Tidak Terangsang Kepada Wanita

Saya berdepan dilema. Saya akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Tetapi saya tidak terangsang dengan wanita yang akan dinikahi. Dulu, saya pernah mempunyai pengalaman dengan lelaki dan selalu melakukan onani ketika zaman remaja.

Zakar saya cepat lembik jika rangsangan tidak cukup. Apakah saya sebenarnya termasuk dalam kategori Disfungsi Erektil (ED)? Apakah kaedah penyelesaian yang boleh diambil kerana saya tidak mahu menjejaskan perkahwinan saya kelak.

Ingin Jadi Suami

Jawapan:
JIKA diperhalusi fakta yang dinyatakan, kemungkinan besar anda mengalami masalah psikogenik ED. Masalah ini membabitkan kegagalan ereksi yang berpunca daripada gangguan psikologi.

Saya berpendapat ini kerana saudara masih muda untuk mendapat organik ED. Organik ED berpunca daripada masalah kencing manis dan darah tinggi. Seperkara lagi, saudara mengakui kurang terangsang dengan wanita yang ingin dikahwini.

Untuk mengatasi masalah ini, paling utama saudara perlu mempunyai nafsu dan keinginan melakukan hubungan seks dengan wanita yang akan dinikahi..

Sebahagian besar dari proses ereksi zakar memerlukan stimulasi dari otak. Jika nafsu dan keinginan tiada, agak sukar untuk saudara mendapat dan mengekalkan ereksi. Ini penting untuk menjalani persetubuhan yang sempurna serta memuaskan bakal isteri walaupun saudara menggunakan ubat seperti PDE5 inhibitor.

Aktiviti onani pada zaman remaja tidak akan menyebabkan masalah kegagalan ereksi zakar.

Saya ingin menasihatkan saudara menjalani sesi kaunseling sebelum mendirikan rumah tangga. Saudara perlu lupakan keinginan bersama lelaki jika ingin mengahwini wanita ini.

INFO:

# Perwatakan lembut dalam diri seseorang lelaki tidak berpunca daripada keturunan atau masalah kekurangan hormon testosteron.

# Hingga hari ini penyelidik masih tidak mengetahui punca sebenar seseorang lelaki itu berperwatakan lembut.

# Ada beberapa kajian menunjukkan ada pengaruh persekitaran ketika seseorang lelaki membesar iaitu bermula ketika alam kanak kanak dan remaja - tetapi teori ini tidak boleh dibuktikan lagi.

# Pengambilan pil yang mengandungi hormon testosteron tidak akan menyebabkan seseorang lelaki lembut bertukar sifat menjadi lebih keras.

# Malah ia membawa kepada pelbagai kesan sampingan seperti perubahan perasaan (mood swing), pengecilan buah zakar dan risiko mandul.

# Kekurangan hormon testosteron dalam badan akan menyebabkan simptom seperti cepat letih, tidak bertenaga, tidak bernafsu dan mati pucuk. Ini bermula apabila seseorang lelaki mencapai umur 40-an ke atas.

# Jika ragu-ragu, jumpa doktor dan paras hormon testosterone boleh diukur dengan cara pengambilan darah.

# Usah rendah diri atau tertekan dengan perwatakan lembut.

# Lelaki lembut mampu berfungsi seperti lelaki normal dari semua segi termasuk dari segi seksual dan juga kebolehan mendapatkan zuriat.


Bersama Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras.


Seks Hebat. Keterangan lanjut, sila klik sini.

1 ulasan:

gluegun berkata...

saya tidak merasakan awak mengalami psychogenic ED. kemungkinan besar awak adalah homoseksual.

jika seorang lelaki heteroseksual melihat lelaki lain dan tidak mendapat ereksi, itu bukan psychogenic ED. begitu juga jika lelaki homoseksual melihat perempuan dan tidak mendapat ketegangan. itu juga bukan psychogenic ED.

"mengubati" homoseksualiti bukan sekadar melupakan kaum sejenis. saya tidak fikir begitu senang untuk seseorang mengubah naluri seksnya.

Catat Ulasan

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular