Kesan lebam dan hitam pada kulit zakar

Saya mengalami kesan lebam dan hitam pada kulit zakar. Adakah ini kesan daripada kuat melakukan onani? Bagaimana cara untuk saya mengembalikan keaslian dan kesihatan kulit zakar saya? Ada kawan mengesyorkan mencuba pemutih wajah, namun adakah ia berkesan?

REMAJA TIMUR
Kuantan, Pahang

---------------

Kulit zakar adalah licin, lembut dan mengandungi tisu pengembang di bawahnya yang membuat kulit itu mudah bergerak apabila zakar dilurut.

Apabila zakar dilurut untuk tujuan merangsang, kulit zakar mengalami tekanan dan bahagian yang dilurut itu lama kelamaan kelihatan lebam atau memberi kesan hitam kerana peningkatan pewarna kulit (melanin) yang berlebihan akibat kesan tekanan dengan tangan itu.

Penukaran warna itu bukan kerana fenomena ‘photo sensitiviti’ atau akibat terdedah kepada cahaya matahari, yang mana jika hendak mengurangkannya anda boleh menggunakan ‘sun screen’ atau pelindung matahari.

Justeru, penggunaan losyen pemutih wajah tidak berkesan untuk memulihkan warna kulit zakar yang lebam. Cara yang disyorkan ialah kurangkan perilaku onani. Jika terdesak juga, guna krim atau losyen pelembap supaya geselan kepada kulit itu ringan dan selesa. Sapu krim pelembap kepada anggota sulit selepas mandi.

Disarankan juga anda menggunakan krim perapi zakar yang dijual di pasaran. Krim perapi ini diuji dan didapati sesuai untuk kulit anggota sulit, menyegarkan sambil mengukuhkan struktur dalaman.

~ Dr.Ismail Thamby



Pancutkan Isteri Anda. Keterangan lanjut, sila klik sini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular