Perlukah seks oral?

Dalam hubungan seks suami isteri jika suami tidak dapat rangsangan melainkan dengan melakukan seks oral sahaja apakah isteri perlu mematuhinya?

Jawapannya:
Dalam perkara ini, Islam juga tidak ketinggalan dengan garis panduannya yang lengkap. Mengenai kejadian manusia yang terdiri daripada ramuan bahan naluri kebinatangan selain ramuan atau unsur kerohanian dan kemalaikatan. Hubungan seks itu adalah tuntutan naluri kehaiwanannya sebab itu ia ada berbagai-bagai cara pendekatan yang dilakukan manusia mengikut suasana tertentu dan sesuai dengan iklim panas sejuk sesebuah negeri itu.

Panduan Islam adalah yang terbaik dan terindah sesuai dengan kedudukan manusia (garis kemanusiaan) itu sendiri. Kata Syaikh Yusof Qardhawi, Islam datang untuk semua jenis manusia, semua lapisan, tempat, masa dan keadaan, maka tidak harus sesiapa memberi pendapatnya yang sesuai hanya dengan adat resam setempat atau kumpulan tertentu atau bangsa tertentu seperti daripada kalangan Arab atau bangsa timur sahaja. Agama kita yang luas, bebas, senang akan jadi sempit dan susah, dan kita akan menghalang manusia dari apa yang tidak dilarang agama melalui nas dan dalilnya yang tetap dan sah. Di sini kita minta saudara yang taksub dalam agama itu supaya berhati-hati, untuk menghukum haram terhadap perkara yang baru dikenali atau sesuatu yang tidak disenanginnya untuk disesuaikan dengan rasa atau adat resam mereka sahaja sebelum membuat penyelidikan atau kajian.

Jangan hanya berpandukan buku- buku pengajaran atau kata-kata pensyarah sahaja terutama apabila mengenai mereka yang baru atau kurang ilmunya daripada kalangan orang awam. Yang penting amalan seks itu mestilah bersih tidak melampau atau menyakitkan dan berakhlak serta sesuai dengan cara atau adab sopan. Arahan yang bertentangan dengan agama itu tidak perlu dipenuhi. Begitu juga sekiranya amalan seks itu dilakukan seperti perangai haiwan atau dilihat seperti kehidupan rahbaniah yang memandang amalan itu jijik dan kotor sebagai amalan syaitan. Pada masa Baginda s.a.w., pernah berlaku salah faham di kalangan para sahabat yang bertujuan baik, tetapi tindakan mereka melampau dan terkeluar dari garis kemanusiaan sehingga ada yang tidak mahu tidur malam dan tidak mahu berkahwin dengan wanita untuk menumpukan kepada ibadat sahaja. Akhirnya mereka diberi kauseling oleh Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya bermaksud: aku tahu kamu ada datang bertanyakan isreriku dan membuat keputusan masing masing. Tetapi akulah yang paling arif dan bertakwa kepada Allah s.w.t. dari kalangan kamu tetapi aku tidur dan bangun untuk beribadat, aku berpuasa dan berbuka, aku kahwin dengan wanita dan siapa yang tidak mahu mengikuti jalanku dia bukan dari golonganku (Riwayat Muslim). Dalam satu riwayat yang lain baginda s.a.w. menegaskan bahawa bagi tubuh badanmu ada haknya dan bagi keluargamu ada haknya dan bagi isterimu ada haknya dan bagi Tuhanmu ada haknya maka penuhi dan tunaikanlah segala hak tadi kepada empunya hak tersebut. Ringkasnya jalan petunjuk Islam itulah yang paling sesuai dengan manusia di mana dan bila masa pun.

Dalam hal ini Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: mereka bertanyamu tentang haid katakanlah ia itu penyakit kotor maka hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita (jangan bersetubuh dengan mereka) dalam keadaan haid dan jangan kamu menghampiri mereka sebelum mereka suci maka bila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintah Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah kasih mereka yang banyak bartaubat dan kasihkan mereka yang sentiasa mensucikan diri (zahir dan batin). Isteri kamu itu ladang kamu maka datangilah ladang kamu menurut sesuka hati kamu, (maksud surah al-Baqarah ayat 222-223). Apa yang dapat kita fahami bahawa ladang tempat bercucuk tanam itu dibenarkan kita bercucuk tanam mengikut kesukaan masing-masing asalkan dapat menumbuhkan benih tanaman yang baik sihat dan subur secara yang bersih dan sihat.

Wallahualam.

Bersama: MOHD. YUSOF ABAS

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular