Saya lelaki berusia 27 tahun dan pernah terbabit dalam perlakuan seks bebas bersama beberapa wanita tetapi dengan cara ‘seks selamat’ kira-kira empat tahun lalu. Yang merunsingkan saya ialah, sekarang saya sering demam dan sakit di belakang leher dan kepala sebelah kiri.
Empat tahun lalu saya tidak pernah mengalami masalah ini, adakah saya dijangkiti virus HIV?
--------------------------
Kata orang, perkara yang tidak baik pernah kita lakukan akan menghantui kita pada kemudian hari. Ini yang berlaku kepada anda yang pernah terlanjur dengan perbuatan seks rambang dan kini mula merasa ‘kesannya’ selepas sekian lama meninggalkan perbuatan itu.
Mungkin perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah berjumpa doktor untuk menjalani ujian darah bagi ujian HIV/Aids.
Ini lebih baik daripada mengesyaki yang bukan-bukan yang mungkin membuat anda tertekan tidak tentu fasal.
Walaupun pasti anda mengamalkan ‘seks selamat’, ada beberapa perkara yang susah hendak diduga seperti kebocoran kondom, sentuhan air liur kepada kemaluan dan ciuman basah serta pelbagai kemungkinan lain.
Pada pendapat saya, seks selamat ialah seks dalam perkahwinan. Saya syorkan anda berjumpa doktor untuk menjalani ujian darah yang sewajar.
Mendiamkan diri dan memendam perasaan akan menggugat ketenteraman jiwa anda.
Simptom yang anda nyatakan sukar dianalisis, jika anda syak dijangkiti HIV/Aids, elok buat ujian untuk menentukannya.
Oleh Dr Ismail Thamby
0 ulasan:
Catat Ulasan