Cecair Kuning Pada Kemaluan Isteri

Mengapa ada sejenis cecair berwarna kekuningan mengalir keluar dari kemaluan isteri saya tanpa dia sedari? Ia menyerupai cecair yang keluar selepas kami selesai mengadakan hubungan seks.

Sejak beberapa hari lalu, ada waktunya isteri saya mengadu terasa perit ketika membuang air kecil.

SUAMI SIMPATI
Johor Bahru

-------------------

Sememangnya faraj wanita sentiasa dalam keadaan lembap. Mukosa faraj menghasilkan antara 20 — 120 gram cecair sehari dan mengikut waktu tertentu dalam putaran haid, misalnya lelehan lebih ketika pertengahan putaran haid dan beberapa hari sebelum haid keluar.

Cecair juga keluar selepas selesai hubungan seks. Jika ada keradangan faraj, cecair yang keluar warnanya kekuningan dan ada bauan yang kurang menyenangkan.

Kadangkala ada simptom lain seperti kemerahan dan kegatalan. Jangkitan boleh berlaku apabila mukosa faraj terdedah kepada kuman, parasit, kulat atau kuman virus.

Jangkitan ini boleh berlaku akibat jangkitan daripada salur kencing dan salur najis wanita itu dan juga daripada pasangan.

Apabila cecair yang keluar itu mengganggu ketenteraman kesihatan, wanita itu perlu jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan ujian sewajar.

Jika doktor syak jangkitan luar, ujian darah sewajar dilakukan dan rawatan sewajar diberi. Biasa untuk wanita mengesyaki pasangan jika dia mengalami jangkitan faraj jika dia setia dengan pasangan.

Namun jangan ikutkan hati, mungkin jangkitan itu bukan jenis jangkitan yang suami mendapatnya dari luar, mungkin akibat jangkitan. Yang mustahak ialah berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan sewajarnya.

Oleh Dr Ismail Thamby

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular