Jangan Tidur Selepas Seks

Keinginan terhadap seks membuatkan ramai suami yang sanggup mengejutkan isteri yang sedang lena tidur demi memuaskan hasrat yang terbuku. Menyedari tanggungjawab memenuhi kehendak batin suami, si isteri walaupun separuh hati melayani juga suami di ranjang.

Namun agak mengecewakan setelah mendapat apa yang diingini, si suami terus lena tidur malah berdengkur membiarkan si isteri terkapar keseorangan. Sedikit sebanyak timbul rasa kecewa di hati isteri malah mungkin juga perasaan tidak dihargai.

Situasi sebegini mungkin pernah dirasai oleh sebahagian isteri di luar sana. Tidur selepas seks memang lazim dilakukan oleh suami dan ia adalah antara perkara yang paling selesa dan sesuai dilakukan selepas mencapai orgasme. Badan yang letih selepas berhempas pulas sebelumnya akan membuatkan tidur lebih lena.

Memang ada alasan bilogi mengapa ada perasaan ingin tidur setelah melakukan hubungan intim. Semasa orgasme tubuh akan mengeluarkan hormon yang disebut oksitoksin yang membuatkan seseorang itu rasa mengantuk. Oleh itu mereka cenderung untuk tidur.

Tapi biarpun tidur dirasakan nyaman, namun perlu diingat pasangan yang berjaga mungkin akan berasa sebaliknya. Bagi mengelakkan ada pihak berkecil hati, terasa tidak dihargai dan sebagainya seeloknya anda pertimbangkan beberapa langkah di bawah untuk dilakukan sebagai pengganti tidur. Lebih elok menjaga hati isteri daripada tidur, bukan?

Terus Memberi Sentuhan
Walaupun berasa penat selepas bersama tapi teruskanlah memberi sentuhan kepada pasangan. Tidak perlulah membuat gerakan yang merangsang setelah pertempuran yang cukup melelahkan, cukuplah sekadar menempatkan tangan pada paha pasangan dan mengusap dengan lembut. Ini adalah tanda kasih sayang dan perhatian dari suami.

Mandi Bersama
Setelah anda dan pasangan berada di ranjang untuk acara yang mengeluarkan peluh, inilah masanya untuk anda membersihkan tubuh. Jangan lakukan sendirian, sebaliknya mandilah bersama. Sekiranya mempunyai tab mandi, penuhilah ia dengan air dan berbaringlah berdua di dalamnya.

Bersihkan pasangan dengan sabun dan urut lembut tubuhnya. Lakukan secara bergilir dengan pasangan. Percayalah, ini adalah masa yang paling membahagiakan buat suami isteri. Detik ini tak akan dilupakan.

Sediakan Hidangan
Selalunya setelah penat melakukan hubungan intim, masing-masing akan berasa lapar. Daripada membiarkan rasa mengantuk menyelubungi diri, tiada salahnya anda menyiapkan makan malam bersama-sama . Selain bagi mengisi perut yang kosong, anda dan pasangan akan menghabiskan waktu bersama-sama sekalipun setelah melewati klimaks. Tidak perlulah menyediakan hidangan yang berat, cukup sekadar mengalas perut dengan sandwic, buah-buahan ataupun makanan ringan.

Jika Mahu, Rangsanglah Pasangan
Selepas perut kenyang, dan jika masih ada saki baki tenaga, tiada salahnya jika anda ingin melakukan hubungan seks sekali lagi. Mulakan dengan aktiviti pemanasan jika pasangan turut bersedia untuknya.

Tidur Bersama
Akan tetapi, jika anda bersama pasangan kepenatan dan lebih cenderung untuk tidur maka tidurlah tapi pastikan anda tidur bersama-sama. Bukan seorang tidur di sofa tingkat bawah dan seorang lagi di bilik tidur. Rangkullah pasangan anda atau letakkan tangan di dada atau di pinggangnya supaya pasangan tahu bahawa si dia telah membuatkan anda tidak terdaya.


Pancutkan Isteri Anda. Keterangan lanjut, sila klik sini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular