Masalah ini kerap terjadi setiap kali mahu memulakan hubungan kelamin, saya terasa terlalu ghairah dan apabila berlaku penetrasi saya hanya mampu bertahan kira-kira seminit sebelum kecundang. Badan pula tiba-tiba letih dan mata pula mengantuk.
WAN
Pulau Pinang
--------------------
Anda sebenarnya mengalami masalah cepat klimaks dan ia berlaku kerana anda terlalu gelojoh! Dalam keadaan demikian, anda hilang tumpuan dan daya kawalan maka ejakulasi cepat selain tidak mengikut kehendak anda serta pasangan.
Bayangkan anda berlumba lari dan pecut dengan cepat dari peringkat awal, sudah tentu ketika anda sampai ke pertengahan jalan daya dan tenaga seterusnya hilang kekuatan serta tidak dapat meneruskan larian.
Perkara yang sama berlaku ketika anda bersetubuh dengan pasangan. Anda mulakan adegan bersetubuh secara mendadak dan dalam keadaan yang amat cergas.
Sebahagian besar tenaga batin anda sudah lesap dan anda hilang daya tumpuan serta kekuatan. Akibatnya, anda semakin lemah dan tidak berdaya maka ejakulasi berlaku tanpa sedar atau terlepas!
Cuba lakukan adegan pemanasan tanpa tergesa-gesa memasukkan ereksi ke dalam faraj. Apabila perasaan teruja itu terkawal dan anda dapat mengawal kekuatan serta kepadatan ereksi dengan mengemut.
Selepas itu, lakukan tusukan dalam kawalan (kemut ketika menyalurkan ereksi) dan lakukan pula tusukan ringan tanpa mengeluarkan zakar dengan penghujung zakar di ruang dalam faraj.
Dengan cara demikian, penghujung zakar terhindar dari geselan yang mengancam. Anda boleh melebihkan geselan pangkal zakar ke pembukaan faraj yang mana bahagian itu yang paling padat.
Apabila anda sudah mula dapat mengawal sensasi penghujung zakar maka barulah lakukan tusukan mengancam dengan menjungkitkan ereksi ke atas supaya geselan ereksi terkena klitoris.
Selepas itu, barulah anda lakukan tusukan mengikut selera dan rentak gerakan pasangan. Anda boleh lakukan tusukan dengan mengemut supaya ereksi tetap padat ketika geselan sedang berlaku.
Dalam keadaan itu, jika ejakulasi berlaku, anda masih dapat mengekalkan ereksi seketika dengan meneruskan tusukan sehingga pasangan dapat kepuasan.
Kaedah itu dikenali sebagai ‘coital alignment’ dan anda perlu mempraktikkannya sehingga anda lancar.
Jika masih gagal dapatkan bantuan doktor untuk rawatan sewajarnya.
~ Dr.Ismail Thamby
Melambatkan Pancutan. Keterangan lanjut, sila klik sini.
0 ulasan:
Catat Ulasan