Tip Foreplay Kreatif

Hubungan intim umpama sebuah perjalanan, bertindak terburu-buru hanya menjejaskan kelancaran perjalanan. Oleh itu, luangkan sedikit masa untuk anda mengeksplorasi pasangan anda untuk menarik respon daripadanya.

Jangan terburu untuk segera menyelesaikan hubungan ketika anda masih dalam proses foreplay atau pemanasan kerana hubungan yang terburu-buru tidak memberi kenikmatan sepenuhnya.

Persoalannya, bagaimana anda harus memastikan pemanasan itu mampu merangsang pasangan anda? Yang pasti, ia memerlukan kreativiti anda menvariasikan aktiviti pemanasan.

Explorasi Tubuhnya
Sentuh, belai dan cium di titik ghairah pasangan anda sehingga dia memberikan respon terhadap anda pula.

Keluarkan Peluh
Jadikan aktiviti pemanasan sama seperti sebelum melakukan senaman berat kerana peluh merangsang pengeluaran hormon seksual wanita. Peluh juga mengeluarkan Androstadienone yang membuatkan pasangan anda semakin hangat.

Bergaya Menggoda Di Hadapannya
Tidak salah sesekali anda menjadi penggoda kepada pasangan anda, tentunya kelainan ini menjadi dambaan pasangan anda selama ini.

Baca Buku
Kebiasaannya anda membacakan buku cerita untuk menidurkan si kecil anda. Apa salahnya sesekali anda membacakan buku atau majalah berkaitan seks bila bersamanya. Semasa anda membaca buku tersebut, bukan hanya buku itu menjadi tarikannya tetapi suara anda semasa membaca itu lebih memancing rangsangan seksualnya.

Variasikan Tempat
Jangan hanya di kamar tidur, anda boleh mencubanya di ruang lain dalam rumah. Cuma pastikan anak atau pembantu tiada di rumah waktu itu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular