Pasangan berbogel gemparkan Singapura

Satu pasangan menjadikan sebuah tempat makan sebagai tempat pertunjukan bogel selama 15 minit, sekali gus mencetuskan keaiban dan tepukan dalam insiden yang tidak dijangka berlaku di negara pulau yang konservatif ini.

Pengurus pub tersebut, Terence Chia memberitahu akhbar Straits Times, pasangan itu membuka pakaian pada malam Sabtu lalu ketika menaiki tangga sebuah blok bangunan Holland Village yang terkenal dengan pusat-pusat hiburan malamnya.

"Kemudian, mereka berjalan selamba dengan hanya mengenakan selipar ke arah pasar sambil memegang baju di tangan masing-masing.

''Apabila pasangan itu berpatah balik terdapat lebih 200 orang berkerumun dan mengambil gambar termasuk wanita sambil diiringi dengan sorakan, siulan dan tepukan gemuruh orang ramai,'' kata Chia.

Polis menyatakan bahawa pasangan lelaki Kaukasian dan wanita etnik Cina berusia 20-an itu telah ditahan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.

Sekiranya didapati bersalah, kedua-duanya berdepan dengan denda S$2,000 (RM4,794) atau hukuman tiga bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

"Mereka berdua kelihatan begitu bersahaja ketika merentasi jalan raya sehingga membuatkan orang ramai terpinga-pinga," kata seorang penulis blog, Leonard Tan. - REUTERS

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular