Seks bagi pasangan sibuk

Rasa lebih sopan bagi mendefinisikan hubungan seks juga disebut sebagai hubungan intim. Mengapa 'intim' - kerana hubungan seks tersebut sudah pasti membuatkan anda semakin intim dengan pasangan anda.

Frekuensi hubungan seks yang ideal akan memberi pengaruh yang positif bukan sekadar untuk kesihatan fizikal bahkan mental juga. Ia akan memberi kedamaian jiwa, ketenteraman diri dan yang paling utama menjauhkan diri daripada zina serta maksiat.

Sayang sekali apabila kesibukan karier dan tuntutan hidup seharian menjadikan pasangan suami isteri mengabaikan hubungan intim yang sepatutnya.

Lebih menyedihkan apabila pasangan suami isteri di kota mula renggang dan tidak lagi menuturkan kata-kata manis seperti awal bercinta tatkala sibuk mengejar karier dan perkara sampingan lain.

Faktor stres dan keletihan adalah antara puncanya. Tekanan kerja serta pelbagai masalah lain seperti kesesakan jalan raya membuatkan suami atau isteri bertambah tertekan, hinggakan ada yang mengambil keputusan untuk pulang lewat supaya dapat mengelak daripada bertembung dengan kesesakan pada waktu puncak.

Mengambil contoh pasangan Yati, 30, dan Yazid 31, (keduanya bukan nama sebenar) yang tiba di rumah pada pukul 10 malam setiap hari dan jika tiba pada pukul 8 itulah yang boleh dikategorikan paling awal.

Bilalah masanya untuk mereka mengadakan komunikasi romantik seterusnya hubungan intim?

Kadangkala, Yazid menginginkan hubungan intim tersebut namun Yati tidak berminat.

Biasanya Yatilah yang harus mengalah untuk menuruti keinginan si suaminya. Hubungan seks yang tidak dinikmati kedua belah pihak itu semakin menurunkan minat Yati dan Yazid untuk mengadakan hubungan seks.

Frekuensi Ideal

Sebenarnya berapa kali dalam seminggu idealnya berhubungan seks?

Menurut pakar seks dari Indonesia, Dr. Boyke Dian Nugraha, frekuensi hubungan seks paling ideal ialah sebanyak satu hingga empat kali seminggu.

"Bila anda melakukan seks dua kali dalam seminggu, atau tiga kali dalam seminggu, masih dalam batas normal.

"Frekuensi hubungan seks yang jarang akan mengakibatkan komunikasi non verbal semakin berkurang dan akhirnya mengancam keharmonian rumah tangga anda berdua," ujarnya yang turut mempersetujui bahawa seks yang jarang mendorong terjadinya maksiat.

Dr. Boyke mengakui banyak menerima kes pasangan sibuk dan pihak isteri yang sering mengeluh kerana minat untuk melakukan hubungan seks semakin berkurangan.

"Mereka rasa bersalah ketika suami meminta, namun tak mampu melaksanakannya sepenuh hati dan adakalanya terpaksa menolak dengan perasaan bersalah kerana terlalu penat," jelasnya.

Spontan atau mengikut jadual?

Sebaiknya pasangan yang sibuk boleh memilih untuk melakukan hubungan seks secara spontan atau sudah dirancang.

Hubungan seks terancang boleh diaturkan pada seminggu dua kali, sebagai contoh iaitu hari Rabu dan Sabtu. Dengan cara itu, pasangan telah menyiapkan minda untuk 'menyambut' hari yang ditentukan.

"Dengan ini, pasangan boleh bersiap untuk tidak melakukan kerja lebih masa pada hari yang telah ditetapkan," ujar Dr. Boyke.

Dr. Boyke menegaskan, sebaiknya kedua belah pihak baik suami atau isteri perlu siap sedia untuk melakukan hubungan intim itu.

Persoalannya, seks spontan diperlukan secara rutin, kenikmatan hubungan seks akan berkurangan dan pasangan mudah menjadi bosan.

Oleh sebab itu, hubungan seks yang baik tidak semestinya mengikut jadual namun kombinasi daripada spontan dan berjadual.

Komunikasi

Apa akan jadi sekiranya pada malam yang anda berdua patut melakukan hubungan seks tapi seorang dari anda tidak bersedia?

Sebenarnya kata Boyke, komunikasi suami isteri amat penting, tolak ansur dan memahami juga perlu.

"Anda boleh menunda waktu yang telah dijadualkan. Jika suami sudah bersedia untuk melakukan hubungan seksual pada jam 12 malam, namun isterinya masih penat, hubungan intim itu boleh ditunda beberapa jam kemudian setelah si isteri tidur dulu. Atau, hubungan seks boleh dilakukan menjelang pagi," katanya.

Boyke menyarankan untuk mencipta mood pasangan suami isteri sibuk juga harus berinisiatif dengan meromantiskan bilik tidur anda berdua, menambah alat bantu seks, menggelapkan ruangan atau boleh
juga menggunakan bantuan muzik instrumental.

"Sesekali perlu juga merancang percutian bulan madu bersama,"katanya.

Senaman jangan diabaikan

Bila sudah sibuk dengan kerja ramai lelaki dan wanita mengakui tidak sempat untuk bersukan atau bersenam.

Sebenarnya dengan beraktiviti fizikal seperti itu dapat memberikan anda mood dan stamina untuk mengadakan hubungan seks.

Anda juga harus mengaturkan gaya hidup. Pemakanan yang berkhasiat dan senaman merupakan faktor penting dalam mendapatkan frekuensi dan mutu hubungan seks yang optimum.

Makanan mengandungi zat besi seperti kerang, taugeh, vitamin C dan buah-buahan dapat memperbaiki kualiti seks anda.


Info Menarik
Seni Melambatkan Pancutan!
Petua Seks Hebat! Hangatkan ranjang anda!
Isteri Dingin Seks? Rahsia mengghairahkan isteri!
Pelajari Teknik Rahsia Pancutkan Isteri!!
Seni dan Teknik Ciuman Hangat!
Rahsia Kecurangan Pasangan Terbongkar!
Rahsia Malam Pertama
Rahsia Doa Pengasih
Kamasutra Melayu Bergambar

Petua Tampil Menggoda di Mata Suami

Teknik Goda Suami

Bimbang suami memandang wanita lain yang lebih cantik jelita, para isteri sanggup berbuat apa saja untuk menarik perhatian suami kepada diri mereka. Ada yang menghabiskan wang beribu ringgit untuk rawatan kecantikan dan juga pelangsingan badan.

Tak kurang juga yang sanggup mengamalkan ilmu-ilmu tertentu termasuklah yang bertentangan dengan agama untuk memastikan dirinya kelihatan cantik dan menggoda di mata suami.

Hakikat sebenarnya bagi memastikan diri tampil menarik dan berahi di pandangan suami, isteri hanya perlu bermodalkan apa yang ada pada tubuh badan mereka saja. Ini cara yang perlu anda lakukan.

Goda Suami

Rambut Terurus
Bermulalah daripada bahagian paling atas tubuh. Rapikan rambut walaupun anda duduk di rumah. Jangan biarkan rambut yang panjang kusut dan menggerbang sebaliknya dandanlah rambut agar menawan.

Selain itu rawat rambut agar sihat, berkilat dan halus. Biarkan rambut yang panjang melurut ke bahu. Melihat rambut yang cantik halus dan berbau harum ada kalanya mampu mengundang nafsu suami.

Bibir Merah Menggoda
Bibir mungil sememangnya tarikan mata lelaki. Namun jika anda tidak memiliki bentuk bibir sebegini, ada cara untuk menjadikan bahagian ini sebagai tarikan suami. Oles gincu merah ketika anda mendampinginya, lebih berkesan jika anda mengenakan gincu di hadapannya kerana ia dilihat seksi oleh lelaki.

Pamerkan Kulit
Pamerkan kulit tubuh anda yang bersih dan putih pada suami. Jika anda tidak memilikinya maka belajarlah mengenakan losen. Dalam pada itu ambil kesempatan menyapu losen ini di hadapan suami. Gerakan anda membelai tangan, badan dan kaki sebenarnya cukup erotis buat suami malah lebih erotis dari menonton adegan cumbu-cumbuan dalam filem.

Bayangan Menggiurkan
Bangunkan suami di pagi hari dengan pandangan yang menggiurkan. Pakailah baju tidur yang jarang dari kain yang lembut halus seperti sutera. Biarkan rambut anda mengurai tapi bukannya menggerbang. Melihat tubuh anda sebegini akan membangkitkan nafsu suami.

Tukar Gaya
Jika selalu anda berbaju T dan berkain batik ketika di rumah, apa kata tukar gaya tersebut. Ketika di rumah bersama suami tak salah kalau anda mengenakan sesuatu yang lebih cantik dan seksi untuk tontonannya. Sekali sekala, kenakan skirt pendek atau baju tanpa lengan yang seksi untuk tatapan suami. Perubahan gaya selalunya akan menyemarakkan keinginan suami apatah lagi jika ia dikenakan di malam hari.

Pelihara Organ Intim
Dalam banyak-banyak bahagian tubuh wanita yang dianggap seksi oleh lelaki, organ kewanitaan adalah bahagian yang paling seksi. Oleh itu para isteri disarankan menjaganya dengan baik. Pastikan vagina bersih, tidak berbau dan terhindar dari sebarang penyakit kelamin. Jangan biar suami mengadu apa-apa perkara tentang organ intim ini.

Info Menarik
Seni Melambatkan Pancutan!
Petua Seks Hebat! Hangatkan ranjang anda!
Isteri Dingin Seks? Rahsia mengghairahkan isteri!
Pelajari Teknik Rahsia Pancutkan Isteri!!
Seni dan Teknik Ciuman Hangat!
Rahsia Kecurangan Pasangan Terbongkar!
Rahsia Malam Pertama
Rahsia Doa Pengasih
Kamasutra Melayu Bergambar

Jangkitan kulat,masalah kulit di bahagian zakar

Jangkitan kulat,masalah kulit di bahagian zakar dan kerandut

Penyakit kulit seakan- akan tidak dapat dipisahkan dengan lelaki apatah lagi ia boleh membabitkan kulit kerandut buah zakar.

Kulit kerandut buah zakar adalah daripada jenis kulit yang lembut yang mengandungi lapisan otot lembut, tanpa lapisan lemak walaupun ia mengandungi pundi peluh, folikel rambut dan pundi sebaceous atau pelembap semula jadi yang merupakan bahan pelembap menyegarkan kulit dan mengilatkan bulu roma.

