Kenal pasti selaput dara

Untuk mengenalpasti selaput dara (hymen), ia memerlukan pengamatan kerana ia tidak mudah dilihat begitu saja. Dalam posisi berbaring dengan kedua-dua lutut dibengkokkan dan dijarakkan di antaranya. Anda perlu mengenalpasti bukaan faraj terlebih dahulu, ia terletak di antara kedua belah bibir kemaluan kecil pada sempadan belakangnya.

Pada kawasan ini kelihatan seperti tisu lembut berwarna kemerahan yang berkedut-kedut dan mempunyai lubang di tengahnya. Inilah selaput dara. Jika ditegangkan ia berbentuk seperti rim atau cincin tisu lembut sebesar beberapa milimeter saja dan nipis mengelilingi suatu bukaan faraj. Bagi memudahkan pengamatan, bibir kemaluan bolehlah dibuka atau dijarakkan.

Selaput dara boleh koyak pada mana-mana bahagian rim terbabit. Kebiasaannya belahan berada pada bahagian arah jam pukul tiga, enam, sembilan dan 12. Jika tusukan berlaku secara paksaan, belahan biasanya berlaku pada bahagian pukul enam (iaitu berhampiran bukaan lubang dubur). Setelah wanita melalui proses bersalin secara normal (melalui faraj), selaput dara hanyalah berbentuk carikan saja.

Tidak semua selaput dara asal berbentuk begini. Ada kalanya ia mempunyai sekatan dinding di tengah lubangnya. Ada kalanya ia seperti permukaan licin yang mempunyai lubang halus seperti alat tapis. Ada kalanya pula, ia langsung tidak mempunyai lubang dan membenjol apabila seseorang pertama kali didatangi haid, ini dinamakan “imperforate hymen“ dan memerlukan prosedur kecil untuk membuat lubang bukaan bagi membolehkan haid keluar.


Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Malam Pertama. Keterangan lanjut, sila klik sini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular