Seorang gadis berumur 22 tahun yang melelong dara di Internet sehingga bidaannya mencecah setinggi AS$3.8 juta (RM13.6 juta) mendedahkan beberapa tawaran yang diperolehnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Wanita yang menggunakan nama samaran Natalie Dylan itu berkata, lelaki yang menawarkannya AS$3.8 juta (RM13.6 juta) itu menetapkan syarat agar aksi seks mereka dirakamkan.
Natalie turut mendedahkan seorang penjaga zoo mahu memperoleh dara Dylan dengan menawarkan seekor harimau kepadanya.
"Saya masih menerima tawaran tetapi tidak semestinya harga tertinggi akan memiliki dara saya," katanya.
Natalie berkata, pengalamannya ketika menjual dara itu akan menjadi bahan dalam buku yang sedang ditulisnya manakala tarikh akhir lelongan itu masih belum berakhir.
"Saya berjaya mengekalkan dara sehingga berumur 22 tahun. Saya masih boleh bersabar untuk menunggu beberapa bulan lagi," katanya.
Sebelum ini, Natalie menyatakan lelongan dara itu dilakukan bagi memperoleh wang untuk membiayai pengajiannya di peringkat sarjana dalam kursus keluarga dan perkahwinan.
Dia juga menyatakan mendapat ilham untuk menjual dara selepas mendapati kakaknya yang berumur 23 tahun memperoleh pendapatan tinggi bagi membiayai pengajian di universiti dengan menjadi pelacur selama tiga minggu. - Agensi
0 ulasan:
Catat Ulasan