Wanita nikah bapa mentua

Seorang wanita tergamak meninggalkan suami dan empat anaknya untuk berkahwin dengan bapa mentuanya di perkampungan Bihar, mencetuskan kemarahan masyarakat tempatan.

Penduduk kampung mengarahkan pasangan itu keluar dari situ segera kerana memecahkan tradisi sosial berkurun-kurun lamanya.

Lalita Devi, 25, meninggalkan suaminya Dilip Mandal, 28, dan empat anak kecilnya Sabtu lalu untuk berkahwin dengan bapa mentuanya, Harindar Mandal di daerah Madhubani, 129 kilometer dari sini.

"Ia adalah satu kejutan hebat kepada penduduk kampung apabila wanita itu mengisytiharkan dia meninggalkan suami dan anaknya untuk berkahwin dengan bapa mentuanya, perkara yang tak pernah berlaku di pedalaman Bihar," kata Ratnesh Kumar, penduduk kampung.

Harindar Mandal, 45, bersetuju untuk berkahwin dengan mentuanya, yang menjalin hubungan sulit bertahun-tahun lamanya ketika anak lelakinya Dilip, bekerja di Gujerat, agak jauh dari tempat tinggalnya.

Penduduk kampung, Shayam Mandal berkata dua minggu lalu, Dilip Mandal kembali ke kampungnya untuk menghabiskan masa dengan keluarganya.

"Satu hari dia melihat isteri dan bapanya dalam keadaan intim, yang menyebabkan berlaku pertengkaran hebat dan pergaduhan antara mereka," katanya. � Agensi

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular