Secara umumnya lelaki menyedari bahawa kuantiti dan kualiti sperma menentukan kelangsungan kehidupan dan keturunan. Bilangan sperma yang rendah hanya akan menimbulkan masalah pada kemudian hari, terutama bagi mereka yang ingin berkeluarga.
Masalah yang dideritai oleh lelaki selain kualiti sperma adalah bilangan sperma yang rendah serta sperma yang tidak sihat. Air mani yang sihat perlu berwarna sama ada putih atau kelabu selain bertekstur pekat. Kajian mendapati bahawa setiap mililiter air mani mengandungi kira-kira 20 juta sperma.
Secara purata, dalam 40 juta sperma, 75 peratus daripadanya perlu hidup dan 30 peratus perlu dalam bentuk yang normal. Seterusnya, 25 peratus daripada jumlah itu perlu cukup aktif untuk sampai ke ovum.
Antara penyebab kekurangan kuantiti dan kualiti sperma adalah jangkitan di tempat penghasilan air mani, pendedahan berpanjangan pada persekitaran panas, memakai seluar dalam yang terlalu ketat, berendam dalam air hangat terlalu lama dan juga berat badan berlebihan.
Selain itu, ejakulasi yang berulang dalam durasi waktu yang singkat juga tidak elok untuk kesihatan reproduktif lelaki. Peringatan ini perlu diberi perhatian sama seperti tabiat onani yang melampau, merokok, pengambilan alkohol, tekanan fizikal dan mental, kekurangan zink dan juga pengambilan steroid.
Melambatkan Pancutan. Keterangan lanjut, sila klik sini.
Rahsia Malam Pengantin. Keterangan lanjut, sila klik sini.
0 ulasan:
Catat Ulasan