Tak ghairah melihat suami? Atau anda berhubungan intim secara terpaksa kerana memikirkan ia adalah kewajipan perlu ditunaikan seseorang isteri terhadap suami?
Ini mungkin tidak menjadi masalah bagi isteri yang 'sihat' atau aktif perhubungan seksnya dengan suami, tetapi sebaliknya menjadi trauma atau fobia bagi mereka yang berasakan layanan di ranjang bukan lagi keutamaan.
Rasa dingin lebih menguasai diri berbanding pemikiran dan tanggapan bahawa ini adalah tanggungjawab dan antara faktor yang menghangatkan lagi rumah tangga pasangan itu. Malah, silap jika ada yang memandang ringan peranan hubungan di ranjang ini kerana ia bukan sekadar merangkumi aspek keseronokan fizikal, sebaliknya `kunci' kemesraan suami isteri yang mempengaruhi hayat perhubungan itu. Tidak hairanlah jika ada yang berkata, dingin di ranjang boleh membawa dingin kepada perhubungan.
Dingin seks pengaruhi emosi pasangan
Tahukah anda, apa juga punca dan masalah yang mengundang kepada masalah kedinginan seks, ia sebenarnya banyak dipengaruhi faktor emosi serta tekanan berikutan beban kerja harian.
Penyelaras Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (Pakar Obstetrik dan Ginekologi), Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Nik Hazlina Nik Hussain berkata, hubungan seks bagi seorang lelaki adalah persetubuhan manakala seorang isteri pula beranggapan, sentuhan dan belaian paling penting dalam berhubungan intim.
Jelasnya, hubungan seksual terbahagi kepada dua iaitu seksual `penetrative' yang membabitkan hubungan seks (persetubuhan) dan `non-penetrative' yang tidak membabitkan hubungan seks tetapi wujudnya sentuhan dan belaian.
"Fungsi dan kemahuan seksual bagi seseorang lelaki serta wanita amatlah berbeza. Justeru, penting bagi wanita mempelajari keinginan lelaki dan begitu juga sebaliknya bagi menjamin kejayaan hubungan.
"Bagaimanapun, organ paling utama mengawal kehendak seksual adalah otak. Jadi, perubahan emosi, tekanan di tempat kerja serta rumah tangga juga sebenarnya menyumbang kepada kedinginan seks di kalangan pasangan muda," katanya.
Masyarakat Timur juga dikatakan cukup terbatas dalam membicarakan isu seks secara terbuka dan perkara itu sering kali dikaitkan dengan kekangan budaya serta agama.
Bagaimanapun, di antara lelaki dan wanita, keterbatasan itu jelas lebih membelenggu kaum Hawa biarpun pada masa dulu, golongan ini dikatakan lebih menonjol dalam menjaga hubungan intim.
"Masyarakat kita khususnya wanita segan berbicara mengenai isu seks apatah lagi di usia emas kerana ramai yang percaya, seks bukan sesuatu yang penting.
"Malah, ada wanita berusia terus meminggirkan hubungan seks biar pun hakikatnya ruang dan waktu untuk bersama pasangan terbuka luas selain tidak lagi `diganggu' anak yang makin meningkat dewasa.
"Lantaran kekosongan waktu tidak diisi, kesunyian tidak dirawat menjadikan usia emas menjadi `titik' permulaan kepada pasangan suami isteri memulakan hidup baru dengan memilih untuk bersendirian atau mencari teman baru," katanya.
Bagaimanapun kata Dr Nik Hazlina, usia bukanlah faktor utama menyebabkan wanita dingin terhadap pasangan kerana masalah ini juga boleh berlaku di kalangan wanita lebih muda.
"Faktor psikologi paling penting dalam menentukan tahap keghairahan seksual seseorang kerana otak adalah organ utama yang mengawal pemikiran tersebut," katanya.
Tambah Dr Nik Hazlina, apabila menopaus, wanita juga cenderung dingin seks kerana di kala itu berlakunya kekurangan aras hormon estrogen yang mengakibatkan kekeringan faraj.
"Keadaan itu menyebabkan kesakitan dan kerengsaan semasa hubungan seks tapi hakikatnya, seorang wanita menopaus boleh mengambil rawatan hormon estrogen dalam bentuk krim atau gel dikenali sebagai Premarin Cream dan Estrogel bagi menanganinya.
"Penting juga bagi suami memahami masalah tersebut dan sama-sama mempelajari kaedah meningkatkan nafsu terutama dengan pandai membelai si isteri.
"Malah, di usia menopaus juga masa tepat bagi wanita yang baru sedar telah lama mengetepikan kepentingan seksual kerana di kala inilah hubungan seks boleh berlangsung secara aman, dalam keadaan tidak terburu-buru atau berhati-hati," katanya.
Bagi menangani masalah kedinginan seksual, wanita boleh mengamalkan rutin senaman misalnya aerobik kerana regangan dilakukan dapat memberi kesan positif kepada tubuh badan malah setiap pergerakan senaman itu mempraktikkan pengamalan pengecutan otot faraj atau dikenali juga sebagai `Kegel exercise'.
Ia menjauhkan wanita daripada penyakit kronik seperti diabetes mellitus, hipertensi, hiperkolesterolemia dan lain-lain penyakit lagi malah dapat membantu mengekalkan stamina di ranjang.
"Senaman sebegini dapat membantu menguatkan otot di pelvik justeru, cengkaman otot ini menjadi kuat sekali gus dapat memberi kesan orgasma yang amat memuaskan kepada pasangan serta wanita itu sendiri.
"Malah, senaman ini juga dapat menghalang dari berlakunya `prolaps rahim' dan juga mengelakkan daripada berlakunya kebocoran kencing biasa dialami wanita pernah hamil dan berusia," katanya.
Antara punca dingin seks
* Masalah emosi - kemurungan, keresahan (mengenai seks atau perkara lain), tekanan, kemarahan dan rasa bersalah semua boleh menjejaskan fungsi seksual wanita.
* Rangsangan yang tidak mencukupi - kurang pengetahuan mengenai rangsangan seksual dan tindak balas boleh menghalang wanita daripada mencapai satu pengalaman yang memuaskan.
* Beberapa gangguan pelvis boleh menyebabkan kesakitan dalam persetubuhan dan seterusnya mengurangkan kepuasan.
* Kekejangan yang menyakitkan otot yang mengelilingi pembukaan faraj yang menyebabkan pembukaan faraj `mengetatkan' dan hubungan yang menyakitkan. Kecederaan atau parut akibat pembedahan, penyalahgunaan atau melahirkan anak.
* Penyakit kelamin - Seperti ketuat di alat kelamin, sifilis adalah antara penyakit berjangkit yang disebarkan oleh hubungan seks. Ini menyebabkan perubahan dalam alat kelamin yang menjadikan seks tidak selesa ataupun sakit.
* Vaginitis - Bengkak dan kerengsaan tisu faraj yang disebabkan oleh jangkitan atau sebab lain boleh membuat persetubuhan tidak selesa atau sakit.
* Penyakit radang pada tulang punggung (pelvis) - Ini adalah jangkitan faraj yang bergerak ke dalam serviks, uterus dan ovari. Ia boleh sangat menyakitkan sendiri dan membuat persetubuhan amat menyakitkan.
* Keletihan
* Penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, penyakit hati, penyakit buah pinggang
* Pengambilan ubat-ubatan - Ia boleh mengurangkan keinginan nafsu seks. Salah satu yang terkenal kumpulan ubat-ubatan yang mempunyai kesan ini terpilih serotonin reuptake perencat (SSRI) kumpulan ubat antikemurungan, ubat-ubatan kemoterapi tertentu, ubat-ubatan untuk tekanan darah tinggi.
* Lain-lain rawatan perubatan - rawatan seperti terapi radiasi untuk kanser jenis tertentu boleh mengurangkan pelinciran vagina.
* Sejarah penderaan - wanita yang mengalami penderaan seksual atau lain-lain mungkin mempunyai masalah untuk mempercayai pasangannya, timbul perasaan takut, rasa bersalah atau kebencian dengan pengalaman ngeri.
* Masalah peribadi - seperti tidak ada keharmonian dalam rumah tangga, tekanan akibat bebanan tugas di tempat kerja dan menjaga anak atau kesempitan wang.
* Tiada komunikasi dengan pasangan, tidak mesra dan tidak percaya.
Makanan `bangkit' selera intim
MENGIKUT kajian antarabangsa, lebih 40 peratus wanita merungut tidak berminat mengadakan seks pada tahaptahap tertentu usia mereka. Bagaimanapun, ramai penyelidik mengakui betapa sukarnya untuk mengukur apakah yang disifatkan nafsu yang normal dan sebaliknya.
Andai si isteri mahukan hubungan intim kurang kerap daripada keinginan suami, hakikatnya tiada seorang pun daripada mereka berada di luar tahap normal jika mengambil kira faktor usia. Malah, ia juga berbeza dari seorang wanita kepada wanita yang lain.
Bagaimanapun, bilakah masanya kita harus berjumpa doktor? Ini bergantung kepada tahap keinginan untuk mengadakan hubungan intim sama ada anda amat jarang melakukan hubungan seks atau kerap melakukannya. Sebelum bertemu doktor, anda perlu menyiapkan catatan kekerapan hubungan, maklumat perubatan, jenis ubat, vitamin dan makanan tambahan yang diambil.
Namun, apakah cara lain untuk mengatasi masalah lesu di ranjang ini?
Berikut antara makanan yang seperti dilaporkan media antarabangsa dan didakwa boleh mencetuskan 'selera' di ranjang, baik untuk isteri mahu pun suami:
* Batang sadri (celery)
Ia dikatakan sumber terbaik bagi mencetuskan atau memberi rangsangan seks kerana mengandungi androsterone hormon tanpa bau yang dirembeskan menerusi peluh lelaki dan dapat membangkitkan keinginan isteri. Cara terbaik menikmati sadri adalah dimakan mentah.
* Tiram
Antara makanan klasik bagi pembangkit nafsu. Ia kaya zink atau zat besi yang meningkatkan penghasilan sperma dan hormon testosteron.
* Pisang
Mengandungi enzim bromelain yang dapat meningkatkan keinginan untuk berasmara. Pada masa sama, pisang juga sumber baik potasium dan vitamin B seperti riboflavin yang dapat meningkatkan tenaga badan.
* Koko
Makanan ini dalam bentuk coklat mengandungi theobromine dan bahan kimia phenylethylamine yang boleh mencetuskan `perasaan' asyik atau seperti seronok. Justeru apabila ada wanita menyatakan betapa hebatnya nikmat coklat, maka percayalah ia bukan sekadar pengucapan sebaliknya fakta.
Coklat juga kaya antioksidan yang bagus untuk kesihatan dan sistem imun badan.
* Buah avocado
Buah ini kaya asid folik yang berperanan penting bagi keperluan protein, sekali gus meningkatkan tenaga. Ia juga mengandungi potasium (membantu melancarkan kelenjar tiroid wanita) dan vitamin B6 (nutrien bagi membantu penghasilan hormon lelaki) dua perkara penting bagi membangkitkan nafsu suami isteri.
* Badam
Sumber utama asid lemak yang penting bagi badan. Jika bau badam dapat membangkitkan `selera' wanita, kekacang ini juga penting bagi penghasilan hormon lelaki.
* Mangga, peach dan strawberi
Buah-buahan ini selain penting dari segi rasanya yang manis dan enak, ia juga penting sebagai makanan sebelum tidur. Suami atau isteri boleh menjadikannya elemen membangkitkan rasa dengan saling menyuap pasangan.
* Telur
Biarpun bukan kategori makanan paling penting untuk membangkitkan keinginan bersama, telur kaya vitamin B6 dan B5 yang bukan saja menseimbangkan hormon, tetapi dapat menangani stres atau tekanan. Ini sekali gus meningkatkan keinginan untuk berasmara dan memaksimumkan tahap tenaga.
* Bawang putih
Mungkin baunya tidak enak, tetapi bawang putih mengandungi allicin yang dikatakan dapat meningkatkan pengaliran darah ke organ seksual. Jika anda tidak tahan dengan bau untuk dimakan secara mentah, cuba ambil dalam bentuk kapsul.
Hangatkan semula hubungan:
* Bangkitkan rasa yakin mengenai kemampuan di ranjang.
* Maklumkan kepada pasangan keinginan anda.
* Bersikap terbuka dengan suami mengenai seks supaya sebarang masalah dapat dibincangkan bersama.
* Anggap hubungan intim satu keinginan, keseronokan bersama daripada sekadar menunaikan tanggungjawab untuk suami.
* Pelbagai kaedah supaya hubungan itu lebih menyeronokkan, bukan bebanan atau tekanan.
* Terima hakikat yang hubungan di ranjang adalah satu anugerah untuk melengkapkan diri sebagai wanita, isteri dan pasangan kepada suami.
18 ulasan:
cuba untuk menikmati hubungan di ranjang bersama suami tetapi rasanya masalah saya lebih kepada tidak berminat dengan seks. entahlah
Semakin kukuh kasih syg&cinta terhadap suami namun tidak mempunyai keinginan utk berhubungan seks smnjak pmikiran saya smakin matang seiringnya dgn pningkatan usia..
sebulan sekali sahaja isteri saya melayan saya..walaupon segala kehendaknya dituruti..mungkin takdir mahukan saya mencari teman hidup yang lain????....
Tahniah, info yg bermanfaat... www.kartikabuana.com
Cecair perangsang nafsu wanita terkini.... dapat Menguatkan syahwat dan ghairah isteri dlm masa 15 minit. Info lanjut http://germanydropmurah.blogspot. com
Sy wanita dlm dlema
Bgelar isteri slma 2 thn tp xpernah dikucup suami atau b,cumbu
Smkin lma nfsu sy pd suami mkin kurg apetah lg bla da mdpt seorg anak.
Selera sy tidak dpeduli,bla dia nak bsma 2bln skali t,pksa sy layan dgn hati yg tawar,layanan sy kpd suami mkin kurg..kadg2 sy rs suami sy x cintakn sy..berdosa kah saya?
Adakah Allah melaknat sy?
sy baru dua bulan mendirikan rumah tangga.. mslah sy adalah bila bersama suami sy hanya akan terangsang skjap sahaja ttp apabila suami memasukkan penisnya kedlm faraj sy sperti hilang ghairah... suami juga jarang membuat warm up utk naikkan ghairah sy.. bila berterus terang yg sy hilang ghairah suami lebih suka sentap dan merajuk...
Sy baru 8 bulan berkahwin. Saya dah hilang nafsu pada suami. Apabila melakukan seks si suami hanya pegang bahagian dada sahaja dan terus masukkn penis dia ke dlm faraj sy. Sy berasa sakit d sebabkan xda cecair pelincir y keluar. Saya langsung x berasa gairah..
Mmg sgt kesian jika setiap pasangan mengalami masalah dalaman seperti di atas.
<a href=http://znzabadistore.blogspot.com/
Wahai wanita.....kenapa terlalu ego untuk mengaku kesalahan sendiri dan membiarkan suami dalam kehausan..padahal suami bergitu menyayangi dan menunaikan segala permintaan si isteri...apakah yang si suami inginkan dalam ikatan halal ini...perlukah si suami bersabar jika setelah beranak 1 isteri telah kehilangan keinginan...sampai bila setahun atau seumur hidup tampa si suami merasai kenikmatannya...bayangkan jika 30 tahun bersama dengan kasihsayang dan keredaan...apakah si isteri pernah fikirkan apa akan jadi pada hati dan perasaan si suami...ahhh...aku pasrah........wahai isteri2 bantulah suamimu dan dunia ini dari kehancuran kerana kamulah kuncinya........
Wahai wanita.....kenapa terlalu ego untuk mengaku kesalahan sendiri dan membiarkan suami dalam kehausan..padahal suami bergitu menyayangi dan menunaikan segala permintaan si isteri...apakah yang si suami inginkan dalam ikatan halal ini...perlukah si suami bersabar jika setelah beranak 1 isteri telah kehilangan keinginan...sampai bila setahun atau seumur hidup tampa si suami merasai kenikmatannya...bayangkan jika 30 tahun bersama dengan kasihsayang dan keredaan...apakah si isteri pernah fikirkan apa akan jadi pada hati dan perasaan si suami...ahhh...aku pasrah........wahai isteri2 bantulah suamimu dan dunia ini dari kehancuran kerana kamulah kuncinya........
saya suka seks..tapi suami puala kurang nak main..so macam mana ni...seminggu sekali pon susah.maaf cakap saya pernah duduk atas dia tapi dia buat tidur je..amatlah menyedihkan...
sy pon mempunyai masaalah yg sama...agak2 dpt pahala besar x jikalau bersabar atas sbb nafsu x dilayan...da setawon ++ x projek...pyh la mcm ni..alasanya rahim turun lps bersalin operet anak ke 4...aduiiii...abis nak buwat camne ni...nak buwat hal lain berdosa...nak bgtau nak kawin lain kompom kene marah...kalau diberi kebenaran pon mana ada calon...hahaha..nmpk nye makin dimkn usia la sy ni...adakah umur sy 43 tawon x layak utk bersama isteri lg..eerrmm
Pelik dan memang menyedihkan
Bestnya dapat isteri mcm awak yer..suka seks..woww..suami awak kena pegi berubat..
Suami saya pulak pantang duduk berdua asyik nak bersembang pasal sex je...sampai naik jemulah pulak..
Ye betul
Catat Ulasan