Suami Cakar Isteri Kerana Tolak Seks
Hanya kerana enggan melayan permintaan seks, seorang isteri nyaris disimbah air panas selain dicakar dan dipukul oleh suaminya selepas berang kerana permintaannya itu tidak dilayani.
Dalam kejadian tengah malam kelmarin di Bandar Baru Ampang, mangsa yang cedera dipukul dan dicakar oleh suaminya telah membuat laporan di balai polis berhampiran kerana bimbang dicederakan lagi.
Mangsa yang berusia awal 30-an dikatakan merajuk dengan suaminya selepas dipukul lelaki terbabit sehari sebelum kejadian menyebabkan mangsa tidak mahu menuruti permintaan suaminya.
Tindakan merajuknya itu membawa padah apabila suaminya mula naik hantu lalu memukul mangsa dan mencakar tangannya hingga cedera.
Mangsa yang dalam kesakitan cuba melepaskan diri daripada suspek, namun tidak berhasil apabila dia terus dipukul.
Menurutnya lagi, suaminya itu kemudian mengambil bekas air panas di dapur sebelum mengugut mahu menyimbah air panas berkenaan jika mangsa enggan melakukan hubungan seks dengannya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berkenaan.
0 ulasan:
Catat Ulasan