Lelaki curiga kesihatan zakar sendiri


Curiga kesihatan sendiri

Kedudukan buah zakar dalam kerandut adalah tidak seimbang. Sebilangan besar lelaki mempunyai buah zakar kiri yang ke bawah sedikit daripada kanan dan ada juga sebaliknya.

Ada juga buah zakar kanan lebih ke depan daripada kiri dan sebaliknya. Semua ini bukan petanda masalah atau penyakit kelamin.

Rata-rata lelaki tidak tahu keadaan zakar dan itu menyebabkan mereka curiga dan tidak yakin dengan kesihatan sendiri serta menganggap ia antara petanda lemah syahwat.

Untuk pengetahuan, keadaan ini bukan petanda masalah alat kelamin lelaki, termasuk lemah syahwat atau kesuburan. Sebelum ini pelbagai kepercayaan karut dicanang kononnya buah zakar tidak seimbang petanda lemah tenaga batin, kurang subur, masuk angin dan pelbagai lagi.

Buah zakar boleh terpulas dan mengakibatkan kesakitan kepada lelaki. Jika terasa senak atau sakit yang menular dari kawasan buah zakar, itu mungkin petanda buah zakar radang, tertekan atau terpulas.

Jika keadaan terpulas itu kekal dan lelaki itu tidak tahu dan hanya berjumpa tukang urut atau mendiamkan diri, kemungkinan ia boleh rosak secara ketara.

Jika buah zakar terasa sakit, anda perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Jika masalah itu mencemaskan anda dan sangat sakit, segera ke wad kecemasan mana-mana hospital terdekat.

Mungkin kesakitan itu penyakit kelamin atau buah zakar radang.

Namun, tanggapan buah zakar tidak stabil memberi kesan buruk dan petanda penyakit kelamin dan kesuburan tidak benar.

Oleh Dr Ismail Thamby


Info Menarik
Seni Melambatkan Pancutan!
Petua Seks Hebat! Hangatkan ranjang anda!
Isteri Dingin Seks? Rahsia mengghairahkan isteri!
Pelajari Teknik Rahsia Pancutkan Isteri!!
Seni dan Teknik Ciuman Hangat!
Rahsia Kecurangan Pasangan Terbongkar!
Rahsia Malam Pertama
Rahsia Doa Pengasih
Kamasutra Melayu Bergambar

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular