Sentuhan intim atau foreplay adalah satu-satunya cara saya untuk mendapat kenikmatan sebenar dalam melakukan hubungan kelamin dengan suami. Malangnya, perkara itu jarang sekali suami saya lakukan. Setiap kali kami mengadakan hubungan, kami hanya mengambil masa beberapa minit saja. Saya pernah menyuarakan perasaan tidak puas hati kepada suami namun suami tidak pernah mengambil berat hal ini. Sehubungan itu, apakah yang perlu saya lakukan untuk memastikan saya puas ketika melakukan hubungan kelamin?
-------------------------------
Biasanya dalam hubungan kelamin, sentuhan intim adalah pembuka selera ghairah dan ini boleh dilakukan oleh pasangan atau wanita itu sendiri jika wanita itu mendapati pasangannya tidak dapat mengisi kehendak foreplay yang mencukupi.
Kadangkala wanita itu boleh meningkatkan khayalan intim untuk membangkitkan perasaan syahwatnya selain menyentuh bahagian tubuh yang memberikan rangsangan seperti menyentuh payudara dan puting dengan lembut atau menyentuh bibir besar, kecil dan klitoris secara intim.
Bagi keselesaan, suami juga boleh menggunakan krim atau krim pelembap.Kepada wanita yang terbuka kepada alat pembantu seks (sexual aids), alat itu boleh digunakan.
Kadangkala pasangan suami memerlukan dorongan atau galakan isteri untuk memanjangkan sentuhan intim itu. Jika suami adalah lelaki yang mudah terpengaruh dengan dorongan dan pujuk rayu, dia tidak akan teragak-agak untuk melakukan sentuhan intim mengikut seleranya yang kadangkala tidak menyeronokkan isteri, seperti memasukkan jari dalam faraj atau menggesel klitoris dengan kuat.
Kadangkala suami takut akan terpancut awal ketika melakukan sentuhan intim sehingga tidak sempat hendak masuk ke dalam faraj. Mungkin satu lagi cara yang boleh mendorong suami menyentuh tubuh isteri ialah mengajaknya mandi bersama dan menggalakkan dia menyentuh anggota sulit isteri dan isteri sama-sama menyentuh anggota sulit suami dan selepas selesai mandi, jika sempat, panjangkan adegan seterusnya ke katil pula.
Pendek kata ada pelbagai pendekatan yang mana isteri boleh mengajak suami bermanja dengannya seperti yang sudah diketengahkan tadi dan jika suami tidak dapat bertahan lama, sudah tentu dia tidak akan memanjangkan sentuhan intim itu. Justeru, sudah tiba masa untuk isteri memainkan peranan pula, iaitu melakukan sentuhan intim kepada dirinya sendiri mengikut keselesaannya untuk mencapai keghairahan yang boleh mencetuskan klimaks apabila hubungan penetratif bermula. Tingkatkan khayalan intim untuk memberi keseronokan yang membina.
3 ulasan:
adakah salah(brdosa)kalau seorang isteri trpaksa melayan nafsunya sndiri krn suami tdk blh brthn lama(cpt klimaks)...dek krn kurang kepuasan ..
di bolehkan asalkan tidak dilakukan dengan orang lain selain dari suami, beronani di haruskan bagi mengelakan perkara yang lebih teruk iaitu perzinaan, arina
Kepada suami-suami yang menghidapi masalah seksual, LUQMAN HERBS CENTRE - Pusat rawatan tradisional kaedah Ayurveda akan menganjurkan seminar PERCUMA seperti di bawah:-
i) RAHSIA TENAGA BATIN LELAKI
- Penjagaan dan Rawatan Pemulihan
Tarikh: 22 April 2012 - Ahad
Waktu: 2 petang hingga 6 petang - (4 jam)
Lokasi: Taman Kajang Prima, Kajang, Selangor.
(Berhampiran restoran REST' 1 dan ENOPI)
* Seminar ini akan dikendalikan oleh Dr Luqman Malik (pengamal perubatan Ayurveda). Maklumat lanjut ttg beliau sila layari: http://www.luqmanherbscentre.com
** Tempat adalah terhad kepada 25 peserta sahaja.
*** Kedua-dua seminar adalah percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menghadiri.
Sebarang pertanyaan dan permohonan untuk menghadiri seminar ini, sila email ke: unseen.virago@gmail.com.
* Dr Luqman akan ke udara dalam program REMEDI terbitan TV9 pada bulan Mei nnt. Maklumat lanjut: www.mazlinnordin.blogspot.com (Mazlin Nordin merupakan penerbit eksekutif Media Prima)- Sedikit catatan dari Cik Mazlin Nordin ttg rakaman penggambaran di Pusat Rawatan LUQMAN HERBS CENTRE.
"Remedi bersama Fakhrulradhi-UNIC.......", muka surat 3.
.
Catat Ulasan