Penentuan sperma sihat

Penentuan sperma sihat

Pernah saya ditanya mengenai 'power ejakulasi' iaitu sama ada ejakulasi dinamik seperti air mani terpancut keluar jauh lebih baik daripada ejakulasi yang keluar biasa atau menitis. Jawapan saya ialah jika air mani itu masuk ke dalam faraj, kehamilan boleh berlaku. Ia semudah itu.

Nampaknya, masih ramai yang tidak faham mengenai air mani dan ramai yang berfikiran bahawa ejakulasi yang 'power' itu adalah hebat namun isteri masih belum hamil.

Kepada pembaca, anda jangan salah sangka. Sebenarnya air mani keluar akibat tekanan cengkaman otot sistem ejakulasi dan otot lantai pelvis. Jika ketika anda sedang mencapai ejakulasi, anda mengawal otot lantai pelvis, maka ejakulasi anda akan terbantut atau tidak terasa.

Perkara menahan kemut atau mengemut ketika ejakulasi kebiasaannya dilakukan bagi mengawal masalah cepat klimaks dan kesannya ialah ejakulasi tidak terasa seperti kebiasaannya. Terdapat juga lelaki yang mempunyai otot lantai pelvis (otot kemut) yang kurang aktif, sudah tentu akan mengalami masalah ejakulasi tidak terasa.

Jika itu masalah sebenar, maka cara yang paling mudah untuk mengatasinya dengan mengamalkan senaman kemut atau senaman 'kegel'. Kini dengan terapi Elektro Megnetik Pelvi-Center, lelaki yang mempunyai otot lantai pelvis yang lemah, dapat membina otot lantai pelvis yang lebih kuat. Maklumat mengenai terapi itu ada dalam laman www.Pelvicenter Malaysia.

Jika anda dan pasangan belum lagi berjaya mendapat cahaya mata, lebih baik anda dan pasangan berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesuburan.

Anda boleh menjalani ujian air mani untuk penentuan sama ada sperma sihat dan isteri boleh menjalani ujian hormon dan pemeriksaan dalaman bagi mengetahui tahap kesuburan.

Masalah ejakulasi tidak hebat itu tiada kena mengena dengan tahap kesuburan lelaki. Ia hanyalah satu salah faham yang sering berlaku kepada kebanyakan lelaki yang menganggap air mani yang keluar secara kuat dapat menolak sperma ke dalam faraj.

Untuk menghamilkan isteri, air mani itu hanya perlu masuk ke dalam faraj tidak kira bagaimana caranya.

Tetapi yang penting adalah isteri mestilah subur dan sperma suami mestilah sihat.

~ Dr Sakit Tuan

Info Menarik
Seni Melambatkan Pancutan!
Petua Seks Hebat! Hangatkan ranjang anda!
Isteri Dingin Seks? Rahsia mengghairahkan isteri!
Pelajari Teknik Rahsia Pancutkan Isteri!!
Seni dan Teknik Ciuman Hangat!
Rahsia Kecurangan Pasangan Terbongkar!
Rahsia Malam Pertama
Rahsia Doa Pengasih
Kamasutra Melayu Bergambar

 

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular