Cemburu sampai bunuh kawan baik

Dia mencintai pembantu rumah kepada kawan baiknya tetapi disebabkan cemburu apabila mengetahui mereka hanya duduk berdua dalam rumah itu, lelaki tersebut mengamuk sehingga dipercayai membunuh kenalannya itu dengan cara yang kejam.

Kejadian pukul 10.30 malam kelmarin itu yang mengejutkan masyarakat Kampung Sungai Rawa, di sini menyaksikan pengusaha ladang kelapa sawit, S. Gunaselan, 50, mati dengan kepala hampir pecah dihentak dengan bucu senapang patah manakala lehernya dikelar dengan pisau.

Dalam pergelutan itu, pembantu rumah terbabit, seorang wanita keturunan India berusia 36 tahun, turut cedera.

Kedua-dua senjata yang dipercayai digunakan dalam serangan itu telah ditemui selepas suspek yang berusia 41 tahun ditangkap di Bagan Serai dan dia kemudian membawa polis ke satu tali air tempat ia dibuang.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Mat Fauzi Nayan berkata, kedua-dua sahabat itu dipercayai minum di ruang tamu rumah mangsa sebelum mereka bertengkar dipercayai akibat cerita hubungan sulit suspek dengan pembantu rumah terbabit.


Seni Ciuman. Keterangan lanjut, sila klik sini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular