Usah malu berbincang hal seksual dengan isteri atau suami
Pernahkah anda berada di dalam situasi di mana ketika si suami melakukan tusukan zakar ke faraj isteri tetapi si isteri pula tidak berasa terangsang atau tidak berasa rangsangan?
Jika pernah, ia bukan masalah pelik kerana ramai wanita menghadapi masalah sebegitu.
Kita dianugerah Tuhan nafsu syahwat dan naluri seksual yang menjadi fitrah dalam kehidupan kita.
Kita mula mengenali sistem syahwat apabila melalui proses akil baligh.
Pada waktu itu kita mula perasan perubahan kepada anggota kelamin dan mendapati tindak balas yang berlaku kepada diri dan alat kelamin.
Perubahan yang berlaku itu adalah perubahan biasa dalam situasi terangsang dan apabila tahap rangsangan itu memuncak, lelaki akan mencapai ejakulasi dan wanita pula akan ‘puas’.
Bagaimanapun, tindak balas seksual itu berada di dalam pengaruh sistem saraf, sistem pengedaran darah dan anggota kelamin yang berfungsi secara normal.
Apabila satu pasangan berhasrat melakukan hubungan intim seksual, minda mereka akan mula mengeluarkan isyarat untuk mencetuskan rangsangan kepada anggota kelamin masing-masing untuk sedia beraksi.
Untuk lelaki, proses rangsangan itu sungguh cepat dan lelaki boleh mencapai ereksi secara spontan.
Proses untuk wanita pula mengambil masa lebih lama sedikit dan mungkin terlalu lambat seandainya wanita berkenaan belum bersedia atau terasa malu.
Jika ini terjadi, si suami mungkin perlu melakukan sentuhan dan belaian kepada pasangannya untuk mempercepatkan rangsangan itu berlaku.
Jika anggota kelamin perempuan itu menembam, klitoris erek dan mungkin bahagian di antara bibir kecil lembap dan sesuai untuk penembusan zakar, itu menunjukkan si wanita terbabit sudah mula terangsang.
Apabila penembusan zakar berlaku dan pergerakan zakar lancar, si perempuan mula berasa hangat, corong faraj mula dibasahi cecair untuk menyenangkan pergerakan dan dengan sentuhan tubuh badan dan anggota kelamin yang berlaku secara serentak, kedua-duanya akan sampai ke kemuncak rangsangan.
Namun tidak semua perempuan yang melakukan hubungan intim seksual mencapai klimaks atau kemuncak.
Mungkin mereka masih dalam peringkat pengenalan dan masih malu untuk memandu suami untuk melakukan perkara yang mereka sukakan.
Mungkin juga mereka belum lagi mengenali bahagian tubuh badan yang sensitif (seperti payu dara, leher, bibir, dan lain-lain yang dikenali sebagai bahagian erotik atau ‘erogenous zones’) atau bahagian anggota kelamin mereka yang dapat mencetuskan klimaks.
Kajian menunjukkan klitoris perempuan mengandungi dua kali ganda rangkaian urat saraf jika dibandingkan dengan penghujung anggota kelamin lelaki dan rangsangan kepada bahagian itu dapat mencetuskan kemuncak syahwat perempuan.
Ketika dalam keadaan hangat, klitoris boleh termasuk atau terlindung dan perasaan klimaks boleh tergendala.
Rasanya, cara yang saya terangkan ini sedikit sebanyak dapat membantu pasangan yang mempunyai masalah seperti ini.
Sebagai suami isteri, anda tidak perlu malu untuk berkongsi cerita dan pengalaman serta pasangan anda juga boleh memandu atau memberitahu di manakah bahagian yang merangsangnya.
Pendek kata, bekerjasama serta jangan malu untuk berkomunikasi mengenai seks kerana ia bukan sesuatu yang janggal untuk anda berdua. Jika keadaan masih buntu, anda berdua boleh jumpa pakar yang berkenaan.
~ Metro
0 ulasan:
Catat Ulasan