Apabila kekeringan berlaku, kulit kerandut menjadi kering dan terasa gatal dan jika digaru, maka kulit menjadi radang. Dalam keadaan radang, kulit menebal dan berair serta apabila cecair itu kering maka kulit akan meninggalkan kuping.

Jika keadaan berair itu terkena jangkitan, maka infeksi kulit berlaku dan ini dikenali sebagai ‘cellulitis’ atau infeksi kulit. Infeksi boleh menjadi ketara jika tidak dirawat.

Menerusi keterangan ini, kaum lelaki boleh faham betapa mustahak untuk mereka merujuk masalah kulit kepada doktor keluarga dan bukan sekadar menggunakan krim yang dibeli daripada farmasi.

Masalah kulit tadi dikenali sebagai ‘eczema’. Jika kulit radang dan berair, maka eczema itu dikenali sebagai ‘weeping eczema’. Penyakit kulit eczema boleh menjadi kronik dan berkekalan untuk bertahun-tahun lamanya dan jika ini berlaku pada kulit kerandut, ia akan menjadi tebal dan kelihatan macam kulit gajah.

Selain itu, pelbagai masalah kulit boleh berlaku pada kulit kerandut seperti jangkitan kulat yang dikenali sebagai ‘jock itch’ iaitu gatal akibat seluar dalam iaitu alahan kulit akibat penggunaan getah seluar dalam.

Kemudiannya, ia boleh dijangkiti kulat atau akibat jangkitan dengan kuman virus seperti yang dikenali sebagai ‘molluscum contagiosum’ akibat jangkitan kuman virus berkenaan.

Jangkitan ini biasa untuk kanak-kanak dan boleh berlaku kepada kulit di keseluruhan badan. Jangkitan ini boleh dijangkiti melalui hubungan kelamin juga. Kulit yang terkena jangkitan akan kelihatan gelembung dan dalam gelembung itu ada kuman virus.

Rawatan terbaik ialah dengan mengopek gelembung dengan ubat yang boleh membakar atau melecurkan kulit atau dengan penggunaan ubat nyah virus.

Saya pasti, ramai lelaki di luar sana mempunyai masalah kulit di bahagian zakar dan kerandut mereka. Di sini, saya hanya dapat memberi gambaran tentang masalah kulit saja dan tidak bertujuan untuk menjelaskan cara perawatannya tanpa memeriksa masalah kulit itu.

Jadi, mustahak untuk mereka yang mempunyai masalah sedemikian agar merujuk kepada doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan. Jika masalah itu berteruan, anda boleh minta doktor merujukkan anda kepada pakar kulit.

~ Metro

Syok tengok video lucah, punca kemalangan

Keasyikan seorang pemandu lori pasir menonton cakera padat video (VCD) lucah pada skrin mini kenderaannya ketika memandu dikatakan menjadi punca kemalangan membabitkan lima kenderaan lain dan mengorbankan sepasang suami isteri di Kilometer 19.5, Jalan Pontian-Johor Bahru, di sini, semalam.


Dalam kejadian jam 10 pagi itu, lori berkenaan dalam perjalanan ke Singapura sebelum kecuaian pemandunya menyebabkan ia hilang kawalan lalu terbabas dan berlanggar dengan sebuah lori lain, dua kereta serta dua motosikal, termasuk motosikal dinaiki pasangan suami isteri yang maut itu.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir tiga jam manakala usaha mengeluarkan mayat pasangan suami isteri terbabit dilakukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, suami isteri yang terbunuh itu dalam perjalanan ke tempat kerja dan mereka mati di tempat kejadian manakala seorang penunggang motosikal lain parah.


Menurutnya, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai K Vijaya, 34, dan isterinya, S Hemalatha, 27, dari Bukit Indah, di sini, manakala mangsa yang parah, lelaki berusia 32 tahun belum dikenal pasti identitinya dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).


“Lori pasir yang dipandu lelaki itu mempunyai skrin mini LCD dan kita sedang menyiasat dakwaan dia memandu sambil menonton VCD lucah. Kami sedang mengesan VCD lucah yang didakwa berada dalam lori berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurut Ruslan, pemandu lori terbabit ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian dan beliau meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.

Sementara itu, bapa mangsa yang dikenali sebagai Muruandy, 54, berkata, kejadian yang menimpa Vijaya dan menantunya adalah tragedi buruk bagi keluarganya kerana kedua-duanya maut sekelip mata.

“Setiap hari mereka ke tempat kerja dengan menaiki motosikal dan saya tidak menyangka rutin harian itu menjadi tragedi. Saya sedih mengenangkan nasib tiga cucu yang masih kecil, berusia bawah 12 tahun,” katanya.

Kisah Lawak: Cermin Mata Rosak

Koleksi Kisah Lawak dan Lucu Internet

Suatu hari Haikal pergi ke kedai kacamata dan dia tertarik pada satu cermin mata yang menurut penjualnya boleh melihat menembusi pakaian…

Ketika dia mengenakan kaca mata tersebut, semua orang yang dilihatnya nampak telanjang. Haikal membuka semula cermin matanya, mereka kelihatan berpakaian lengkap. Dipakainya lagi, semuanya nampak telanjang!

“Hebat!” teriak Haikal kegirangan lalu membelinya..

Sambil tersenyum meleret, dia memakai cermin mata itu hingga sampai ke rumahnya. Dia ingin menunjukkan kacamata itu kepada Suzi,isterinya, akan tetapi isterinya itu tidak berada di ruang tamu. Haikal kemudian terus ke bilik tidur dan melalui kacamatanya dia melihat isterinya sedang telanjang bulat bersama tukang kebunnya.

Haikal lalu membuka kacamatanya, tapi isteri dan tukang kebunnya itu masih telanjang. Dipakainya kembali kacamata itu.. eh… keduanya masih juga telanjang. Sambil marah-marah haikal berkata,

“Sial!!! Cermin mata mahal begini tak sampai sehari sudah rosak !!!

Khidmat Urut Bawa Ke Ranjang

Sebuah pusat beli-belah berhampiran Kompleks Sukan Bukit Jalil, di sini, mempunyai lebih 20 premis refleksologi yang dipercayai bukan sekadar menawarkan khidmat urut menghilangkan lenguh badan, malah hingga ke ranjang.


Kawasan tersebut tidak ubah seperti kawasan ‘lampu merah’ Patpong di Bangkok, Thailand,ini kerana kesemua tukang urut masih lagi muda dan mereka bersaing sesama mereka.

Mereka juga turut berpakaian seksi bertujuan untuk mendapatkan pelanggan sambil diperhatikan beberapa lelaki bagi memastikan perniagaan berjalan lancar dan serbuan pihak polis.

Kumpulan wanita itu biasanya menggoda dan memperkenalkan perkhidmatan lain yang disediakan pada harga antara RM35 hingga RM50 dan meminta dulu wang pelanggan sejurus dibawa ke lot kedai menempatkan lima hingga 10 katil bujang yang dipisahkan melalui tirai.

Tertekan faraj gelap dan lebam

Saya seorang wanita dan akan berkahwin tidak lama lagi. Bagaimanapun, saya mempunyai masalah faraj yang seakan-akan lebam dan bibir vagina saya menjadi makin gelap. Saya berkulit cerah dan tidak pernah melakukan persetubuhan sepanjang hidup saya.

Saya ingin mengetahui cara mengatasi masalah ini dan adakah produk yang baik untuk menghilangkan lebam dan warna vagina yang gelap ini. Saya harap doktor dapat membantu saya mengatasi masalah ini dan mengesyorkan produk apa yang terbaik untuk saya guna?

-----------------------

Saya dapati ramai wanita keliru mengenai anggota kelamin mereka kerana istilah bahagian anggota kelamin seperti faraj dan vagina tidak digunakan dengan betul. Faraj dan vagina adalah sama dan ia bukanlah keseluruhan anggota kelamin wanita.

Anggota kelamin wanita itu mempunyai dua bahagian; bahagian luar yang diberi nama ‘vulva’ dan bahagian dalam yang terdiri daripada faraj, rahim, salur telur dan sepasang ovari.

Vulva terdiri daripada tundun atau ‘mons veneris’, bibir besar, bibir kecil yang bertemu di atas untuk menjadi kulup klitoris atau ‘kelentit’. Sesetengah wanita mempunyai bibir kecil kecil yang tidak kelihatan apabila bibir besar menutupinya, dan ada pula yang mempunyai bibir besar yang panjang dan ada juga yang mempunyai bibir besar yang tidak seimbang iaitu satu kecil dan satu besar.

Semua ini normal! Bahagian di antara bibir kecil bergelar ‘vestibule’ yang mana pembukaan lubang kencing di bahagian atas dan pembukaan faraj di bahagian bawah, berdekatan lubang najis. Jadi, jika ditinjau, warna kulit badan dan warna kulit bahagian luar anggota kelamin perempuan yang bergelar tundun atau ‘mons veneris' tampak sama.

Yang kelihatan ‘gelap’ atau pudar atau comot ialah kulit bahagian ‘dalam’, bahagian di antara pembukaan bibir besar, bahagian dalam yang mendedahkan bibir kecil dan ‘vestibule’.

Kulit bahagian ini adalah jenis kulit yang lembut dan lembap serta mengandungi lapisan kulit yang mengandungi lapisan sel pewarna yang membuatkan kulit bahagian itu ‘pudar’ atau ‘gelap’.

Jadi, warna kulit bahagian di antara bibir besar itu sememangnya begitu dan lebih-lebih lagi jika individu itu dalam keadaan teruja seksual, maka akan kelihatan lebih pudar, tembam dan lebam!

Ini kerana kemasukan darah yang banyak kepada anggota berkenaan membuatkannya bersedia untuk tujuan persetubuhan. Jika anda melihat gambar ‘vulva’ yang mudah didapati di Internet, seperti dalam laman vulva.com atau laman ‘Wikipedia’, anda akan lihat pelbagai bentuk dan warna ‘vulva’ perempuan mengikut keturunan mereka.

Mereka semua mempunyai ‘vulva’ yang berwarna lebih gelap daripada kulit badan sendiri. Jadi, anda tidak perlu tertekan.

Jangan mudah terpengaruh dengan iklan atau saranan penjual krim pemutih yang kononnya bahan terbabit dapat memutihkan vulva anda.

Mungkin sebaliknya yang akan berlaku. Pastikan anda memakai pakaian dalam 100 peratus diperbuat daripada kapas yang selesa, pakai pelekat sanitari wanita yang sesuai waktu haid dan pelekat panti ketika berlaku kebasahan faraj.

Jika mahu menggunakan pencuci wanita, ia hanya boleh digunakan pada bahagian luar saja.

Yakinlah dengan anggota kelamin anda dan jaga ia dengan baik.

~ Dr. Ismail Thamby

Teknik mengatasi vaginismus

Punca vaginismus berlaku termasuk kepercayaan yang faraj itu kecil dan sempit serta perasaan serba salah melakukan hubungan seks sebelum berkahwin. Punca lain, penderaan seksual yang pernah dialami, kecederaan faraj akibat kelahiran sebelum ini, hubungan seksual pertama kali yang begitu menyakitkan, takut hamil, kurang maklumat tentang fungsi seksual dan kepercayaan yang seks itu tidak suci dan hanya menguntungkan lelaki.

Teknik mengatasi vaginismus

Rileks. Ini hal terpenting yang dapat dilakukan. Mandilah, berlatih teknik pernafasan dan dengar muzik yang dapat membuat anda merasa rileks.

Fahami kelakuan tubuh badan dengan lebih baik. Latihlah otot faraj anda. Ini akan membantu mengawal respons anda. Pusatkan waktu untuk menikmati sensasi menyenangkan daripada sentuhan dan pastikan anda benar-benar terangsang sebelum mencuba untuk menerima penetrasi.

(Teknik seterusnya mungkin kurang disenangi oleh beberapa pihak). Ketika santai, cubalah melakukan sendiri penetrasi pada faraj anda. Mulainya dengan sesuatu seperti putik kapas atau hujung jari anda sendiri. Setelah kepercayaan diri makin tinggi, cuba satu jari penuh dan kemudian suruh pasangan anda memasukkan jarinya ke dalam faraj anda.

(Ingat! Kaedah ini mungkin pilihan terakhir). Gunakan prostesis berbentuk penis pelbagai ukuran dan gel pelincir untuk membantu ketika ia dimasukkan ke dalam faraj. Cuba ketika bersendirian bagi membangkitkan kepercayaan dan kemampuan anda.

Anu tersekat akibat guna lubang bangku utk onani (Gila seks la ni)

4 anggota mencari dan menyelamat (SAR) Hong Kong terpaksa menghabiskan masa hampir empat jam di sebuah taman semata-mata untuk mengeluarkan zakar seorang lelaki yang tersangkut di salah satu lubang sebuah bangku yang terletak di kawasan berkenaan.

Menurut lelaki malang tersebut, zakarnya tersepit dan tidak boleh dikeluarkan ketika dia menggunakan lubang besi di bangku itu untuk melakukan onani.

Lelaki yang bernama Le Xing, 41 tahun, dipercayai menghidap sindrom kelainan seks.

Untuk pengetahuan anda, lubang besi pada bangku tersebut agak kecil tetapi Le Xing memaksa juga penisnya masuk ke dalam lubang itu untuk melepaskan hasrat berahinya.

Yang kelakarnya, ketika zakarnya tegang dan membesar dia, menjadi panik sebab dia tidak boleh mengeluarkan ‘anunya’ itu dari lubang tersebut.

Zakarnya yang cedera juga membengkak hingga menyukarkan lagi usaha untuk ‘membebaskan’ anunya.

Akhirnya Le Xing menelefon polis untuk meminta pertolongan.

Untuk mengeluarkan zakar tersebut, anggota SAR terpaksa membawa Le Xing bersama dengan bangku besi sepanjang 2.5 meter itu sekali ke hospital.

Bagaimanapun pakar perubatan di sana menyifatkan lelaki tersebut sangat beruntung kerana zakarnya masih ‘OK’ ketika dikeluarkan dari lubang besi bangku berkenaan.

Petikan: KL Today

Raham Manusia:Suami Cakar Isteri Kerana Tolak Seks

Suami Cakar Isteri Kerana Tolak Seks

Hanya kerana enggan melayan permintaan seks, seorang isteri nyaris disimbah air panas selain dicakar dan dipukul oleh suaminya selepas berang kerana permintaannya itu tidak dilayani.
Dalam kejadian tengah malam kelmarin di Bandar Baru Ampang, mangsa yang cedera dipukul dan dicakar oleh suaminya telah membuat laporan di balai polis berhampiran kerana bimbang dicederakan lagi.

Mangsa yang berusia awal 30-an dikatakan merajuk dengan suaminya selepas dipukul lelaki terbabit sehari sebelum kejadian menyebabkan mangsa tidak mahu menuruti permintaan suaminya.

Tindakan merajuknya itu membawa padah apabila suaminya mula naik hantu lalu memukul mangsa dan mencakar tangannya hingga cedera.

Mangsa yang dalam kesakitan cuba melepaskan diri daripada suspek, namun tidak berhasil apabila dia terus dipukul.

Menurutnya lagi, suaminya itu kemudian mengambil bekas air panas di dapur sebelum mengugut mahu menyimbah air panas berkenaan jika mangsa enggan melakukan hubungan seks dengannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Pemilik sejuta gambar bogel kanak-kanak dibebas

Seorang fidofilia yang ditemui dengan lebih sejuta gambar lucah kanak-kanak, sekali gus menjadi rampasan terbesar oleh Scotland Yard, terlepas daripada hukuman penjara untuk menjaga ibunya yang sakit.

Polis merampas lebih sejuta gambar dan video lucah kanak-kanak milik Robert Barrow, 57, di kediamannya di Plaistoe, timur London pada Ogos 2010, menurut Mahkamah Southwark Crown.

Dia yang mengaku melakukan tujuh kesalahan mengambil gambar lucah kanak-kanak dan dua kesalahan memiliki gambar itu dengan tujuan untuk mengedarkannya, terlepas daripada hukuman penjara kerana menjaga ibunya yang menderita penyakit Alzheimer dan artritis kronik sepenuh masa.

Barrow mengumpulkan gambar-gambar lucah itu sejak 15 tahun lalu dan telah berkongsinya dengan fidofilia lain di Internet.

Dia dijatuhkan hukuman penjara setahun yang ditangguhkan selama dua tahun, tetapi diarahkan untuk mendaftar sebagai Pesalah Seks selama 10 tahun.

Dia turut dikenakan perintah berkurung, dua tahun pemantauan dan perlu menjalani program rawatan pesalah seks.

"Biasanya pesalah seperti awak akan segera dipenjarakan, tetapi dalam kes ini awak terkecuali kerana keadaan kesihatan ibu awak yang nazak.

"Oleh itu, mahkamah memberi belas kasihan, bukan untuk awak tetapi untuk ibu anda. Namun jika arahan mahkamah dilanggar, awak akan dipenjarakan terus," kata Hakim Stephen Robbins.

Mahkamah turut mengetahui Barrow menderita gangguan personaliti keterlaluan dan tidak pernah melakukan hubungan seks serta tidak boleh berbogel di depan sesiapa pun.

Ini juga menjadi punca dia taksub mengumpul barangan seperti tin bir dan pembalut gula-gula getah. - AGENSI

Punca Dingin Seks Isteri | Tak ghairah melihat suami?

Tak ghairah melihat suami? Atau anda berhubungan intim secara terpaksa kerana memikirkan ia adalah kewajipan perlu ditunaikan seseorang isteri terhadap suami?

Ini mungkin tidak menjadi masalah bagi isteri yang 'sihat' atau aktif perhubungan seksnya dengan suami, tetapi sebaliknya menjadi trauma atau fobia bagi mereka yang berasakan layanan di ranjang bukan lagi keutamaan.

Rasa dingin lebih menguasai diri berbanding pemikiran dan tanggapan bahawa ini adalah tanggungjawab dan antara faktor yang menghangatkan lagi rumah tangga pasangan itu. Malah, silap jika ada yang memandang ringan peranan hubungan di ranjang ini kerana ia bukan sekadar merangkumi aspek keseronokan fizikal, sebaliknya `kunci' kemesraan suami isteri yang mempengaruhi hayat perhubungan itu. Tidak hairanlah jika ada yang berkata, dingin di ranjang boleh membawa dingin kepada perhubungan.

Dingin seks pengaruhi emosi pasangan

Tahukah anda, apa juga punca dan masalah yang mengundang kepada masalah kedinginan seks, ia sebenarnya banyak dipengaruhi faktor emosi serta tekanan berikutan beban kerja harian.

Penyelaras Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (Pakar Obstetrik dan Ginekologi), Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Nik Hazlina Nik Hussain berkata, hubungan seks bagi seorang lelaki adalah persetubuhan manakala seorang isteri pula beranggapan, sentuhan dan belaian paling penting dalam berhubungan intim.

Jelasnya, hubungan seksual terbahagi kepada dua iaitu seksual `penetrative' yang membabitkan hubungan seks (persetubuhan) dan `non-penetrative' yang tidak membabitkan hubungan seks tetapi wujudnya sentuhan dan belaian.

"Fungsi dan kemahuan seksual bagi seseorang lelaki serta wanita amatlah berbeza. Justeru, penting bagi wanita mempelajari keinginan lelaki dan begitu juga sebaliknya bagi menjamin kejayaan hubungan.

"Bagaimanapun, organ paling utama mengawal kehendak seksual adalah otak. Jadi, perubahan emosi, tekanan di tempat kerja serta rumah tangga juga sebenarnya menyumbang kepada kedinginan seks di kalangan pasangan muda," katanya.

Masyarakat Timur juga dikatakan cukup terbatas dalam membicarakan isu seks secara terbuka dan perkara itu sering kali dikaitkan dengan kekangan budaya serta agama.

Bagaimanapun, di antara lelaki dan wanita, keterbatasan itu jelas lebih membelenggu kaum Hawa biarpun pada masa dulu, golongan ini dikatakan lebih menonjol dalam menjaga hubungan intim.

"Masyarakat kita khususnya wanita segan berbicara mengenai isu seks apatah lagi di usia emas kerana ramai yang percaya, seks bukan sesuatu yang penting.

"Malah, ada wanita berusia terus meminggirkan hubungan seks biar pun hakikatnya ruang dan waktu untuk bersama pasangan terbuka luas selain tidak lagi `diganggu' anak yang makin meningkat dewasa.

"Lantaran kekosongan waktu tidak diisi, kesunyian tidak dirawat menjadikan usia emas menjadi `titik' permulaan kepada pasangan suami isteri memulakan hidup baru dengan memilih untuk bersendirian atau mencari teman baru," katanya.

Bagaimanapun kata Dr Nik Hazlina, usia bukanlah faktor utama menyebabkan wanita dingin terhadap pasangan kerana masalah ini juga boleh berlaku di kalangan wanita lebih muda.

"Faktor psikologi paling penting dalam menentukan tahap keghairahan seksual seseorang kerana otak adalah organ utama yang mengawal pemikiran tersebut," katanya.

Tambah Dr Nik Hazlina, apabila menopaus, wanita juga cenderung dingin seks kerana di kala itu berlakunya kekurangan aras hormon estrogen yang mengakibatkan kekeringan faraj.

"Keadaan itu menyebabkan kesakitan dan kerengsaan semasa hubungan seks tapi hakikatnya, seorang wanita menopaus boleh mengambil rawatan hormon estrogen dalam bentuk krim atau gel dikenali sebagai Premarin Cream dan Estrogel bagi menanganinya.

"Penting juga bagi suami memahami masalah tersebut dan sama-sama mempelajari kaedah meningkatkan nafsu terutama dengan pandai membelai si isteri.

"Malah, di usia menopaus juga masa tepat bagi wanita yang baru sedar telah lama mengetepikan kepentingan seksual kerana di kala inilah hubungan seks boleh berlangsung secara aman, dalam keadaan tidak terburu-buru atau berhati-hati," katanya.

Bagi menangani masalah kedinginan seksual, wanita boleh mengamalkan rutin senaman misalnya aerobik kerana regangan dilakukan dapat memberi kesan positif kepada tubuh badan malah setiap pergerakan senaman itu mempraktikkan pengamalan pengecutan otot faraj atau dikenali juga sebagai `Kegel exercise'.

Ia menjauhkan wanita daripada penyakit kronik seperti diabetes mellitus, hipertensi, hiperkolesterolemia dan lain-lain penyakit lagi malah dapat membantu mengekalkan stamina di ranjang.

"Senaman sebegini dapat membantu menguatkan otot di pelvik justeru, cengkaman otot ini menjadi kuat sekali gus dapat memberi kesan orgasma yang amat memuaskan kepada pasangan serta wanita itu sendiri.

"Malah, senaman ini juga dapat menghalang dari berlakunya `prolaps rahim' dan juga mengelakkan daripada berlakunya kebocoran kencing biasa dialami wanita pernah hamil dan berusia," katanya.

Antara punca dingin seks

* Masalah emosi - kemurungan, keresahan (mengenai seks atau perkara lain), tekanan, kemarahan dan rasa bersalah semua boleh menjejaskan fungsi seksual wanita.

* Rangsangan yang tidak mencukupi - kurang pengetahuan mengenai rangsangan seksual dan tindak balas boleh menghalang wanita daripada mencapai satu pengalaman yang memuaskan.

* Beberapa gangguan pelvis boleh menyebabkan kesakitan dalam persetubuhan dan seterusnya mengurangkan kepuasan.

* Kekejangan yang menyakitkan otot yang mengelilingi pembukaan faraj yang menyebabkan pembukaan faraj `mengetatkan' dan hubungan yang menyakitkan. Kecederaan atau parut akibat pembedahan, penyalahgunaan atau melahirkan anak.

* Penyakit kelamin - Seperti ketuat di alat kelamin, sifilis adalah antara penyakit berjangkit yang disebarkan oleh hubungan seks. Ini menyebabkan perubahan dalam alat kelamin yang menjadikan seks tidak selesa ataupun sakit.

* Vaginitis - Bengkak dan kerengsaan tisu faraj yang disebabkan oleh jangkitan atau sebab lain boleh membuat persetubuhan tidak selesa atau sakit.

* Penyakit radang pada tulang punggung (pelvis) - Ini adalah jangkitan faraj yang bergerak ke dalam serviks, uterus dan ovari. Ia boleh sangat menyakitkan sendiri dan membuat persetubuhan amat menyakitkan.

* Keletihan

* Penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, penyakit hati, penyakit buah pinggang

* Pengambilan ubat-ubatan - Ia boleh mengurangkan keinginan nafsu seks. Salah satu yang terkenal kumpulan ubat-ubatan yang mempunyai kesan ini terpilih serotonin reuptake perencat (SSRI) kumpulan ubat antikemurungan, ubat-ubatan kemoterapi tertentu, ubat-ubatan untuk tekanan darah tinggi.

* Lain-lain rawatan perubatan - rawatan seperti terapi radiasi untuk kanser jenis tertentu boleh mengurangkan pelinciran vagina.

* Sejarah penderaan - wanita yang mengalami penderaan seksual atau lain-lain mungkin mempunyai masalah untuk mempercayai pasangannya, timbul perasaan takut, rasa bersalah atau kebencian dengan pengalaman ngeri.

* Masalah peribadi - seperti tidak ada keharmonian dalam rumah tangga, tekanan akibat bebanan tugas di tempat kerja dan menjaga anak atau kesempitan wang.

* Tiada komunikasi dengan pasangan, tidak mesra dan tidak percaya.

Makanan `bangkit' selera intim

MENGIKUT kajian antarabangsa, lebih 40 peratus wanita merungut tidak berminat mengadakan seks pada tahaptahap tertentu usia mereka. Bagaimanapun, ramai penyelidik mengakui betapa sukarnya untuk mengukur apakah yang disifatkan nafsu yang normal dan sebaliknya.

Andai si isteri mahukan hubungan intim kurang kerap daripada keinginan suami, hakikatnya tiada seorang pun daripada mereka berada di luar tahap normal jika mengambil kira faktor usia. Malah, ia juga berbeza dari seorang wanita kepada wanita yang lain.

Bagaimanapun, bilakah masanya kita harus berjumpa doktor? Ini bergantung kepada tahap keinginan untuk mengadakan hubungan intim sama ada anda amat jarang melakukan hubungan seks atau kerap melakukannya. Sebelum bertemu doktor, anda perlu menyiapkan catatan kekerapan hubungan, maklumat perubatan, jenis ubat, vitamin dan makanan tambahan yang diambil.

Namun, apakah cara lain untuk mengatasi masalah lesu di ranjang ini?

Berikut antara makanan yang seperti dilaporkan media antarabangsa dan didakwa boleh mencetuskan 'selera' di ranjang, baik untuk isteri mahu pun suami:

* Batang sadri (celery)

Ia dikatakan sumber terbaik bagi mencetuskan atau memberi rangsangan seks kerana mengandungi androsterone hormon tanpa bau yang dirembeskan menerusi peluh lelaki dan dapat membangkitkan keinginan isteri. Cara terbaik menikmati sadri adalah dimakan mentah.

* Tiram

Antara makanan klasik bagi pembangkit nafsu. Ia kaya zink atau zat besi yang meningkatkan penghasilan sperma dan hormon testosteron.

* Pisang

Mengandungi enzim bromelain yang dapat meningkatkan keinginan untuk berasmara. Pada masa sama, pisang juga sumber baik potasium dan vitamin B seperti riboflavin yang dapat meningkatkan tenaga badan.

* Koko

Makanan ini dalam bentuk coklat mengandungi theobromine dan bahan kimia phenylethylamine yang boleh mencetuskan `perasaan' asyik atau seperti seronok. Justeru apabila ada wanita menyatakan betapa hebatnya nikmat coklat, maka percayalah ia bukan sekadar pengucapan sebaliknya fakta.

Coklat juga kaya antioksidan yang bagus untuk kesihatan dan sistem imun badan.

* Buah avocado

Buah ini kaya asid folik yang berperanan penting bagi keperluan protein, sekali gus meningkatkan tenaga. Ia juga mengandungi potasium (membantu melancarkan kelenjar tiroid wanita) dan vitamin B6 (nutrien bagi membantu penghasilan hormon lelaki) dua perkara penting bagi membangkitkan nafsu suami isteri.

* Badam

Sumber utama asid lemak yang penting bagi badan. Jika bau badam dapat membangkitkan `selera' wanita, kekacang ini juga penting bagi penghasilan hormon lelaki.

* Mangga, peach dan strawberi

Buah-buahan ini selain penting dari segi rasanya yang manis dan enak, ia juga penting sebagai makanan sebelum tidur. Suami atau isteri boleh menjadikannya elemen membangkitkan rasa dengan saling menyuap pasangan.

* Telur

Biarpun bukan kategori makanan paling penting untuk membangkitkan keinginan bersama, telur kaya vitamin B6 dan B5 yang bukan saja menseimbangkan hormon, tetapi dapat menangani stres atau tekanan. Ini sekali gus meningkatkan keinginan untuk berasmara dan memaksimumkan tahap tenaga.

* Bawang putih

Mungkin baunya tidak enak, tetapi bawang putih mengandungi allicin yang dikatakan dapat meningkatkan pengaliran darah ke organ seksual. Jika anda tidak tahan dengan bau untuk dimakan secara mentah, cuba ambil dalam bentuk kapsul.

Hangatkan semula hubungan:

* Bangkitkan rasa yakin mengenai kemampuan di ranjang.

* Maklumkan kepada pasangan keinginan anda.

* Bersikap terbuka dengan suami mengenai seks supaya sebarang masalah dapat dibincangkan bersama.

* Anggap hubungan intim satu keinginan, keseronokan bersama daripada sekadar menunaikan tanggungjawab untuk suami.

* Pelbagai kaedah supaya hubungan itu lebih menyeronokkan, bukan bebanan atau tekanan.

* Terima hakikat yang hubungan di ranjang adalah satu anugerah untuk melengkapkan diri sebagai wanita, isteri dan pasangan kepada suami.

Ragam Manusia: Onani sewaktu memandu lokomotif

Seorang pemandu kereta api, Virgin Trains berhadapan tindakan disiplin selepas beliau ditangkap melakukan onani sewaktu memandu lokomotif pada kelajuan 201 kilometer sejam, lapor sebuah akhbar semalam.

Pemandu kereta api itu turut didakwa membelek majalah lucah semasa kejadian tersebut.

“Lelaki itu merupakan pemandu yang baik tetapi kes ini menyebabkan kerjayanya sudah sampai ke penghujung,” kata satu sumber.

Rahsia lelaki tersebut terbongkar setelah seorang rakannya memaklumkan perkara itu kepada pegawai selepas tiba di depot kereta api.

Dapatkan info terkini dengan klik link ini

“Sebahagian pekerja lain merasakan kejadian ini sungguh memalukan. Namun, ketika itu terdapat 400 orang penumpang di dalam kereta api terbabit di laluan paling sibuk di Britain. Adalah sukar untuk memberi tumpuan sewaktu memandu ketika itu,” ujarnya.

Sementara itu, jurucakap Virgin Trains berkata, pihak pengurusan menggantung kerja pemandu itu sementara menunggu perbicaraan disiplin berlangsung dan dia bakal dibuang kerja jika kesalahan itu dibuktikan. – Agensi

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular