Saya baru melangsungkan perkahwinan dan berdepan masalah iaitu kemaluan membengkak secara tiba-tiba. Ia tidak sakit, malah saya tiada masalah untuk membuang air kecil. Namun saya agak risau dengan perkara itu.
HAKIM
Kuala Lumpur
-------
Pasangan yang baru berkahwin kerap melakukan hubungan seksual. Dalam keadaan teruja, anggota kelamin anda mengembang dan membesar sambil mengeras.
Ia adalah kesan kemasukan darah dalam jumlah banyak ke dalam liang otot zakar dan tisu lembut.
Jarang berlaku situasi anggota kelamin yang kerap digunakan untuk bersetubuh membengkak atau mengembang secara tiba-tiba.
Ia terjadi kerana tisu lembut zakar iaitu bahagian penghujung zakar mengalami keradangan secara tiba-tiba dan tisu itu mengembang apabila cecair dalam sel mula mencurah di luar sel.
Keadaan itu akan reda dalam tempoh singkat tanpa perlu berbuat apa-apa. Bagaimanapun, jika bahagian yang membengkak itu dituam dengan air sejuk atau ais, kebengkakan berkenaan akan surut dengan cepat.
Kebiasaannya, kebengkakan berlaku pada sebelah pagi selepas pasangan melakukan hubungan seksual pada malamnya.
Bagaimanapun, jika kebengkakan itu sering berlaku walaupun hubungan seksual tidak begitu kerap, anda mungkin berdepan masalah lain.
Jika ia berlaku, saya nasihatkan anda bertemu doktor untuk menjalani pemeriksaan kerana ia mungkin akibat alahan kepada sesuatu.
Pancutkan Isteri Anda. Keterangan lanjut, sila klik sini.
0 ulasan:
Catat Ulasan