Isteri Curang Mahu Bercerai

Saya isteri berusia awal 30-an dan ada dua anak. Saya ingin tahu bagaimana caranya untuk bercerai dengan suami kerana saya tidak pernah menyayangi suami sejak hari pertama pernikahan kami. Saya sebenarnya dipaksa berkahwin.

Masalahnya suami saya baik, bertanggungjawab dan penyayang. Saya cuba menyayangi suami tetapi semakin hari semakin benci. Saya selalu berkasar, meninggikan suara dan menolak ajakan untuk bersama dengannya.

Untuk pengetahuan Datuk, saya mempunyai teman lelaki. Malangnya dia suami orang. Malah kami pernah terlanjur beberapa kali sehingga saya melahirkan anak (anak kedua) tetapi suami tidak tahu anak itu hasil hubungan saya dengan suami orang.

Saya terlalu menyayangi teman lelaki. Saya tahu perbuatan kami berdosa dan ini sebabnya saya mahu bercerai supaya masalah tidak berpanjangan.

Saya benar-benar tertekan. Saya mahu hidup bersama orang yang saya sayang dan orang itu bukan suami saya. Apa harus saya lakukan?

ANN
Kedah

------------------------

Perkahwinan atas paksaan tanpa kerelaan kadangkala berhasil, namun ada kalanya terjadi seperti kes puan, di mana selepas mencuba pun tidak mampu mengasihi suami. Jika sampai puan terlanjur dengan lelaki lain, kes puan termasuk kategori berat kerana puan melakukan dosa besar.

Wanita bergelar isteri wajib memelihara maruahnya. Sebaik-baiknya diikhtiarkan supaya suami mahu menceraikan puan.

Jika suami enggan, puan boleh menggunakan jalan khuluk atau apa yang diistilahkan sebagai tebus talak.

Hal ini pernah berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW, di mana seorang isteri mengadu dia tidak mampu mengasihi suami dan melaksanakan tanggungjawab isteri dan khuatir jadi derhaka, oleh itu Rasulullah memerintahkan dia memulangkan kembali mahar yang diberi supaya suami dapat melepaskannya.


Rahsia Kecurangan Pasangan. Keterangan lanjut, sila klik sini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular