Istilah ¨sex detox¨ mungkin belum begitu akrab di telinga. Namun, dua kata ini dapat diertikan dengan ringkas sebagai menghentikan aktiviti seksual selama tempoh waktu tertentu untuk memperbaiki kualiti kehidupan seksual anda.
Pakar terapi, Ian Kerner, yang memperkenalkan istilah ini dalam buku barunya berjudul Sex Detox. Ia mengatakan bahawa untuk mencapai kepuasan yang lebih baik, kadang-kadang seseorang harus melupakan aktiviti seksual untuk satu jangka waktu. Puasa seks dapat dilakukan hingga 30 hari lamanya. Kaedah ini dapat membantu memperbaharui hubungan setiap pasangan dan mengembalikan ghairah seksual yang hampir padam.
Mengapa perlu sex detox?
Kadang-kadang anda harus melupakan seks sementara waktu untuk memahami masalah yang mungkin menghantui dan mengganggu keharmonian anda. Jika anda hanya melakukan seks sekadar menunaikan kewajiban, menghadapi masalah orgasme pramatang, atau ghairah menurun kerana merasa tidak tertarik, detoks dapat membantu dalam memecahkan masalah dan menelusuri apa yang sedang berlaku dalam hubungan seksual anda.
Bagaimana melakukannya?
Setiap hari selama 30 hari ¨berpuasa¨, anda harus melakukan aktiviti yang berbeza, membaca, atau merenung untuk mengeksplorasi banyak hal yang memengaruhi kehidupan seks anda. Anda mungkin perlu melihat foto-foto kenangan keluarga untuk mempelajari bagaimana pengaruh ini berperanan di masa kanak-kanak atau anda juga perlu menjalani pemeriksaan kesihatan secara keseluruhan. Idealnya, detoks dilakukan suami dan isteri bersama-sama, namun anda juga dapat melakukannya sendiri. Seringkali apabila detoks ini memberi pengaruh positif, pasangan anda juga akan mengikutinya.
Apa manfaat sex detox?
Anda akan mendapat pemahaman dan pengetahuan lebih luas mengenai apa yang terjadi dalam kehidupan seksual dan bagaimana pengaruhnya terhadap hubungan anda dan sebaliknya. Perasaan anda akan merasa lebih tenang dan bersedia untuk berkomunikasi dengan pasangan. Kalaupun anda tidak mampu menahan ghairah selama 30 hari penuh, pelanggaran mungkin akan membuat seks menjadi lebih hangat, dan hasilnya tidak akan terlalu buruk.
Cubalah lakukan seks detoks!
Teknik Pancutkan Isteri. Keterangan lanjut, sila klik sini.
0 ulasan:
Catat Ulasan