Isteri Pura-Pura Puas?

Ramai wanita berlagak orgasme semasa melakukan hubungan intim dengan pasangannya? Walaupun tidak selalu tetapi ramai daripada mereka berbuat demikian.

Mungkin juga ada wanita yang tidak tahu apa itu orgasme. Cara mudah menjelaskannya, orgasme adalah satu keadaan di mana wanita merasai tubuhnya kejang, nafasnya menjadi pantas, mencekam kuat dan melakukan gerakan-gerakan dramatis untuk menikmati kepuasan.

Persoalannya kenapa perlu membohongi diri sendiri dan pasangan? Sedangkan berpura-pura puas itu hanya merugikan diri sendiri.

Bila dibuat kajian, ada beberapa sebab diberikan wanita, ternyata dalam hal ini mereka tidak boleh dipersalahkan.

Takut Mengecewakan Pasangan

Bila wanita melakukan hubungan intim dalam keadaan penat, dia ingin aktiviti itu segera berakhir. Namun suami tidak merasa puas jika isteri tidak orgasme. Satu-satu cara untuk memberi kepuasan kepada suami, isteri terpaksa berpura-pura orgasme.

Hanya mencari keintiman, bukan orgasme

Cara ini hanya mengecewakan suami, cara terbaik mengatasinya isteri terpaksa menipu diri sendiri dan suami dengan berpura-pura orgasme.

Ingin memuaskan pasangan

Jangan terkejut jika isteri mengakui tidak pernah mengalami orgasme semasa hubungan intim dengan suami. Namun mereka mahu suami menikmati kepuasan kerana anggapan lelaki, wanita juga sepertinya. Ini menyebabkan wanita tiada pilihan lain selain daripada terpaksa berpura-pura.

Tidak selesa dengan cara suami

Kebanyakan suami cuba pelbagai cara untuk memuaskan isteri termasuk sedikit kasar dengan harapan isteri segera orgasme. Hakikatnya bukan semua isteri menyenangi cara ini, untuk menyegerakan hubungan seks, dia terpaksa berpura-pura.

Masalah kesihatan

Wanita yang mempunyai masalah dengan organ reprodruktif maka dia kurang selesa melakukan hubungan intim dan sentiasa mahu menyudahkan segera. Namun mereka tidak mementingkan diri sendiri, sebab itu wanita sanggup berpura-pura.

Persoalannya bagaimana jika suami anda mengetahui anda berpura-pura? Sebaiknya anda berbincang dengan suami mengenai masalah anda dan mencari penyelesaian agar anda berdua bersama-sama menikmati kepuasan itu bersama.

Ingat anda tidak perlu berpura-pura demi kepuasan pasangan semata-mata, diri anda juga perlu difikirkan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular