Seorang ketua polis tempatan memohon maaf dan menggantung empat orang pegawai polis berhubung insiden seorang lelaki yang dikatakan menahan enam orang wanita sebagai hamba seks di dalam sebuah penjara bawah tanah selama dua tahun dan membunuh dua orang daripada mereka.
Media di China semalam melaporkan polis di Luoyang, wilayah Henan menahan ahli bomba yang telah bersara, Li Hao, 34, atas kesalahan membunuh dua orang wanita yang diculiknya.
Pengarah biro keselamatan awam Luoyang, Guo Congbin berkata, kes tersebut menunjukkan kawalan keselamatan komuniti amat lemah dan pegawai-pegawai polis tidak bertanggungjawab.
“Sebagai ketua polis, saya memikul tanggungjawab tersebut,” kata Guo, sambil menambah kata, beliau telah menggantung empat pegawai polis yang terlibat dalam kes itu.
Li yang ditahan pada 6 September lalu menculik enam orang pekerja kelab malam dan pusat karaoke serta merogol mereka berkali-kali.
Dia memastikan mangsa-mangsanya sentiasa berada di dalam keadaan lemah bagi mengelakkan mereka melarikan diri dengan memberikan mereka makan sekali sahaja setiap dua hari.
Wanita-wanita tersebut dibenarkan keluar dari ruang bawah tanah ketika Li kesempitan wang, lalu memaksa mereka mengadakan hubungan seks dengan lelaki lain untuk mendapatkan wang.
Seorang mangsa berusia 23 tahun berjaya melepaskan diri ketika dipaksa memberikan perkhidmatan seks kepada lelaki lain lalu membawa polis ke rumah tertuduh. – Reuters
0 ulasan:
Catat Ulasan