Mati Pucuk Malam Pertama

Soal seksual sememangnya tidak dapat lari daripada sering dikaitkan dengan dunia mistik. Sebagai contoh, kita sering mendengar kisah si suami mendakwa tidak bernafsu ketika mahu melakukan hubungan intim dan lebih ‘menakutkan’, tidak dapat ‘menembusi’ faraj isteri.

Apabila bertemu bomoh atau dukun, pelbagai andaian diberi, seperti nafsu suami atau isteri terkunci gara-gara penangan sihir.

Lantas, tanpa usul periksa semua arahan bomoh atau dukun diikuti sehingga ‘terbang’ wang beribu-ribu ringgit, tetapi masalah dihadapi tidak selesai.

Itulah risikonya jika tidak mahu bertanya, mengkaji atau meminta pendapat pakar yang lebih arif dalam hal sedemikian.

Dalam perubatan moden, apa yang berlaku ialah ketika pasangan hendak bersama, isteri mungkin dalam keadaan takut, maka hilang daya kawalan fizikalnya sehingga ‘menutup’ atau mengemut lubang najis dan lubang kencing, yang mana secara tidak langsung menutup pembukaan farajnya.

Ini menyukarkan suami melakukan seks penetratif. Jika suami berusaha berulang kali tetapi gagal, perasaan ghairah menurun dan dia secara langsung hilang nafsu syahwat.

Saya mengendalikan banyak kes sebegini. Kebanyakannya bertemu bomoh atau dukun terlebih dulu sehingga kesudahannya bergaduh dan menyalahkan satu sama lain.

Saya dapati suami isteri kurang arif mengenai cara, gaya dan teknik bersetubuh. Ada juga suami berasa takut ketika hendak bersetubuh dan dalam keadaan begitu, ereksi hilang, seolah-olah nafsu syahwatnya terkunci jika mengikut taksiran bomoh atau dukun. Ini mengarut!

Apa yang berlaku ialah ketika takut atau gementar, pengeluaran hormon adrenalin berlaku dan mengakibatkan perjalanan darah ke dalam otot zakar terencat sehingga ereksi yang membina itu kendur. Situasi ini dikenali sebagai ‘Mati Pucuk Malam Pertama’.

Jika berlaku kepada wanita, perjalanan darah ke anggota sulitnya terencat, kegebuan bibir tidak menjadi dan mengecut. Apabila melakukan kemutan, ia mencengkam lubang najis dan lubang kencing, maka pembukaan farajnya tertutup. Situasi ini dikenali sebagai ‘Mati Putik Malam Pertama’.

Dua masalah itu dapat diatasi apabila suami dan isteri menyedari perkara sebenar yang berlaku dan bekerjasama untuk mengatasinya.

Sebagai permulaan, wanita yang mengalami ‘Mati Putik Malam Pertama’ perlu tahu perkara yang berlaku itu bukan kerana buatan orang.

Ia berlaku kerana perasaan takut. Dia perlu tahu dan mengenali anggota sulitnya dengan menggunakan cermin dan meneliti bahagian anggota itu. Dia boleh mengenali pembukaan lubang faraj dan cuba memasukkan satu jari.

Selepas memahami yang pembukaan faraj itu satu rongga yang boleh meluas dan mengikut kawalan badannya, dia boleh cuba memasukkan dua jari dan jika berasa kesat, dia boleh menggunakan jeli pelicin.

Apabila berasa selesa, dia boleh mengizinkan pasangan melakukan perkara sama. Apabila pasangan berasa yakin pula, dia boleh mulakan hubungan seks penetratif.

Jika suami masih tidak mampu mencapai ereksi yang bertahan lama, ubat yang dapat melancarkan darah ke dalam otot zakar akan diberi doktor melalui preskripsi (seperti ubat Viagra, Levitra atau Cialis). Apabila hubungan seksual itu lancar, ubat berkenaan tidak lagi diperlukan.

Justeru, jangan terlalu taksub dengan bomoh atau dukun. Suami anda tetap bernafsu jika kena dengan caranya.

Oleh Dr Ismail Thamby




Untuk keterangan lanjut, sila klik sini.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Quality content is the сruciаl to invite the viewеrs to go to ѕee thе
web page, that's what this web page is providing.

Here is my blog - payday loans online
Feel free to visit my blog : Payday Loan

Catat Ulasan

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular