Pelacur di sekitar bandar Bonn perlu membawa tiket yang dibeli dari mesin yang menyerupai mesin tiket meletak kereta ketika bekerja jika tidak mahu dikenakan denda dari pihak berkuasa cukai, menurut rancangan baru yang dilancarkan Isnin lalu.
Di Jerman, pelacur-pelacur membayar cukai pendapatan berbeza di setiap kawasan tetapi undang-undang tersebut sukar dikuatkuasakan kepada mereka yang mencari pelanggan di tepi jalan.
Tiket bermeter cukai perkhidmatan pelacuran pertama di Jerman yang dijual dengan harga 6 euro (RM26.10) untuk satu malam itu bagi memastikan sistem cukai dilaksanakan dengan adil, kata jurucakap bandar itu.
"Pegawai pemeriksa akan mengawasi pelaksanaan baru itu, bukan setiap malam tetapi ia akan kerap dijalankan," katanya.
Jika ditangkap tanpa tiket yang sah, pesalah akan ditegur dahulu, kemudian akan dikenakan denda dan mereka juga akan dilarang mencari pelanggan jika masih tidak mematuhi arahan tersebut.
Kira-kira 200 pelacur bekerja di Bonn tetapi pegawai bandar tersebut mengehadkan kawasan untuk mereka beroperasi di kawasan-kawasan tertentu kerana bantahan dari penduduk. - Reuters
0 ulasan:
Catat Ulasan