Helah payu dara palsu

Meryl Streep mengakui berjaya mendapatkan watak lakonan dalam filem dengan menggunakan payu dara palsu. Pemenang dua anugerah Oscar itu memberitahu bagi menampakkan dirinya seksi ketika menjalani uji bakat dia telah membesarkan payu daranya dengan meletakkan tisu tandas ke dalam bra yang dipakainya.

Menurutnya, helah itulah yang dilakukannya ketika dia cuba mendapatkan watak menerusi filem arahan Sydney Pollack, Out of Africa.

"Beberapa tahun dulu, saya pernah menipu untuk mendapatkan watak dalam sebuah pementasan di Broadway. Sebelum uji bakat saya masukkan tisu tandas ke dalam bra bersaiz 32DD yang saya pakai. Dan saya dapat watak itu!" ujarnya.

"Helah yang sama saya ulangi ketika menjalani uji bakat Out of Africa."

Tambahnya: "Saya ulangi helah tersebut ketika menjalani uji bakat Out of Africa. Saya dengar Sydney Pollack merasakan saya tidak cukup seksi untuk filem itu, jadi apa lagi saya 'seksikan' payudara saya itu."


Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular