankan atau tidak menarik lagi akibat perangai atau perilakunya.

Setiap wanita mempunyai situasi yang unik yang menyebabkan dia mengalami kurang daya keinginan seks.

Oleh yang demikian pengendalian kes tertakluk kepada keperluan wanita dan hasrat pasangannya untuk bersama-sama mengupas masalah.



Bersama DR. MOHD. ISMAIL MOHD. TAMBI

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular